˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: 2013


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, November 19, 2013

Cancellation of Notification of Cosmetic Products

Dicatat oleh m i a di 10:37 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,


pertama, maafkan saya kalau saya salah.

baek, kali ni nak kongsi info tentang few skin care yang dibatalkan kebenaran jualannya oleh pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. sebab pembatalan kerana skin care ini dipercayai mempunyai bahan terlarang termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. 

so here's the list.

Product Nama - Notification No - Bahan Kimi
Aveana Night Revival Cream NOT110404581K - Tretinoin
Blemished Skin Ampoules NOT110204305K - Asid Azelaik
Golden Horse B&W Cream - GH902-1 NOT120905460K - Merkuri
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment NOT120905219K - Betamethasone
Natural 99 Night Cream NOT120300526K - Merkuri
Natural 99 Day Cream NOT120300524K - Merkuri
SF Beauty Night Cream (Facial) NOT120602462K - Merkuri
SF Beauty Day Cream (Facial) NOT120602461K - Merkuri
Acrena Pure Herbal Papaya Soap NOT100802337K - Tretinoin
White Complex NOT100801451K - Tretinoin
SS Pearl Cream NOT110602263K - Merkuri
SS Vita C Night Repair NOT110602264K - Merkuri 


PLEASE TAKE NOTE everyone. kalau ada produk dalam senarai di atas yang kita guna, please be aware sebelum terlambat. Badan kita nak pakai lama, jadi perlu jaga elok-elok sebab ada satu je kat dunia ni. unless, u ni Loki, bole duplicate badan manyak-manyak hoh!!


 sharing is caring coz i love uols!

bacaan lanjut DI SINI, oke da bai,

~wassalam~ 

 

Monday, November 18, 2013

Review : Bio Oil and Mederma

Dicatat oleh m i a di 7:06 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

masih ingat dengan Entry Bio Oil vs Mederma ni? hehe, da berkurun lama kan. gila banyak komen saya dapat. oh Terima kasih pada semua yang sudi drop komen bagi pendapat, soalan dan juga ingatan, sangat terharu. serius ni.

well, antara Bio Oil or Mederma, Bio Oil lebih berkesan untuk saya. actually, both Bio Oil or Mederma akan mendatangkan kesan yang baik depends pada parut uols.  i've tried both and resultnya berbeza ya. 

Mederma


for me, Mederma more to parut yang tak berapa nak teruk macam parut jerawat, kesan hitam chicken pox, atau lebih tepat, parut yang tidak timbul. memang berhasil. saya pernah cuba pada parut jerawat, and yeah dalam seminggu da hilang.

but, saya pernah apply Mederma pada anak buah yang memang luka agak teruk pada pipi, and Alhamdulillah, parut tu hilang. pertama, mungkin sebab kulit baby kan, mudah je parut nak hilang. second, Mederma memang berhasil untuk parut luka yang wujud TIDAK LEBIH daripada seminggu. maksudnya, Mederma ni, in sha ALLAH akan berhasil (berdasarkan penggunaan saya sendiri) pada parut yang agak baru. i mean, after luka kering, boleh mula apply Mederma sampai kita puas hati. 

PLEASE take note ya, jangan apply Mederma pada parut yang masih belum kering. takut pedih karang korang terkinja-kinja pulak hoh! pastikan parut da betul-betul kering and then, apply Mederma setiap hari sebelum tidur oke. jangan lupa minum air putih banyak-banyak.

Bio Oil

 
yess, ini kegemaran saya. ntah da berapa botol beli hehe. okay, bagi uolls yang ada luka yang da wujud bertahun-tahun lamanya (kemain!!) saya suggest guna Bio Oil dengan penuh kesabaran ya. sebab Mederma memang tak sesuai untuk parut yang da lama wujud. tapi, Bio Oil ni kena rajin apply sebelum tido. kalau free, sambil menonton TV tu, apply Bio Oil pada luka, and keep urut-urut parut tu sambil menonton. kalau sejam movie tu korang tengok, sejam la korang urut parut tu dengan Bio Oil kan. hehe orang kata, sambil menyelam minum air.

