˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: 2012


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Saturday, October 20, 2012

Lace oh Lace, cantik tapi susah nak cari.

Dicatat oleh m i a di 5:09 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

ehem ehem, tak lama lagi nak sambut Aidiladha pulak. kejap nye la hai masa berlalu. lagi 2 minggu nak cuti sekolah yippii hurray. kan. yela, awak cikgu, cuti banyak kan. ehem apa nak kata.

tak kesahlah. oke focus, saya kira sekarang ni memang tengah hot kan pasal kain jenis lace. lace top, jubah jenis lace, tudung pon nak lace jugak, ponn boleyy. and yang paling hot sekarang, lace dress, betol kan betol kan.

seriusly sekarang banyak sangat online shop yang jual dress jenis kain lace kan. teruja gile. mata ni cepat je menangkap bila nampak baju lace kat Facebook. cepat-cepat view nak tengok. 

amboii tantekk nyeww.

see, cantek sangat. bila pakai dengan skirt labuh, sure meletopss yu! tapi tapi, sangat menyakitkan hati bila view detail, semuanya free size. FREE SIZE. serius menyampah! saya menyirap gile bila tengok measurement dia, alahai. jangankan badan macam mak nenek ni, Rozita Che Wan pon tak bole nak pakai, ehem. kemain contoh engko kan.

alolo comelnye kalau dapat pakai. 

KALAU LAHH kalau oke. kemain susah nak jumpa online shop yang jual dress lace ni dalam pelbagai saiz. sangat susah! tapi, disebabkan keterujaan yang melampau, saya gigih juga mencari.


cari lagi..


carii..


dan terus mencari..


sehingga, eh!


hinggalahhh


huwaaaaaaa!! SERIUSLYY??


AVAILABLE IN ALL SIZES

 akhirnya dapat pakai!! 

mahu nye tak berjoget setempat. hehe. bukan apa. semua nak cantek, betul? but saya tak nak la sampai kena pakai sarung nangka kat badan ni. huduh tahu, huduh gile. jadi bila dapat yang ada banyak saiz macam ni, sangat gumbira ai tell yu!




ce klik ce klik. pegi ke Album XL-XXXL taw. ada 2 album XL-XXXL. but before that, ada beberapa benda nak review pasal shop yang AWEsome ni. 

1. Owner dari Singapore, so postage agak mahal untuk hantar ke Malaysia which is RM15.

2. Code item, measurement, item details semuanya in Chinese. jadi, perlu pm owner untuk kasi uols faham.

3. Tempoh masa nak sampai ke tangan agak lama jugak, of course sebab dari Singapore kan, iaitu selama 10 hari atau kurang.

tapi tapi tapi.

saya sangat berpuas hati. TOTALLY puas hati. sebab pertama, susah gile kot nak jumpa baju lace ni dalam banyak size. ada sekali saya jumpa, da bank in duit apa semua, tiba-tiba cakap da let go ke customer lain. seriusly? alahai. spoil mood tahu. 

kedua, owner yang sangatla peramah. and i mean sangat peramah. kaw tanyala apa aje, kompom beliau akan jawab, but in english la. eh broken english pon beliau faham. so dun wory taw. tak tahu la, but setiap kali saya pm, selalu cepat je dapat reply. mungkin beliau online 24/7 kot muhaha.

ketiga, owner janji 10 hari akan sampai, but sampai lebih awal dari tu. so i guess, tu mungkin had masa yang ditetapkan la kot.  


dan lagi, kualiti baju sangat tip top. paus puas hati oke. ada banyak sangat choice kat sini. bukan aje ada baju kain lace, semua pun ada. and opkos, available in sizes lagik. jadi lepas ni, mari kurangkan pakai baju ketat-metat ni. lagipun, tak elok untuk tumbesaran taw. aha!

printed lace.

so, lepas ni semestinya takde masalah da nak cari baju online. buat masa sekarang ni, memang Beauty Sibu ni jadi pilihan pertama saya la kot hehe. eh suka laa!!

lastly


this is me wearing the same dress in the first picture.

eh lupa nak cakap, semua picture dalam entry ni, ada dalam album XL-XXXL tu taw. ce tengok!

oke da bai,

~wassalam~

 

Jadi ke Tak jadi?

Dicatat oleh m i a di 12:20 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

masih ingat entry INI? itu ialah cerita bulan Oktober tahun lepas. ceh! Pulau Pinang entah ke mana, 'kebangsaan' lagi la kelauttt. huhu. biasalah, bila masuk bab-bab agama ni, tiba-tiba jadi takde budget kan aduhaii la nye adoihh terr berr!

tapi ini cerita Oktober tahun ini. hehe, tapi untuk kali ni, saya seriusly tak berharap sangat, takot janji tinggal janji, harapan kecundang jua alahai. baek, 2 minggu lepas, member bagitau ada dengar berita daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) tentang event nasyid yang tak kesampaian tahun lepas, akan di'sampai'kan juga pada tahun ini. and yes, pada November tahun ini.

kalau janji tahun lepas di Pulau Pinang, janji tahun ini di mana pulak? hohoiii di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu oyea. sangat teruja la bila dengar. tapi macam saya cakap tadi,  kali ni tak berapa nak tinggi sangatla harapan saya. oke fine, ada sikit rasa asaited je. giler tak seghonok, naik kapal teghebangg kot. haha.

so, sekarang ni memang setiap minggu balik Melaka, even duit pun da paras-paras hidung, still gigih nak balik jugak. kami, Puteri Imtiyaz semua pakat nak bersedia jiwa raga. sebab nampak gayanya, macam kompom je kali ni, but still, yea malas nak cakap. tapi bersedia je la. 

lagu da ada, minus one da upgrade. and now, practise je setiap Sabtu and Ahad. cuak jugak bila tengok kat Youtube juara nasyid tahun lepas, dari Sabah kalau tak silap huhuiii. ape pon harap tahun ni jadi la. and sangat bersyukur sebab masa kejadian, saya takde make up job langsung huwaa giteww. nampak tak permainan dia? eheh. macam nak suruh saya sebat semua pulak kan, hoho.  

will update the date later okay. takot tak jadi kang, malu sampai ke lutut ye tak. hehe. uolss doa la semoga jadi ek. amin, aminn.

oke da bai,

~wassalam~

  
 

Monday, October 8, 2012

Exam

Dicatat oleh m i a di 7:48 PM 0 ulasan
Assalamualaikum.. 
  
hi semua, 
 
musim peperiksaan da bermula oyeah. Hari ini final exam mula, esok PMR bermula, akan datang SPM dan STPM pulak ambil bahagian. kalau dulu masa status pelajar, rasa tension and stress sangat bila musim exam. sekarang status guru, stress juga bila mula musim exam, sudahnya? hape pon tak bule.
 
lepas ni sibuk menanda kertas pulak. Student SBP tulis karangan macam tulis novel ai tell yu aha! pening kepala nak menanda adoih. dah tu, semua marks kena key in before cuti sekolah. bagus jugaklah, at least cuti sekolah takdela cikgu kena bawak kertas soalan kulu kilir ehem.
 
baek, ape pon good luck untuk semua yang bakal menjawab soalan pada esok hari. usaha, usaha, usaha, doa, doa, doa, doa dan tawakal aje lepas tu oke. kalau ada cikgu-cikgu tinggal apa-apa pesan, pelis take note.

ada cikgu pesan macam ni? baek ikot ehem. 
 
jumaat lepas ada sesi salam-salam antara cikgu and student tingkatan 3. ada seorang pelajar lelaki menangis, aduhai saya tengok serius macho gile hahaah. bukan nangis style kena keluar dari Master Chef tu (kalau dulu, mesti Akademi Fantasia, aha!) tapi ni style lelaki, i mean LELAKI sebenar menangis, sangat auuuhhh come gitteww. oke enaf, over pulak mak nenek uii.

 
adik-adik, sila jaga kelihatan kesihatan waktu-waktu exam ni ya. benda-benda yang mengarut sila jangan buat. minum coolblog pon jangan buat masa ni, eh mana tahu nanti kena selesema, acane kan? minta restu ibu ayah tiap kali nak pegi exam tu. kalu tinggal asrama, call la. atau pun, masuk sekejap makmal komputer, log in Facebook, buat status haa lagi senang. 
 
"Emak..Abah, adik mintak maap. Adik nak pekse besok. Emak Abah pelis doakan adik ya. nanti tolong cakap kat akak, kak chik, abang long, nenek atok, pak su, mak teh and semua yang adik mintak maap tau. kbai" 
 
 settle. kan. hehe. 

amalkan sepanjang musim exam oke. 
 
ape pon, Good Luck untuk semua. 
 
oke da bai,
 
 ~wassalam~
 
 

Monday, September 24, 2012

Cerita September

Dicatat oleh m i a di 1:53 PM 1 ulasan
Assalamualaikum.. 
   
hi semua, 
 
Sihat uols?  well, syukur segalanya berjalan lancar sekarang ni. kerja, part time job, student, family and my love, semuanya memeriahkan hari saya acehwahh ahai. even ada la certain timing yang buat nafas sesak and sometimes rasa down sangat xspesially pasal budak-budak, but still oke kot. mengajar di SBP ni cabarannya berbeza. mengajar memang sangat selesa tapi kerenah budak lain macam pulak hoho.
 
ape pun, sekarang saya selesa. yup rasa da selesa dengan kehidupan sekarang. matlamat seterusnya? KAHWIN hohoiii. kumpul duit, da cukup duit, next step la pulak kan. da berumur 25 tahun ni, ramai sangat kawan-kawan yang da kawen. jelesnyeewww tapi sabarkan diri hokey. 
 
cubaan pertama nak hide kening guna gam. not so good. 
 
oyeah, saya suka cuti sekolah even tahu akan ada banyak, i mean seriuslyy BANYAK gile kerja yang akan muncul yang memungkinkan saya tak dapat menikmati cuti dengan gilang gemilang dan terbilang. but still, saya suka cuti sekolah heheh. sebab? ehehe banyak dapat make up job and semuanya di Melaka oyeah. pertama, memudahkan saya, kedua, mengembirakan customer kalau saya tiba awal time mekap nanti kan kan. 
 
banyak feedback dari customer bagitau, mereke hire saya untuk make up sebab murah.
 
 Trial Make Up : RM 20 
Dinner/Photoshoot : RM 50 
Make Up Tunang : RM 80 
Make Up Nikah : RM 100 
Make Up Sanding : RM 150 
 
murah? hehe hire la saya hoho. sebab apa murah? pertama, sebab saya hanya make up sahaja, and if nak mintak tolong pakaikan tudung or aksesori, bole takde masalah. kedua, saya tak cukur kening, memang tidak akan cukur kening dan ketiga, saya tak pernah pergi mana-mana kelas mekap lagi, jadi rasa diri ini belum cukup pengalaman, makanya harga pun ikot standart diri je la hehe. but ada jugak perancangan nak join kelas. just not enough time buat masa.
 
 
almost did it! 
 
dan lagi, saya banyak guna produk dari Naturactor, Elianto and Maybelline untuk mekap customer which is guite good product but still cheap kan. and, sekarang ni dalam usaha mengumpul product yang lebih hot macam Kryolan and Mac, huwaa giteww. and if da complete, and ilmu pun da penuh di dada, harga pun mungkin berubah la kot hehe.
 
baek, disebabkan saya takde perkhidmatan cukur kening, so sekarang ni, sedang giat praktis untuk hide kening guna gam. so dat kening nampak kemas and cantek aje hehe. and yeah, hampir berjaya!
 
Practise Makes Perfect! really man..
 
jadi kalau ada yang nak saya mekap untuk sebarang event, bole pm di Facebook Mia Adnan or email ke gardisareyou@yahoo.co.uk ya. Klik SINI untuk lihat portfolio mekap saya. tengkiu uolss.  syukur atas rezeki yang melimpah ni.
 
Hujung tahun ni nak bawak family makan angin, any suggestion?

oke da bai,

~wassalam~
 
 
 

Tuesday, September 4, 2012

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Dicatat oleh m i a di 8:56 PM 3 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

pagi ni pergi sekolah, ada artikel ditampal pada meja diskusi di bilik guru. abis aje kelas, saya rehat sekejap. sambil menyelam minum air orang kata. saya pulak sambil membaca, sambil minum shake, bole? hehe.

artikel pasal ape yang begitu hot sampai kena tampal kat bilik guru ni? bukan calang-calang penulis ni ehem. da settle baca, saya pun 'ooohoiiii patut la, engineer yang tulis'

aha! sekarang ni cik liyana Adnan sama popular macam Emma Ma'embong, ai tell yu man! walaupun nama ayah saya sama dengan ayah beliau, tapi kerja beliau lebih hebat dari kerja saya kot, ehem *fine, takde kaitan*



oke, serius.

pendapat saya, saya nampak apa yang cik Liyana nak sampaikan dalam entry beliau tu. dan saya faham. serius saya faham. tapi tapi tapi, ayat yang cik Liyana guna tu tak berapa sedap didengar, berdesing-desing kat telinga saya and opkos, pada telinga guru-guru seantaro dunia ni.

ya saya dapat maksud cik Liyana guru sekarang berbeza dari guru pada zaman budak-budak tak tahu apa itu Gangnam Style, tak reti ambil gambar dengan gaya mulut itik, tak pandai nak pijak-pijak bendera atau gambar orang sesuka hati *ohoii*

ya, mungkin berbeza dan saya admit itu. tapi, keseluruhan entry cik Liyana bercerita tentang perbezaan yang negatif aje. oke, mungkin pendapat cik Liyana memang nak cerita pasal negatifnya guru-guru sekarang. tapi malangnya, ayat cik Liyana banyak melambangkan semua guru-guru sekarang terlibat, hingga menutup segala perbezaan yang positif tentang guru sekarang dengan guru zaman Cik Liyana.

dan hasilnya. entry cik Liyana memang mendapat sambutan meluas hingga dekat Tapah yang seco'et ni pun, ada ditampal entry cik Liyana tau. retiss giteeww! begitu banyak blogger-blogger lain yang bagi ulasan tentang entry cik Liyana, and yeah, termasuklah saya.

kalau nak mintak saya counter balik entry Cil Liyana tu, alahai kalah la ai yu ni taww aha! ada banyak da blogger aka guru yang da bagi penerangan jelas nak betulkan statment beliau tu. kalau saya ulas pulak, karang jadi persatuan guru bersatu menegak keadilan pulak, acane?? ha sudahh..

last but not least *ewahh* untuk kes cik Liyana ni, saya nak senaraikan beberapa peribahasa untuk tatapan kalian. kata cikgu BM koowwwtt!

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

kerana pulut, santan binasa. kerana mulut, badan binasa


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga


cakap siang, pandang-pandang. cakap malam, dengar-dengar

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga


ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah


harapkan pagar, pagar makan padi. danggg!! takde kena mengena!

lastly, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

oke da bai,

~wassalam~

Friday, August 31, 2012

2 in 1

Dicatat oleh m i a di 11:08 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

baek, hari ni saya nak ucapkan secara besar-besaran la ye. ehem ehem



S
ELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dan

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

kepada

SELURUH RAKYAT MALAYSIA

MALAYSIA

MALAYSIA

MALAYSIA

BOLEH!'

oke tu je, bai

~wassalam~

p/s : ngok ngek plus sengal dan sengget gila bukan? alahaii mak nenek oiit!

Tuesday, August 7, 2012

Elf Brush Collection

Dicatat oleh m i a di 9:43 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

mungkin dua tiga menjak ni akan update mostly pasal make up and few produk nak review je tau. bole? setakat ni, itu yang sesuai untuk share dengan uols semua, agaklah kot. but, ada satu produk yang saya rasa paling super duper AWEsome like seriusly osemm gile. sesuai untuk teruna dara sekalian alam ai tell yu beb! tunggu review wokey.

oke baek. harini nak share pasal make up brush yang menjadi kesukaan saya sekarang ni. mungkin ramai yang da kenal produk e.l.f. Cosmetics ni rite. Elf stand for eyes.lip.face and memang takde store kat Malaysia ni, eh ke ada? tak penah jumpa kat sasa, watson or guardian lagi.

saya beli pon by online je. tapi kena survey betol-betol takot ada yang jual mahal sebab produk ni keluaran dari New York, so mungkin macam jenama terkenal giteww kan. well, ai tell yu wat, saya jumpa store kat eBay.com.my yang jual semua barang kosmetik elf dengan harga yang gilee murah hoho. itula gunanya survey ya adik-adik hehe.

kenapa saya suka elf brush?

pertama sebab murah hehe. even brand elf ni kira well known jugak kan tapi harganya memang very reasonable. sangat-sangat. percaya atau tak, saya beli kebanyakan berus elf dengan harga RM 6.50 je bhahbahbahhhhh! best kan best kan.
 
kedua, sebab kualiti berus. memang sangat lembut kalau nak compare dengan few jenama yang lebih mahal harganya. seriusly, make up brush keluaran elf cosmetic ni memang lembut and mudah nak guna sebab tangkainya lebih panjang so senang nak pegang hehe.

kumpulan berus bersatu


1. elf Essential Smudge Eye Sponge RM 4.50
2. elf Essential Smudge Brush RM 6.50
3. elf Essential Blending Eye Brush RM 6.50
4. elf Essential Defining Eye Brush RM 7.00


1. elf Essential Eye Crease Brush RM 6.50
2. elf Essential Total Face Brush RM 6.50
3. Elf Studio Small Angled Brush RM 14.00

elf  ada 3 jenis brush collection, elf Essential, elf Mineral dan elf Studio. yang mineral and studio mahal sikit mungkin kualiti berbeza, but yang Essential pon da quite oke tau.

baek, kat mana bole dapat? acely ada banyak online shop yang jual produk elf. but al maklum la mak nenek ni memang suka gile nak survey sana-sini muhaha agagaa kan. nahhh saya jumpa online shop kat eBay yang super duper murah gila, lagi sekali muhahah agagaga. check this out girls!!

Beauty Essences


kalau ada lagi online shop yang jual produk elf, please share dengan saya wokey hehe. well, ini koleksi berus mekap saya setakat ni aha!


alhamdulillah, da hampir hujung tahun ni, banyak betul orang nak kawen, make up job pun bertambah-tambah, syukur sangat hehe. sapa nak saya make up untuk sebarang event, bole email kat gardisareyou@yahoo.co.uk atau pm kat Facebook ya. Quotation harga di SINI.

oke da bai,

~wassalam~

Sunday, July 29, 2012

Review : Stay Matte Foundation 04 by Farmasi

Dicatat oleh m i a di 5:20 PM 16 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

lama gile tak update. hari-hari jenguk blog and singgah blog lain jugak, but nak update blog sendiri memang tak larat. alahai macamla awok sorang je bekerja mak nenek uiii. oke focus!

hari-hari pergi sekolah, saya just make up simple aje, takdela beriya-iya sangat, ke sekolah je kot hehe. but dalam masa yang sama sempat jugak buat uji kaji foundation yang saya pakai. now ni da jatuh cinta dengan Stay Matte Foundation dari Farmasi.


3 warna yang sesuai untuk semua
 
Pro

saya guna code 04, a bit light for me but still oke. kulit saya ni a bit oily walaupun sikit je. so memang susah nak cari foundation yang sesuai, even ada mention oil free pun, tak tahan jugak. but foundation dari Farmasi ni memang totally gojes gileess uols. seriusly, memang best sangat. texture sangat halus dan ringan. nampak natural aje kat muka. yang paling penting, foundation jenis matte finish ni memang terbukti anti kilau dan muka tak berminyak sangat bila pakai hoho.

oke, dari segi tahan lama atau tak, itu depends pada cara kita apply foundation. untuk puaskan hati saya yang tak penah puas ni, saya test macam-macam cara untuk tengok which one is da best way untuk kasi foundation tahan lama. so bila buat review, saya bole kasi info berguna sikit kan agagaga.

saya da test apply foundation guna berus. dap-dap kan foundation kat muka and ratakan guna berus. memang nampak smooth aje kalau guna berus. tapi tapi tapi, buikss mekap tak tahan lama uols, kejap je da berminyak muka ni xspecially bahagian hidung. i mean seriusly tak tahan lama!!

then saya try pulak sapu rata guna tangan *pon boleyy* and hasilnya, bole tahan. but, masalahnya kena ratakan betol-betol terutama di kawasan kening tu supaya tak nampak capuk. and yeahh, foundation tahan lebih 8 jam oke, i likee!

nak test lagi, saya guna span pulak. 1st spray Aquara Spray kat muka, then dap foundation and ratakan guna span dengan cara dap-dap jugak. oyessss!! ini paling best la kot. foundation tak bercapuk and rata aje kat muka, and opkos, tahan lama dan itu bermaksud betol-betol tahan lama oyea! so kesimpulannya, saya galakkan semua apply foundation guna span compare to guna berus okess.

Kontra

NONE! totally in love dengan foundation ni aha!

Repurchase?

YES, totally

...

baek, saya beli Stay Matte Foundation ni di Fcc Beautyfarmasi Colour dengan harga RM 35.00 ohoiii. satu-satunya online shop yang jual produk Farmasi paling murah, seriusly. saya da survey online shop lain yang jual Farmasi, but Fcc Beautyfarmasi Colour memang paling murah hehe and selalu buat sale. and guess what, untuk Ramadhan ni, ada 10% diskaun untuk semua produk Farmasi, oyeaahh SEMUA produk uolss aha aha!

lepas ni nak make up customer guna produk Farmasi je la. dalam proses nak beli High Performance Foundation by Farmasi pulak, dengar cerita lagi super duper AWEsome aagagaga.

nak tengok review produk lain, KLIK SINI. oke da bai,

~wassalam~

Thursday, July 5, 2012

Psst...!!

Dicatat oleh m i a di 5:26 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

ramainya orang kawen, rasa nak kawen jugak la.

ahaks!!

oke da bai,

~wassalam~

Monday, June 25, 2012

Rinduku terhenti!

Dicatat oleh m i a di 9:33 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

subhanaALLAH, lama gile tak update belog aigoo.

oyeaah, syukur seribu syukur. banyak urusan da selesai. even hari-hari balik rumah jam 6 petang tapi naseblah semua urusan da hampir selesai kesemuanya. sekarang ni tak sabar nak hias rumah cantek-cantek supaya bila balik keje huwaaa rasa heaven gile bila masuk rumah dengan bau ambipure yang super duper wangii! baek nak share semuanya kat sini.

1st, rumah. alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan bila dapat sewa kuaters guru kat sebelah sekolah, ada pak guard dan rumah fully furnished oyea. ada 3 bilik, 1 master bedroom siap katil queen size, meja solek and almari baju 3 pintu, ada toilet jugak. dan 2 bilik single siap katil single dan almari baju 2 pintu. ruang tamu ada meja makan, sofa and meja, ada meja tv dan juga ada toilet. dapur siap dengan kabinet dapur sekali. best kan. semuanya masih dalam keadaan baik dan dengan sewa RM325 sebulan, opkoss laa saya sangat berpuas hati hehe.

2nd, bil-bil dan segala mak nenek. syukur juga semua pertukaran nama pada TNB dan Lembaga Air selesai jugak akhirnya. lepas ni tunggu bil bulanan aje la mokcik ui. dan bila saya dapat online pada malam hari pada hari bekerja, opkosla urusan streamyx juga da selesai. hohoiii da ada internet kat rumah, lepas ni bole la berhunga-hunga seperti sedia kala bHaHahaha.

3rd, barang rumah. naseblah ada saving sikit masa mengajar sementara sebelum ni. dan dengan belas kasihan dari ibu ayah dan Safwan hehe, dapatlah saya sediakan segala keperluan untuk puasa tak lama lagi. Tilam, dapur gas, rice cooker, pinggan mangkok periuk belanga semuanya da hampir lengkap. sekarang ni nak tunggu kot la ada yang nak derma peti ais ke agagagaga.

4rd, sekolah. ohh sangatla bersyukur dapat mengajar di SBP ni. semuanya baik-baik belaka. cikgu cikgi, budak-budak semua oke sangat. even memang banyak kerja sikit, tapi sebab keadaan bilik guru yang super duper selesa, macam kat pejabat rasanya dengan meja bentuk L, kerusi besar macam eksekutif padahal kuliketif aje, semuanya rasa tak sedar. tiba-tiba aje eh da nak balik ke ni. memang suasana sangat berbeza dengan sekolah harian tau.


tempat bermadah berhelah ahuk ahuk

akhir sekali, pekan Tapah. hohoiii saya kat sini rasa macam ada kat zaman dolu dolu aje. pekan Tapah yang secoet ni, dengan bangunan yang bagai mati segan hidup tak mahu tu alahai, mata kuyu aje rasanya, lemau macam masuk angin ai tell yu! tapi tapi tapi, bila da lama, saya jadi suka pulak.

bila pagi, rasa nyaman sangat. balik sekolah takde jem, perjalanan sangat damai *kemain damai* dan jarang sangat dengar atau tengok mat mat rempit melepak. seriusly, Tapah ni macam tenang aje. heppp, tenang air jangan sangka takde buaya. Tapah da ada Cikgu Mia sekarang ni hokeyyy kohkohkoh. yang pasti hanya ada Guardian kat sini dan itula satu-satunya kedai yang bila masuk aje, saya rasa saya ada kat Jusco terbesar di Asia Tenggara hamekk kaww!

nahhh da lama sangat tak update, semuanya taruk dalam 1 entry. memang menangis la nak habes baca kan. takpe, da ada internet kat rumah ni, lepas ni insyALLAH semuanya berjalan lancar, amin amin.

oke da bai,

~wassalam~

Wednesday, June 6, 2012

Sharing is caring

Dicatat oleh m i a di 11:00 AM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sekarang ni tumpuan untuk update hari-hari atau sekerap mungkin amat tipis sebab kekangan kerja yang masih tak tentu hala. mungkin lepas da selesai semua urusan sekolah, pindah masuk kuaters guru dan segala mak nenek yang datang, insyaALLAH semuanya akan kembali okey haha.

well, dulu masa zaman kegemilangan, memang enjoy gile buat tutorial and review few produk. but sekarang ni memang susah ya amat nak curik masa lebih-lebih lepas bukak sekolah nanti. SBP ni al makelum la, kemain banyak lagi aktiviti nak kena settle kan kan.

makanya, untuk menghangatkan kembali memori saya tentang zaman kegemilangan tu ehem, meh sini nak highlight beberapa tutorial yang memang ramai blogger view and share kredit.

Pasang 'Scroll To Top' Button
Cara buat Tulisan Kelip-kelip (blink-blink)
Cara Buat Kotak Blockquote
Bentuk-bentuk border blockquote yang cun
Cara Buat Auto Link di New Tab
Cara Buat Cumulus Labels
Cara Pasang Iklan Nuffnang Statik
Cara Buat Scrolling Blog List

yeah, ini adalah antara tutorial yang memang jadi hit kat blog Mia Suka Berangan ni ahaks. untuk lagi banyak tutorial blog yang lain, bole tengok di menu bar kat atas tu, atau kelik link bawah ni oke.

Tutorial Blog Mia Suka Berangan

jemput la singgah ya uols. oke da bai,

~wassalam~
 

Monday, June 4, 2012

Cuci mata di Viva Home, rendah diri di Garden Lifestyle Cafe

Dicatat oleh m i a di 11:20 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua

masih di Kuala Lumpur sejak seminggu yang lepas. semalam cuci mata di Viva Home, Miharja Cheras. ai tell yu, kat sana sangat AWEsome oke. even this place a bit macam style SFF, but trust me, harga kat sini sangat reasonable and lebih banyak choice. saya and ibu macam orang ilang akal kat sana oke haha.



ada jugak a few kiosk yang jual handbag and aksesori macam necklace and cincin yang super duper murah sangat. both tu 5 hengget je seriusly. rantai-rantai old skool yang jadi trend sekarang ni semuanya RM 5. heaven gile sebab sebelum ni paling murah pun RM10 saya jumpa. so sempat jugak sebat 2, 3 ketul haha.

before balik, singgah ke Garden Lifestyle Cafe. wow 1st time masuk, rasa macam malu sangat sebab tengok kat dalam tu macam restoran mahal. hehe segan gila saya. tapi hati tak tertahan nak tengok design kat dalam tu, sangat AWEsome! ibu da berangan-angan nak decorate dapur macam kat sana hehe. Bab harga pulak pada saya, tak la mahal sangat. lebih kurang makan kat Pizza Hut, cuma service charge a bit mahal kat sini sesuai la kot dengan suasana kat sana, siap ada orang main pinano piano lagi ai tell yu.ekslusif sangat!



oh ye, mushroom soup kat sana sedap gile dengan harga RM 10++ but banyak gile, kira berbaloi la kot. Hot Mocha RM 9.90 and Double Espresso RM 8.90.



nanti nak dating kat sini dengan Safwan la pulak agagaga.

oke da bai,

~wassalam~

Friday, June 1, 2012

Herbalife

Dicatat oleh m i a di 1:34 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sekarang ni memang jarang sekali nak online tiap hari. Facebook dan blog memang ketinggalan sikit buat masa ni. ada beberapa perkara yang nak kena settle before bukak sekolah ni. huhu. maafkan saya.


yeah, saya nak cuba buat pelaburan besar untuk diri sendiri. Herbalife. belum pernah cuba, tapi memang teringin sangat nak try. niat hati saya ni da menginjak laju skala 150 per hour sekarang ni. sebab saya nak test produk ni, pertama untuk stamina. kaw bayangkan kuaters guru tingkat 3, bilik guru tingkat 3. tak ke tenaga abes untuk mendaki je nanti? 

sekolah adalah sebesar kawasan Jusco terbesar kat Asia Tenggara. eh tak, lagi besar kot. macam Hospital Sungai Buloh dengan kantin kat hujung nun di sana. kalau menapak dari bilik guru ke library atau ke kantin, sama macam menapak dari pintu besar Times Square hingga ke pusat bowling. hah, nampak tak berapa jauh? teras me man haisshh.

kedua, untuk kurus. acewah. acely, saya yakin bole je kurus bila da masuk sekolah next week. jadi, nak kurus bukan benda utama sebab saya makan Herbalife. yang utamanya ialah stamina. kang masuk kelas, budak bising 'cikgu mia suka main bola, hari-hari cikgu main bola, cikgu sudah tido, mari kita main'. oitt oitt hape kebenda yang kaw merapuk ni mak nenek oiii.

3 produk cubaan pertama

sumber : google

oh ye, saya ada baca beberapa blog yang buat ulasan tentang side effect Herbalife ni. and yes, saya take note semua yang telah saya baca. but still saya nak cuba jugak Herbalife ni. hehe. saya faham Herbalife ni banyak dalam bentuk bancuhan, which is the main ingredient is air. air kurang dalam badan pun masalah, kalau berlebihan dalam badan pun masalah jugak, betul? hehe.

doakan saya baik-baik aje ya. nanti da guna seminggu, saya bagitau apa yang saya rasa oke. dun worry, ai tak tipu uolss!

oke da bai,

~wassalam~

Tuesday, May 22, 2012

Cerita Posting Cikgu

Dicatat oleh m i a di 10:13 AM 12 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

woaahh, lama gile tak update belog huhu. ada yang rindu ke? maafkan saya, dua tiga menjak ni modem kat rumah buat hal oh sangat la demm kan. makanya sekarang pun still tak bole berjanji akan update blog macam selalu haishh.

well, banyak sangat yang berlaku dalam masa beberapa minggu ni. and berita baik, saya da dapat posting tetap da, syukur alhamdulillah. sangat happy dan gumbira sekali. even jauh sikit dari rumah, but saya still terlalu bersyukur sebab tak tercampak ke Sabah or Sarawak hihi.

ada sapa-sapa tinggal di Tapah, Perak. yeahh nanti bole dating selalu la kot. saya tak pernah ke sana, dan tak tahu macamana life and kemudahan kat sana. jadi saya sangat berbesar hati la kalau ada yang bole share sebarang info tentang pekan Tapah yang seco'et itu.

eh lupa pulak, mulai esok, saya akan berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. eleh berkhidmat la sangat oho. 3 hari je pun then da holiday 2 minggu kan kan. berdebar tunggu esok hari, pertama kali lapor diri, pertama kali masuk sekolah asrama penuh makk aiii tercabut jantung denn.

hope semuanya berjalan lancar aje la. mungkin cabaran kat SBP ni lain sikit dari sekolah harian. apa pun, saya harap situasi kerja saya kat sana selesa dengan rakan kerja yang baik-baik belaka. amin amin.

doakan saya oke uolsss.

oke da bai,

~wassalam~

Friday, April 20, 2012

Please Vote For Me

Dicatat oleh m i a di 4:24 PM 8 ulasan
STICKY POST
*scroll ke bawah untuk lihat entry terbaharu*
Assalamualaikum..

hi semua,

hari ni genap umur 25 tahun. dan sepanjang 25 tahun hidup, ni pertama kali masuk contest rasa cam ngok ngek aje hehe. dengan rasa segan dan rendah dirinya, saya nak minta jasa baik, dengan kesudian hati korang untuk vote saya dalam contest ni, bole ke?

1. Like fanpage Naturactor Product ( Cosmetic )

2. Like Picture Saya ni ya.

sudi-sudikan la ye. thanks semua.

oke da bai,

~wassalam~

Thursday, April 19, 2012

Khamis Kata (1)

Dicatat oleh m i a di 8:40 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..


a broken TRUST can be described as melted chocolate. no matter how hard you try to freeze it, it will never return to its true shape.

unless kaw ada bekas acuan la, hoho


oke bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan