Review : Oxy5, pembunuh jerawat! | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Saturday, October 15, 2011

Review : Oxy5, pembunuh jerawat!

Dicatat oleh m i a di 9:00 AM
Assalamualaikum..

hi semua.

sebelum ni, muka kalau tumbuh jerawat berkepuk-kepuk, saya lebih senang ignore je. diamkan aje dan benda tu akan hilang tanpa tinggal kesan. sebab, ikut pepatah nak sedapkan hati ehem, jerawat ni kira macam orang yang dengki kat kita, makin die maki caci dan cela kita, makin kita buat bodo dan sila pandang sebelah mata aje. lama-kelamaan, kompom orang tu akan diam dengan sendirinya tanpa kasi efek sikit pun kat kita. aha! kau nampak tak sinonim orang dengki dengan sang jerawat?? nampak tak permainan diaa???

oke fine, tiba-tiba tergerak hati nak cuba produk yang bole hilang jerawat dalam masa yang singkat, maka saya cuba Oxy 5.




saya memang tak pernah cuba oxy ni, mula pakai 2 bulan yang lepas. oke mari cekkidaut info tentang oxy 5 ni ye.

kebaikan

     1. Membunuh bacteria akne yang menjadi punca jerawat.
     2. Membantu menyerap minyak yang berlebihan
     3. Membantu membebaskan liang-liang tersumbat
     4. Mudah digunakan, tidak kelihatan sebaik sahaja disapu.


ingredient

     1. Bahan aktif : Benzoil Peroksida 5%

     2. Pengawet   : Methilparaben 0.15%, Propilparaben 0.05%

bahan benzoyl peroksida efektif ni memang femes sebagai pembunuh jerawat ya. dan lagi, bahan ni juga bole membersihkan pori dan mengelakkan pori daripada tersumbat. so kira bagusla, tapi amat tidak sesuai untuk jenis kulit yang sensitive ya.

pro

YES YES YES, produk ni memang pembunuh nombor 1 jerawat dan segala mak nenek yang ada yang muka ni. bila letak je kat area berjerawat tu, kita akan rasa macam pedih-pedih sikit, agaknya diorang tengah dalam proses membunuh la tu kot.

selalu saya pakai sebelum tido, dan esoknya jerawat yang secoet da kecut. pakai 2, 3 hari insyaALLAH hilang terus jerawat tu tak keluar da.

kontra

ni yang tak bestnye. oxy 5 ni memang terbukti menghilangkan jerawat. tapi tapi tapi, kita akan dapat lihat macam ada kesan pada tempat berjerawat tu tau. saya kira macam parut la kot even tak ketara sangat. ini memang tersangatlah tak berkenan di hati sebab parut tu lagi susah nak hilang berbanding jerawat tadi, ciss ciss.

repurchase?
NO

ehem, korang kalau ada produk yang bagus untuk kecutkan jerawat tanpa ada kesan parut, bole tak share kat sini. tengah feddap ni grrr grrrrrr.

oke da bai,

~wasssalam~

MINUM MILO, ANDA JADI SIHAT DAN KUAT!



10 ulasan:

NuR 'aQiLaH on October 15, 2011 at 3:42 AM said... BALAS

amboi cekgu,

dah jadi pharmacist ke?

hiks

nurhaziqah_ikah on October 25, 2012 at 11:52 AM said... BALAS

kite pon gune oxy.. oklah jerawat hilang sikit2.. dri byk skrg dh sikit,, tq 4 the review

achik eiqa on September 15, 2013 at 10:08 AM said... BALAS

Elok kea oxy5 ni ? Xtinggl kan parut ke pakai oxy5?

achik eiqa on September 15, 2013 at 10:09 AM said... BALAS
This comment has been removed by a blog administrator.
achik eiqa on September 15, 2013 at 10:14 AM said... BALAS

Ok ke lau pakai oxy5 ni ea ?

m i a on September 28, 2013 at 10:45 PM said... BALAS

@NuR 'aQiLaH

hehe, saje kongsi pengalaman hohoii hehe

m i a on September 28, 2013 at 10:46 PM said... BALAS

@nurhaziqah_ikah

hehe welcome dear. ada tinggal kesan x? u guna ape ya nak hilangkan kesan?

m i a on September 28, 2013 at 10:47 PM said... BALAS

@achik eiqa

ok dear for jerawat. but after dat akn ada kesan hitam pd kawasan jerawat tu. susah nk hilang.

Anonymous said... BALAS

Harga dia berapa? Dekat farmasi ada Jual tak?

::idex:: on November 3, 2013 at 2:46 AM said... BALAS

cer try ubat mederma untuk hilangkan parut jerawat ... bleh dptkan di farmasi .. :)

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan