˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: February 2013


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Sunday, February 24, 2013

Review : Aquara Essence Spray by Giffarine

Dicatat oleh m i a di 5:31 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

baeklah, hari ni nak review one of my super duper fav produk. seriusly, saya da guna dekat 2 tahun dan produk ni memang AWEsome sangat.

 Aquara Essence Spray

mula-mula beli dulu, produk jenama Giffarine macam unknown je rasanya. rupanya, produk ni best sangat xspecialy Aquara Spray ni. seriusly sangat best dan puas hati. 

acely, face mist atau make up mist ni memang perlu ada kot bagi semua MUA. tujuannya untuk kasi make up nampak glowing and tahan lama. saya mula-mula dulu punya usaha nak survey face mist untuk kasi customer puas hati. at last, kak Sue Elle perkenalkan saya this AWEsome Aquara Spray.

"Semburan mineral dgn campuran Mineral Kompleks dan Ekstrak Bunga lili membantu menyeimbangi warna kulit muka, melindungi kulit drpd pencemaran sekeliling dan pancaran matahari. Ianya memberi kelembutan dan kebersihan pd kulit serta menambahkan kelembapan agar senantiasa segar dan bersih"

Pro
  
macam saya bagitau tadi, saya guna Aquara Spray da lama, dekat 2 tahun. mula-mula before make up, spray muka guna Aquara Spray, lepas make up, spray lagi. hasilnya, memang make up glowing gile kot. and i mean seriusly nampak glowing and segar. sometimes, saya spray jugak kat span compact powder yang jenis two way foundation untuk dapat efek yang lagi smooth. 

dan lagi, pada saya, Aquara Spray ni memang murah gile kot. RM 25 termasuk postage untuk 200ml. saiz botol macam air mineral jenama Cactus tu, tapi botol Aquara Spray ni kurus sikit. bole guna dekat 2 bulan macam tu. 

and lagi satu, Aquara Spray ni takde bau dan tak pedih kat muka bila pakai. saya guna Aquara Spray ni untuk diri sendiri jugak. if lama sangat duduk dalam air cond, muka rasa kering and letih je, so spray je bila-bila suka. 


disebabkan botolnya agak besar, so saya suggest beli botol spray yang comel kecit kemetot tu, and isi sikit Aquara Spray kat dalamnya. mudah dan ringan nak bawak ke mana-mana.

Kontra

takde kot. saya sangat puas hati dengan produk ni!

Repurchase?

ohh YESS YESS YESS!!

i highly recommend this product for every girls and for those yang minat make up. if nak tengok lagi banyak review, klik SINI ya! 

hasil guna Aquara Spray

oke da bai,

~wassalam~

Make Up : Pertunangan Tiey

Dicatat oleh m i a di 1:22 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sabtu dan ahad yang meletihkan. sabtu ke Matrik Gopeng untuk Bengkel Akhbar dalam Darjah bersama Berita Harian, dan hari ni ahad baru lepas inspection kat asrama. esok, Isnin dan Selasa duty warden, Rabu ada perjumpaan Kokurikulum, dan Khamis balik Melaka. serius saya menghitung hari da sekarang ni hehe.

well, ini make up job tahun lepas jugak. ada lagi 2 make up job tahun lepas tak share lagi hehe. ntah hapela lembab sangat mak nenek ni haisshh.

pengantin sangat lembut orangnya, Tiey. and i mean sangat lemah lembut, gelak pon sopan santun je hehe. ni 1st pengantin yang saya guna teknik gam kening. not so good bagi saya, tapi alhamdulillah naseb pengantin dan family beliau suka. lepas je make up, tak sempat makan sebab rushing nak ke latihan nasyid di masjid negeri. fuh!

so, here's the look!

  BEFORE



AFTER




Tiey request make up soft aje. so saya gunakan warna peace and cream jenis shimmer. blend sikit dengan black eye shadow untuk dapat efek smokey.




macam biasa, tudung dan aksesori semua saya pakai kan. 

kalau ada yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk atau mesej je kat Facebook ya. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan
oke da bai,
~wassalam~

 

Thursday, February 7, 2013

Make Up : Majlis Pertunangan Syaza & Marfuzah

Dicatat oleh m i a di 9:32 AM 1 ulasan
Assalamualaikum..
 
hi semua,
 
ini cerita tahun lepas, not sure da bulan berapa, September ke Oktober kot hehe. Maafla pengantin, mak nenek ni lupe da sebab berkurun entry ni tak di update agagaga.
 
Syaza
 
sangat senang nak mekap Syaza ni. tak banyak kesah. comel sangat. ada insiden time nak pasang bulu mata palsu. Sampai terlena gamaknya pengantin ni, bila time nak buka mata, da melekat kelopak mata atas and bawah hehehe. comel gile, terkial-kial la saya nak tanggalkan gam kat bulu mata bawah tu akehkehkeh. 
 
so here's the look. macam biasa, mak nenek ni terlupa nak ambil picture before make up. alahai, ntahlah. rasa asaited plus a bit nervous membuatkan saya lupa segala agagak.

the 'pengantin'. saya gunakan warna peach and blend dengan warna hitam bahagian hujung mata. akibat bersilat nak betulkan mata yang da melekat, cacat sikit kening belah kanan tu huhu. my mistake.

taraa, mata da berjaya bukak hohoh.

makan kat rumah Syaza sedap gile. mungkin saya lapaq kot tu yang sebat apa yang ada ehem.


Marfuzah

kakak 'pengantin' yang book saya dari awal. both adik beradik ni sangat rapat. sampai waktu majlis mula pun semua menangis. ehem saya pun mata merah-merah jugak la even takde mengena langsung, over kann!

so here's the look




 kat rumah Marfuzah ni, saya rembat dadih banyak gile kot. time ni ayah teman saya sebab rushing nak gi kenduri. at last, ayah pengantin sendiri pegi jemput ayah saya ajak makan sekali muhaha.
 
FYI, untuk pemakaian tudung both pengantin, saya create sendiri. hentam keromo je. and alhamdulillah, dapat pujian. sukew ai uolss!

kalau ada yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk ya. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan
oke da bai,
~wassalam~
 

Wednesday, February 6, 2013

Housemate yang tak sekepala, macamane nak handle?

Dicatat oleh m i a di 6:15 PM 9 ulasan
ENTRY REPOST

............................................................................................

Assalamualaikum..

selamat petang semua..

lamenye tak menaip..2 minggu terakhir ni buat saya jadi lebih sibuk sikit untuk selesaikan pelbagai urusan sebelum tamat praktikum jumaat depan..akhirnya, penantian 4 tahun belajar tamat Jumaat depan..hehe..alhamdulillah..

well, tak sabar tunggu Isnin ini..sambutan hari guru pertama saya sebagai cikgi..hahhaaa..ada ke patut diorang suruh saya baca sajak..kang keluar laen macam, semua pengsan baru tahu..okee..

baeklah..4 bulan praktikum ni, banyak benda yang saya belajar..bukan takat ilmu penguruan tapi ilmu menjadi rakan serumah yang berwibawa *poyo letteww* korang pernah duduk rumah sewa?macamane rasanya ek..meh share sini ya..satu benda yang saya patut terima hakikat ialah, tak semua orang boleh ikot cara kita..kadang-kadang, kita rasa..macam ni lebih baek..tapi orang laen kata, macam tu lebih elok..jadi macamane?

pendapat saya, tolak ansur tu penting bila sama-sama duduk satu rumah..engkau pelis la jangan assume yang semua orang bole ikot kelapa kepala hotak engkau ya me'ah..hehe.. tapikan..saya ni..tak tahu la benda ni baek atau buruk ya..saya lebih senang buat kerja sendiri-sendiri..let say, kemas rumah ke, mop lantai, lap dapur gas..saya lebih suka sendiri buat..bagus ke gitu? kadang-kadang saya terfikir, kot la budak-budak umah fikir 'nak tunjuk rajin letteww'..

peliknya, bila da selalu sangat buat, saya jadi tak kesah pulak ape yang orang laen nak fikir..pulak? sebab, saya ada jugak tunggu kot la yang laen nak bantu saya, but macam malam sikit je katanya..dan saya tak kesah..tapi kalau sampai barang sendiri pon nak saya tolong jagakan, macamane tu?ai manusia okeeyy..bukan angel yang turun dari langit muka manis same hati jua..hohoho..

kalau dapat macamni??MATIKK HAKUU!!

manusia kan..kadang-kadang hati rasa panas la jugak bila benda macam selalu sangat jadi..safwan cakap, sekarang baru saya rasa gaya hidup rumah sewa macamane..hahah.. rasakan cik me'ah..betol la kan..laen orang, laen caranya. kalau nak tegur, kita ni da besar, anak dara, bakal cikgi pulak tu..karang tacing tacing sikit..pueh pulak ai nak memujuknyewww..menyammpaahhh!!

ape pon, saya anggap semua ni macam pengajaran baru la kan..positip tu penting..acehh.. harap-harap housemate saya yang seterusnya satu kepala dengan saya..amin..amin..agar hidup lebih gumbira dan sejahtera..oyea!

~wassalam~

pst : nampaknya, musim panas da berlalu..mandi hujan jom?lepas tu demam berjemaah..wakakapp!



 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan