˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: October 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, October 25, 2011

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

Dicatat oleh m i a di 12:02 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

huwa huwa, saya semakin lupa diri da sekarang. past few weeks sibuk meraban-raban, Rabu ni pulak akan ke Kelantan. ibu kat rumah da mula pandang saya kecik besar kecik besar da, marah lettew hihi. sory mum, semua ni akan berakhir pada minggu pertama bulan Disember ya. terima kasih kerana selalu menyokong anakmu ni, ehemm.

well, apa yang sedang hangat sekarang ni? YES YES YES, event besar-besaran dari Nuffnang sudah mari muhaha. blogger yang setia dan percaya pada Nuffnang, boleh la bertindak dari sekarang untuk join event ni okey.


NAPBAS 2011

event red carpet ni memang gile hangat. NAPBAS 2011 ni bertujuan untuk mencari blogger yang paling TOP, hot, hangat bom kebabom *bunyi petir, guruh dan kilat sabung menyabunggg!!* di seluruh rantau Asia Pasifik. kalau la rezeki Tuhan nak kasi, bole meramas mesra dengan blogger-blogger lain kan. mane lah tahu, bole bertemu jodoh ke, ehem ehem.



kita juga diberi kepercayaan oleh pihak Nuffnang untuk pilih blogger yang layak untuk menang award. ada 5 kategori award, dan kita bole nominate the same blogger untuk kategori yang berbeza, huwa gitteww. ada 2 bulan untuk sesi pencalonan blogger, sesi pengundian dan juga sesi berkempen ya.

if korang bernasib baek, memang rezeki la kalau tersenarai dalam 500 blogger yang akan ke red carpet NAPBAS 2011 di Kuala Lumpur, auww AWEsome!! so, mulakan pencalonan sekarang dengan memilih mana-mana blogger kesukaan korang untuk kategori-kategori award di bawah :




huwa bestnye bestnye. untung kalau dapat join. ehem, bole ke nak vote diri sendiri, muhaha. mak nenek oiitt, sedar diri bole? uhuk uhuk. eh sebarang maklumat lanjut, korang tengok kat website Nuffnang ya.

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

oke da bai

~wassalam~

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday 6 : Thank You!

Dicatat oleh m i a di 3:01 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..


Terima Kasih Cikgu..

~wassalam~

KLIK Sekali

Tuesday, October 18, 2011

An Acronym for lovers ehem!

Dicatat oleh m i a di 8:20 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

bizi betul sebelum nak ke nasyid kebangsaan Disember ni. kalau fikir balik, rasa mual-mual dan pening-pening sebab gemuruh sangat alahai. doakan saya ya semua, peliss peliss peliss!

saya sekarang ni tengah meroyan tentang Akronim. haa sudah, meh kita belajar sikit tentang ape menatangnya Akronim ini ehem. Akronim ni merupakan singkatan atau kependekan yang terbentuk hasil gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh membentuk satu perkataan baru. haa hamek kaw, hehe. secara mudahnya, akronim ni ialah gabungan huruf pertama atau suka kata pertama dan hasilnya adalah kata yang bole disebut sebagai satu perkataan, dapat?

oke contohnya, ASEAN. kita bole sebut sebagai satu perkataan kan? kalau U.S.A, BUKAN akronim ya adik-adik. sebab kita hanya sebut huruf U, S dan A. mari tengok contoh lain.

       ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
       JAIM - Jabatan Agama Islam Melaka
       SYABAS - SYArikat Bekalan Air Selangor
       PROTON - PeRusahaan OTOmobil Negara
       KUGIRAN - KUmpulan GItar RANcak
       PAWAGAM - PAnggung WAyang GAMbar

IKLAN BERLARI SETEMPAT

muhaha, rasa macam tengah mengajar la pulak. oke fine. mari kita lari sikit dari rasa skema oke tak. saya ada kumpulkan beberapa perkataan yang boleh jadi akronim tentang cinta hoho. 2, 3 hari ni sibuk post kat wall Safwan kunun nak baget romantik la kan. takde maknanye, jadi romanTIKUS ada la, muhahaha. oke lets cekkidaudd!

THAILAND - Totally Happy Always In Love And Never Dull
HOLLAND - Hope Our Love Lasts And Never Dies
ITALY - I Trust And Love You
CHINA - Come Here I Need Affection
INDIA - I Nearly Died In Adoration
IMUS - I Miss U, Sweetheart
CANADA - Cute And Naughty Action that Developed into Attraction
MANILA - May All Nights Inspire Love Always
NEPAL - Never Ever Part As Lovers




oke tak oke tak? even grammer tunggang langgang singapura dilanggar todak, tapi bole la kan. asal ada bunyik sudah. tapi hepp, ini untuk suka-suka aje tau, jangan adik-adik pegi bantai tulis dalam exam pulak nanti grrr.

oke da bai,

~wassalam~



Saturday, October 15, 2011

Review : Oxy5, pembunuh jerawat!

Dicatat oleh m i a di 9:00 AM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

sebelum ni, muka kalau tumbuh jerawat berkepuk-kepuk, saya lebih senang ignore je. diamkan aje dan benda tu akan hilang tanpa tinggal kesan. sebab, ikut pepatah nak sedapkan hati ehem, jerawat ni kira macam orang yang dengki kat kita, makin die maki caci dan cela kita, makin kita buat bodo dan sila pandang sebelah mata aje. lama-kelamaan, kompom orang tu akan diam dengan sendirinya tanpa kasi efek sikit pun kat kita. aha! kau nampak tak sinonim orang dengki dengan sang jerawat?? nampak tak permainan diaa???

oke fine, tiba-tiba tergerak hati nak cuba produk yang bole hilang jerawat dalam masa yang singkat, maka saya cuba Oxy 5.




saya memang tak pernah cuba oxy ni, mula pakai 2 bulan yang lepas. oke mari cekkidaut info tentang oxy 5 ni ye.

kebaikan

     1. Membunuh bacteria akne yang menjadi punca jerawat.
     2. Membantu menyerap minyak yang berlebihan
     3. Membantu membebaskan liang-liang tersumbat
     4. Mudah digunakan, tidak kelihatan sebaik sahaja disapu.


ingredient

     1. Bahan aktif : Benzoil Peroksida 5%

     2. Pengawet   : Methilparaben 0.15%, Propilparaben 0.05%

bahan benzoyl peroksida efektif ni memang femes sebagai pembunuh jerawat ya. dan lagi, bahan ni juga bole membersihkan pori dan mengelakkan pori daripada tersumbat. so kira bagusla, tapi amat tidak sesuai untuk jenis kulit yang sensitive ya.

pro

YES YES YES, produk ni memang pembunuh nombor 1 jerawat dan segala mak nenek yang ada yang muka ni. bila letak je kat area berjerawat tu, kita akan rasa macam pedih-pedih sikit, agaknya diorang tengah dalam proses membunuh la tu kot.

selalu saya pakai sebelum tido, dan esoknya jerawat yang secoet da kecut. pakai 2, 3 hari insyaALLAH hilang terus jerawat tu tak keluar da.

kontra

ni yang tak bestnye. oxy 5 ni memang terbukti menghilangkan jerawat. tapi tapi tapi, kita akan dapat lihat macam ada kesan pada tempat berjerawat tu tau. saya kira macam parut la kot even tak ketara sangat. ini memang tersangatlah tak berkenan di hati sebab parut tu lagi susah nak hilang berbanding jerawat tadi, ciss ciss.

repurchase?
NO

ehem, korang kalau ada produk yang bagus untuk kecutkan jerawat tanpa ada kesan parut, bole tak share kat sini. tengah feddap ni grrr grrrrrr.

oke da bai,

~wasssalam~

MINUM MILO, ANDA JADI SIHAT DAN KUAT!



Sunday, October 9, 2011

Fungsi terbaru shoutbox : Pelaris bisnes online..grr

Dicatat oleh m i a di 11:25 AM 9 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

bangun pagi, pintu bilik berbunyik gedegang gedegong si kecit Iman dok ketok-ketok panggil "anyia anyia!!". almaklum, lidah belum cukup ligat nak bunyikan 'mama mia' makanya yang keluar hanyalah bunyi 'anyia, anyia'. jadilah kan, dari tak bunyi langsonnngg.

semalam dengan semangat waja saya nak blogwalking singgah ke blog kawan-kawan dan blogger-blogger yang drop komen kat shoutbox sememeh saya tu. jadi, dengan hati girang gumbira tekan klik ke shoutbox dan teliti kot ada blogger hensem lagi taf singgah tanya kabar sambil kenyit-kenyit mata ke kan, ehem. tapi tapi tapi, haremmmm!


PointBlankShot

semuanya dari peniaga-peniaga berjaya kental meninggalkan iklan kat shoutbox saya tu. saya tak marah, dipersilakan hokey. memang itu antara fungsi chat box atau shoutbox pon kan. so, saya oke tentang itu. even ada sikit kuciwa sebab takde abang hensem singgah kenyit mata. ehem ehem.

cumanya, yang sedikit tak best lagi tak AWEsome, ada juga yang kurang ajar atau mungkin kurang menggunakan akal, dengan senang hati tinggalkan komen lucah tak semenggah kat shoutbox saya yang suci tu. apekehh? haii, takkan tengok shoutbox pon kau da bernafsu abang oiii. durjana sungguhhh!!

kalau anon drop komen sambil maki-maki kat shoutbox, masih oke kot bagi saya. tapi yang satu ini memang tersangatlah tak berkenan di hatiku ini. kemaruk sangat ke sampai kat shoutbox pon kau belasah jugak, caitt apadaahh. sedih, dan ada yang bagi suggestion suruh remove je shoutbox abes cerita. tapi nanti hilang pulak medan beramas mesra saya dengan kawan-kawan blogger. makanya, inisiatif pilihan, delete je komen-komen durjana lagi hina tu. ciss.

penah jugak ada blogger yang terkena macam ni kan. ape tindakan yang sesuai ya? rasa-rasa saya la kan, agaknya si punya angkara ni memang bernafsu tengok shoutbox kot. muhahahaa.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA.


oke da bai.

