Susah jumpa LELAKI baik sekarang ni ek? | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, August 8, 2011

Susah jumpa LELAKI baik sekarang ni ek?

Dicatat oleh m i a di 6:01 AM
Assalamualaikum..

hi semua.

kau tengok tajuk, macam saje nak cari gaduh je. hehe, nanti dulu, jangan cepat melatah hokey.

sekarang ni da masuk seminggu berpuasa, alhamdulillah. dan sepanjang seminggu ni jugak saya menyaksikan macam -macam ragam manusia baik Islam atau tidak. acely tak bole nak beza da sekarang ni sama ada kau muslim atau tidak. huhuhu, sebab gaya pakaian dan amalan hidup kita sekarang ni kebanyakannya sama dengan non-muslim. fikirkan oke!

2, 3 hari lepas, ada beberapa ketul auditor datang kedai dan most of them adalah lelaki. saya bekerja macam biasa, kurang bercakap sebab pertama, puasa dan kedua, sebab kau lelaki yang tak dikenali takkan tiba-tiba nak 'hai ahmad, ah ah ahmad' pulak kan. kehkekeh. oke mengarut.

sedang gigih buat kiraan barang-barang, lelaki yang saya kira sebagai ketua untuk semua auditor tu tegur. beliau tanya subjek pendidikan Islam SPM saya dapat gred ape. apekeh?? macam tak masuk akal, tapi saya bagitau jugak. then beliau mula tanya macam-macam dan yang ini memang seriusly tak masuk dek akal langsung!




beliau tanya apa hukum berpuasa kalau kita mimpi basah. damn! oke fine, saya masih okey kalau kau baru umur belasan tahun, kira cetek lagi akalnya kan. tapi saya yakin yang lelaki tu lebih tua dari saya, SUDAH BERKAHWIN, dan baru pertama kali jumpa ni!! alahai, apa nak kata?

macamane pun, saya tetap jawab, sebab kot la beliau memang tak tahu *padahal dah kawen anak satu ni, ciss*. kalau mimpi basah waktu sedang berpuasa, hukumnya puasa tak terbatal, tapi segera mandi wajib jangan lengah-lengah *betulkan saya kalau salah fakta oke*

tapi pelik pulak dengan lelaki yang sorang ni, katanya tak mandi wajib lagi, jadi tak bole puasa lah kan? haa sudah. malas melayan *dan yang sebenarnya malu dengan soalan pakcik ni* saya hanya diam aje. seminit lepas tu, kesemua auditor lelaki tadi keluar dari kedai, setengah jam kemudian masuk semula dengan bau rokok. zzzz..




kau nampak? itu yang terjadi depan mata, belum lagi campur tolak bahagi darab bagi yang baru jam 10 pagi, da masuk kedai beli maggi cup siap air panas sekali. huhuh. sukarnya nak cari lelaki yang benar-benar mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian sekarang ni kan?

sila jangan anggap entry ni macam nak baget saya hebat atau apa. cuma, sepanjang seminggu Ramadhan ni, saya banyak melihat lelaki yang senang-lenang tak berpuasa dan tanpa segan silu makan di khalayak ramai sesuka hati. ibarat macam, puasa tu ibadah sunat pulak, buat dapat pahala, tak buat takpe. well hello, puasa itu WAJIB ya. Wajib dan hukum tidak berpuasa secara sengaja di bulan Ramadhan ini adalah berdosa besar! fikir, pelis fikir..

selamat berpuasa semua. oke da bai.

~wassalam~

Suka doodle? KLIK SINI

p/s : ejaan 'kebaikan', bukan 'kebaikkan' :P

14 ulasan:

NuR 'aQiLaH on August 7, 2011 at 11:30 AM said... BALAS

betoi setuju.. T___T

sea_lavender on August 7, 2011 at 5:47 PM said... BALAS

sgt2 dear..its not easy to get the guy that concern about religion skg ini..1 dalm 1000 pn blum tentu..jujur.. bukan memperkceilkn2 Kaum Adam..namun kesedran masih tiada buat mreka

Sarah Sayuri Hartnett on August 7, 2011 at 5:52 PM said... BALAS

yup betul...

myampah dgn laki2 yg tak posa even dah ckup umur

Fauzan Razak on August 7, 2011 at 11:14 PM said... BALAS

Sebenarnya semua perkara yang kita nak buat pucuk pangkalnya hati, tak kiralah pelakunya lelaki atau perempua. Mungkin perempuan mempunyai sifat malu dalam diri untuk menunjukkan atau menutup kekilafan mereka berbanding dengan lelaki yang mempunyai banyak sikap ego dan suka menunjukkan kehebatan. Sesuatu yang kita patut sedari ialah, lelaki dan perempuan sekarang ni sama sahaja (dari segi tingkahlaku). Justeru kita tidak boleh sekadar menilai dari satu pihak saja sedangkan di sisi yang lain pula perkara sama sedang terjadi.

mia on August 8, 2011 at 1:28 AM said... BALAS

@NuR 'aQiLaH

hehhe..kan dear, ape pun, lelaki yg baik utk wanita yang baik :)

mia on August 8, 2011 at 1:29 AM said... BALAS

@sea_lavender

ye btul, susah nak jumpa, tapi masih ada.

thanks ya singgah,,

mia on August 8, 2011 at 1:30 AM said... BALAS

@Sarah Sayuri Hartnett

haha, nak tgur karang kita pulak kene sembur, paling kurang pun, diam dan geleng kpala aje..huhu

mia on August 8, 2011 at 1:37 AM said... BALAS

@Fauzan Razak

tq fauzan, mmg da jangka akan ada komen macam ni, gud 4 u. ye btol tak nafikan mmg ada hawa yg xpuasa, dan ada juga yang secara terang-terangan. dan entri ni bukan brmaksud nk perlekeh atau persenda adam, bukan ya. cuma saya meluah apa yang saya lihat, apa yg saya alami. kalau ada hawa yang buat perangai macamni, mungkin tak terkecuali terlibat dalam entry ni juga :)

thanks singgah fauzan.

alia shahira on August 8, 2011 at 7:58 AM said... BALAS

haah kak miaa memang susah nak cari lelaki yang praktikkan islam dalam hidup. hanya pada name je huhu.

alinac lover on August 8, 2011 at 10:00 AM said... BALAS

a.a kan..skg ni byk je mcm tu

mia on August 9, 2011 at 6:50 AM said... BALAS

@alia shahira

hehe..tu la, jadi kene pilih btul3 utk jadikan suami. hehhe..

alia da dpt hadi yg cool gile kan..sweet kapel tau korg ni..hehe

mia on August 9, 2011 at 6:50 AM said... BALAS

@alinac lover

huhu..harap3 kita dpt yg terbaek la ek yong..hehe..

Yuyu Musa on August 10, 2011 at 2:29 AM said... BALAS

macam2 la..yg laki duk tanya mimpi basah tu kan macam menganjing Islam pun ada.Kita duk serbu nak tahu identiti makcik hajah yg kutuk nabi tu tapi orang islam kita sendiri byk yg menganjing agamanya dlm tak sedar.

:)

mia on August 10, 2011 at 6:51 AM said... BALAS

@Yuyu Musa

sedih kan yang, huhu..hari ni lagi la teruk gile..bikin malu je..grr

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan