Isu Guru vs Jurutera

Tuesday, September 04, 2012

Assalamualaikum..

hi semua,

pagi ni pergi sekolah, ada artikel ditampal pada meja diskusi di bilik guru. abis aje kelas, saya rehat sekejap. sambil menyelam minum air orang kata. saya pulak sambil membaca, sambil minum shake, bole? hehe.artikel pasal ape yang begitu hot sampai kena tampal kat bilik guru ni? bukan calang-calang penulis ni ehem. da settle baca, saya pun 'ooohoiiii patut la, engineer yang tulis'

aha! sekarang ni cik liyana Adnan sama popular macam Emma Ma'embong, ai tell yu man! walaupun nama ayah saya sama dengan ayah beliau, tapi kerja beliau lebih hebat dari kerja saya kot, ehem *fine, takde kaitan*


oke, serius.

pendapat saya, saya nampak apa yang cik Liyana nak sampaikan dalam entry beliau tu. dan saya faham. serius saya faham. tapi tapi tapi, ayat yang cik Liyana guna tu tak berapa sedap didengar, berdesing-desing kat telinga saya and opkos, pada telinga guru-guru seantaro dunia ni.

ya saya dapat maksud cik Liyana guru sekarang berbeza dari guru pada zaman budak-budak tak tahu apa itu Gangnam Style, tak reti ambil gambar dengan gaya mulut itik, tak pandai nak pijak-pijak bendera atau gambar orang sesuka hati *ohoii*

ya, mungkin berbeza dan saya admit itu. tapi, keseluruhan entry cik Liyana bercerita tentang perbezaan yang negatif aje. oke, mungkin pendapat cik Liyana memang nak cerita pasal negatifnya guru-guru sekarang. tapi malangnya, ayat cik Liyana banyak melambangkan semua guru-guru sekarang terlibat, hingga menutup segala perbezaan yang positif tentang guru sekarang dengan guru zaman Cik Liyana.

dan hasilnya. entry cik Liyana memang mendapat sambutan meluas hingga dekat Tapah yang seco'et ni pun, ada ditampal entry cik Liyana tau. retiss giteeww! begitu banyak blogger-blogger lain yang bagi ulasan tentang entry cik Liyana, and yeah, termasuklah saya.

kalau nak mintak saya counter balik entry Cil Liyana tu, alahai kalah la ai yu ni taww aha! ada banyak da blogger aka guru yang da bagi penerangan jelas nak betulkan statment beliau tu. kalau saya ulas pulak, karang jadi persatuan guru bersatu menegak keadilan pulak, acane?? ha sudahh..

last but not least *ewahh* untuk kes cik Liyana ni, saya nak senaraikan beberapa peribahasa untuk tatapan kalian. kata cikgu BM koowwwtt!

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

kerana pulut, santan binasa. kerana mulut, badan binasa 

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga 

cakap siang, pandang-pandang. cakap malam, dengar-dengar

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga 

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 

berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah 

harapkan pagar, pagar makan padi. danggg!! takde kena mengena!

lastly, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

oke da bai,

~wassalam~

You Might Also Like

3 Comments

  1. dia nak jd cikgu tp xdpt tu yg xpuas hati tu kot..

    ReplyDelete
  2. dah baca.. sakit ati jgk d buatnya walaupun sy blum jd cikgu lagi.. hehe..

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^