~wassalam~

SATU, DUA, TIGA

Alhamdulillah, Puteri Imtiyaz berjaya ke Peringkat Kebangsaan oyea!

Dicatat oleh m i a di 10:00 AM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

hush lama tak update, maaf sangat ye mak nenek ni lupa daratan da lepas terima kejutan bertubi-tubi 4, 5 hari yang lepas, muhaha. baeklah, ada banyak benda nak share dengan uols semua. ni sedang berkira-kira nak susun ayat untuk nampak lebih indah dan mendamaikan, ok sudah mengarutlah kau mak nenek!

hokey. dalam entry yang INI, saya ada maklumkan tentang festival nasyid peringkat negeri Melaka. and yeahhh, alhamdulillah. kami berjaya ke peringkat kebangsaan. muhaha. saya bersama 5 orang anak gadis yang cun melecun hot kebabomm *bunyi guruh berserta kilat sabung menyabung, oke over!* menggunakan nama Puteri Imtiyaz akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan di Pulau Pinang, Disember ini. omaiiii, gugup, senak perut semua ada, kalaula dapat masuk tibi alalala.

apa kata KLIK sekali

festival nasyid ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Nasyid Moden dan Nasyid Tradisi. yang tradisi tu kira macam ala padang pasir la kot. alhamdulillah, rezeki awal Oktober, hehe. Puteri Imtiyaz berjaya mendapat Johan Kategori Moden, Persembahan Terbaik Kategori Moden dan Naib Johan Kategori Tradisi. hadiah berupa wang tunai, sijil dan pingat *macam Juala Lagu bentuknyeww engko*. rasa happy sangat untuk pengalaman baru ni dan yang paling rasa nak meloncat gila-gila adalah apabila saya berjaya naik ke pentas tanpa tersungkur, terpele'ot, terseliuh dan sebagainya ehemm. oke da mari tengok gambar.


PUTERI IMTIYAZ



mak andam dedikasi a.k.a mak nenek auww.



siap make up, posing sementara tunggu giliran.



bacaan doa sebelum naek pentas oleh Raqib



ha ha hamek hamek kaw..muhaha.



Alhamdulillah, rezeki. tengok pingat juara lagu chehh!



bergambar dengan keluarga. thanks Ibu and Ayah sebab datang hehe.



my girlsss, happy untuk pengalaman baru ni *sengih sampai telinga*



iqram dinzly *kononn!* a.k.a cameraman kami, thanks Aman >,<






last, my beloved friends, thanks Ratna untuk peluang dan kenangan indah ini.

oke da, serius asaited gile untuk kenangan yang tak disangka-sangka ni. hehe, rasa macam mimpi pulak tiba-tiba aje dapat jadi wakil Melaka ke Pulau Pinang nanti, alhamdulillah. doakan kami ya uols. semoga semua berjalan lancar amin amin.

oyea, peluang nak bw sepuas hatikoooo muhahaha.

oke da bai.
p/s : thanks untuk kawan-kawan yang support sy. Safwan dear, kamu jugak oke!



Monday, October 3, 2011

.doakan kami.

Dicatat oleh m i a di 12:15 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.


hokey sekarang sedang bizi praktis nasyid. esok rehearsal dan Selasa saringan belah pagi, kalau ada rezeki, dapatlah masuk final pada sebelah malamnya kat Masjid Al-Azim, Melaka. korang doa-doakan saya ya, moga-moga semuanya berjalan lancar amin amin.


semalam pegi beli jubah, da bertahun tak pakai jubah rasa asaited nak bergaya mak datin muhaha. jubah pilihan berwarna hitam siap ada bling-bling bagai heyyah! sekali pandang memang kalah la segala mak nenek, tapi dua kali pandang da macam baju kelawaq pon ade. haa sudah, makanya, korang silakan pandang sekali je iye. hehe.


sebelum saya mula merapu meroyan kat sini, saya nak ucap thanks sangat-sangat pada yang sudi singgah, drop komen dan seterusnya follow blog kemek cik meah ni. TERIMA KASIH yang teramat sangat ya semua. insyaALLAH, lepas selesai semua urusan, saya blogwalking habis-habisan hokey.

THANKS A LOT DEAR

jaga diri semua, doakan saya dan kawan-kawan dapat buat terbaek dan berjaya ya. lepasni, boleh la dengar lagu kitorang keluar kat Radio RTM Melaka muhaha.

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan