Kriteria Blog yang Menarik

Sunday, January 13, 2013

Assalamualaikum, hi uols

petang ahad ni saya hanya melingkar kat umah. duduk sorang, nak masak pun takde mood, tahu? well, da lama tak share pasal blogging. since start mengajar saya macam hilang sekejap. pagi ni check bahagian post, omaigod banyak draf yang tak di'post'.

source : google

Baiklah, saya nak share pendapat tentang kriteria blog yang saya suka singgah. saya ni jenis singgah blog sekejap-sekejap. jadi ada certain thing yang saya tengok dulu before tekan button follow. sebab sekarang ni susah nak jumpa blog yang mampu buat saya makan tak lalu mandi tak basah kalau tak jenguk satu hari *okay ni over kan*

setiap orang ada pendapat and minat yang berbeza-beza, betul? so mungkin yang saya share ni takde langsung dalam list uols. but, saya nak share jugak, tak kire! agagagap.


1. Follower

saya tak tahu yang lain, but tiap kali singgah sesebuah blog, saya tetap jugak akan tengok jumlah follower blog tersebut. bukan apa-apa pun, cuma saja nak tahu. tapi tapi tapi, sekarang ni jumlah follower kat blog sudah tak lagi relevan untuk menunjukkan blog itu bagus dan awesome kan, setuju? sebab nowadays da makin ramai guna 'ai polo yu, pelis polo me bek'. Seriuslah kan. da macam habit pulak bagi blogger-blogger baru. tapi itu bukan perkara yang besar pun sampai nak jadikan isu. terpulang, dan suka hati. tapi macam yang saya cakap, even ramai follower tak semestinya blog you awesome ya.


2. Entry T.E.R.B.A.I.K

Terbaik di sini bermaksud blog yang menjadikan entry nya sebagai senjata blog. huwa bukan main lagi 'senjata' uols. this is the thing yang paling saya tengok dan teliti la kalau singgah pada sesebuah blog. lain orang, lain minat kan. ada orang suka blog yang entry nya berkenaan doodle. ada orang suka pasal make up *ehem* ada juga yang lain suka cerita pasal tutorial. tak kesah. even blog kau hancus macam tongkang pecah, tapi entry terbaik sampai mampu buat orang meroyan kalau tak baca, wow itu SANGAT HEBAT okay. tapi, originaliti tu penting jugak, kalau setakat copy paste entry orang lain, mak aii, useless ai tell yu man!


3. Verification Word untuk komen

ada ramai blogger baru yang tak tahu tentang ini. verification word ni tak best sebab bila kita nak tinggalkan komen pada sesebuah blog, kita perlu key in a few word konon macam nak kasi lagi secure la kot. well, ini boleh jugak dikatakan penting sebab benda ni agak merobek hati blogger-blogger lain untuk drop komen. pasal? benda ni menyusahkan, lagi pulak kalau time Internet yang macam kura-kura sedang berpantang. faham? macamana nak remove menatang ni?

1. pergi Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments?
2. Klik pada No, and Done!

dan nak lagi memudahkan blogger untuk drop komen, ubah comment form kepada bentuk pop-up. maksudnya, once kita klik kotak komen, window baru akan keluar untuk drop komen. mana la tahu, kot ada blogger yang kemain hazabb lagi nak dapat line Internet, memang berjanggutlah nak tunggu untuk singgah dan komen kat blog kita. 

so apa kata kita senangkan hati mereka-mereka ini dengan ubah kotak komen. benda ni nampak sangat simple je kan, tapi sememangnya boleh kasi impak yang sangat besar untuk blog. lagi tinggi kemudahan kat blog, lagi banyak orang suka nak singgah, setuju? jadi, cara-caranya sama aje macam nak ubah veri word tadi :

1. Pergi Dashboard > Setting > Comments > Comment Form Placement
2. Klik pada Pop-up window, and Done!

....

Okay, cukup la dulu 3 kriteria. muntah darah pulak kalau panjang lagi, hehe. jadi, untuk itu,

HAPPY BLOGGING UOLS!

oke da bai, wassalam~

You Might Also Like

1 Comments

  1. trima kasih kak,suka baca entri akak,n d=suka sgt tgok tuto make up kt sni,huhu,,tpi tkpndai nak bermake up

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^