Review : Just Bitten Kissable Balm Stain in 040 Rendezvous from Revlon | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, March 15, 2013

Review : Just Bitten Kissable Balm Stain in 040 Rendezvous from Revlon

Dicatat oleh m i a di 10:39 PM
Assalamualaikum..

hi semua,

esok sekolah ganti dan malam ni saya rasa sangat letih sebab meeting selesai jam 6 petang tadi. huwa, saya agak tak lama lagi mesti berketul-ketul muscle tumbuh kat badan ni taw. nyampah!

well, kali ni nak review one of my super duper AWEsome produk! kemain melambung-lambung pujian. oh tidak, Revlon tak sponsor saya untuk review ini ya. tapi manalah tahu masin mulutku ini. kan? ehem.

 cantik kan? gilee cantikk!

sebelum ni, saya macam penakut gile nak pakai warna yang terang-terang mak ngah ni. but tahun 2013 ni macam tahun warna oren and merah. kot. tapi saya ni tak berapa berkenan yang merah berkilat gile tu. rasa macam nak menjiwai watak penggoda la pulak. hehe. 

oke back to topic. ni merupakan lipstick pertama saya beli online hehe. sebab saya banyak fikir kalau beli barang make up online? pertama, tak boleh tengok warna yang sesuai. kedua, tak boleh rasa texture dia. ketiga, risiko barang pecah sangatlah tinggi, kan. tapi da tersuka gile kat lipstick ni, so try beli, and dengar sini. produk ni memang sangat yabedabedu ai tell yu!

antara pilihan warna. bukankah mereka sangat gojes?

Pendapat saya, Just Bitten Kissable Balm Stain ni gabungan lipstick, lip balm and lip tint kot. and seriously, hasil nya memang terbaik! saya tak tahu pengguna yang lain but for me, this produk memang sangat best, and harga pun mampu milik.

Pro

saya suka sebab lipstick ni bentuk marker pen. haha. bukan ape, lipstick bentuk macam ni lagi senang nak apply kat bibir terutama pada bahagian hujung bibir yang susah nak capai. 

kedua, macam lipstick lain jugak, lipstick ni bole roll kat bahagian hujung dia. sangat mesra pengguna kan. tak payah la kaw nak cari sharpener untuk kasi tajam balik benda ni. eh boleh jumpa pulak sharpener yang muat lipstick ni kan haha.

 boleh roll kat bahagian silver tu.

lagi, seriusly susah nak cari lipstick yang tahan lama, unless kita guna teknik make up untuk kasi lipstick stay lebih lama la. tapi Just Bitten Kissable ni memang sangat gile tahan lama. serious tak tipu. ntah da berapa kali 'serious' saya ni. bermakna saya SANGAT SERIOUS!

see, sangat oren.

macam yang saya bagitau, saya ni bukan jenis suka sangat bibir yang berkilau. so lepas pakai lipstick, saya dap-dap kat tisu so that kita dapat warna yang lebih matte. sama juga dengan this lipstick. lepas pakai, tunggu 10 second, then dap-dap kat tisu. and walla!! hasilnya, warna lebih matte and tahan lebih lama, and i mean, SERIOUSLY tahan lama.

Kontra

bagi saya, bukanlah teruk sangat pun. Just Bitten Kissable Balm Stain ni ada sedikit bau and rasa. macam chewing gum gitu atau mint. but that's ok for me.  cuma mungkin certain pengguna tak selesa la kot.

Repurchase?

ohh yess opkoss!! 


harga macam yang saya cakap, bole tahan. tak mahal sangat. RM 32 dan saya beli online di Retail Paradise. one of my fav online shop sekarang ni. owner sangat baik, suka share tips and review. cuma harga tak dipaparkan pada setiap produk, perlu pm beliau. mungkin sebab most of the produk yang dijual dari luar negara, so harga sometimes ada perubahan. kot.

again, saya review berdasarkan hasil penggunaan saya yang da almost sebulan ni, mungkin ada yang sama dengan pengguna lain, mungkin juga ada perbezaan. tapi setakat ni, ramai yang puji warnanya cantik. oh pengsan!


me wearing Just Bitten Kissable Balm Stain in 040. without lip gloss.

selain dari Aquara Spray, this produk pun saya sangat syorkan pada semua! nak lagi banyak review, KLIK SINI.

ok da bai,

~wassalam~

 

4 ulasan:

Ninie on March 15, 2013 at 9:17 AM said... BALAS

Sy pun ada warna ni. Cantikk! Kat watson ada jual tp warna ni sll cpt habis. Warna lain byk ;3

Iqa on March 15, 2013 at 10:47 AM said... BALAS

cantek color dia :) lipbalm ni pun termasuk dalam list iqa.. hehe wahh ! sama lah.. kite ske 'netshoppe' gak kat retail paradise tu.. sampai kadang2 jadi rambang mata.. hehe :)

m i a on March 16, 2013 at 5:42 AM said... BALAS

@Niniekan..tadi baru tengok kat watson nak cari honey color tu tapi takde. for those yang xnak beli online, watson ada jual rm29 kalu tak silap. tapi tak banyak la warna

m i a on March 16, 2013 at 5:43 AM said... BALAS

@Iqa

kan, retail paradise one of my fav shop. highly recommended!

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan