Widget serabut, menyemak blog

Friday, February 03, 2012

Assalamualaikum..

hi semua,

sekarang ni tengah berposak bersilat bagai study untuk temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP). oh banyak sangat khabar berita dari sahabat-sahabat yang da ditemuduga last few days.

bila dengar macam-macam spekulasi, saya jadi makin cuak la pulak. so sekarang ni asyik rasa nak berlari setempat je kadang-kadang tau. oke fine, even takde kaitan, tapi saya harap korang faham ehem.


oke cukup. masih ingat entry blog cantik, ramai yang akan follow ni? ini kira macam kesinambungan la kot. selain daripada blog yang kemas dan cantik, ada banyak lagi faktor lain yang bole tarik blogger untuk singgah dan follow blog kita. jadi kali ni nak share pendapat tentang benda yang bole buat orang menyampah nak jejak ke blog kita.

.Widget Serabut yang memang menyemak kat blog.

oke ini penting. pelis remove segala mak nenek widget yang bole memberatkan blog ya. saya faham, kalau kita mula-mula create blog rasa macam 'oh sukenyew happynyew rasa macam semua benda nak tarok kat blog nak kasi nampak superb mabeles dan disukai ramai' kan? saya penah rasa macam tu ehem. jadi takdela rasa hangin semacam kalau singgah blog yang ada banyak widget serabut ni.

paling kurang pun, saya akan tinggalkan komen kat shoutbox mintak supaya remove widget sebab blog jadi lambat nak loading. bukan apa, kadang-kadang newbies ni mereka tak tahu. so tak payahla sampai ada yang nak buat entry perli-perli pulak ye tak, aha!


cumanya, ada jugak certain blogger yang lain memang tak bole tolak ansur dan memang meluat gile dengan benda-benda menyemak ni. pertama, mungkin bole buatkan laptop atau PC jadi hang dan confirm la dapat free sumpah seranah berbakul-bakul lepas tu. kedua, mungkin juga widget ni bole mendatangkan malware pada blog. pelis take note oke.

ada banyak jenis widget yang bole dikatakan sebagai penyemak kat blog. antaranya, widget yang tergedik-gedik kat belah kiri dan kanan blog, salji kaler hitam or putih, kelopak bunga dan segala mak nenek yang konon baget jatuh berguguran kat blog dan banyak lagi la yang bole buat laptop mengaum bila kita view.

sama jugak dengan widget auto music kat blog. tak salah pun, cuma takot ada blogger yang rasa macam benda ni menyusahkan. mungkin lebih elok kalau tukar yang jenis manual bole pause and play ikot suka hati kita. lebih mesra pengguna kan.

ni semua hanyalah pendapat saje oke. lain orang, lain minat. tapi mostly yang saya nampak, ramai blogger tak berkenan dengan widget yang bole memberatkan blog. makanya, kalau ada benda-benda yang rasanya tak perlu ada kat blog, silakan la remove oke. terutama blogger-blogger baru yang macam cendawan tumbuh lepas hujan sekarang ni. ha kau tengok, kan da keluar pepatah hamek kaww!

oke da bai,

~wassalam~

You Might Also Like

9 Comments

  1. blog yui serabut tak kak??
    huhu..

    jemput join lau rajin ea..

    http://nusha1706.blogspot.com/2012/02/contest-duit-vs-mimpi-by-yui-eza.html

    ReplyDelete
  2. betul tu..saya yang agak-agak berat tu, memang saya tutup je..sebab pc ni senang hang..huhu..

    ReplyDelete
  3. betul tu.kalau yang ada muzik kuat tu, kadang-kadang terkejut tau bila bukak blog tu, muzik terus keluar dengan kuat

    ReplyDelete
  4. @nuyui a.k.a miss YUI

    oke je yang,blog yui xlambat nak loading.cume header tu je yg berat sket, but still oke je..

    ReplyDelete
  5. @nur anis

    kan..sama la..bila bukak blog yg byk widget mcm ni, lappy terus mengaum dan hang sekejap..huhu

    ReplyDelete
  6. @nur anis

    kan..sama la..bila bukak blog yg byk widget mcm ni, lappy terus mengaum dan hang sekejap..huhu

    ReplyDelete
  7. @❤ cik ieYra ❤

    thanks :) saje nk kongsi..tq singgah sini ya..

    ReplyDelete
  8. @mMoOnN aAlLeEaA

    hehe, kan. best jugak kalau ada music, cume yg xbestnye yg auto play..huhu..

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^