Sebab musabab pasangan rasa bosan dalam hubungan. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, August 19, 2011

Sebab musabab pasangan rasa bosan dalam hubungan.

Dicatat oleh m i a di 2:15 PM
Assalamualaikum..

eh macam sedap je sebut perkataan 'musabab' tu kan. cer sebut banyak kali, musabab, musabab, musabab, musabab haa sudah, kau da kenapa me'ah? grrr..

hi semua.

bila cakap pasal perasaan bosan dengan pasangan dalam entry INI, saya rasa macam ada yang tak kena. bukan ke, kalau hati kita ni serius dengan pasangan masing-masing, memang tak timbul langsung perasaan bosan tu? contohnya, bagi pasangan yang da berkahwin, ada akad nikah dan sah kau jadi milik dia, dia jadi milik kau kan, hati akan serta merta kuat bertahan even rasa bosan tu ada, sebab kita da berkahwin. takkan nak cera- berai semata-mata bosan dengan pasangan kan?

berbeza dengan kita yang belum kawen ni. awal-awal lagi da set yang minda dan hati yang kita masih boleh buat pilihan dalam mencari pasangan hidup. kalau yang ni tak best, bole cari lain. kalau kau buat perangai, ingat aku tak bole cari lain? boleyy jalann daaa. cis! mungkin sebab ni kot, bila perasaan bosan tu ada, perpisahan tu haruslah terjadi.




cuba kalau kita set kat hati ini serupa macam pasangan yang da berkawen, yang serius dalam hubungan, yang sayangkan perhubungan yang da lama terjalin, dan berharap ada kesudahan yang baik dalam hubungan cinta ni. maksud saya, kedua-dua belah pihak, lelaki dan perempuan ya. bukan sebelah pihak aje yang berusaha oke. kalau benarlah hati kita ni serius dan sayang pada pasangan masing-masing, once rasa bosan tu datang, kita akan sebolehnya berusaha nak selamatkan keadaan. cuba sebaik mungkin nak selesaikan masalah dan bukannya ikutkan hati yang da bosan tu hingga hubungan berantakan dan retak.


ntahlah, mungkin pendapat kita berbeza, dan mungkin saya ni agak tipikal dan kuno sikit dalam bab-bab hati ni. matangg la kononn. cumanya, saya percaya, kalau hati ni da tekad nak akhiri hubungan dengan si dia ni dengan perkahwinan yang sah, segala yang buruk tentang dia, masih bole diperbaiki. dan ini adalah atas usaha kedua-dua belah pihak oke. lelaki dan perempuan. kalau lelaki tegur sikap kau macam puaka dan die tak suka, cubalah ubah, kalau betol kau sayangkan hubungan ni dan harap berkesudahan yang baik. bagi lelaki pulak, kalau perempuan tak suka sikap kau yang gile keji tu, berubahlah kalau kau serius dalam cinta ini.



bagi saya, dua-dua perlu mainkan peranan, hargai hati masing-masing, dan berusaha untuk jaga hubungan jangan sampai kecundang. kalau dua-dua belah pihak masing-masing ada usaha terbaik untuk jaga hubungan, mesti BOSAN tu takkan ada. setuju?


but well, seperti biasa orang akan cakap


we do have a choice.

atau

kita berhak memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

dan tu, kenapa pilih dia masa mula-mula nak bercinta dulu? sebab dia terbaik untuk kau pada waktu itu? kenapa bukan sekarang?? sebab da jumpa yang lagi terbaik kan..tuu diaaa..

oke da bai.

~wassalam~



8 ulasan:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine on August 17, 2011 at 10:29 PM said... BALAS

kalau terlampau lama berkapel tu kadang perasaan bosan tu akan datang dengan sendiri nye.. bosan bukan bermakna xsayang kn :)

alia shahira on August 17, 2011 at 11:35 PM said... BALAS

kalau selalu jumpa tue yang buad kite busan. tu bagi kite la. dulu mase dengan ex, selalu jumpa thats why jodoh x lame. papepon hope akak and bf sampai ke jinjang pelamin insyaALLAH =)

MerLe on August 18, 2011 at 12:32 AM said... BALAS

stuju..bosan mmg akan slalu ada tp klu gna alasan tu utk break, tu yg x btul.. ptutnya pk hal ni dr awal.. klu dua2 usaha utk baiki hbungn, takkan ada maslah break sbb bosan.. bg sy, org yg bg alasan break sbb bosan tu sbnrnya x bersungguh utk bercinta.. bercinta juz sbb nk ikut trend.. bosan je putus.. byk cantik!

cikpia on August 18, 2011 at 7:41 AM said... BALAS

aku setuju ngan taufiq... bosan tak bermakna tak sayang. kena pepandai 'hangatkan' balik jer hubungan yang dah dingin tu....

mia on August 18, 2011 at 8:58 AM said... BALAS

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

hehe, ye btul taufik, bosan tak bermakna tak syg. mungkin sy patut ubah sikit kot entry ni. banyak org yg gunakan alasan bosan tu pnyebab hubungan jadi punah, itu maksud sebenar entry ni :)

mia on August 18, 2011 at 9:00 AM said... BALAS

@alia shahira

amin amin. thanks syg :) bercinta dekat atau jauh, mana-mane pun ada risiko. paling pntg, masing-masing sedar diri yg hati da dimiliki. tu aje.

mia on August 18, 2011 at 9:03 AM said... BALAS

@MerLe

oyeaa..kamu nmpak point sebenar saya dear..ehehe, btul betul. itu yg saya nk smpaikan dlm entry ni..naseb ada org faham. terharu..ehehe

mia on August 18, 2011 at 9:03 AM said... BALAS

@cikpia

ha btul tu pia. yg xbestnya, byk yg guna alasan bosan sbb nk break..iss!

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan