Review : Lace Dress

Saturday, October 20, 2012

Assalamualaikum, hi semua.

ehem ehem, tak lama lagi nak sambut Aidiladha pulak. kejap nye la hai masa berlalu. lagi 2 minggu nak cuti sekolah yippii hurray. kan. yela, awak cikgu, cuti banyak kan. ehem apa nak kata. tak kesahlah. Saya kira sekarang ni memang tengah hot kan pasal kain jenis lace. lace top, jubah jenis lace, tudung pun nak lace jugak, and yang paling hot sekarang, lace dress, betul kan betul kan.

seriusly sekarang banyak sangat online shop yang jual dress jenis kain lace kan. teruja iols. mata ni cepat je menangkap bila nampak baju lace kat Facebook. cepat-cepat view nak tengok.



amboii tantekk nyeww.

see, cantek sangat. bila pakai dengan skirt labuh, sure meletopss yu! tapi tapi, sangat menyakitkan hati bila view detail, semuanya free size. FREE SIZE. serius menyampah! saya menyirap gile bila tengok measurement dia, alahai. jangankan badan macam mak nenek ni, Rozita Che Wan pon tak bole nak pakai, ehem. kemain contoh engko kan.


alolo comelnye kalau dapat pakai. 

KALAU LAHH kalau oke. kemain susah nak jumpa online shop yang jual dress lace ni dalam pelbagai saiz. sangat susah! tapi, disebabkan keterujaan yang melampau, saya gigih juga mencari.

cari lagi, dan terus mencari, sehingga, eh! huwaaaaaaa!! SERIUSLYY??

AVAILABLE IN ALL SIZES!!


mahu nye tak berjoget setempat. hehe. bukan apa. semua nak cantik, betul? but saya tak nak la sampai kena pakai sarung nangka kat badan ni. huduh tahu, huduh gile. jadi bila dapat yang ada banyak saiz macam ni, sangat gumbira ai tell yu!

Beauty Sibu (sadly this FB da diactived)

but before that, ada beberapa benda nak review pasal shop yang AWEsome ni :

1. Owner dari Singapore, so postage agak mahal untuk hantar ke Malaysia which is RM15.
2. Code item, measurement, item details semuanya in Chinese. jadi, perlu pm owner untuk kasi uols faham.
3. Tempoh masa nak sampai ke tangan agak lama jugak, of course sebab dari Singapore kan, iaitu selama 10 hari atau kurang.

tapi tapi tapi.

saya sangat berpuas hati. TOTALLY puas hati. sebab pertama, susah gile kot nak jumpa baju lace ni dalam banyak size. ada sekali saya jumpa, da bank in duit apa semua, tiba-tiba cakap da let go ke customer lain. seriusly? alahai. spoil mood tahu. 

kedua, owner yang sangatla peramah. and i mean sangat peramah. kaw tanyala apa aje, kompom beliau akan jawab, but in english la. eh broken english pon beliau faham. so dun wory taw. tak tahu la, but setiap kali saya pm, selalu cepat je dapat reply. mungkin beliau online 24/7 kot muhaha.

ketiga, owner janji 10 hari akan sampai, but sampai lebih awal dari tu. so i guess, tu mungkin had masa yang ditetapkan la kot.  


dan lagi, kualiti baju sangat tip top. paus puas hati oke. ada banyak sangat choice kat sini. bukan aje ada baju kain lace, semua pun ada. and opkos, available in sizes lagi. jadi lepas ni, mari kurangkan pakai baju ketat-metat ni. lagipun, tak elok untuk tumbesaran taw. aha!

printed lace.

so, lepas ni semestinya takde masalah da nak cari baju online. buat masa sekarang ni, memang Beauty Sibu ni jadi pilihan pertama saya la kot hehe. eh suka laa!!

lastly


This is me wearing the same dress in the first picture.

eh lupa nak cakap, semua picture dalam entry ni, ada dalam album XL-XXXL tu taw. ce tengok!

oke da bai, wassalam~

You Might Also Like

6 Comments

  1. yg u pakai ni size pe ea?

    ReplyDelete
  2. nah sy tgk awk suke lace kan..sy terperasan ade bju lace..mgkn awk minat..hehe..take a look ye
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151203357155238&set=a.10151203356710238.483110.149280515237&type=3&theater

    diarytablet.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. @mOoN

    saya pakai size L dear :) suka sgt baju ni taw

    ReplyDelete
  4. @❤ (。◕‿◕。) pekjah (。◕‿◕。)❤

    wow thanks alot. da view da. sadly semua free size. btw, thanks ya ;)

    ReplyDelete
  5. kat sini pon ada dear:

    http://homstuf.blogspot.com/#!/~/category/id=4242256&offset=0&sort=normal

    -cyra cari forum :)

    ReplyDelete
  6. Cikgu...

    Sy nk mintak pandangan cikgu tntang cerpen sy yg bru sy ubah2 sikit...nk mintak sumbang saran dari ckg...tolong ye...

    http://shakifsuhaimi.blogspot.com/2012/11/cerpen-satu-malaysia-harta-pusaka.html?m=1

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^