Bio Oil memang lambat nak nampak kesan. tapi kalau hari-hari sapu and rajin urut parut tu dengan Bio Oil, in sha ALLAH, tak sampai sebulan parut da pudar. seriusly. itu result yang saya dapat. 

but, saya percaya, amalan minum air putih 8 gelas sehari memang gila sangat membantu. saya ni, Alhamdulillah, jenis yang suka minum air putih. Jadi hasilnya, almost a month, parut kecik-kecik hasil peninggalan jatuh bangun zaman 90-an dulu makin pudar da sekarang haha.

and, untuk result lebih cepat, apply Bio Oil ketika mandi. caranya, guna a few drop of Bio Oil bersama shower form or sabun mandi uols, then cuci la badan tu. fokuskan pada area yang ada stretch marks. in sha ALLAH, cara ni berhasil juga untuk dapat skin tone yang lebih sekata. biasanya, saya letak Bio Oil pada berus badan sekali dengan shower form.  sebab itu, saya da guna berbotol-botol Bio Oil hehe. 

well, ini adalah result saya. saya guna Bio Oil since end of 2011 sehingga sekarang. Alhamdulillah, memang berkesan. Mederma pun saya guna juga, tapi saya apply untuk parut jerawat je. But, pendapat saya, both product, Bio Oil or Mederma memang tidak akan berkesan kalau kita kurang minum air putih. so, latih diri and amalkan oke.

harap entry ni, menjawablah persoalan yang uols drop dalam ENTRY INI ya. again, thanks alot kepada semua yang sudi komen dalam entry tu. seriusly terharu.
  
and kalau nak tengok review produk lain, KLIK SINI.

oke da bai,

~wassalam~

 

Thursday, November 14, 2013

Sixplus Gourd Makeup Sponges

Dicatat oleh m i a di 10:51 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

yeahh almost holiday. blufff! takde maknanya cuti huhu. 18 Nov which is this coming Monday ada interview kemasukan Form 1 students, Selasa and Rabu, kursus di sekolah, 24 Nov, duty warden jaga students SPM, 25 hingga 29 Nov, kursus Induksi di Langkawi, Kedah. fiuuhhh. then barulah bole bercuti alala.

ok enaf. hari ni nak share product lagi. comel and its pink haha.

  Sixplus Gourd Makeup Sponges



comes with 3 optional color
purple.baby blue.pink

 .mine. and its pink!

  Product Say
- No latex, so it won't cause allergic to your skin, suitable for any skin type.
- Can be used against waterproof makeup without dry feeling on your skin.
- Absorb water easily and fast.
- Can control the amount of make-up foundation easily; foundation application will look more natural. 

Material
 imported high polymer technology; with more flexible, smooth, durable surface - even if you use many times, it will not be flattened easily. 

Pro
 easy to use. yes, itu main point oke haha. pertama, sebab bentuk yang macam ada pinggang kat area tengah tu, so senang gile nak pegang. second, pointed area di bahagian atas sponge ni memudahkan kita untuk blend foundation, bb or cc cream pada bahagian yang susah nak capai such as hujung mata, area tear duct and bahagian sisi hidung. 

 pegang begini ya

well blended. sangat! biasanya saya apply foundation guna brush dulu, then baru blend guna this sponge and hasilnya memang puas hati. foundation nampak super blend and tahan lama juga (i've tried it for almost 8 hours) well, ini pengalaman pertama saya beli make up sponge yang jenis macam ni, so tak bole nak compare dengan brand yang lain. but this one is so cheap yet sangat gile berbaloii ohooii. jadi mengapa bayar lebih haha. so full marks untuk itu hehe.

Kontra
 buat masa ni, takde lagi. will update later after sesi mencuci pulak hehe.
Where to buy
 saya beli online. yess again haha. mudah and cepat. dengan harga RM23, klik aje.


 owner sangat humble. cepat reply message and barang sampai on time. puas hati sangat uolss. inbox cepat-cepat ya.

.result after use.

and kalau nak tengok review produk lain, KLIK SINI.

oke da bai,

~wassalam~

 

Thursday, October 31, 2013

Kongsi Ilmu

Dicatat oleh m i a di 4:48 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

suka saya nak share ilmu berguna untuk hari ni. sebelum ni saya sendiri pun tak berapa nak cuba faham, apa maksud di sebalik setiap perkara yang saya buat setiap hari sama ada dalam kerja, riadah apatah lagi solat. sebenarnya, ketika dalam "duduk di antara dua sujud" dalam solat yang kita buat setiap hari, ada terselit maksud yang sangat indah. kalau kita hayati betol-betol, dengan sepenuh hati semasa dalam solat, saya percaya, kita boleh menitiskan air mata kot.

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon di dalam solat kita. tetapi sayangnya, sebelum ni, kita atau lebih tepat, saya sendiri hanya memohon tanpa memahami, sekadar menyebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. makanya, harap lebih baca entry ni, kita da faham maksud doa yang kita baca dalam "duduk di antara dua sujud" dan kita pupuk hati dan sanubari untuk menghayatinya.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua..

Warhamni.. (Sayangi aku..) 

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu. 

Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..) 

Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 

Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..) 

Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 

Wa'fuannii.. (Maafkan aku..) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini, sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja sebelum ini. 

jadi, mari ramai-ramai hayati doa yang kita baca dalam "duduk di antara dua sujud" ini dalam setiap solat yang kita dirikan setiap hari. moga-moga, segala yang baik-baik ALLAH kurniakan untuk kita semua, Amin.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain,

~wassalam~

kongsi ilmu : Heliza Helmi 
 

Sunday, October 27, 2013

Make Up

Dicatat oleh m i a di 5:43 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

after 2 years with make up..









more picture, klik Facebook Mia Adnan.
for those yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk atau pm je kat Facebook ya.

oke da bai uols,

~wassalam~
 

Tuesday, October 22, 2013

Review : Core Collection by Real Techniques

Dicatat oleh m i a di 11:16 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua, today nak share barang baekk dengan uols semua ehem. biasalah kalau manusia yang minat gile nak meninggal pasal make up ni, benda yang harus ada ialah koleksi berus make up yang mengancam yam yam kan. so today, saya nak share one of my fav brand untuk brushes sekarang ni, known as Real Techniques.


for those make up lover yang belum tahu pasal Real Techniques ni, saya cadangkan korang dapatkan segera brush collection dari brand ni sebab seriusly, sangat berbaloi-baloi! Real Techniques is a brush collection designed by pro make up artist iaitu Samantha Chapman yang popular kat Youtube as a Pixiwoo.com.

 Real Techniques - Core Collection

 .mine.

best best! ok, Core Collection ni datang dengan 4 jenis brushes



collection ini juga datang dengan case yang sangat simple dan mudah dibawa kemana-mana which is sooo goood!

 .lekat dan bawa pergi.

bukan tu aje, for those yang suka buat tutorial make up untuk post kat Youtube, case ini juga memudahkan korang sebab bole ubah jadi case yang ada stand gitu.

1. picit button kat tali tu
2. heret ke bawah and..

.TARAA.

well, saya da guna brush ni almost 3 weeks kot kalau tak silap, and berdasarkan pendapat peribadi, gile lembut brush ni and pada saya, kesemua brush ni memang muat-muat je tangan ni so senang nak apply. sometimes, kalau berus yang terlampau panjang akan buat kita susah nak guna xspecially untuk eyeshadow, boleh menyumpah oke kalau terlanggar dengan cermin alahai. dan lagi, Core Collection ni sangat sesuai untuk kegunaan harian sebab 4 berus ni sesuai untuk semua application, for me la. sebab saya ni, kadang-kadang main bedal aje tak kira jenis berus apa pun. ahak!



 The Review

Contour Brush 

 delicately applies highlighter to contour or create sheer, soft-focus finish.

saya memang gunakan brush ni untuk contour and shading pada tulang pipi and bawah dagu. Yess, this brush seriusly memang super easy to use untuk pelbagai coutouring skills. Brush ni kecil je and pointed area pada brush ni memang memudahkan kalau nak buat shading lebih-lebih lagi pada bahagian tulang pipi tu.

Buffing Brush
 
ideal for full coverage application of powder and mineral foundation.

yeah gile lembut buffing brush ni. pada saya, brush ni lebih sesuai untuk blusher. for me, this brush is too small untuk apply loose powder. rasa tak best dan tak puas uols haha. untuk blusher or bronzer, saya prefer guna teknik dabbing for pigmented application. And after a few xperiment (hohoii) pada saya, buffing brush ni juga sesuai gile untuk apply liquid foundation or foundation yang jenis creamy not so creamy macam naturactor or stick foundation sebab ia lembut nak meninggal! betol ni, kelembutan brush ni memang bagi efek blending yang sekata kalau guna untuk foundation tau. ce try!

Detailer Brush

precision cut to effortlessly conceal problem areas or use with lipstick for long-lasting shape and definition

terlampau kecik untuk apply concealer kan? alala. Yes, brush ni kecik gile macam eyeshadow brush yang size kecik tu, malah lebih kurus sikit kot. sekali lagi, sangat tak puas haha. jadi saya prefer guna untuk apply lipstick sahaja. mungkin bole juga kalau guna untuk apply concealer pada bahagian tepi hidung atau blemish yang kecik-kecik tu. tapi tapi tapi, brush ni sangat tidak sesuai untuk dijadikan eyeshadow brush. nanti lebih banyak fallout daripada yang melekat kat mata tu. so, clearly this brush memang works very well with creamy product such as concealer, lipstick, eye primer or eyeshadow jenis creamy.

Pointed Foundation Brush

use with liquid foundation to build custom coverage

 pertama kali tengok, i was like 'erkk seriusly untuk foundation?' sekali lagi, this brush too small untuk dijadikan foundation brush. again, rasa tak puas alalala. tapi, dun worry. as i said before, saya kadang-kadang bedal je guna brush ni and yeah, result nya bole tahan. so, brush ni saya guna untuk apply concealer pada bahagian bawah mata, puass gile ai tell yu!! sebab this one memang cukup besar untuk concealer kan. tapi tak bole nak detail sangat la, so guna la Detailer Brush tadi untuk conceal bahagian yang nak diteliti tadi. Tadaa!! selesai masalah. Selain untuk apply concealer pada bawah mata, saya juga guna brush ni untuk apply highlighter jenis creamy pada tulang pipi, and pada T zone. lepas tu, blend sekali dengan foundation warna kulit dengan Buffing Brush and WALLLAAA! Result nya memang super duper AWESOME!!

Where To Buy?

well, Core Collection ni saya beli dengan harga RM100 secara online.


memang puas hati and semua soalan terjawab hehe. The owner, Miss Alia will answer apa je soalan and siap bagi few suggestion lagi, i likee! thanks Alia. for those yang nak beli, cepat-cepat pm The Fashionette sebab brush dari Real Techniques ni selalu je cepat sold out.

and kalau nak tengok review produk lain, KLIK SINI.

ok da bai, 

~wassalam~

picture source : mine and google

 

Sunday, October 6, 2013

Make Up : Majlis Pertunangan Hani

Dicatat oleh m i a di 1:06 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua, lama tak demam, harini badan panas dan kepala pusing 360 darjah setiap saat. entry ni pun da sedia ada dalam draft box, jadi klik 'publish' je and taraaa, lagi entry pasal 2  Jun punya make up job haha.

job kali ni dapat dari customer terdahulu yang suggest kat kawan-kawan hehe. Alhamdulilah, rezeki lagi kan. Siti Rohani, atau saya panggil Hani comel aje orangnye, and kurus jugak grr. Jeles tengok orang lain kurus, kita ni macam belon, kejap kurus kejap gemok balik hasihhh..one more thing, saya baru tahu yang Gulatis ada jual dress da siap gak and totally cantik gile uols. kebetulan Hani kerja kat Gulatis, so dapatlah special price kan, ohh jeles lagi.

so here's the picture ya

 BEFORE

 AFTER

 Pink + Blue + Smokey


 comel betol si Hani ni hehe

 see, i've told u! cantik gile dress ni. combinasi warna light pink n baby blue ni lawa sangat!


ehem, mak nenek and Hani yang comel.


alhamdulillah, Hani and family suka dengan make up ni. siap dapat goodies bag lagi uols hehe. 

Alhamdulillah, almost 2 years berkecimpung dalam dunia make up ni, in sha ALLAH, 13 Oktober ni, saya daftar make up kelas yang pertama seumur hidup haha. doakan ya!


macam biasa,

for those yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk  ya. bole PM atau nak tengok portfolio make up saya yang lain di Facebook Mia Adnan.
 
oke da bai,
~wassalam~ 
 

Wednesday, October 2, 2013

Make Up : Majlis Pertunangan Zuliana

Dicatat oleh m i a di 11:28 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

lagi update pasal make up ek. puas hati dapat selesaikan make up job dengan jayanya hehe. this coming school holiday in sha ALLAH ada rezeki lagi. And saya ada few product yang super AWEsome nak dikongsi dengan uols semua. harap nikmat masa ni Tuhan luaskan, Amin..

saya dapat job make up Zuliana melalui email. and macam biasa, ada juga incident sesat jalan sebab rumah Zuliana agak jauh jugak dari rumah saya. sampai-sampai je terus dapat makan mee goreng sedap. ayah senyum je even terpaksa menunggu saya almost sejam. thanks ayah!

so here's the picture


BEFORE


AFTER


hot pink + smokey 


again, half moon jadi pilihan with beading on it and i like it hehe.


bakal pengantin with mak nenek alala

alhamdulillah, Zuliana dan family suka hasil make up ni. siap ayah Zuliana offer makan sekali tapi macam biasa, kami rushing nak gi kenduri kawen muhaha.

macam biasa,

for those yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk  ya. bole PM atau nak tengok portfolio make up saya yang lain di Facebook Mia Adnan.
 
oke da bai,
~wassalam~

 
 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan