--> hoii gadis dan lelaki sekalian.. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, September 27, 2010

--> hoii gadis dan lelaki sekalian..

Dicatat oleh m i a di 7:21 PM
Assalamualaikum..

kamu si gadis..

da tahu budak tu sudah berpunya, kenapa la masih nak menganggu..
kalau dari awal kamu tahu tentang diri dia, dan dia milik siapa, 
kenape masih nak teruskan agenda kamu tu..kenapa masih merebut si dia yang terang dan nyata bukan lagi milik kamu..sangat jelas tindakan kamu boleh buat diri kamu tu dicemuh orang sekeliling..jadi alasan apekah yang membenarkan kamu dekati hati budak lelaki tu lagi..kalau betol kamu cinta sayang segala bagai, jangan sampai merosakkan hati gadis lain..percaya pada hukum karma, what u give, u will get back my dear..

kamu si lelaki..

tak sempurna ke gadis itu di mata kamu?
teruk sangat ke gadis itu, sampai kamu sanggup menduakan dia dengan wanita lain..kita kat dunia ni takde yang sempurna..kamu cari sampai negeri cina pon, memang haramm nak jumpa yang sempurna..angelinacolijolie tu pon bukannya sempurna sangat, tak percaya cuba tanya berat bratt pitt..kita ni manusia memang jarang sangat tahu bersyukur..mengapa tidak kamu cuba mencari kelebihan dalam dirinya agar kelebihan itu dapat menutup kelemahan dia di mata kamu..saat itu, wujud kesempurnaan si gadis pada pandangan kamu..percayalah wahai lelaki, lelaki yang baik, hanya untuk gadis yang baik, jadilah yang terbaik untuknya..jangan leka mencari yang lain, jangan sibuk membandingkan yang ini dengan yang itu, kelak kamu akan ketinggalan dengan kedua-duanya..


kamu si gadis..

mengapa kamu lukakan hati si dia..
kamu tahu dia bagaimana dan kamu sedar kekurangan dirinya..
kenapa masih merosakkan kepercayaan yang dia telah letakkan pada kamu..ketahui la wahai si gadis, lelaki itu bukan hanya meletakkan janji kosong dan pesanan murah..jangan sesekali mencabar kesabaran lelaki itu, kamu akan terhukum dengan setiap tindakan kamu tu..penah tak kamu fikir bagaimana dia berkorban untuk kamu..bagaimana dia bertahan melayan karenah kamu..bagaimana dia bersabar mendengar keluhan kamu..percayalah wahai si gadis, cintailah orang yang benar-benar menyayangi kita, yang mencintai kita setulus hati..yang menerima kelebihan dan kekurangan kita secara relanya..pasti..kamu akan merasa nikmat bahagia yang amat sangat..

kamu si lelaki..

maafkanlah dia..
mungkin dia khilaf..dan dia sudah jelas tentang kekhilafan yang dia lakukan..maafkanlah dia..berilah dia peluang kedua..bantulah dia untuk melihat ketulusan hati kamu yang terlalu menyayanginya..sedarkan lah dia betapa kamu lah yang paling layak untuk dirinya..beritahu lah dia, kamu lah yang akan memberikan kebahagian kepadanya..janganlah kamu si lelaki, meninggalkan gadis itu dalam keadaan bersalah yang amat sangat..dia sudah amat sedar kesilapannya..maka, maafkanlah dia..jika, meninggalkan dia adalah yang terbaek untuk diri kamu, sebolehnya..tinggalkan dia dengan cara yang baik..agar dia tidak terasa terlalu ralat atas perbuatannya sendiri..

kamu si gadis..

mengapa masih mengenangkan kenangan lama sedangkan kamu sudah berada dalam kenangan yang baru..kenapa masih bersedih dengan kisah yang dulu, sedangkan kamu sepatutnya gembira dengan kisah kamu yang sekarang..jangan mengenang benda yang bukan lagi milik kita..jangan melihat kembali memori indah kamu yang dulu..itu memang sangat tidak patut..kerna, dalam kamu tidak sedar, tindakan kamu akan melukakan hati lelaki kini telah menjadi milik kamu..lepaskan lah yang lama, hargailah yang berada di depan mata kamu sekarang..jangan mengenang yang terdahulu, penuhkan fikiran kamu dengan agenda untuk membahagiakan yang terkini..dia memang tidak sama dengan yang sebelumnya, tapi, kenalilah dia, renungi la dia, nescaya kamu akan dapat melihat sesuatu yang berbeza antara dia dengan yang sebelumnya. hargailah dia sebelum kamu kecewa atas tindakan kamu sendiri..

kamu si lelaki..

mengapa melayan dia mengenang kisah lamanya..
jangan menjadi hipokrit sedangkan kamu sendiri terluka dengan tindakannya..beritahulah dia..terangkan padanya betapa kamu terasa atas tindakannya..sedarkan dia bahawa dia milik kamu sekarang, kini dan selamanya..rebutlah hati si gadis, lakukanlah yang terbaik untuk menutupi memori lamanya, dengan kenangan indah bersama kamu..percayalah wahai lelaki, berdiam diri akan menyebabkan wujud ruang-ruang kecik dalam hati kamu..lama kelamaan ruang kecik itu akan membesar dan meranapkan rasa kasih kamu pada gadis itu..saat itu, hilanglah satu lagi ikatan kasih antara manusia yang dibawah restu illahi..

ingatlah wahai si gadis dan si lelaki

kerap kali kita ni manusia asek pening kepala memikirkan ape-ape yang belum kita miliki..runsing memikirkan kenape kita tak dapat dia, kenapa orang tu yang dapat dia..kenapa kita tinggalkan dia dulu..kenapa dia taknak kat kita..betul kan?? sepatutnya, kita manusia, berfikir tentang apa yang kita sedang miliki sekarang..seharusnya kita berfikir apa yang sedang menjadi milik kita sekarang..berfikir macamana nak buat dia lebih bahagia dengan kita, berfikir macamana nak jadikan hubungan lebih harmoni..berfikir cara nak dapatkan serasian antara kita dan dia..ya..seharusnya macam tu..tegurlah dia kalau dia silap, bagitahu dia kalu kamu terasa..kita manusia, nak pupuk hubungan antara dua hati yang ntah dari mana, memang payah..tapi, percayalah..kalu kita dapat cari keserasian antara kita dan dia, bahagia itu pasti buat kita..

ketahuilah wahai si gadis dan si lelaki

bila satu pintu kebahagian ditutup, pintu kebahagian yang lain akan dibuka untuk kita..tetapi, kita manusia, acapkali terpaku terlalu lama pada pintu yang sudah tertutup untuk kita, terlalu mengenang perkara yang bukan lagi milik kita, sehingga kita tidak nampak pintu-pintu lain yang dibukakan khas untuk kita merasa bahagia kembali..jangan begitu..carilah kebahagian lain yang diredhai Allah...

saya mendoakan kita semua sentiasa tersenyum..walaupun dugaan datang..tapi senyumlah..apa yang penting...
KERJASAMA!

 

ikhlas dari,

14 ulasan:

skool on September 27, 2010 at 4:33 AM said... BALAS

hubb jamil..!!hargailah dan senantiasa bersyukur dgn ape yg ada.. =P

raihani said... BALAS

syg...sy nanges lg...entry ni..
tringat smlm...thanks for lend me ur shoulder to cry on...

~SukEMakAn~ on September 27, 2010 at 5:48 AM said... BALAS

sangat suke~

mia on September 27, 2010 at 5:50 AM said... BALAS

skool :
thanks syg..u ar mine, im yours..hehe

raihan dear :
dear..ini utk ingatan bersama oke..dun b so sad..fikirkan cara utk dptkan hati dia balik..but, wat hav u done, cube ubah oke dear..saya syg awak..saya nak terbaek utk awak..

raihani said... BALAS

i will..luv u dearie

mia on September 27, 2010 at 6:14 AM said... BALAS

fazlina :
thanks dear..heheh...sy pon suke jugak..

raihan dear :
take care oke

Atiqah Adnan on September 27, 2010 at 6:41 AM said... BALAS

wah.. terbaik wookkk...!!!

mia on September 27, 2010 at 7:34 AM said... BALAS

kak long :
suka kan..hahaha

yuyu on September 27, 2010 at 8:01 AM said... BALAS

wahh sgt panjang tapi best!zaman sekarang mmg camni..org lbh pentingkan diri sndri..asal dia bahgia suda ckup..kbahgiaan org len dia x pndg pon..huhu

mia on September 27, 2010 at 8:14 AM said... BALAS

yuyu :
haha..panjang ek..
yg pnting diri sndiri sedar baek buruk tindakan kita kan yuyu..hehe..tq komen

nusha on September 27, 2010 at 8:49 PM said... BALAS

alamak,mcm ader kaitan skit2 ngn sy.. =(

mia on September 27, 2010 at 11:08 PM said... BALAS

nusha :
yeke dear..hehe..sy buat entry ni just suke3 je..mggu ni, byk sgt dengar masalah cinta dari kwn3...

nusha on September 28, 2010 at 12:44 AM said... BALAS

tu la,aderla sy luah skit kat entry di blog..
geram gak..
heheh..

mia on September 28, 2010 at 12:55 AM said... BALAS

nusya :
haha..sy buat entry ni pon, sbb bile blogwalking..byk entry pasal cinta je..haha

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan