Hansel And Gretel Witch Hunters (2013)

Thursday, January 31, 2013

Assalamualaikum, hi uols,

2, 3 minggu ni blog banyak dapat comment yang pelik-pelik. semuanya masuk tong 'spam' la jawabnye. wahai makeluk-makeluk halus sekalian, kot ye pon nak menjual barang atau nak promote loan, janganlah sampai jahanam kotak komen ai uols buat. keji tahu?

well, hari ni nak share movie baru. ada jugaklah tengok 2,3 orang blogger yang da review movie ni. dapat tiket free dari Nuffnang kot. oh my, miss that moment..* kesat hidung*

Hansel And Gretel Witch Hunters
 
Sinopsis
 
sama jugak macam epic hansel and gretel yang zaman old skool. dua beradik ni ditinggalkan di dalam hutan sendirian. cuma sebab mereka ditinggalkan tu berbeza, i mean sangat berbeza dari cerita hansel and gretel yang old skool tu. kalau dalam cerita old skool tu ayah diorang ni bongok ikot cakap bini baru dia, tapi tidak dalam cerita ni hokey. semuanya ada kaitan dengan witch jugak. kena tengok cerita ni baru faham.

lepas ditinggalkan, hansel and gretel jalan-jalan sampai jumpa rumah gula-gula. huwa, almaklum dua orang budak kecit yang memang tengah lapar, so mereka pon try la sikit cake and candy yang melekat lekit kat rumah tu. cuma si abang, Hansel makan terlebih sikit, lepas tu dapat penyakit kencing manis, kena amek injection bila tima masanya hahaha. da macam orang tua pulak.

macam biasa, dalam rumah tu ada seekor ahli sihir. sumpah muka ahli sihir dalam filem ni buruk gile. nak makan pon lalu. pastu mereka ni macam psiko sikit, creepy and scary ai tell yu! and sama jugak ending nye, hansel and gretel berjaya bunuh ahli sihir tu.

maka bermula kerjaya mereka ni sebagai pemburu ahli sihir. tak tahu la kenapa zaman ni banyak sangat ahli sihir. kanak-kanak pulak asek hilang je. sampailah kat satu pekan ni dipanggil Augsburg. Hansel and Gretel telah diupah oleh datuk bandar untuk tangkap ahli sihir yang culik budak-budak bandar ini. tapi, biasalah, hero and heroin mesti ada musuh kan. ada sorang sherif ngok ngek bernama Berringer yang sakit hati dengan dua beradik ni. 

 Sherif yang ngok ngek dan KEJAM!

so macam-macamlah berlaku semasa misi pencarian kanak-kanak yang hilang and misi buru ahli sihir. rupanya semua kanak-kanak yang hilang tu ada kaitan dengan upacara perhimpunan ahli-ahli sihir pada malam gerhana bulan. dalam filem ni, dipanggil bulan berdarah. ada kejutan kat sini. upacara ni ada kaitan dengan ibu Hansel and Gretel. lebih mengejutkan, Gretel merupakan senjata utama untuk menjayakan upacara tu. 


ending cerita yang memang tak disangka. uols kena tengok filem ni, then you decide best ke tak best oke.


Komen

pendapat saya, sekarang ni memang trend kot. filem yang ada aksi lawan-lawan sekarang da mula masukkan unsur humor dalam jalan cerita. macam filem Avengers. ada part yang lawak gile dan lawak tu memang tak disangka-sangka. so memang a bit funny la kan. dalam cerita Hansel and Gretel ni, banyak jugak part kelakar. yang paling tak boleh belah, part Gretel hantuk kepala dia kat Sherif sampai berdarah hidung orang tua tu. hoho. 

ekspresi muka pon memang hebat dalam cerita ni. serius sapa yang tak larat nak tengok aksi ngeri, better bawak bantal ke selimut ke pegi tengok filem ni hehe. banyak sungguh unsur darah, potong-potong kerat-kerat dalam filem ni. alahai, ai pon tak larat uols. hehe.

pelakon, memang AWEsome kot. especially watak Gretel.

Gretel (Gemma Arterton)

alahai canteknya akak ni. Gemma pernah berlakon dalam filem Prince of Persia. sangat hot beliau dalam filem ni tau

Hansel (Jeremy Renner)

sangat sempoi. nampak macam takde perasaan pon ada jugak hehe. but part action memang totally superb!

Muriel (Femka Janssen)

ahli sihir yang sangat hot. tapi jangan terpedaya pada rupa yang elok. bagi yang lemah semangat ketaq kelapa kepala lutut, macam biasa sediakan bantal sebelum terkejut.


kerana ahli sihir yang comel lagi bergaya seperti ini, kalau naik hangin satu badan, akan bertukar rupa jengjengjeng!

Buhhhyaww!

well, secara keseluruhan, filem ni seswai untuk tontonan bersama family. takde sangat kot adegan yang bukan-bukan. ehem.


moral of the story :

- jangan makan gula-gula banyak, nanti dapat penyakit kencing manis
- ahli sihir akan mati kalau dibakar dalam ketukar
- kalau tak mati jugak, kerat kepala beliau, kompom KO!

kalau nak tengok review yang lain, KLIK SINI.

oke da bai,

~wassalam~

You Might Also Like

2 Comments

  1. byk respon positif pasal filem ni... klu ada kesempatan nak juga saya menontonnya

    ReplyDelete
  2. tgh tunggu cd kuar! hehehe. layan CD pon jadi La..
    tp witch tu mmg hot! hehehe

    BTW, Sya br foLLow sini =)
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^