Takziah | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, January 25, 2011

Takziah

Dicatat oleh m i a di 10:08 PM

Assalamualaikum..

selamat malam semua..nak share dengan korang keratan berita ni :

KUANTAN: Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 129.2, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Toyota Camry dinaiki tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari Segamat, Johor menuju ke bandar ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Proton Saga dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

Katanya, pada masa sama, sebuah lori tanpa muatan seberat tiga tan di belakang Toyota Camry itu gagal mengelak lalu merempuh kenderaan malang itu.

“Pemandu kereta bersama dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat,” katanya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Mohamad, 42, seorang guru serta dua anaknya, Mohamad Aniq Mauqri, 5, dan adiknya, Maria Aqilah, 2. 

sumber : Metro



so sad..mangsa merupakan abang dan anak buah kepada sahabat saya, Nadia.. subhanALLAH..memang sedih..saya tak dapat bayangkan perasaan Nadia yang juga telah kehilangan kedua orang tuanya..huhu..

lagi seminggu nak mula praktikal..aduhaii..beratnya dugaan..saya berharap, semoga Nadia tenangkan fikiran dan bole hadapi kenyataan hidup ni..

saya share ni hanya untuk kesedaran kite semua..

~wassalam~

12 ulasan:

JIJI YU on January 25, 2011 at 6:29 AM said... BALAS

alfatihah..allhummaghfirlahum...

Solihin Zubir on January 25, 2011 at 7:49 AM said... BALAS

innalillah..
sedihnya..
takziah kepada nadia..
AL-FATIHAH...

Anonymous said... BALAS

I love gardisareyou.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards

Sumijelly on January 25, 2011 at 4:55 PM said... BALAS

alfatihah jugak kepada kawan mia yek...



Sumijelly.com

sissyira on January 25, 2011 at 5:12 PM said... BALAS

salam

takziah untuk sahabat anda tu ..;(..


ziarah rakan yang saya follow =)

Aretikz on January 25, 2011 at 6:13 PM said... BALAS

Alfatihah.. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman..

kak ina kl (1) on January 25, 2011 at 9:28 PM said... BALAS

al fatihah buat mereka semua..semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

tak confirmlah gi ke ts tu ..klu gi pun mungkin lambat sikit

Mohd Asyraf on January 25, 2011 at 10:10 PM said... BALAS

al-fatihah...hope saudaranya di temptkan di dalam golongn2 org yg beriman...amin...takziah asyraf ucapkan buat Nadia..

CheQ PP JoY on January 26, 2011 at 2:59 AM said... BALAS

fy penah kene kejar dgn lembu mse tabika dulu..pakai baju kotak2 merah putih, pastu rempit ngn beskal lgi..tercabar gamaknye, dia kejar fy sampai rumah..nasib fy sempat tutup pagar..hehehe

mie on January 26, 2011 at 9:46 PM said... BALAS

tengok je gambar sate..
buat gue mengidam..
ehehee

mia on January 27, 2011 at 12:40 AM said... BALAS

@CheQ PP JoY

akhekehkee..seyesly dear..aduhaii..tu mmg takot gile tu..naseb xde ape2..

mia on January 27, 2011 at 12:40 AM said... BALAS

@mie

hehehe..mmg saje nk buat korg mengidam same..hohoho

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan