Warung Singgah Sekejap Jangan Lama-lama :) | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Wednesday, December 7, 2011

Warung Singgah Sekejap Jangan Lama-lama :)

Dicatat oleh m i a di 3:00 PM
Assalamualaikum..

hi semua,

letih betol jaga kedai makan ni iye. mula-mula rasa macam tak berapa nak seimbang but now, semuanya under control. da boleh bangkit 5,6 pagi untuk buat persiapan, dan tido pon da semakin teratur tak macam dulu la tunggang langgang sesuka hati bhahaha. tapi sekarang tengah pening dan risau sapa pulak nak bantu ibu masak nanti kalau saya da dipanggil mengajar tahun hadapan? ibu sorang memang confirm lah tak larat da, mana nak menggoreng, buat kuih lagi aduhaii.

mungkinkah saya perlu hire sorang pembantu untuk tolong ibu? tapi kami niaga kecik aje, cuma kalau malam aje kedai ada sikit macam tongkang pecah sebab banyak sangat order sampai kaki tiba-tiba menggigil sebab berdiri lama sangat. oke kejap, abaikan kalau banyak sangat perkataan 'sebab' kat atas tu ye, menaip dalam keadaan tak sedar diri begini la jadinya ehem.


keadaan kedai waktu mula-mula masuk, setiap section lengkap dengan peralatan.

alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat atas rezeki ni, memang letih dan penat, tapi bila tengok hasilnya, rasa nak berjoget setempat sambil menangis okee! *over kaw* syukur jugak kedai ni bersebelahan dengan surau so pokcik atok nenek bule singgah minum-minum teh sementara tunggu azan isyak, marketing baek punyaa agagagaga!

kedai yang saya kasi nama ' Warung singgah sekejap jangan lama-lama' ni tutup setiap Selasa, dan mungkin Jumaat pagi kot. so semalam cuti makk aiii saya memang tak melepaskan peluang untuk berguling-guling lama atas katil dan sempat buat a few make up tutorial, tapi tak edit lagi pertama tak cukup masa, kedua segan alahaii.

eh uols kalau datang Melaka, atau tinggal berdekatan dengan Kampung Alai dekat SK Alai Melaka tu, moh la singgah 'warung singgah sekejap jangan lama-lama' ni ya. saya belanja milo ais taboorr, nak? muahhaha.


Iman jeling dalam hati 'aku sepak jugak mak nenek ni tersengih-sengih grr'

oke da bai,

~wassalam~

0 ulasan:

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan