˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: October 2013


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Thursday, October 31, 2013

Kongsi Ilmu

Dicatat oleh m i a di 4:48 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

suka saya nak share ilmu berguna untuk hari ni. sebelum ni saya sendiri pun tak berapa nak cuba faham, apa maksud di sebalik setiap perkara yang saya buat setiap hari sama ada dalam kerja, riadah apatah lagi solat. sebenarnya, ketika dalam "duduk di antara dua sujud" dalam solat yang kita buat setiap hari, ada terselit maksud yang sangat indah. kalau kita hayati betol-betol, dengan sepenuh hati semasa dalam solat, saya percaya, kita boleh menitiskan air mata kot.

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon di dalam solat kita. tetapi sayangnya, sebelum ni, kita atau lebih tepat, saya sendiri hanya memohon tanpa memahami, sekadar menyebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. makanya, harap lebih baca entry ni, kita da faham maksud doa yang kita baca dalam "duduk di antara dua sujud" dan kita pupuk hati dan sanubari untuk menghayatinya.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua..

Warhamni.. (Sayangi aku..) 

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu. 

Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..) 

Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 

Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..) 

Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 

Wa'fuannii.. (Maafkan aku..) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini, sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja sebelum ini. 

jadi, mari ramai-ramai hayati doa yang kita baca dalam "duduk di antara dua sujud" ini dalam setiap solat yang kita dirikan setiap hari. moga-moga, segala yang baik-baik ALLAH kurniakan untuk kita semua, Amin.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain,

~wassalam~

kongsi ilmu : Heliza Helmi 
 

Sunday, October 27, 2013

Make Up

Dicatat oleh m i a di 5:43 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

after 2 years with make up..









more picture, klik Facebook Mia Adnan.
for those yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk atau pm je kat Facebook ya.

oke da bai uols,

~wassalam~
 

Tuesday, October 22, 2013

Review : Core Collection by Real Techniques

Dicatat oleh m i a di 11:16 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua, today nak share barang baekk dengan uols semua ehem. biasalah kalau manusia yang minat gile nak meninggal pasal make up ni, benda yang harus ada ialah koleksi berus make up yang mengancam yam yam kan. so today, saya nak share one of my fav brand untuk brushes sekarang ni, known as Real Techniques.


for those make up lover yang belum tahu pasal Real Techniques ni, saya cadangkan korang dapatkan segera brush collection dari brand ni sebab seriusly, sangat berbaloi-baloi! Real Techniques is a brush collection designed by pro make up artist iaitu Samantha Chapman yang popular kat Youtube as a Pixiwoo.com.

 Real Techniques - Core Collection

 .mine.

best best! ok, Core Collection ni datang dengan 4 jenis brushes



collection ini juga datang dengan case yang sangat simple dan mudah dibawa kemana-mana which is sooo goood!

 .lekat dan bawa pergi.

bukan tu aje, for those yang suka buat tutorial make up untuk post kat Youtube, case ini juga memudahkan korang sebab bole ubah jadi case yang ada stand gitu.

1. picit button kat tali tu
2. heret ke bawah and..

.TARAA.

well, saya da guna brush ni almost 3 weeks kot kalau tak silap, and berdasarkan pendapat peribadi, gile lembut brush ni and pada saya, kesemua brush ni memang muat-muat je tangan ni so senang nak apply. sometimes, kalau berus yang terlampau panjang akan buat kita susah nak guna xspecially untuk eyeshadow, boleh menyumpah oke kalau terlanggar dengan cermin alahai. dan lagi, Core Collection ni sangat sesuai untuk kegunaan harian sebab 4 berus ni sesuai untuk semua application, for me la. sebab saya ni, kadang-kadang main bedal aje tak kira jenis berus apa pun. ahak!



 The Review

Contour Brush 

 delicately applies highlighter to contour or create sheer, soft-focus finish.

saya memang gunakan brush ni untuk contour and shading pada tulang pipi and bawah dagu. Yess, this brush seriusly memang super easy to use untuk pelbagai coutouring skills. Brush ni kecil je and pointed area pada brush ni memang memudahkan kalau nak buat shading lebih-lebih lagi pada bahagian tulang pipi tu.

Buffing Brush
 
ideal for full coverage application of powder and mineral foundation.

yeah gile lembut buffing brush ni. pada saya, brush ni lebih sesuai untuk blusher. for me, this brush is too small untuk apply loose powder. rasa tak best dan tak puas uols haha. untuk blusher or bronzer, saya prefer guna teknik dabbing for pigmented application. And after a few xperiment (hohoii) pada saya, buffing brush ni juga sesuai gile untuk apply liquid foundation or foundation yang jenis creamy not so creamy macam naturactor or stick foundation sebab ia lembut nak meninggal! betol ni, kelembutan brush ni memang bagi efek blending yang sekata kalau guna untuk foundation tau. ce try!

Detailer Brush

precision cut to effortlessly conceal problem areas or use with lipstick for long-lasting shape and definition

terlampau kecik untuk apply concealer kan? alala. Yes, brush ni kecik gile macam eyeshadow brush yang size kecik tu, malah lebih kurus sikit kot. sekali lagi, sangat tak puas haha. jadi saya prefer guna untuk apply lipstick sahaja. mungkin bole juga kalau guna untuk apply concealer pada bahagian tepi hidung atau blemish yang kecik-kecik tu. tapi tapi tapi, brush ni sangat tidak sesuai untuk dijadikan eyeshadow brush. nanti lebih banyak fallout daripada yang melekat kat mata tu. so, clearly this brush memang works very well with creamy product such as concealer, lipstick, eye primer or eyeshadow jenis creamy.

Pointed Foundation Brush

use with liquid foundation to build custom coverage

 pertama kali tengok, i was like 'erkk seriusly untuk foundation?' sekali lagi, this brush too small untuk dijadikan foundation brush. again, rasa tak puas alalala. tapi, dun worry. as i said before, saya kadang-kadang bedal je guna brush ni and yeah, result nya bole tahan. so, brush ni saya guna untuk apply concealer pada bahagian bawah mata, puass gile ai tell yu!! sebab this one memang cukup besar untuk concealer kan. tapi tak bole nak detail sangat la, so guna la Detailer Brush tadi untuk conceal bahagian yang nak diteliti tadi. Tadaa!! selesai masalah. Selain untuk apply concealer pada bawah mata, saya juga guna brush ni untuk apply highlighter jenis creamy pada tulang pipi, and pada T zone. lepas tu, blend sekali dengan foundation warna kulit dengan Buffing Brush and WALLLAAA! Result nya memang super duper AWESOME!!

Where To Buy?

well, Core Collection ni saya beli dengan harga RM100 secara online.


memang puas hati and semua soalan terjawab hehe. The owner, Miss Alia will answer apa je soalan and siap bagi few suggestion lagi, i likee! thanks Alia. for those yang nak beli, cepat-cepat pm The Fashionette sebab brush dari Real Techniques ni selalu je cepat sold out.

and kalau nak tengok review produk lain, KLIK SINI.

ok da bai, 

~wassalam~

picture source : mine and google

 

Sunday, October 6, 2013

Make Up : Majlis Pertunangan Hani

Dicatat oleh m i a di 1:06 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua, lama tak demam, harini badan panas dan kepala pusing 360 darjah setiap saat. entry ni pun da sedia ada dalam draft box, jadi klik 'publish' je and taraaa, lagi entry pasal 2  Jun punya make up job haha.

job kali ni dapat dari customer terdahulu yang suggest kat kawan-kawan hehe. Alhamdulilah, rezeki lagi kan. Siti Rohani, atau saya panggil Hani comel aje orangnye, and kurus jugak grr. Jeles tengok orang lain kurus, kita ni macam belon, kejap kurus kejap gemok balik hasihhh..one more thing, saya baru tahu yang Gulatis ada jual dress da siap gak and totally cantik gile uols. kebetulan Hani kerja kat Gulatis, so dapatlah special price kan, ohh jeles lagi.

so here's the picture ya

 BEFORE

 AFTER

 Pink + Blue + Smokey


 comel betol si Hani ni hehe

 see, i've told u! cantik gile dress ni. combinasi warna light pink n baby blue ni lawa sangat!


ehem, mak nenek and Hani yang comel.


alhamdulillah, Hani and family suka dengan make up ni. siap dapat goodies bag lagi uols hehe. 

Alhamdulillah, almost 2 years berkecimpung dalam dunia make up ni, in sha ALLAH, 13 Oktober ni, saya daftar make up kelas yang pertama seumur hidup haha. doakan ya!


macam biasa,

for those yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk  ya. bole PM atau nak tengok portfolio make up saya yang lain di Facebook Mia Adnan.
 
oke da bai,
~wassalam~ 
 

Wednesday, October 2, 2013

Make Up : Majlis Pertunangan Zuliana

Dicatat oleh m i a di 11:28 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

lagi update pasal make up ek. puas hati dapat selesaikan make up job dengan jayanya hehe. this coming school holiday in sha ALLAH ada rezeki lagi. And saya ada few product yang super AWEsome nak dikongsi dengan uols semua. harap nikmat masa ni Tuhan luaskan, Amin..

saya dapat job make up Zuliana melalui email. and macam biasa, ada juga incident sesat jalan sebab rumah Zuliana agak jauh jugak dari rumah saya. sampai-sampai je terus dapat makan mee goreng sedap. ayah senyum je even terpaksa menunggu saya almost sejam. thanks ayah!

so here's the picture


BEFORE


AFTER


hot pink + smokey 


again, half moon jadi pilihan with beading on it and i like it hehe.


bakal pengantin with mak nenek alala

alhamdulillah, Zuliana dan family suka hasil make up ni. siap ayah Zuliana offer makan sekali tapi macam biasa, kami rushing nak gi kenduri kawen muhaha.

macam biasa,

for those yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk  ya. bole PM atau nak tengok portfolio make up saya yang lain di Facebook Mia Adnan.
 
oke da bai,
~wassalam~

 

Tuesday, October 1, 2013

Review : The Rocket Volum' Express in Black (2K118) by Maybelline

Dicatat oleh m i a di 5:55 PM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua. hati tak tenang saat PMR nak menjelma 2,3 hari lagi. risau kat student, risau kat adik sendiri jugak. alahaii. but even hati tak berapa nak tenang, review product tetap diteruskan hehe.

ok focus. sebelum ni, saya sibuk la mencanang bahawa Eye Opener Mascara ni adalah fav mascara saya. well, sekarang mascara ni da jatuh ke 2nd place dalam hatiku ni hehe. sebab new mascara dari Maybelline New York ni seriusly membawa hatiku pergi bersamanya, hamekk kaw!



 The Rocket Volum' Express by Maybelline New York
(from : google)


.mine. yang tegak berdiri tu rocket pen, free gift. 

Pro

omo omoo..seriusly fell in love dengan mascara ni. okay mia bawak mengucap! 1st, sama jugak dengan Eye Opener Mascara, this mascara pun ada tiny spikes jugak hehe. so i guess, saya memang pencinta mana-mana mascara yang jenis macam ni. but this one, spikes dia lebih nipis and lebih banyak which is sooo good. Those spikes akan buat lashes jadi lebih panjang and yet halus tak nampak bergumpal sangat bila apply 1st and 2nd coats. for me, saya prefer curl lashes dulu dengan pengetip bulu mata, then baru apply mascara, so dia tak bergumpal sangat. ada certain review cakap, bila you apply the 3rd coats guna mascara ni, dia akan jadi sangat clumpy. but, honestly, benda ni tak jadi pada saya hehe. mungkin sebab bulu mata iols memang da sedia panjang kot, huwaa!

 see, the random spikes.

2nd, this rocket mascara jugak senang nak tanggal, which is good for muslim, i guess. sebab kita tak perlu guna make up remover untuk tanggalkan mascara ni. guna air pon boleyy je.


 .few coats.


.with water.
 

 .using a finger.


.with tissue. fiuh!!

but, even this mascara memang jenis senang nak tanggal, but bila once uols ter'usik' manja means 'ter' lightly rubbing your eyes, this mascara did not fall off then mencacatkan mata korang yang sedia cantik tu. unless kalau korang pegi gonyok-gonyok mata tu sepenuh jiwa raga, haruslah akan jadi comot macam mata panda.

3rd, tahan lama. well, Maybelline memang master bab produce product yang tahan lama ni kan. saya pakai almost 8 jam but still mascara ni comey je kat mata tu hehe. 

and 4rd, compare dengan Eye Opener Mascara, this Rocket Volum' Express rasa lebih ringan kat atas mata tu. macamane nak cakap ek? sometimes, bila kita apply mascara 3 or 4 coats, kita akan dapat rasa macam mata ni berat-berat gitu, kan. eh ke i je yang rasa ni haha. well, saya tak rasa efek mata berat tu bila guna this rocket mascara. mungkin texturenya yang lebih lembut and halus kot, i guess!

5th, bentuk yang super comey aha! ok ni pendapat peribadi ek. combinasi warna hot pink n blue ni buat saya teruja gile oke hehe. even takde kena mengena, but this part memang mendorong saya untuk beli mascara ni haha.


ohh comey !!

Kontra

satu je masalah saya bila guna mascara ni. even bukan selalu sangat berlaku, but still, mengancam nyawa la jugak. this tiny spikes bukan saja banyak malah tajam nak matik, i mean seriusly tajam okay and it REALLY HURT if you accidentally poked it into your eyeball. bole nanges ai tell yu!


  
merah biji mata kalau tercucuk huhu. 

Repurchase?

oh YES!

Harga kat Watson RM39.90 but sekarang ada offer untuk member card jadi RM26.80. gi beli cecepat ya. 

 me with few coats of The Rocket Volum' Express Mascara

so for those yang nak tengok review lain, KLIK SINI

ok da bai,

~wassalam~

 
 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan