˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: June 2012


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, June 25, 2012

Rinduku terhenti!

Dicatat oleh m i a di 9:33 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

subhanaALLAH, lama gile tak update belog aigoo.

oyeaah, syukur seribu syukur. banyak urusan da selesai. even hari-hari balik rumah jam 6 petang tapi naseblah semua urusan da hampir selesai kesemuanya. sekarang ni tak sabar nak hias rumah cantek-cantek supaya bila balik keje huwaaa rasa heaven gile bila masuk rumah dengan bau ambipure yang super duper wangii! baek nak share semuanya kat sini.

1st, rumah. alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan bila dapat sewa kuaters guru kat sebelah sekolah, ada pak guard dan rumah fully furnished oyea. ada 3 bilik, 1 master bedroom siap katil queen size, meja solek and almari baju 3 pintu, ada toilet jugak. dan 2 bilik single siap katil single dan almari baju 2 pintu. ruang tamu ada meja makan, sofa and meja, ada meja tv dan juga ada toilet. dapur siap dengan kabinet dapur sekali. best kan. semuanya masih dalam keadaan baik dan dengan sewa RM325 sebulan, opkoss laa saya sangat berpuas hati hehe.

2nd, bil-bil dan segala mak nenek. syukur juga semua pertukaran nama pada TNB dan Lembaga Air selesai jugak akhirnya. lepas ni tunggu bil bulanan aje la mokcik ui. dan bila saya dapat online pada malam hari pada hari bekerja, opkosla urusan streamyx juga da selesai. hohoiii da ada internet kat rumah, lepas ni bole la berhunga-hunga seperti sedia kala bHaHahaha.

3rd, barang rumah. naseblah ada saving sikit masa mengajar sementara sebelum ni. dan dengan belas kasihan dari ibu ayah dan Safwan hehe, dapatlah saya sediakan segala keperluan untuk puasa tak lama lagi. Tilam, dapur gas, rice cooker, pinggan mangkok periuk belanga semuanya da hampir lengkap. sekarang ni nak tunggu kot la ada yang nak derma peti ais ke agagagaga.

4rd, sekolah. ohh sangatla bersyukur dapat mengajar di SBP ni. semuanya baik-baik belaka. cikgu cikgi, budak-budak semua oke sangat. even memang banyak kerja sikit, tapi sebab keadaan bilik guru yang super duper selesa, macam kat pejabat rasanya dengan meja bentuk L, kerusi besar macam eksekutif padahal kuliketif aje, semuanya rasa tak sedar. tiba-tiba aje eh da nak balik ke ni. memang suasana sangat berbeza dengan sekolah harian tau.


tempat bermadah berhelah ahuk ahuk

akhir sekali, pekan Tapah. hohoiii saya kat sini rasa macam ada kat zaman dolu dolu aje. pekan Tapah yang secoet ni, dengan bangunan yang bagai mati segan hidup tak mahu tu alahai, mata kuyu aje rasanya, lemau macam masuk angin ai tell yu! tapi tapi tapi, bila da lama, saya jadi suka pulak.

bila pagi, rasa nyaman sangat. balik sekolah takde jem, perjalanan sangat damai *kemain damai* dan jarang sangat dengar atau tengok mat mat rempit melepak. seriusly, Tapah ni macam tenang aje. heppp, tenang air jangan sangka takde buaya. Tapah da ada Cikgu Mia sekarang ni hokeyyy kohkohkoh. yang pasti hanya ada Guardian kat sini dan itula satu-satunya kedai yang bila masuk aje, saya rasa saya ada kat Jusco terbesar di Asia Tenggara hamekk kaww!

nahhh da lama sangat tak update, semuanya taruk dalam 1 entry. memang menangis la nak habes baca kan. takpe, da ada internet kat rumah ni, lepas ni insyALLAH semuanya berjalan lancar, amin amin.

oke da bai,

~wassalam~

Wednesday, June 6, 2012

Sharing is caring

Dicatat oleh m i a di 11:00 AM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sekarang ni tumpuan untuk update hari-hari atau sekerap mungkin amat tipis sebab kekangan kerja yang masih tak tentu hala. mungkin lepas da selesai semua urusan sekolah, pindah masuk kuaters guru dan segala mak nenek yang datang, insyaALLAH semuanya akan kembali okey haha.

well, dulu masa zaman kegemilangan, memang enjoy gile buat tutorial and review few produk. but sekarang ni memang susah ya amat nak curik masa lebih-lebih lepas bukak sekolah nanti. SBP ni al makelum la, kemain banyak lagi aktiviti nak kena settle kan kan.

makanya, untuk menghangatkan kembali memori saya tentang zaman kegemilangan tu ehem, meh sini nak highlight beberapa tutorial yang memang ramai blogger view and share kredit.

Pasang 'Scroll To Top' Button
Cara buat Tulisan Kelip-kelip (blink-blink)
Cara Buat Kotak Blockquote
Bentuk-bentuk border blockquote yang cun
Cara Buat Auto Link di New Tab
Cara Buat Cumulus Labels
Cara Pasang Iklan Nuffnang Statik
Cara Buat Scrolling Blog List

yeah, ini adalah antara tutorial yang memang jadi hit kat blog Mia Suka Berangan ni ahaks. untuk lagi banyak tutorial blog yang lain, bole tengok di menu bar kat atas tu, atau kelik link bawah ni oke.

Tutorial Blog Mia Suka Berangan

jemput la singgah ya uols. oke da bai,

~wassalam~
 

Monday, June 4, 2012

Cuci mata di Viva Home, rendah diri di Garden Lifestyle Cafe

Dicatat oleh m i a di 11:20 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua

masih di Kuala Lumpur sejak seminggu yang lepas. semalam cuci mata di Viva Home, Miharja Cheras. ai tell yu, kat sana sangat AWEsome oke. even this place a bit macam style SFF, but trust me, harga kat sini sangat reasonable and lebih banyak choice. saya and ibu macam orang ilang akal kat sana oke haha.



ada jugak a few kiosk yang jual handbag and aksesori macam necklace and cincin yang super duper murah sangat. both tu 5 hengget je seriusly. rantai-rantai old skool yang jadi trend sekarang ni semuanya RM 5. heaven gile sebab sebelum ni paling murah pun RM10 saya jumpa. so sempat jugak sebat 2, 3 ketul haha.

before balik, singgah ke Garden Lifestyle Cafe. wow 1st time masuk, rasa macam malu sangat sebab tengok kat dalam tu macam restoran mahal. hehe segan gila saya. tapi hati tak tertahan nak tengok design kat dalam tu, sangat AWEsome! ibu da berangan-angan nak decorate dapur macam kat sana hehe. Bab harga pulak pada saya, tak la mahal sangat. lebih kurang makan kat Pizza Hut, cuma service charge a bit mahal kat sini sesuai la kot dengan suasana kat sana, siap ada orang main pinano piano lagi ai tell yu.ekslusif sangat!



oh ye, mushroom soup kat sana sedap gile dengan harga RM 10++ but banyak gile, kira berbaloi la kot. Hot Mocha RM 9.90 and Double Espresso RM 8.90.



nanti nak dating kat sini dengan Safwan la pulak agagaga.

oke da bai,

~wassalam~

Friday, June 1, 2012

Herbalife

Dicatat oleh m i a di 1:34 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sekarang ni memang jarang sekali nak online tiap hari. Facebook dan blog memang ketinggalan sikit buat masa ni. ada beberapa perkara yang nak kena settle before bukak sekolah ni. huhu. maafkan saya.


yeah, saya nak cuba buat pelaburan besar untuk diri sendiri. Herbalife. belum pernah cuba, tapi memang teringin sangat nak try. niat hati saya ni da menginjak laju skala 150 per hour sekarang ni. sebab saya nak test produk ni, pertama untuk stamina. kaw bayangkan kuaters guru tingkat 3, bilik guru tingkat 3. tak ke tenaga abes untuk mendaki je nanti? 

sekolah adalah sebesar kawasan Jusco terbesar kat Asia Tenggara. eh tak, lagi besar kot. macam Hospital Sungai Buloh dengan kantin kat hujung nun di sana. kalau menapak dari bilik guru ke library atau ke kantin, sama macam menapak dari pintu besar Times Square hingga ke pusat bowling. hah, nampak tak berapa jauh? teras me man haisshh.

kedua, untuk kurus. acewah. acely, saya yakin bole je kurus bila da masuk sekolah next week. jadi, nak kurus bukan benda utama sebab saya makan Herbalife. yang utamanya ialah stamina. kang masuk kelas, budak bising 'cikgu mia suka main bola, hari-hari cikgu main bola, cikgu sudah tido, mari kita main'. oitt oitt hape kebenda yang kaw merapuk ni mak nenek oiii.

3 produk cubaan pertama

sumber : google

oh ye, saya ada baca beberapa blog yang buat ulasan tentang side effect Herbalife ni. and yes, saya take note semua yang telah saya baca. but still saya nak cuba jugak Herbalife ni. hehe. saya faham Herbalife ni banyak dalam bentuk bancuhan, which is the main ingredient is air. air kurang dalam badan pun masalah, kalau berlebihan dalam badan pun masalah jugak, betul? hehe.

doakan saya baik-baik aje ya. nanti da guna seminggu, saya bagitau apa yang saya rasa oke. dun worry, ai tak tipu uolss!

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan