Akhirnya, selamat kembali ke sekolah, Mia | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Saturday, January 14, 2012

Akhirnya, selamat kembali ke sekolah, Mia

Dicatat oleh m i a di 9:41 AM
Assalamualaikum..

hi semua.

tadi tengah syiok makan buah bangsat langsat, tiba-tiba dapat call dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. bukan main cuak sampai tersedak-sedak saya. mereka minta saya ke JPN untuk ambil surat lantikan mengajar and i was like 'ape? betul ke? betul ke ni? biar betul??' dan kakak tu pulak macam 'kau da kenapa dik, terencat?'

oke abaikan. saya terus melompat-lompat meroyan dan lari keliling rumah *oke over* sampaikan ibu cakap kat adik saya "ajim, cuba kau azankan sikit telinga kak meah kau, da hilang akal ke hape mak nenek tu ha? grrr"

dan lepas tu lupa nak tanya bila mula mengajar. konon nak prepare awal la, semak buku balik ke, cari balik alat tulis yang da berhabuk ke kan. so saya call semula JPN dan mereka bagitau yang ISNIN ni da start mengajar ye dik. demm, lagi 2 hari kau gile ke?? aduhaii.

dalam pada tu, memang ada rasa a bit sedih tapi bersyukur dan gembira tersangat-sangat. happy sebab da dapat mengajar walaupun sementara, sampai bulan Mac je kot. even dapat gaji 2 or 3 bulan akan datang but still ada jugak duit masuk kan, lagi la sekelepokk macam tu, wakakap!

sedih sebab fikirkan siapa yang nak bantu ibu niaga waktu pagi dan malam. malam mungkin okey lagi sebab saya masih bole tolong. cuma pagi tu macam susah sikit. mungkin perlu cari inisiatif lain la lepas ni, huhuh.

tentang sekolah, saya ditempatkan di SMK Ayer Molek, Melaka. alhamdulillah dekat sangat dengan rumah tapi tak tahu persekitaran sekolah macamane nanti. so hopefully semuanya oke dan baik-baik saja ya.

well, well. dengan adanya berita gumbira ini, hajat 2012 saya da pun tercapai. alhamdulillah. syukur seribu syukur Ya ALLAH. lepas ni nak cari hajat baru pulak, oyea!

oke da bai,

~wassalam~

6 ulasan:

Ezy Chiaki on January 13, 2012 at 3:21 AM said... BALAS

jgn lupe beli baju sekolah baru.. buku baru.. kasot baru.. beg baru..
hakhakhak..
selamat mengajar cikgu mia!

♥ NuR 'aQiLaH ♥ on January 13, 2012 at 12:32 PM said... BALAS

cekgu!

jgn malas2 g skolah taw :p

Model Busana Muslim Murah on January 16, 2012 at 10:55 AM said... BALAS

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

mia on January 17, 2012 at 7:10 AM said... BALAS

@Ezy Chiaki

hahaa, semua pun nak baru ea yang, keheke, mcm budak baru masuk blaja aje..

mia on January 17, 2012 at 7:11 AM said... BALAS

@♥ NuR 'aQiLaH ♥

tengkiu dear :) bersemangat ya!

mia on January 17, 2012 at 7:11 AM said... BALAS

@Model Busana Muslim Murah

tq :)

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan