Review : Loreal Smooth-Intense Caring Shampoo and Conditioner. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, January 2, 2012

Review : Loreal Smooth-Intense Caring Shampoo and Conditioner.

Dicatat oleh m i a di 9:00 PM
Assalamualaikum..

hi semua.

ini 1st review saya tentang shampoo kan? sebelum ni ada review tentang vitamin untuk rambut, jadi kali ni rasa macam nak share produk penjagaan rambut pulak oke. ini pertama kali saya guna produk dari Loreal, dan ini adalah hasil yang saya nampak sepanjang 3 bulan menggunakan Loreal Smooth-Intense Caring Shampoo dan Loreal Smooth-Intense Caring Conditioner.


[gambar: Google]


Kandungan produk

2 kandungan berharga shampoo ini ialah Nutrileum dan Silk Protein. Nutrileum ni adalah campuran nutrisi mikro oil iaitu ejen yang bole mengelakkan rambut dari kering dan kusam. Silk Protein pulak memang dipercayai bole melembutkan rambut. so, gabungan kedua-dua bahan ini mampu menjadikan rambut 4 kali lebih lembut, lebih ringan dan halus.

shampoo dan pelembap ini jugak boleh menjadikan rambut bertahan dari menjadi kusut, kering dan mudah diatur selama 48 jam (hasil terbaik dengan menggunakan shampoo + conditioner + serum)


Pro

saya suka sebab shampoo ni bole tahan wangi la bagi saya. dan hasil yang saya nampak lepas guna hampir 3 bulan, yes! shampoo ni memang sesuai untuk rambut yang mudah kusut dan kering. saya takde masalah rambut kering cuma yang saya nampak, lepas guna shampoo ni dan pelembapnye, tak sikat pun rambut still nampak terurus dan tak mengerbang semacam.

dan lagi, shampoo ni memang menjadikan rambut lebih lembut, lebih-lebih lagi bila pakai dengan pelembap. rambut jadi ringan rasa macam takde rambut je atas kepala ni oke heh! lagi, harga pun bole tahan. saya beli dalam RM 14 lebih macam tu. kira mampu milik la kot.





Kontra

saya tak tahu pengguna lain, tapi satu perkara yang buatkan saya nak stop gunakan shampoo dari Loreal ni adalah benda ni menyebabkan rambut gugur dengan jumlah yang terlampau. YESS SANGAT MELAMPAU. 

mulanya saya fikir mungkin sebab saya ghairah selalu sangat kot guna conditioner sampai terkena kat kulit kepala so dats why rambut gugur. jadi, saya stop combine'kan' shampoo dengan conditioner untuk beberapa kali. kira saya hanya gunakan shampoo je untuk cuci rambut, but still wujud masalah yang sama, rambut gugur banyak gile! sampai ibu pun perasan. sedih.

demi untuk tak menghampakan harapan saya yang tinggi pada produk Loreal ni, saya minta kawan cuba pakai. shampoo dan conditioner. lepas beberapa minggu, kawan tu pun bagitau masalah yang sama, RAMBUT GUGUR TERLAMPAU BANYAKKK!! huhu.


Repurchase?

NO. Tak kot.

....

saya ada terbaca beberapa review dari pengguna. ada juga yang dapat hasil yang sama macam saya, dan ada juga yang dapat result yang memuaskan hati. so i guess, mungkin produk penjagaan rambut dari Loreal ni tak sesuai kot dengan saya. sekarang ni dalam proses memulihkan kondisi rambut dengan Lidah Buaya oyea.

oke da bai,

~wassalam~

10 ulasan:

faten osman on December 27, 2011 at 9:16 PM said... BALAS

betul2, saya pun pakai loreal. rambut gugur dengan banyaknyaaa

zOeY zAu YaH on December 27, 2011 at 9:38 PM said... BALAS

saya pernah guna yg nih..rambut rosak sgt2..naik cacak2 mcm rambut gatal..mmg byk..saya terus pakai tp makin rosak..last2 stop dn setia dgn sunsilk je...bguslah awk stop cepat..rawat rambut smula ok =)

Yuyu on December 28, 2011 at 4:16 AM said... BALAS

yu pun pakai syampoo ni tapi maybe tak sesuai,banyak sangat rambut gugur..so bertukar balik ke tresseme

mia on December 28, 2011 at 11:20 AM said... BALAS

@faten osman

huwa..ramai jgk dpt masalah mcm sy ye..kene stop guna la lps ni..

mia on December 28, 2011 at 11:29 AM said... BALAS

@zOeY zAu YaH

seriusly? huhu saya ingat sy je ada masalah mcm ni..trbaek kite stop je guna kan..huhu..tp abit sedih sbb Loreal ni quite a good produk kan..huhu

mia on December 28, 2011 at 11:30 AM said... BALAS

@Yuyu

waa, yu pun kene jgk..adoih, trtanye3 kenapa shampoo ni buat rambut gugur ea..huhu

Nurfaridatul Aini Binti Abdullah on December 30, 2011 at 1:32 AM said... BALAS

hu2 mcm mana nak elak rambut gugur ek?
dah makin nipis rambut ni hu2
takut....

(maaf..org baru =) )

mia on January 5, 2012 at 3:21 AM said... BALAS

@Nurfaridatul Aini Binti Abdullah

tu la..sy pun tgh cari solution skrg ni..huhuh..

thanks singgah sini :)

Anonymous said... BALAS

pakailah syampu himalaya.mmg terbaikkk untuk rambut gugur:)

mia on January 10, 2012 at 6:23 PM said... BALAS

@Anonymous

yeke, xpenah cuba produk tu tau..nnti nk tgk review la

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan