Men vs Women : Sikap Mengikut Situasi

Thursday, July 11, 2019

Assalamualaikum..

Macamane ya dunia kalau Tuhan ciptakan lelaki sama je macam wanita? Confirm haru biru, kan? Yela, wanitakan majoritinya jenis yang kuat menangis. Dah kalau sama lelaki dan perempuan, tak ke haru bila tengok makwe menangis, pakwe pun ikut melalak sekali. Ha moh la kita pakat menangis berjemaah.

Hebatnya Tuhan dengan menciptakan lelaki berbeza dengan perempuan, so kita boleh saling melengkapi. But, sebelum nak jumpa titik untuk lengkap-melengkapi tu, meh selidik sedikit perbezaan antara elaki dan wanita yang boleh buat dunia ni jadi lebih indah

Oh my, seriously tak sabar nak share dengan korang info ni. Agak kelakar sebenarnya but i'll let you decide sama ada betul atau tak, okay?
 
Before that, nama dan tempat tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia ya.



1. Panggilan

Jika Nana, Nini dan dan Nunu keluar makan, mereka tetap menggunakan panggilan Nana, Nini dan Nunu antara mereka.

Jika Farid Kumul, Jason Maraz, dan Dr Romzay keluar makan, mereka mungkin akan menggunakan nama samaran Boroi, Bro, Mangkok, atau Derr  antara mereka. Kau tak rasa pelik ke bila dengar :

Jason, tolong order kan Farid, roti canai banjir satu!



2. Makan luar 

Apabila dapat bil, Nana, Nini dan dan Nunu akan membahagikan jumlah bil kepada 3 orang supaya semua bayar sama rata, adil dan saksama

Apabila dapat bil, Farid Kumul, Jason Maraz, dan Dr Romzay akan keluarkan rm10 seorang walaupun jumlah total bil ialah RM30. 85. Takde sapa antara mereka yang nak keluarkan 85sen tu.



3. Duit

Lelaki akan bayar berapa sekalipun harga sesuatu barang yang boleh buat dia gile meroyan kalau tak dapat. Even mahal, lelaki lebih pentingkan kualiti daripada harga.

Wanita pun sanggup jugak keluarkan duit yang banyak untuk berbelanja something yang menjadi idaman hati. BUT, mereka akan bayar lebih daripada yang dijangka dan bukan pada benda yang diinginkan pun. Biasanya berlaku bila ada sale. OYY YES!!!



4. Toilet

Lelaki normally ada 5 barang je dalam bilik air mereka. Contohnya, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, krim pencukur dan pencukur.

Wanita pulak secara puratanya mempunyai hampir 328 barang dalam bilik air mereka. Secara puratanya jugak, lelaki hampir tak tahu apa benda tu dan kegunaanya. Menurut kajian, kebanyakan wanita tak sedar bahawa sebahagian daripada 328 barang tu sudah pun expired atau sudah berkulat.



5. Pertengkaran

Wanita selalu ada je kata-kata akhir selepas bertengkar dengan boyfriend atau suami. Kira macam kesimpulan kepada pergaduhan tu la kot

Lelaki pulak selalu menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang peliknya, kata-kata tu membawa kepada topik pertengkaran yang baru!



6. Masa depan

Wanita memang risau gila tentang masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang suami.

Lelaki pula tak pernah risau tentang masa depan dia sehinggalah dia dapat seorang isteri..



7. Kejayaan

Lelaki yang berjaya boleh buat duit dengan jayanya untuk bagi pada isteri.

Wanita dikatakan berjaya bila berjaya dapatkan lelaki seperti di atas!!!



8. Perkahwinan

Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan berharap lelaki tu boleh berubah, but malangnya, si dia tidak akan berubah

Lelaki pula kebanyakannya berkahwin dengan wanita dan berharap wanita tu tak akan berubah but malangnya...si dia akan berubah.




9. Bergaya

Wanita akan selalu bergaya. Pergi shopping, pergi kerja, nak buang sampah kat luar, nak siram pokok, sidai baju, malah nak tido pun penuh bergaya.

Lelaki pula hanya akan bergaya ketika majlis perkahwinannya dan ketika majlis pengkebumian! but tak valid da ni sekarang sebab ramai lelaki dah sedar kepentingan penampilan diri.




10. Sifat semula jadi

Seorang lelaki bila bangun pagi, rupa mereka sama je bila pergi office, pergi kenduri, waktu petang dan juga sebelum tidur. 

Wanita pulak cantik rupanya bila keluar dari rumah untuk pergi kerja. Nak pergi kenduri lagi jangan cakaplah. Tapi bila bangun dari tidur, astagfirullah..





Adoihh macam-macam hal laah. well, pendapat ni secara random je okay. Please dont take it seriously my dear. Kalau betul, sila tepuk tangan. Dah kalau salah, sila tepuk dahi okay..alalalalala...

sekian,

~wassalam~

You Might Also Like

11 Comments

  1. hehehe.. baca smbil byangkan diri sendiri.. klu aku nangis dia pun nangis jugak.. coz aku nangis windu kat dia... hehehehe.. tak malu.. nasib baik tak nangis depan - depan.. dlm hp jer...

    nice n3 dear..

    ReplyDelete
  2. ahha kelaka la entry ni ;D
    SUKE yg part bilik air tu ;D

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHA...nice info MIA.
    Boroi..haha

    ReplyDelete
  4. "syabbas bete syabbas"-industan2

    stylo dow entry ni, den berbanggo dgn kemajuan yang cik mia tunjukkan:P haha

    ReplyDelete
  5. haha!
    gelak2 tia bace neh!
    betul2!!!

    ReplyDelete
  6. lizzie :
    hahahaha...tu la...naseb dia xnanges same..kalau tak, takde sape nk pujuk kan?akehekehkehe...



    mira twinkle :
    hahahaa..kan syg..tp betol ape?kdg3 akk pon xtahu ape gune, maen bli je..grrr

    ReplyDelete
  7. sharkox :
    hehehehe..tq3..aik, boroi je..ade kene mngena ke?hohohoho..ehehhe



    dato naz :
    kahakhaahkaha....time kaceh dato...malu la pulakk..kehekhek

    ReplyDelete
  8. tia :
    hahahahah...betol kan dear..mia bc pon guling3 ketawe..bongokk je

    ReplyDelete
  9. mia, yang no 10 tu org lelaki panggil 'natural beauty' tau.. huhu

    ReplyDelete
  10. 8. perkahwinan

    seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan berharap lelaki tu bole berubah, but malangnya, si dia tidak akan berubah

    lelaki pulak berkahwin dengan wanita dan berharap wanita tu tak berubah but malangnyeeee...si dia akan berubah.

    part yg ni paling i stuju u..kikiki

    nice entry

    cayalah mia!

    ngeeee~~

    ReplyDelete
  11. delarocha :
    hahahahaa...tau xpe...khekehke...kalau nk tgk prmpuan paling cntek bile, tgk bila die bangkit tdo..



    yann :
    hhahahaa..same laa..sokong kan..grrrr

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^