˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: January 2013


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Thursday, January 31, 2013

Hansel And Gretel Witch Hunters (2013)

Dicatat oleh m i a di 10:02 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..
 
hi uols,
 
huwa terkejut beruk bila bukak blog guna pc sekolah. kemain gedabak tulisan dalam entry eyeliner review ni. hehe ntah kenapa saje gatai nak test font baru, sekali tak menjadi. ha padan muke aku grr.

2, 3 minggu ni blog banyak dapat comment yang pelik-pelik. semuanya masuk tong 'spam' la jawabnye. wahai makeluk-makeluk halus sekalian, kot ye pon nak menjual barang atau nak promote loan, janganlah sampai jahanam kotak komen ai uols buat. keji tahu?

well, hari ni nak share movie baru. ada jugaklah tengok 2,3 orang blogger yang da review movie ni. dapat tiket free dari Nuffnang kot. oh my, miss that moment..* kesat hidung*
 
Hansel And Gretel Witch Hunters
 
Sinopsis
 
sama jugak macam epic hansel and gretel yang zaman old skool. dua beradik ni ditinggalkan di dalam hutan sendirian. cuma sebab mereka ditinggalkan tu berbeza, i mean sangat berbeza dari cerita hansel and gretel yang old skool tu. kalau dalam cerita old skool tu ayah diorang ni bongok ikot cakap bini baru dia, tapi tidak dalam cerita ni hokey. semuanya ada kaitan dengan witch jugak. kena tengok cerita ni baru faham.

lepas ditinggalkan, hansel and gretel jalan-jalan sampai jumpa rumah gula-gula. huwa, almaklum dua orang budak kecit yang memang tengah lapar, so mereka pon try la sikit cake and candy yang melekat lekit kat rumah tu. cuma si abang, Hansel makan terlebih sikit, lepas tu dapat penyakit kencing manis, kena amek injection bila tima masanya hahaha. da macam orang tua pulak.

macam biasa, dalam rumah tu ada seekor ahli sihir. sumpah muka ahli sihir dalam filem ni buruk gile. nak makan pon lalu. pastu mereka ni macam psiko sikit, creepy and scary ai tell yu! and sama jugak ending nye, hansel and gretel berjaya bunuh ahli sihir tu.

maka bermula kerjaya mereka ni sebagai pemburu ahli sihir. tak tahu la kenapa zaman ni banyak sangat ahli sihir. kanak-kanak pulak asek hilang je. sampailah kat satu pekan ni dipanggil Augsburg. Hansel and Gretel telah diupah oleh datuk bandar untuk tangkap ahli sihir yang culik budak-budak bandar ini. tapi, biasalah, hero and heroin mesti ada musuh kan. ada sorang sherif ngok ngek bernama Berringer yang sakit hati dengan dua beradik ni. 
 
 Sherif yang ngok ngek dan KEJAM!

so macam-macamlah berlaku semasa misi pencarian kanak-kanak yang hilang and misi buru ahli sihir. rupanya semua kanak-kanak yang hilang tu ada kaitan dengan upacara perhimpunan ahli-ahli sihir pada malam gerhana bulan. dalam filem ni, dipanggil bulan berdarah. ada kejutan kat sini. upacara ni ada kaitan dengan ibu Hansel and Gretel. lebih mengejutkan, Gretel merupakan senjata utama untuk menjayakan upacara tu. 
 
 the ending.
 
  pengakhiran cerita yang memang tak disangka. uols kena tengok filem ni, then you decide best ke tak best oke.

Komen

pendapat saya, sekarang ni memang trend kot. filem yang ada aksi lawan-lawan sekarang da mula masukkan unsur humor dalam jalan cerita. macam filem Avengers. ada part yang lawak gile dan lawak tu memang tak disangka-sangka. so memang a bit funny la kan. dalam cerita Hansel and Gretel ni, banyak jugak part kelakar. yang paling tak boleh belah, part Gretel hantuk kepala dia kat Sherif sampai berdarah hidung orang tua tu. hoho. 

ekspresi muka pon memang hebat dalam cerita ni. serius sapa yang tak larat nak tengok aksi ngeri, better bawak bantal ke selimut ke pegi tengok filem ni hehe. banyak sungguh unsur darah, potong-potong kerat-kerat dalam filem ni. alahai, ai pon tak larat uols. hehe.

pelakon, memang AWEsome kot. xspecially watak Gretel.

Gretel (Gemma Arterton)

alahai canteknya akak ni. Gemma pernah berlakon dalam filem Prince of Persia. sangat hot beliau dalam filem ni taw. nyam nyam haha.

Hansel (Jeremy Renner)

sangat sempoi. nampak macam takde perasaan pon ada jugak hehe. but part action memang totally superb!

Muriel (Femka Janssen)

ahli sihir yang sangat hot aumm. tapi jangan terpedaya pada rupa yang elok. bagi yang lemah semangat ketaq kelapa kepala lutut, macam biasa sediakan bantal sebelum terkejut.


kerana ahli sihir yang comel lagi bergaya seperti ini, kalau naik hangin satu badan, akan bertukar rupa jengjengjeng!

BAHHHh buhhhyaww!


well, secara keseluruhan, filem ni seswai untuk tontonan bersama family. takde sangat kot adegan yang bukan-bukan. ehem.

 
 
  moral of the story :

- jangan makan gula-gula banyak, nanti dapat penyakit kencing manis
- ahli sihir akan mati kalau dibakar dalam ketukar
- kalau tak mati jugak, kerat kepala beliau, kompom matik!
 
kalau nak tengok review yang lain, KLIK SINI.
 
oke da bai,
 
~wassalam~
 
 

Thursday, January 17, 2013

Review : Long Wearing Eyeliner in Black by Silkygirl

Dicatat oleh m i a di 2:32 PM 0 ulasan
Assalamualaikum
 hi uols,
 
fine, 3 minggu berturut-turut balik kerja jam 6 petang. alahai, sangat memenatkan. seriusly. bukan penat mengajar. tapi penat selesaikan kerja-kerja yang tak sepatutnya. senarai nama murid, key in data, susun fail begitu begini. ntahlah. bila fikir balik, rasanya saya ni bukan seorang guru, tapi seorang kerani wakakapp!
 
oke baiklah. meh tenangkan fikiran dengan tengok barang mekap. hapekeh? hehe. saya sekarang release stress dengan tengok tutorial mekap, pon boleyy ea. well, today nak share review tentang one of my fav eyeliner aha!
 
Long Wearing Eyeliner in Black wallah!

saya ni memang peminat setia eyeliner. segala mak nenek eyeliner mesti nak cuba agaga. lagi-lagi yang jenis pencil ni. mudah dan cepat nak pakai.

pro
yes, yang ni pun memang totally pilihan saya. sangat suka dan sangat puas hati. why? sebab harganya murah. dalam belas-belas je kot. kedua, sebab eyeliner ni jenis roll, so sangat senang nak apply.

pada saya, eyeliner ni seswai sangat untuk pergi kerja coz dia senang nak padam. saya tak anggap ni benda yang tak best sebab bila fikir balik, bagus jugak if senang padam, save wet tissue kan muhaha.

Kontra
satu yang tak best dengan eyeliner ni ialah kepekatan warna. compare to Glimmerstick eyeliner dalam entry INI, Eyeliner Silkygirl ni memang tak berapa terang, so kena buat double layer so that warna jadi lebih terang. itu bukan masalah besar pon, so pada saya, eyeliner ni still AWEsome!

 pilihan warna yang menambat hati.

oke, macam biasa, saya ada buat few test for this eyeliner. saje nak tengok ketahanannya.
kiri : without base | kanan : with base

see, warna tak berapa nak terang. ni saya tak buat double line. even with base pun, warna still pada saya, tak cukup terang.


yang ini, saya lalukan dengan air je. tak usik ape. see, warna a bit pudar which is good for me sebab mudah nak solat.
 
 
this one, saya just lap dengan tisu. and again, warnyanya tanggal dengan mudah.


   lastly, saya guna make up remover and its really gone. taraa! yang ni saya guna Make Up remover dari Etude House. So AWEsome. tunggu review wokey!

Repurchase?
yeah, mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

buat masa sekarang ni, saya tengah in love dengan stay on eyeliner dari Elianto. reallly super duper AWEsome!!! will post a review later oke uols. 
 
if nak tengok lagi banyak review, klik SINI ya!

oke da bai,

~wassalam~
 
 

Sunday, January 13, 2013

Blog AWEsome

Dicatat oleh m i a di 4:30 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

 hi uols,

petang ahad ni saya hanya melingkar kat umah. duduk sorang, nak masak pon takde mood, tahu? well, da lama tak share pasal blogging. since start mengajar saya macam hilang sekejap. pagi ni check bahagian post, omaigod banyak draf yang tak di'post'.

baek, saya nak share pendapat tentang kriteria blog yang saya suka singgah. saya ni jenis singgah blog sekejap-sekejap. jadi ada certain thing yang saya tengok dulu before tekan button follow. sebab sekarang ni susah nak jumpa blog yang mampu buat saya makan tak lalu mandi tak basah kalau tak jenguk satu hari *oke ni over kann!*

setiap orang ada pendapat and minat yang berbeza-beza, betul? so mungkin yang saya share ni takde langsung dalam list uols. but, saya nak share jugak, tak kire! agagagap.

1. Follower

saya tak tahu yang lain, but tiap kali singgah sesebuah blog, saya tetap jugak akan tengok jumlah follower blog tersebut. bukan apa-apa pun, cuma saje nak tahu. tapi tapi tapi, sekarang ni jumlah follower kat blog sudah tak lagi relevan untuk menunjukkan blog itu bagus dan AWEsome oke, setuju? sebab nowadays da makin ramai guna 'ai polo yu, pelis polo me bek'. seyesly kan. da macam habit pulak bagi blogger-blogger baru. tapi itu bukan perkara yang besar pun sampai nak jadikan isu. terpulang, dan suka hati. tapi macam yang saya cakap, even ramai follower tak semestinya blog tu AWEsome ya.

2. Entry T.E.R.B.A.I.K

AWEsome kat sini bermaksud blog yang menjadikan entrynya sebagai senjata blog. huwa bukan maen lagi 'senjata' uols. oke focus. ini adalah benda yang paling saya tengok dan teliti la kalau singgah pada sesebuah blog. lain orang, lain minat kan. ada orang suka blog yang entrynya berkenaan doodle. ada orang suka pasal make up *ehem* ada juga yang lain suka cerita pasal tutorial. tak kesah. even blog kau hancus macam tongkang pecah, tapi entry terbaik sampai mampu buat orang meroyan kalau tak baca, wow itu SANGAT HEBAT oke. tapi, originaliti tu penting jugak, kalau setakat copy paste entry orang lain mak aii, useless ai tell yu man!

3. Verification Word untuk komen

ada ramai blogger baru yang tak tahu tentang ini. verification word ni tak best sebab bila kita nak tinggalkan komen pada sesebuah blog, kita perlu key in a few word konon macam nak kasi lagi secure la kot. well, ini bole jugak dikatakan penting sebab benda ni agak merobek hati blogger-blogger lain untuk drop komen. pasal? benda ni menyusahkan, lagi pulak kalau time internet yang macam kura-kura sedang berpantang. faham? macamana nak remove menatang ni?
1. pergi Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments?
2. Klik pada No, and Done!

dan nak lagi memudahkan blogger untuk drop komen, ubah comment form kepada bentuk pop-up. maksudnya, once kita klik kotak komen, window baru akan keluar untuk drop komen. mana la tahu, kot ada blogger yang kemain hazabb lagi nak dapat line internet, memang berjanggutla nak tunggu untuk singgah dan komen kat blog kita.

so apa kata kita senangkan hati mereka-mereka ini dengan ubah kotak komen. benda ni nampak sangat simple je kan, tapi sememangnya bole kasi impak yang sangat besar untuk blog. lagi tinggi kemudahan kat blog, lagi banyak orang suka nak singgah, setuju? jadi, cara-caranya sama aje macam nak ubah veri word tadi :
1. Pergi Dashboard > Setting > Comments > Comment Form Placement
2. Klik pada Pop-up window, and Done!

....

oyea, cukup la 3. muntah darah pulak kalau panjang lagi, hehe. jadi, untuk itu,

HAPPY BLOGGING UOLS!

oke da bai,

~wassalam~

Saturday, January 5, 2013

Make Up : Majlis Nikah dan Sanding Izzati

Dicatat oleh m i a di 1:42 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi uols,

baek, permulaan Januari ni, semua berkenaan cerita mekap yang da lapuk, insyaALLAH. al makelum, too busy sampai tak sempat nak update huhu.

30 september make up Izzati untuk nikah and sanding. she's so cute, muka kecit aje. time ni saya nebes sebab ada mak andam merangkap mak sedara ada sekali dalam bilik. baget macam sesi praktikal pulak hehe.

Nikah

make up nikah dalam jam 9 pagi sebab majlis jam 10 lebih. pengantin request tak moh pakai bulu mata palsu and tak nak mekap tebal sangat. takot tak kenal diri sendiri katanya hehe.

so here's the look.




  
Sanding

majlis sanding terus je lepas nikah. so saya double je eyeshadow kasi lagi terang and seswai dengan baju. yang ni picture tak banyak sebab mak nenek ni lapaq sangat. lepas mekap, saya terus cabut pegi makan. pffft.

here's the look



bagi saya, ni pengantin paling comel. malu-malu atas pelamin bila time bergambar. auwww i like! 

kalau ada yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk ya. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan

oke da bai,

~wassalam~

Thursday, January 3, 2013

Sabah so AWEsome!!

Dicatat oleh m i a di 5:21 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..
 
hi semua, 

 Alhamdulillah. da masuk tahun 2013 da ek. hari kedua kat sekolah betul-betul memenatkan adoiyai. well, Selamat Tahun Baru uols. harapan saya, tahun ni berlaku anjakan paradigma dalam episod hidup ini, aceceh. oke enaf.

selesai da cerita nasyid kebangsaan. last update dalam entry yang INI and terus hilang ingatan sekejap sebab busy yang melampau. syukur semuanya berjalan lancar and we're having so much fun masa kat Sabah even ada la sikit kejadian yang tak disangka-sangka. biasalah adat bertanding, kita tak tahu hati masing-masing, niat dan perbuatan kan. 

well, kami takde rezeki nak ke peringkat final. tapi alhamdulillah, seribu syukur semuanya berjalan lancar. lepas balik dari Sabah barulah dapat menikmati cuti dengan sebaik mungkin. 

here's some picture kami di Sabah. 

 Welcome to KK


Dinner



Before Perform, fuhh nebes gile time ni




semuanya berjalan lancar kat sana. 1st time ke Sabah, memang best sangat. yang pasti ikan bilis kat Sabah memang gile murah. hakhakhak. saya banyak borong barang dapur je kat sana. da macam makcik-makcik je. serius, huhu.


ape pon, lepas balik Sabah, ada jugak la kena panggil show. huwa jadi retis pulak da sekarang. aha!


oke tunggu update pasal make up job pulak ye. aduh, kena buat list ni.




my dear Shasha. shes's clumsy but so adorable hehe.


oke da bai,


~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan