Assalamualaikum..
selamat malam semua..nak share dengan korang keratan berita ni :
KUANTAN: Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 129.2, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Toyota Camry dinaiki tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari Segamat, Johor menuju ke bandar ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Proton Saga dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
Katanya, pada masa sama, sebuah lori tanpa muatan seberat tiga tan di belakang Toyota Camry itu gagal mengelak lalu merempuh kenderaan malang itu.
“Pemandu kereta bersama dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat,” katanya.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Mohamad, 42, seorang guru serta dua anaknya, Mohamad Aniq Mauqri, 5, dan adiknya, Maria Aqilah, 2.

sumber : Metro

so sad..mangsa merupakan abang dan anak buah kepada sahabat saya, Nadia.. subhanALLAH..memang sedih..saya tak dapat bayangkan perasaan Nadia yang juga telah kehilangan kedua orang tuanya..huhu..
lagi seminggu nak mula praktikal..aduhaii..beratnya dugaan..saya berharap, semoga Nadia tenangkan fikiran dan bole hadapi kenyataan hidup ni..
saya share ni hanya untuk kesedaran kite semua..
~wassalam~