Hanya Jauhari Mengenal Manikam | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, September 4, 2012

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Dicatat oleh m i a di 8:56 PM
Assalamualaikum..

hi semua,

pagi ni pergi sekolah, ada artikel ditampal pada meja diskusi di bilik guru. abis aje kelas, saya rehat sekejap. sambil menyelam minum air orang kata. saya pulak sambil membaca, sambil minum shake, bole? hehe.

artikel pasal ape yang begitu hot sampai kena tampal kat bilik guru ni? bukan calang-calang penulis ni ehem. da settle baca, saya pun 'ooohoiiii patut la, engineer yang tulis'

aha! sekarang ni cik liyana Adnan sama popular macam Emma Ma'embong, ai tell yu man! walaupun nama ayah saya sama dengan ayah beliau, tapi kerja beliau lebih hebat dari kerja saya kot, ehem *fine, takde kaitan*



oke, serius.

pendapat saya, saya nampak apa yang cik Liyana nak sampaikan dalam entry beliau tu. dan saya faham. serius saya faham. tapi tapi tapi, ayat yang cik Liyana guna tu tak berapa sedap didengar, berdesing-desing kat telinga saya and opkos, pada telinga guru-guru seantaro dunia ni.

ya saya dapat maksud cik Liyana guru sekarang berbeza dari guru pada zaman budak-budak tak tahu apa itu Gangnam Style, tak reti ambil gambar dengan gaya mulut itik, tak pandai nak pijak-pijak bendera atau gambar orang sesuka hati *ohoii*

ya, mungkin berbeza dan saya admit itu. tapi, keseluruhan entry cik Liyana bercerita tentang perbezaan yang negatif aje. oke, mungkin pendapat cik Liyana memang nak cerita pasal negatifnya guru-guru sekarang. tapi malangnya, ayat cik Liyana banyak melambangkan semua guru-guru sekarang terlibat, hingga menutup segala perbezaan yang positif tentang guru sekarang dengan guru zaman Cik Liyana.

dan hasilnya. entry cik Liyana memang mendapat sambutan meluas hingga dekat Tapah yang seco'et ni pun, ada ditampal entry cik Liyana tau. retiss giteeww! begitu banyak blogger-blogger lain yang bagi ulasan tentang entry cik Liyana, and yeah, termasuklah saya.

kalau nak mintak saya counter balik entry Cil Liyana tu, alahai kalah la ai yu ni taww aha! ada banyak da blogger aka guru yang da bagi penerangan jelas nak betulkan statment beliau tu. kalau saya ulas pulak, karang jadi persatuan guru bersatu menegak keadilan pulak, acane?? ha sudahh..

last but not least *ewahh* untuk kes cik Liyana ni, saya nak senaraikan beberapa peribahasa untuk tatapan kalian. kata cikgu BM koowwwtt!

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

kerana pulut, santan binasa. kerana mulut, badan binasa


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga


cakap siang, pandang-pandang. cakap malam, dengar-dengar

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga


ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah


harapkan pagar, pagar makan padi. danggg!! takde kena mengena!

lastly, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

oke da bai,

~wassalam~

3 ulasan:

tiafazunia on September 4, 2012 at 11:06 AM said... BALAS

dia nak jd cikgu tp xdpt tu yg xpuas hati tu kot..

NUR on September 12, 2012 at 11:50 PM said... BALAS

glemer btol dia


ALL IN ONE - NUR-

Anne Nurain on September 16, 2012 at 2:51 AM said... BALAS

dah baca.. sakit ati jgk d buatnya walaupun sy blum jd cikgu lagi.. hehe..

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan