Setulus ikhlas dari saya, MIA.. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Saturday, October 16, 2010

Setulus ikhlas dari saya, MIA..

Dicatat oleh m i a di 1:13 AM
Assalamualaikum..

ada sesuatu nak share dengan korang semua sebelum shut down lappy then tidozz..hhehe...dengan ingatan tulus ikhlas dari saya buat anda semua..



Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut..

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...

Sang suami setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. 'saya mula dulu ya?' kata isteri. melihat sang suami mengangguk lantas si isteri mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri dan sifat suami, ia memperhatikan bahawa kerdipan mata sang suami mulai meredup...

'Maaf, apakah saya harus berhenti ?' tanyanya.
'Oh tidak, teruskan..' jawab suaminya..

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, 'Sekarang giliran abang pula membacakan senaraimu'.

Dengan suara perlahan sang suami berkata, 'abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas ini sayang. Bagi abang, kamu sudah sempurna, dan abang tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu sayang..isteri abang ini adalah tersendiri. kamu adalah pelengkap segala kekurangan abang...Dan jika adapun kekurangan sayang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati abang dengan kamu, wahai isteriku...'

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya..bagaimana dengan setulus hati sang suami menerima dirinya seadanya..lalu menangis si isteri memohon ampun di sisi suaminya..


Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain??

kita manusia asyik memikirkan apa yang pasangan tidak berikan kepada kita..pernahkah kita terfikir, adakah kita telah cukup membahagiakan sang kekasih?

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH. hargailah apa yg telah diberi..

teristimewa untuk keluarga tercinta..buat kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya, buat rakan-rakan blogger yang menceriakan hari saya, buat pembaca tegar yang menghiburkan saya, dan buat silent reader yang tetap saya ingati..

jutaan terima kasih buat anda semua..


buat kekasih hati, sahabat, musuh, abang, adik dan bakal suami saya..
..MUHAMMAD SAFWAN ARIF..
terima kasih untuk segalanya dear..terima kasih sudi menerima kekurangan saya seadanya..terima kasih kerna menganggap saya yang terbaek untu kamu.. 


seikhlas hati, sepenuh jiwa..

5 ulasan:

noura on October 16, 2010 at 2:15 AM said... BALAS

so sweet..like this article..=)

~SukEMakAn~ on October 16, 2010 at 5:05 AM said... BALAS

nak menanges
baru je ingat nk majok majok dengan raksasa
tp dia xpenah pon buat mcm tu kat ina
naseb baek bace entry kamoo cayam
nice one
i like!
=)

mia on October 16, 2010 at 7:53 AM said... BALAS

noura :
hehehe...thanks dear..

ina :
hehehee....nice kan...mia pon suka gile3 entry ni dear..

skool on October 16, 2010 at 12:53 PM said... BALAS

ohh...yeahhh!!~hehe..tq syg..i love u lebey la..!! =P

mia on October 16, 2010 at 6:49 PM said... BALAS

skool :
hehehee..suka ek kamu syg..heheh

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan