Guru Sandaran Tak Terlatih atau Guru Sandaran Terlatih

Sunday, September 26, 2010

Assalamualaikum..

kredit untuk rakan upsi saya, Ateh..bila baca blog ateh, mia dapat idea nak tulis entry ni..pasal dari pagi tadi dok fikir hari ni nak cerita tentang apa..hohoho...pernah dengar tentang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru sandaran terlatih (GST)? lagi satu, penah tak dengar tentang guru gantian?



GSTT ni adalah orang luar yang berminat jadi guru tapi takde sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan . biasanya mereka ini akan di amek bertugas untuk menjadi guru ganti, atau memenuhi kekurangan guru di sekolah. ada yang tertakluk di bawah kontrak (minimum 3 bulan) tapi ada juga yang boleh ditamatkan bila-bila masa je..maksudnya, mereka ini ialah orang yang tamat sijil or diploma or degree dalam bidang-bidang selain pendidikan..faham tak ni?

GST pulak ialah mereka yang baru menamatkan pengajian pendidikan dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar (posting)..kira yang memang belajar untuk pendidikan..

Guru gantian pula khas untuk mereka yang baru tamat SPM or STPM..sementara nak tunggu tawaran kan..bole la isi masa dengan mengajar..hehe

saya sendiri ada la pengalaman menjadi guru gantian masa tunggu tawaran belajar selepas tamat STPM..dan saya mengajar di SJKC..hehehe...bole la mengajar budak-budak kan..kiut miut belaka..hahaha..

ada beza bayaran untuk GSTT, GST dan guru gantian ni...dan berbeza juga mengikut sekolah either SK or SMK..masa saya dulu, bayaran yang saya terima adalah RM36 sehari (kot..lupa la)..dan kalu tak silap saya, untuk sekolah menengah RM42 sehari (betulkan saya if saya silap oke)..tapi sekarang saya tak pasti sama ada bayaran ini da berubah atau masih sama..bayaran untuk GSTT dan GST pula, saya tak berapa pasti..sesiapa yang ada info, bole share di sini oke..hehe

banyak juga isu yang saya dengar tentang GSTT, GST dan guru gantian ni..isu yang paling top saya terima dari kawan-kawan ialah bayaran gaji akan diterima selepas 3 bulan mengajar... hehe..sebenarnya, tentang bayaran gaji, semuanya bergantung pada cepat or lambat pihak sekolah selesaikan proses pendaftaran gstt, gst or guru ganti..saya bercakap berdasarkan pengalaman ye..masa saya mengajar dulu, saya terima gaji sama waktunya dengan guru-guru lain terima gaji..mulanya, macam sedikit pelik la..sebab saya da bersedia jiwa dan raga untuk tempuh 3 bulan tanpa gaji..(konon!)..tapi, alhamdulillah, terkezut juga bila kak kerani cakap gaji da keluar..hehe..so saya ada berborak dengan kak ani (kerani sekolah) tentang benda ni..katanya, bila sekolah lambat proses, lambat la uols dapat gaji..huhuhu...patutla, 3 hari selepas saya mula mengajar, da kena naik turun ofis untuk settlekan urusan gaji, pegi bank, pegi buat kwsp segala bagai..tuptup..hujung bulan da dapat gaji..pesan kak ani pada saya...kadang-kadang kerani sekolah bizi dengan urusan sekolah yang lain..so kita perlu selalu update (sering bertanya)..tapi..yang takotnya, kita pula kene sembur nanti..hheh..(oke itu cerita lain k)

satu lagi isu ialah, kehadiran GSTT di sekolah adalah penyebab pelajar pendidikan ipta/ipts yang da habes belajar tak dapat tempat posting..sebab gstt ni da memenuhi masalah kekurangan guru..huhu...saya adalah baca sedikit sebanyak tentang isu ni..acely, budak pendidikan yang lambat posting bukanla disebabkan GSTT..tapi mungkin sebab kegagalan interview or masalah-maslah lain..GSTT akan ditamatkan perkhidmatannya bila ada guru baru yang datang mengajar di sekolah tersebut..so memang takde kaitan la antara GSTT, GST dan guru ganti kalau korang lambat dapat tempat posting oke..

saya nak suggestkan kepada mereka-mereka yang masih menganggur belum dapat keje, pergi la apply GSTT or guru ganti...bayaran pon sangat berbaloi-baloi..dan kalu bernaseb baek, kontrak bole dilanjutkan sehingga 3 tahun!!

saya suka kalau ada yang nak share pengalaman atau komen di sini..
oke da..

~wassalam~

pstt : sekarang gstt, gst dan guru ganti perlu ade silat gayung sebelum mengajar..hhoho..takde silat, gayung pon bole la...

'berkhidmat untuk negara'

You Might Also Like

11 Comments

  1. ooo..di upsi rupanya ..heheh..
    cikgu oh cikgu,t ajarkan sy ea..

    ReplyDelete
  2. ateh :
    hahhaa...curi entry ateh la ni..tp renovate sket..heh

    hawa:
    cikgi lagi la awe..hhehe

    nusha:
    haha..sempat ke tak nak ngajar..nusha umo bape?

    ReplyDelete
  3. owh..mia 23..hhehe..da tua da dik..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mia...

    GSTT sekarang dah minta kerajaan serapkan mereka secara tetap. Mungkin bagi sesetengah pihak, ia tidak mengganggu...tapi bagi akak GST seharusnya diberi kelebihan berbanding GSTT. GST adalah golongan yang telah dilatih untuk menjadi guru selama empat tahun..sedangkan GSTT diberi gaji walaupun sekadar sementara. Mia mungkin boleh menilai sendiri kebolehan mia sewaktu menjadi guru ganti dan sekarang. Pastinya sekarang mia lebih bersediakan?lebih berinformasi dan berpengalaman...insya Allah.

    ReplyDelete
  5. heheh..huwa..hi kak dila..hehe..tq komen ea sis...btol kak. mia ade dgr jugak gitu..GST pula, tak perlu risau, da ade dgree pendidikan, tunggu posting je..kalu bole diserap je kt sekolah tu, lebih baek kan..

    ReplyDelete
  6. hmmm mcm mana ye nk apply?
    dekat mana kita boleh apply?
    secara online atau manual??

    ReplyDelete
  7. @Anonymous

    amek borg di Pejabat Pendidikan Daerah je. isi and submit terus. then tgu call..

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^