Review : Bio Oil and Mederma | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, November 18, 2013

Review : Bio Oil and Mederma

Dicatat oleh m i a di 7:06 PM
Assalamualaikum..

hi semua,

masih ingat dengan Entry Bio Oil vs Mederma ni? hehe, da berkurun lama kan. gila banyak komen saya dapat. oh Terima kasih pada semua yang sudi drop komen bagi pendapat, soalan dan juga ingatan, sangat terharu. serius ni.

well, antara Bio Oil or Mederma, Bio Oil lebih berkesan untuk saya. actually, both Bio Oil or Mederma akan mendatangkan kesan yang baik depends pada parut uols.  i've tried both and resultnya berbeza ya. 

Mederma


for me, Mederma more to parut yang tak berapa nak teruk macam parut jerawat, kesan hitam chicken pox, atau lebih tepat, parut yang tidak timbul. memang berhasil. saya pernah cuba pada parut jerawat, and yeah dalam seminggu da hilang.

but, saya pernah apply Mederma pada anak buah yang memang luka agak teruk pada pipi, and Alhamdulillah, parut tu hilang. pertama, mungkin sebab kulit baby kan, mudah je parut nak hilang. second, Mederma memang berhasil untuk parut luka yang wujud TIDAK LEBIH daripada seminggu. maksudnya, Mederma ni, in sha ALLAH akan berhasil (berdasarkan penggunaan saya sendiri) pada parut yang agak baru. i mean, after luka kering, boleh mula apply Mederma sampai kita puas hati. 

PLEASE take note ya, jangan apply Mederma pada parut yang masih belum kering. takut pedih karang korang terkinja-kinja pulak hoh! pastikan parut da betul-betul kering and then, apply Mederma setiap hari sebelum tidur oke. jangan lupa minum air putih banyak-banyak.

Bio Oil

 
yess, ini kegemaran saya. ntah da berapa botol beli hehe. okay, bagi uolls yang ada luka yang da wujud bertahun-tahun lamanya (kemain!!) saya suggest guna Bio Oil dengan penuh kesabaran ya. sebab Mederma memang tak sesuai untuk parut yang da lama wujud. tapi, Bio Oil ni kena rajin apply sebelum tido. kalau free, sambil menonton TV tu, apply Bio Oil pada luka, and keep urut-urut parut tu sambil menonton. kalau sejam movie tu korang tengok, sejam la korang urut parut tu dengan Bio Oil kan. hehe orang kata, sambil menyelam minum air.

Bio Oil memang lambat nak nampak kesan. tapi kalau hari-hari sapu and rajin urut parut tu dengan Bio Oil, in sha ALLAH, tak sampai sebulan parut da pudar. seriusly. itu result yang saya dapat. 

but, saya percaya, amalan minum air putih 8 gelas sehari memang gila sangat membantu. saya ni, Alhamdulillah, jenis yang suka minum air putih. Jadi hasilnya, almost a month, parut kecik-kecik hasil peninggalan jatuh bangun zaman 90-an dulu makin pudar da sekarang haha.

and, untuk result lebih cepat, apply Bio Oil ketika mandi. caranya, guna a few drop of Bio Oil bersama shower form or sabun mandi uols, then cuci la badan tu. fokuskan pada area yang ada stretch marks. in sha ALLAH, cara ni berhasil juga untuk dapat skin tone yang lebih sekata. biasanya, saya letak Bio Oil pada berus badan sekali dengan shower form.  sebab itu, saya da guna berbotol-botol Bio Oil hehe. 

well, ini adalah result saya. saya guna Bio Oil since end of 2011 sehingga sekarang. Alhamdulillah, memang berkesan. Mederma pun saya guna juga, tapi saya apply untuk parut jerawat je. But, pendapat saya, both product, Bio Oil or Mederma memang tidak akan berkesan kalau kita kurang minum air putih. so, latih diri and amalkan oke.

harap entry ni, menjawablah persoalan yang uols drop dalam ENTRY INI ya. again, thanks alot kepada semua yang sudi komen dalam entry tu. seriusly terharu.
  
and kalau nak tengok review produk lain, KLIK SINI.

oke da bai,

~wassalam~

 

10 ulasan:

Monyet Rimau on November 17, 2013 at 4:00 PM said... BALAS

bio oil ni bagus untuk alam sekitar kan? hehe

Jemput datang ke website baru saya syokbah.com
Terima kasih!

Liyana Lunia. on November 17, 2013 at 7:30 PM said... BALAS

hai mia, boleh tahu tak berapa harga sebotol bio oil tu?

m i a on November 18, 2013 at 2:47 AM said... BALAS

@Monyet Rimau

ye? saya tak pasti pulak pasal ni hehe. btw, thanks ya.

m i a on November 18, 2013 at 2:48 AM said... BALAS

@Liyana Lunia.

hi dear, harga sebotol tu, kalau tak silap saya rm39 kot..

Qurratul Ain on January 18, 2014 at 11:30 PM said... BALAS

Maknanya Bio-Oil sesuai juga untuk parut jerawat yang lama?

Aifa Adyla on March 13, 2014 at 9:14 AM said... BALAS

Hai sis, saya pernah guna dua dua ni. Bgi saya, mederma ni sngat bagus, semua parut bole hilang, tpi ikut kewujudan parut tulah, lagi lama, lama jugak lah parut tu nak hilang. Bio oil pulak, dulu saya penah sapu dekat dahi, and dekat dkat tepi muka, saya sapu sbb ade jerawat+parut, tpi tkdelah byk sngat, dlm sbulan cmtu hilanh dah. Tpi skng saya pakai balik bio oil dekat tmpat parut, nnti naik jerawat, huhu, saya pkai balik mederma. Oh haa lagi satu, sya pernah pkai dermatic, tpi tkde kesan langsung, dh la mahal TT_TT

m i a on April 1, 2014 at 4:23 AM said... BALAS

@Qurratul Ain

yup dear, bio oil lebih sesuai untuk parut yang lama. but kena rajin sapu la tau

m i a on April 1, 2014 at 4:24 AM said... BALAS

@Aifa Adyla

huwa thanks, new info ni. hehe, result product ni depends pada jenis kulit jugak kan dear. pada sy, bio oil sgt bagus cuma kesannya lambat sikit la..

Muhaira Hadzran on April 9, 2014 at 7:33 AM said... BALAS

Bio oil memang terbaik. Sya ada 1 parut bekas jahitan kat kening dri umur 3 tahun... Dan dlm masa 2-3 parut tu dah xnmpk.. Siyesly.. Mmg ketara perubahan.. Paling penting kena rajin n sabar.. And yes minum air putih yg byk memang membantu utk kulit yg cantik ;)

Anonymous said... BALAS

Klau parut tu dlm cemana ea??

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan