Assalamualaikum, hi semua.
baru balik dari Bengkel PMR dan SPM. cikgu cikgi lain da start cuti, saya masih lagi bergelumang dengan students haha. takpe takpe. Isnin Selasa nak ke Pangkor tenangkan fikiran hohoii..
well, saya seriusly nak minta bantuan dari semua pembaca sekalian. kulit saya masih lagi dalam kategori baik la. syukur alhamdulillah. tiada masalah jerawat yang melampau, kulit kering yang teramat, or kulit berminyak yang gila tahap gaban. takde, takde semua tu. and saya bersyukur sangat. tapi masalah jeragat memang la sangat menyedihkan huhu.
source : google
macamane nak hilangkan jeragat? saya da try banyak produk tapi semuanya tak menjadi. 'TRY' kat sini bukan bermakna kaw cuba seminggu takde hasil then stop. oh tidak, tidak. tu tak sabar namanya. saya cuba produk at least 2 bulan untuk nampak hasilnya. tapi tu lah, banyak produk yang kononnya dicanang-canang boleh hilangkan jeragat, tapi hampanya hati, tak menjadi pun.
sekarang saya guna produk Safi Rania Gold, and before that Loreal White Perfect and banyak lagi before before that. sabun or pencuci muka pon sama jugak. kaw cakap la sabun vitamin ABCDEFGHIJK ke, sabun susu beras pulut ke, semuanya zamzam alakazamm je alahaii.
Kak Long saya guna Aura Maya. kulit memang glowing sangat. seriusly tak tipu. lagipun Kak long takde jerawat and muka pun bebas dari parut segala mak nenek, jadi muka beliau nampak licin and glowing sangat. tapi kak long bagi feedback, Aura Maya pun tak boleh nak hilang atau paling kurang pun, pudarkan jeragat. oh my, bantulah saya.
please leave ur suggestion tentang produk yang sesuai untuk hilangkan jeragat kat kotak komen. please, i really need those product! saya sangat mengharapkan bantuan anda tau!
thanks alot uols,
~wassalam~