Officially a Teacher

Monday, June 25, 2012

Assalamualaikum..

hi semua.
insyaALLAH

Lama sangat tak update belog and now i am officially a Teacher, alhamdulillah.

oyeaah, syukur seribu syukur. banyak urusan da selesai. even hari-hari balik rumah jam 6 petang tapi naseblah semua urusan da hampir selesai kesemuanya. sekarang ni tak sabar nak hias rumah cantek-cantek supaya bila balik keje huwaaa rasa heaven gile bila masuk rumah dengan bau ambipure yang super duper wangii! baek nak share semuanya kat sini.

1st, rumah. alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan bila dapat sewa kuaters guru kat sebelah sekolah, ada pak guard dan rumah fully furnished oyea. ada 3 bilik, 1 master bedroom siap katil queen size, meja solek and almari baju 3 pintu, ada toilet jugak. dan 2 bilik single siap katil single dan almari baju 2 pintu. ruang tamu ada meja makan, sofa and meja, ada meja tv dan juga ada toilet. dapur siap dengan kabinet dapur sekali. best kan. semuanya masih dalam keadaan baik dan dengan sewa RM325 sebulan, opkoss laa saya sangat berpuas hati hehe.

2nd, bil-bil dan segala mak nenek. syukur juga semua pertukaran nama pada TNB dan Lembaga Air selesai jugak akhirnya. lepas ni tunggu bil bulanan aje la mokcik ui. dan bila saya dapat online pada malam hari pada hari bekerja, opkosla urusan streamyx juga da selesai. hohoiii da ada internet kat rumah, lepas ni bole la berhunga-hunga seperti sedia kala bHaHahaha.

3rd, barang rumah. naseblah ada saving sikit masa mengajar sementara sebelum ni. dan dengan belas kasihan dari ibu ayah dan Safwan hehe, dapatlah saya sediakan segala keperluan untuk puasa tak lama lagi. Tilam, dapur gas, rice cooker, pinggan mangkok periuk belanga semuanya da hampir lengkap. sekarang ni nak tunggu kot la ada yang nak derma peti ais ke agagagaga.

4rd, sekolah. ohh sangatla bersyukur dapat mengajar di SBP ni. semuanya baik-baik belaka. cikgu cikgi, budak-budak semua oke sangat. even memang banyak kerja sikit, tapi sebab keadaan bilik guru yang super duper selesa, macam kat pejabat rasanya dengan meja bentuk L, kerusi besar macam eksekutif padahal kuliketif aje, semuanya rasa tak sedar. tiba-tiba aje eh da nak balik ke ni. memang suasana sangat berbeza dengan sekolah harian tau. 


First posting adalah di Tapah, Perak.

akhir sekali, pekan Tapah. hohoiii saya kat sini rasa macam ada kat zaman dolu dolu aje. pekan Tapah yang secoet ni, dengan bangunan yang bagai mati segan hidup tak mahu tu alahai, mata kuyu aje rasanya, lemau macam masuk angin ai tell yu! tapi tapi tapi, bila da lama, saya jadi suka pulak. 

bila pagi, rasa nyaman sangat. balik sekolah takde jem, perjalanan sangat damai *kemain damai* dan jarang sangat dengar atau tengok mat mat rempit melepak. seriusly, Tapah ni macam tenang aje. heppp, tenang air jangan sangka takde buaya. Tapah da ada Cikgu Mia sekarang ni hokeyyy kohkohkoh. yang pasti hanya ada Guardian kat sini dan itula satu-satunya kedai yang bila masuk aje, saya rasa saya ada kat Jusco terbesar di Asia Tenggara hamekk kaww!

nahhh da lama sangat tak update, semuanya taruk dalam 1 entry. memang menangis la nak habes baca kan. takpe, da ada internet kat rumah ni, lepas ni insyALLAH semuanya berjalan lancar, amin amin.

oke da bai,

~wassalam~

You Might Also Like

12 Comments

  1. saye pon duk kuates..
    tp kuates kat cni kosong.. perabot lgsg xde..
    haha

    ReplyDelete
  2. hehehe oka la tuh tapah je kan :) nanti kalo nak cameron bole la yong singgah hehehe

    ReplyDelete
  3. yayyyy! cikgu mia is backkkkkk

    ReplyDelete
  4. wah..semua dipermudahkan..amiinn.

    ReplyDelete
  5. @delarocha

    hehe, ye btol. mmg bersyukur sgt ni..

    ReplyDelete
  6. @Ezy Chiaki

    ezy ktne? huwaa kalu dekat bule lepak..

    ReplyDelete
  7. @alinac lover

    bole yong, meh la. mia dok sorg je ni. hehe

    ReplyDelete
  8. @ciknurul

    heheh, opkos my dear. da brjanggut da mnunggu ea

    ReplyDelete
  9. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^