What is MFG, EXP and PAO date?

Thursday, June 27, 2019

Assalamualaikum and good morning


Harini nak share tentang skincare and cosmetic shelf life. Setiap produk penjagaan muka dan makeup stuff ada tarikh product dibuat dan tarikh tamat tempoh masing-masing. Benda ni tersangatlah penting and mesti kita tahu. Takkan nak letak product yang sebarangan pada muka kita kan.


1st of all, kita perlu tahu apa itu production date atau manifacture date (MFG), expiration data (EXP) dan Period After Opening (PAO) bagi sesebuah skincare atau makeup product. So dalam entry ni, saya share tentang 3 benda ni dulu ya.


Manufacture Date atau production date ialah tarikh product dibuat atau dikilangkan. Rasanya semua pun da alert tentang MFG Date ni. Benda ni penting untuk kita tahu sebab apa-apa product yang melibatkan campuran pelbagai bahan atau ada bahan kimia, kita kena tahu bila product tu dibuat.


Expired Date atau tarikh tamat tempoh pulak known as tarikh product tidak boleh digunakan lagi. so jangan guna and buang terus. EXP Date ni lagi lah penting and semua orang wajib tahu. Even dalam product makanan pun korang rajin check expired date kan, apa kata guna concern yang sama juga dalam skincare and makeup product.


Kalau product tulis EXP 09/19 means kita boleh guna product tu sampai end of September 2019. Kalau expired date tu ditulis EXP 15/09/19 maksudnya product tu korang boleh guna hanya sampai 14/09/19 je. Biasanya both expired date ni hanya untuk product yang ada shelf life at least 30 months or less.


Ada juga certain product yang takde state exp date. Kebiasaannya product yang takde tulis expired date, shelf life product tu mungkin more than 30 months. Tapi agak-agaklah kan, takkan korang guna product tu sampai 3 tahun tak habis-habis, duhh!


Period After Open (PAO) pulak untuk clarify berapa lama kita boleh guna product selepas dibuka. Biasanya PAO ni disimbolkan dalam gambar "Open Jar" yang ada tulis 6M, 12M, atau up to 18M. kalau kat situ state 12M, maksudnya that product is safe to use selama 12 bulan sahaja. Lepas setahun, kena buang da ye.



contoh PAO (google)

Satu tips penting nak share dengan korang ya. For those yang suka sangat pergi warehouse sales, please check the MFG and EXP date product yang korang beli. sebab normally barang-barang yang dilelong tu hampir tamat tempoh da. so becareful tau. Even kalau sale banyak-banyak kat drugstore pun, better checklah expired date dulu. Please be rajin untuk check those info. Bukan apa, selain bijak membeli, korang kena jugak bijak memakai, tahu? gitteww :p

and lagi satu, ada baiknya kalau korang tulis date product dibuka pada setiap skincare product atau makeup stuff yang korang buka. Guna sticker plain yang comel-comel untuk tulis and tampal pada product tu. so that korang akan lebih aware tentang PAO product. Seriously, it really helps a lot tau.

okay itu je setakat ni, wait for another enrty ya.

love,

You Might Also Like

0 Comments

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^