Dasar Kependudukan 1982

Tuesday, August 25, 2009

~Assalamualaikum~

SELAMAT MENJALANI BERPUASA

hehehe..belum terlewat kot nak wish untuk kalian semua..hehee...ok2..back to da story ok..sebenarnye, saya nk share sikit info yang kami bincangkan dalam class penduduk dan kependudukan petang tadi..huhuh..walaupun macam agak penat (ehem..sebab puasa la kunun..muhahhhaa) ku gagahi jua kaki utk ke clas..hak3..xde mknanya..yg benarnye, saya baru abis Lab then terus gerak ke bilik diskusi malim sarjana..


arini, Dr. Rahimah minta kami bincangkan tentang dasar kependudukan yang digubal oleh Dr. Mahadhir pd tahun september 1982..dengan berpendapat bahawa MALAYSIA AKAN LEBIH BERJAYA DENGAN PENDUDUK SEBANYAK 70 JUTA...

rasionalnya ialah untuk menyediakan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan..dr. mahadhir berpendapat, apabila permintaan dalam pasaran bertambah, maka wujud persaingan yang akan membawa kepada peningkatan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport...gitula...

jadi, kami adalah berdebat sikit tentang topik ni...(selalu pon mcm tu gak..kami mmg suke bertekak hal2 gini)...kata seorang sahabat ni...ketika mahadhir menyuarakan dasar ni, malaysia sedang giat melihat kepada dasar pandang ke timur..jadi, pendapat sahabat ni, mahadhir mungkin beranggapan bahawa, apabila penduduk bertambah, maka, pengeluaran produk industri bertambah dan bawa kebaikan kepada negara..mungkin la..kata sahabat ni..

seterusnye, dr. rahimah minta kami bincangkan..

ADAKAH RASIONAL DASAR KEPENDUDUKAN INI UNTUK DILAKSANAKAN PADA MASA KINI?

kata dr. rahimah..malaysia kini mengalami lambakan pekerja asing disebabkan kita kekurangan tenaga kerja untuk memenuhi tuntutan majikan2..erk..saya macam tak berapa nak setuju dengan statement tu sebenarnye..kebetulan, pagi tu, saya terdengar berita yang menyatakan bahawa, malaysia sebenarnya mempunyai 25 ribu kekosongan jawatan yang perlu diisi..dan kepada PENGGANGGUR yang masih menanam anggur, ANDA DIMINTA UNTUK MENDAFTARKAN DIRI DI PUSAT TENAGA MANUSIA...supaya, pihak ini mendapat maklumat anda bagi mengisi kekosongan jawatan yang saya sebut tadi..

kata sahabat lain, malaysia bukan mengalami kekurangan pekerja tetapi, pengganggur2 kehormat di malaysia yang memilih pekerjaan atau majikan yang sengaja mengupah pekerja asing untuk mengelakkan pembaziran kos pembayaran gaji pekerja yang menjadi penyebab berlaku lambakan pekerja asing di negara kita sekarang..betul juga..if kalian datang ke Melaka..aduh..betol2 macam berada di kota Jakarta tau..abang2 dan kakak2 indonesia bermahajalela..apa nak buatkan..masing2 nak idup kan...huhuh..

ok2..kembali ke topik asal..kata sahabat lain lagi, malaysia perlu mengambil kira permintaan makanan jika mahu melaksanakan dasar penduduk yang menginginkan penduduk malaysia mencapai angka 70 juta itu..jika xde makanan, tak guna juga walau penduduk beribu2 lemon,kan..hak3..maka, dengan itu, saya pula berpendapat, kita perlu meningkatkan dasar pertanian kita dahulu sebelum melihat kembali dasar kependudukan 1982 tadi..ni nak tanya..

kalian tau x kenapa warga luar bandar mampu mempunyai bilangan anak yang ramai berbanding dengan warga kota yang seboleh2 nya menghadkan bilangan anak??tahu??

bagi saya, orang2 kampung mampu menyara hidup walaupun dengan bilangan anak yang ramai kerana, mereka mempunyai makanan yang cukup tanpa perlu mengeluarkan kos hidup yang tinggi..yelaa...belakang umah tanah luas..buat kebun, ternak ayam itik, buat kolam ikan talapia..kan berlambak2 makanan tu..tak perlu berhempas pulas kerja dari jam 7 0r 8am...balik jam 5 or 6pm..sedangkan makanan xpenah cukup..kan..kan??

jadi, kata sahabat lain pula..memang benar apabila Abdullah mahu meningkatkan bidang pertanian negara kerana, beliau mungkin menyedari bahawa malaysia kini, bukan mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja, atau kekurangan bidang pekerjaan, tetapi kekurangan pengeluaran makanan yang menjadi masalah pokok malaysia hari ini..

pada akhir kelas..dr. rahimah menyuarakan soalan CEPUMAS (if xfhm..sila tinggalkan komen ek..hak3) kepada kami..soalannya ialah..

ADAKAH MALAYSIA AKAN MENJADI SEPERTI SINGAPURA YANG MENGEHADKAN HANYA 2 ORANG ANAK SAHAJA BAGI SATU KELUARGA ??erkk...

fikir2 kan ok...

moral of da story..~pentingkan kualiti ok, bukan kuantiti~ muhahahaha..

sekian, wassalam..`

You Might Also Like

1 Comments

  1. 2 anak? ayoyoyoyo..dah kalau keturunan anak ramai cano...?wahahahah

    malaysia negara Islam.. Islam tidak menghadkan berapakah 'bilangan anak' yang boleh dibentuk... malaysia perlu profesional menilai sesuatu keputusan berdasarkan Islam juga itu pUn jika malaysia masih mengekalkan Islam sebagai agama utama malaysia...

    am i rite darling?

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^