˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: June 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday=2

Dicatat oleh m i a di 8:58 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description"




Double Meaning?

~wassalam~



Tuesday, June 28, 2011

Hadiah sepanjang zaman

Dicatat oleh m i a di 12:39 PM 17 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

rasa lama tak update blog. kekangan kerja buat saya tak sempat-sempat nak sentuh keyboard untuk menaip but masih curik masa nak blogwalking. aha! oke cukup pendahuluan.
alhamdulillah, setelah 4 tahun berhempas pulas selak-selak buku, guna microsoft word sampai rasa nak muntah buat asignment dan tesis, rebut-rebut bas untuk ke kuliah, bersilat buat paperwork untuk program universiti, keluar masuk penjara library, akhirnya, hasilnya saya akan terima pada 30 Julai ini. syukurr..

sekarang sibuk dengan kerja dan persiapan untuk konvokesyen. mana nak kerja, mana nak curi cuti untuk ke Tanjong Malim nak selesaikan urusan peminjaman jubah, raptai dan segala mak nenek yang perlu disiapkan. tiba-tiba rasa macam "cis, nak konvo pon susah iye" ahhaaaa..


sapa lagi yang bakal konvo Julai ni ya? nak melangkah setangga lagi dalam hidup ni, saya da mula fikir tentang macam-macam. haa sudah, semalam berborak dengan Safwan tentang topik yang sedikit serius bagi saya. hehehe, berdebar-debar pulak bila pokcik tiba-tiba aje tanya pasal hal nikah kawen ni, ehem..oke sudah.

ape pon, harap semua berjalan lancar la ek..untuk korang semua..


berkata benar, walaupun ianya pahit

faham? oke da bai..

~wassalam~

p/s : lately, suka dengan entry feedback ni, korang nilai, bole?



Sunday, June 26, 2011

Penggunaan 'Aku' atau 'Gua' : untuk nampak diri hebat??

Dicatat oleh m i a di 1:17 AM 12 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang semua..

berblogging memang tak lengkap kalau takde blogwalking kan..bw jugaklah antara sebab blog kita semakin dikenali dan kenalan makin bertambah. even tak penah jumpa, borak dalam dunia maya ni da macam member kamceng, kalau jumpa, tak tahu la kalau masing-masing malu kucing pulak..hehehe *bercakap berdasarkan pengalaman, ehemm*

bila blogwalking, macam-macam jenis blog yang akan kita jumpa. satu yang menarik perhatian saya ialah, penggunaan kata ganti diri yang digunakan dalam blog. antaranya, aku, saya, gua, guwa, ittew, atau nama manja empunya blog, auwwww. saya ni mungkin agak tipikal, tapi bila baca blog yang menggunakan kata ganti nama yang pelbagai jadi pening pulak. kejap 'saya', kejap lagi 'aku'..bila buat entry ganaz sikit, terus tukar jadi 'gua' *bukan gua tempurung ya*




saya ada terbaca entry dari satu blog ni, tentang penggunaan 'aku' dalam belog beliau. entah kenapa saya kurang bersetuju dengan beberapa pendapat. mungkin saya ni da tua kot, jadi sensitiviti tentang kesopanan diri tu tinggi sikit *kononnnn (t__t)* tak kesah kalau kita nak gunakan apa-apa panggilan untuk diri dalam berblogging, cumanya, janganlah kita rasa penggunaan 'aku' itu membuka keterbatasan kita dalam berkata-kata tentang sesuatu perkara. 

tak elok ya. pendapat saya, penggunaan 'aku' dan 'gua' dalam blog menjadikan penulisan tu lebih sempoi dan mesra. saya suka juga kalau baca beberapa blog yang menggunakan 'aku' dan 'gua' ni. kelakar dan humor sangat. mesej yang kita nak sampaikan jadi lebih mudah sebab rasa seronok membaca. itu pendapat saya, dan saya tiada masalah tentang itu.

tapi, usah gunakan 'aku' untuk jadikan kita nampak hebat. gaya penulisan 'aku' ni kadang-kadang mengambarkan diri kita yang negatif kalau kita tersilap menyusun ayat. nampak macam kurang ajar atau bangga diri. mungkin saya agak tipikal dan ketinggalan zaman la kot dalam bab ini. hehehe, pada saya, bahasa pun merupakan ukuran kesopanan dalam bekomunikasi, termasuk penggunaan kata ganti nama.

seriusly, saya memang tiada masalah dalam penggunaan 'aku' atau 'gua'. cuma, saya melihat pada cara penulisan dan niat menulis. memang 'aku' dan 'gua' nampak mesra dan lebih senang berkomunikasi dan saya setuju tentang tu. cuma, macam saya cakap, hati-hati bila menggunakan ganti nama diri yang ini, sebab kadang-kadang, orang yang membaca bole rasa "eh, agak kurang ajar ayat budak ni" atau "pergghh, kerek gile budak ni punya ayat, baget hebak letteww". 

nampak tak maksud saya? ehhhee, risau jugak kot penjelasan ni nampak macam saya tak setuju dengan 'aku' atau 'gua'. bukan ya..bukan itu maksud saya okey. tak kesah apa pun ganti nama diri yang kita guna, asalkan kita selesa dan seronok untuk menulis, lagi comel kalau dengan niat yang betul. ape pon, dunia blog ni macam ada pasang surut jugak la. ada hot and cold jugak bak kata yuyu musa, aha! jaga diri uols..

oke da bai

~wassalam~



Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday=1

Dicatat oleh m i a di 8:35 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

percubaan pertama..




kaki merokok?

~wassalam~



Monday, June 20, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik : Ada lagi yang tak tahu ke?

Dicatat oleh m i a di 10:05 AM 16 ulasan
Assalamualaikum..

halo readers..

hampir seminggu buat part time, macam-macam jenis customer yang saya jumpa. ada yang bijak, baik hati, tak kurang juga yang kurang cerdik dan berlagak pandai.

masih ingat entry saya tentang Sabtu Tanpa Beg Plastik ni? ya, entry tu di buat pada Januari 2011, sekarang Jun 2011, rasa mustahil jika masih ada yang tak tahu lagi tentang kempen ni kan?

semalam Sabtu, jadi pelanggan memang bapak ramai gile la. terpampang di mesin kira-kira tentang sabtu tanpa beg plastik. tiba giliran seorang mokcik yang saya pandang die kecik besar kecik besar aje. muka kerek memang tak bole belah kan. ibarat muka helo-kau-tu-cashier-capuk-aje-oke-ai-anak-dato, faham? cehh..nak cakap ape?takkan nak tampal kat dahi, SAYA ADA DEGREE YE, SAJE KEJE NAK ISI MASA LAPANG, bole? oke, hati mulai panas ya..




fine, memang banyak jugak barang yang mokcik ni beli. letak satu barang, die amek lagi 3 barang. oke la kan, moga-moga sales meningkatlah bulan ni. seperti biasa, saya maniskan muka,

cik, hari ni hari Sabtu, jadi tiada beg plastik ya (sambil tunjuk notis kempen kat mesin kira-kira)

eh, jadi macamane ai nak angkut semua barang-barang ni? (muka angkuh memang seyes mintak aku lempang laju-laju)

bole, tapi xtra duaplohsenlah (pelanggan lain da mula bisik-bisik)


20Posen???(reaksi muka macam 2jutaa okeeyy) kalau macam tu ai tak jadi beli laaa!

kau nampak??kat depan ni ada lah lebih dekat 20 jenis barang, cuma tambah 20posen aje untuk beg plastik, itu pon rasa berat sangat ke?adehaii..manusia ni, seyes rasa nak bagi kaki aje!

saya apa lagi, terus amek barang-barang tu, taruk dalam bakul, then panggil next customer. minah tu adelah terkebil-kebil kat depan meja cashier tu lagi.


eh, abes barang-barang ai tu macamane? (lagi muka rasa nak kena tendang)

laaaaaaaaaaaaa (seyes da bosan!) tadi cakap tak nak..

ai nak barang-barang tu dengan plastik bag sekali, tapi ai takkan bayar 20posen.

waterparkk!! cissss..cissssssssss..saya hampir hilang sabar da. kau bole tahan pelangan gila kedekut nak mamposs macam ni??? oit cik kak..20posen tu compare dengan Bumi yang da merana ni, mane lagi penting weehhhhh..adeh..biar muka tak cantek kak, tapi jangan bodoh sombong. sabar jelah, dengan iman yang semakin menipis..

kak, hari ni sabtu, akak pegi mane-mane pon, memang kena bayar 20posen untuk beg plastik. kalau akak tak nak bag plastik, akak bole angkut semua barang ni sendiri ke kereta, saya bole tolong kot!


isskk, menyusahkan betol. ai selalu shopping hari sabtu, takde pon kena bayar xtra untuk bag plastik? (eh, engkau ni bodoh ke hape haa???)

haa, apa kata akak pegi beli barang-barang ni (sambil tunjuk bakul penuh barang tadi) kat tempat yang takde caj bag plastik tu ya..akak ke tepi sikit bole??


terus saya serve next customer, dan akak tu dengan muka tak bersalah membebel macam perempuan gila meroyan. partner sebelah saya sempat lagi cakap "kak, jangan datang sini setiap sabtu ya, hari laen pon, jangan datang jugak kalau bole.. hikhikhikk" seluruh kedai tergelak. apa nak buat dengan orang macam ni ya? saya seyes tak bole tahan daa semalam. rasa nak meletopp, tapi naseb laa akak tu tak kena sekolah semalam.



1st, kita kalau bole, jangan pandang rendah pada orang lain la. even sape-sape pon, orang tu kerja ape pon, mereka manusia jugak kan. paling kurang pon, kita jangan buat reaksi muka langsung. so dat, takdelah mereka ni rasa malu ke, rendah diri.

2nd, silalah alert dengan isu semasa ya. harapkan muka saje cantek, badan vogue kemain lagi, baju brand mahal-mahal, tapi memang kelakar la kalau tak tahu tentang isu-isu semasa negara. sila jangan memalukan diri sendiri. lebih baik kita diam aje dari berlagak pandai tentang benda yang memang kita tak tahu langsung. setakat 20sen tu, alahaiii..



senang-senang, buat macam ni je, kan??grrrrrr

jaga diri uolss..oke da bai..

~wassalam~



Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa, ayah..

Dicatat oleh m i a di 12:36 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

halo readers..

semalam, balik dari kerja, saya sempat tengok drama berkaitan hari bapa. tiba-tiba hati jadi sayu dan sedih sangat. aduahi..

4 hari berkerja, setiap hari ayah hantar dan ambil saya dari tempat keje. tak pernah miss, dan tak pernah terlewat. saya tahu, ayah keluar rumah jam 7 pagi, dan abes kerja hampir jam 11 malam. aduhaii..bila kenangkan semua ni, saya jadi makin tak sabar nak dapat posting..seyesly..saya jadi tak sabar nak dapat gaji dan tolong ibu ayah saya.




ayah saya seorang yang kuat berkerja. ada saje kerja yang ayah buat. sebelum kerja di KYM, ayah gigih dengan mesin rumput rumah-rumah dan ada juga amek sub-kontrak. ayah pernah mengadu dengan saya, terjatuh waktu mesin rumput di lereng bukit sebuah sekolah, dan budak-budak yang nampak, hanya ketawakan ayah saya. hati mana tak sedih, saya, anak lelaki yang diketawakan tu, rasa nak luku-luku aje kepala budak-budak yang tak reti adab sopan ni. tapi ayah cuma senyum dan cakap "takpe, ayah nak anak-anak ayah belajar pandai-pandai"


ayah paling asaited kalau telefon anak-anak dia. angkat saja telefon, ayah akan cakap "hi sayangg, anak ayah sihat?" saya tak tahu bapa orang lain, tapi saya rasakan yang ayah saya ini jenis satu dalam sejuta. tiap kali nak berpisah, ayah akan cium dahi anak-anak dia. kalau tengok tv ramai-ramai, ayah tak semena-mena akan tarik hidung anak-anak dia. kata ayah, nak kasi hidung mancung. ekehekee..dan hasilnya, memang agak mancung la hidung adik-adik saya..ahahhaa



ayah saya juga seorang yang tinggi dengan kasih sayang. saya tahu, ayah selalu bersedih, dan kadang-kadang, ada jugak mengadu dengan saya tentang itu-ini. sometimes, its makes my heart cry. sedih sebab tak mampu buat apa-apa.

saya bukanlah dari keluarga yang senang. dan saya harap, saya dapat buat keluarga, terutama ibu ayah berasa senang bila saya da kerja nanti. amin, amin...

adik-adik akak, akak tahu korang ada jugak skodeng blog akak ni, terutama ijat kan? hhehee..adik-adik akak, belajarlah sungguh-sungguh, hargai jasa dan kasih-sayang yang ibu ayah dan curahkan pada kita sampai kita ditahap ini sekarang. walaupun, kita kadang-kadang rasa marah dan kecewa, tapi apapun, ibu ayah tetap yang teratas dalam hati kita.




ibu ayah, harap bole tunggu sehingga mia dapat kerja. Ya ALLAH, panjangkan usia ibu ayah untuk dapat aku balas segala jasa-jasa mereka. amin..amin..

~wassalam~

p/s : oh entry ni sedeyyyyyy.. mata berkaca-kaca sambil menaipp..



Saturday, June 18, 2011

Ai ingat sampai bila-bila!!!

Dicatat oleh m i a di 12:02 PM 15 ulasan
Assalamualaikum..

...

harini besday ai, tapi takde sape pong wish..sedey hati ai tau.. tunang ai pon diam aje dari semalam. cuma dapat 1 sms je dari dia pagi tadi. tu pun sebab nak bagitau yang dia bizi sepanjang hari ni. takpelah, ai faham..ai terima hakikat ini..

pagi-pagi lagi ai da bersiap nak keluar. kadang-kadang, shopping alone pon ohsem jugak kan. lebih-lebih lagi nak ubat hati ai yang lara ni. ai pakai skirt maxi pink dan blaus kaler royal blue. cantek sangat ai beli online tau. padan pulak dengan shawl yang ai beli kat pasar malam semalam. acely, ai memang da plan nak pakai special untuk hari jadi ai ni. tapi, takde sape yang nak teman ai. oh sedeynyeww..





dari rumah, ai amek teksi. ai hantar sms kat tunang ai, nak bagitau dia yang ai keluar alone hari ni. konon nak minta belas kasihan la..tapi harammm, dia tak reply pon. bertambah sedey hati ai. sampai KLCC, ai kena tipu pulak dengan drebar teksi tu..cilakakk betol. tiba-tiba ai rasa macam sedey sangat. kenapa hari ni, hari jadi ai, tapi rasa sungguh %&%;8^#@!!


ai rasa takde mood da nak shopping. jadi ai duduk bersidai ajelah tepi-tepi kolam. rasa kesian sangat kat diri ai, birthday takde orang wish, shopping takde orang teman. sob, sob.. jadi ai amek keputusan untuk balik je.


ai tunggu teksi hampir setengah jam. dengan panasnyeww, cair make up Stage ai tau. tiba-tiba ada kereta berhenti mengejut depan ai. OH-EMMM-GIII!!, keluar 2,3 orang lelaki pakai topeng lari laju-laju ke arah ai. seyesly, ai memang takut gile. ai serta-merta teringat ibu ayah ai, tunang ai. adakah riwayat hidup ai akan tamat pada hari ni, hari jadi ai?? oh tuhann..


ai rasa nak pitam bila tiba-tiba muka ai disarung dengan kain hitam. TIDAKK!! ai meronta-ronta sekuat hati. ai takkan mengalah! ai tak nak mati lagi, ai merayu-rayu supaya dilepaskan. kenapa ai yang jadi mangsa?? tapi lelaki-lelaki ni, diam aje aje. cuma dengar satu suara suruh ai diam dan jangan memekak. ai rasa takut sangat-sangat sampai rasa nak terkencing. ai cuma ingat ai akan mati aje hari ni. tapi kenapa hari ni, hari jadi ai??


tiba-tiba ai rasa kereta berhenti, ai dengar pintu kereta dibuka dan tangan ai ditarik keluar. ai rasa panas sangat sebab ditutup dengan kain hitam. ai teringat drama melayu yang ade adegan culik-culik ni. ai kena culik ke sekarang ni?? Oh tuhan, adakah ai akan dirogol??TIDAKK!! ai tak nakk!!


ai ditarik hingga sampai suatu tempat. ai tak tahu ape yang akan berlaku pada ai sekarang ni. ai masih merayu-rayu supaya ai dilepaskan dan ai cuma dengar suara orang ketawa beramai-ramai.. OH TIDAK!


tiba-tiba kain hitam yang tutup muka ai, ditarik. mata ai rasa silau, dan lama-kelamaan, ai nampak semua dengan jelas. depan ai ada 5 orang lelaki bertopeng, lelaki yang tengah-tengah pakai baju royal blue, sama dengan baju ai. kat belakang lelaki-lelaki tu ada pondok kayu. TUHAN!! ai cuma ingat yang ai akan dirogol berjemaah!


tiba-tiba ai dengar suara 4, 5 orang lain keluar dari pondok tu. eh, ai macam nampak muka kawan baik ai, Shila. sebelah die, macam muka Kak Long ai. ai rasa semua yang tak bertopeng tu, ai macam kenal aje. ai berjalan ke depan nak tengok betol-betol. sampai kat pondok tu, ai nampak belon..keropok twitties, air vanilla coke 5,6 botol dan banyak lagi makanan lain. kat tengah-tengah ada kek. OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ai pusing belakang bila lelaki yang pakai topeng berbaju royal blue, yang sama macam ai tu cakap "SELAMAT HARI JADI, SAYANG"..Ohh Tuhan..ai rasa nak pengsan dan nak menangis. Tunang ai berdiri depan ai sambil hulur sejambak roses. ai terduduk kat tanah tu jugak sebelum kak long ai datang dan cium pipi ai sambil wish..
 HAPPY BIRTHDAY 



.....

da abes! akhekehkehekehkee..bestnye kalau dapat kejutan macam ni. memang heavenly, sweet sangat kan. haa sudah..

oke da bai uols.

~wassalam~

p/s : ini cerita rekaan, bukan betul-betul ya (^^,)



Thursday, June 16, 2011

Belajar kawal perasaan daripada Sang Arjuna

Dicatat oleh m i a di 12:26 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

halo readers..

hari ni, saya mula kerja part time, harapnya, semua berjalan lancar dan pergi balik dengan selamat..amin, amin..oke, cukup sebagai pendahuluan.

baeklah, mari sini nak share tentang cara lelaki handle masalah, acehh..oke focus! lelaki kan selalu nampak 'cool' aje even ada masalah datang bertubi-tubi. lebih-lebih lagi dalam masalah cinta, lelaki lebih pandai menyimpan, tak macam kita, kaum wanita. kalau bole, nak bagitau satu doniaaaaa yang kita ditinggalkan kekasih, lelaki itu curang dan sebagainya, betul? ehem..
1. Lelaki tak berasa simpati pada diri sendiri
kebanyakan lelaki, kalau da putus cinta, jarang sekali terbawa-bawa ke dalam rutin harian. even taim lepak dengan kawan-kawan, mereka masih berlagak cool dan macho. contoh, kalau member tanya perihal hubungan cintanya, lelaki mudah saje menjawab:

oh, aku dengan dia da putus, takde jodoh

simple, kan? berbeza dengan wanita, bila ditanya tentang hubungan cinta, kita akan menjawab :

cisss, kau tolong jangan tanya pasal mamat tu lagi. aku tak kenal die, dan tak nak tahu pasal die LAGIKK, grrr!!!!

kau nampak?? marah ni, marahh okeyy..kehkehkehkehek.


2. Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka
yang ini saya setuju kot. biarpun hubungan cinta mereka sudah putus, kebanyakan lelaki lebih tertumpu untuk memikirkan perihal kehidupan mereka, macamane nak teruskan hidup, nak cari kerja, beli kereta baru, awek baru..bla..blaa..

berbeza dengan wanita, kita lebih suka memikirkan hubungan percintaan yang terputus dan sebolehnya nak cari punca kenapa mesti jadi macam tu. bermula dengan search kat google, diikuti skodeng Facebook exboifren, gigih selidik mesej-mesej lama beliau, older post kat FB, telefon kedai maxis nak tengok history received call, missed call dan sms-sms beliau yang lepas..oke itu melampau!


3. Teman wanita adalah satu bonus!
bagi kebanyakan lelaki, memiliki teman wanita adalah satu bonus bagi mereka. setuju? saya macam berkira-kira pulak tentang fakta ni. mungkin ini betol bagi jejaka-jejaka yang masih tidak memikirkan isu memiliki keluarga secara serius kot.

bagi wanita pula, kita selalu merasakan memiliki kekasih itu adalah suatu KEMESTIAN. tettt!! ini tidak seswai untuk wanita yang bersifat independent ya. mungkin bagi sesetengah gadis kot, tanpa teman lelaki, hidup jadi tak lengkap. rasa sunyi dan didorong oleh perasaan cemburu bila tengok orang lain ada kapel, aku takde..sedey, sedey..sob, sob, makanya, tindakan pantas mengusha segera dilakukan..ehem..





4. Ego
Kebanyakan lelaki, berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal..hati di dalam bagai nak gila, sedih dan sangat terluka. mereka sayang, tetapi berlagak happy, macam takde ape-ape. sebab itu, kita lihat, kebanyakan lelaki jarang menangis, lebih-lebih lagi, depan orang yang disayangi. ini berbalik pada Nombor 1 tadi, kerana mereka tak nak berasa simpati pada diri sendiri dan tak hingin meraih simpati orang lain.

berbeza dengan wanita, kita kan hati lembut, mudah menangis. dan ada sesetengah gadis, suka meminta simpati orang dengan menceritakan hal itu ini secara terperinci dan detail. mungkin dek menginginkan kata-kata semangat dari kawan-kawan kot. erkk..fikir positif okey.

cukup da kot..takot jadi panjang sangat, menangis pulak korang nak baca..ehehe..oke da..jaga diri ya uolss, senyum selalu..

~wassalam~



Tuesday, June 14, 2011

Pukau depan masjid

Dicatat oleh m i a di 7:54 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

halo readers..

zaman sekarang, selalu kecoh dengan kes ragut kan..ragut atas moto, ragut nenek yang comel, terbaru, kes ragut semasa traffic light. cisss..tapi, zaman dulu, orang guna cara pukau untuk meragut dan mencuri..sekarang ada lagi kot, tapi kurang. teringat ketika saya darjah 2 kot, kan ada sesi sekolah agama petang..saya sekolah agama dekat masjid je dulu, then sebelum balik, solat asar berjemaah.

satu hari, waktu ustaz sibuk mengajar budak-budak mengaji, saya dan 2, 3 budak kecit lain pakat main kejar-kejar dalam masjid. budak lelaki yang ai minat ketika tu pon join sama. makanya, ai larik pon ala-ala makwe bollywood giteww..ok da mengarut..

tengah syiokk bermain, saya terpandang seorang kakak kat bus stop depan masjid melambai-lambai. saya agak akak ni gile kot. jadi saya ignore, but ada jugak la jeling-jeling but akak ni still melambai lagi. sebagai seorang budak kecit yang baik hati lagi sopan santun ketika itu, saya pegi ke akak tu, kot die sesat ke hape kan.

sampai depan akak tu, kami dipisahkan dengan pagar masjid aje. mula-mula, akak tu bagitau yang die tu kawan ibu saya, dan datang nak melawat ibu, tapi tak tahu rumah saya dimana. jadi, saya minta die tunggu saya abes sekolah. ntah macamane, tiba-tiba saya rasa laen macam, seram sejuk sekejap. dan akak tu mintak saya tinggalkan rantai emas yang saya pakai, dengan alasan takut tercicir waktu solat nanti. saya macam lembu dicucuk hidung, ikot aje ape akak ni cakap. even dalam hati cakap, kenapa saya perlu bagi akak ni, tapi tangan sendiri bergerak bukak rantai bagi akak tu.


waktu solat, rasa tak tenteram, asek teringat pasal rantai tu, kalau hilang, memang siaplah kene rembat dengan ibu. usai solat, saya cepat-cepat pegi ke bus stop, tapi kakak durjana hati kering otak lembu jin apret ni, da takde. lesap bersama rantai kesayangan ibu. ciss..kalau saya jumpa akak tu sekarang, memang grrrrr...

balik umah, saya nampak ayah 'babai' saya. memang jadi rutin, tiap kali ayah nak gi keje, saya aje yang terkinja-kinja maen 'babai' dengan ayah, tapi hari tu, saya hanya pandang ayah dengan muka mintak disepak. sampai dekat maghrib saya macam tu, blur semacam. ayah balik kerja, ibu borak dengan ayah sebab tengok saya macam pelik aje. ibu perasan rantai saya da hilang, jadi ibu da syak something happen.

ibu ayah bawak saya berubat di rumah ziana zain. ehem, dekat merlimau melaka..ehem..mesti korang tak percaya kan.. ehem..saya pon was-was jugak. pokcik yang urutkan saya tu, mengaku die ayah ziana zain. saya tengok umah, takde pulak gambar kak ziana dan abam anuar zain, jadi saya syak pokcik ni nyanyuk..atau sengal..noktah.


tapi pokcik ni pandai urut, katanya, saya kena pukau, sebab tu..rasa resah-gelisah semacam, blur dan macam hilang sekejap. akhir sekali, saya dipulihkan, tapi malangnya, rantai emas tu, hilang sampai sekarang. lepas kejadian tu, memang harammmla saya nak pakai barang emas. terus jadi tak suka.

ini adalah memori yang tak dapat saya lupakan waktu saya kecik. puas saya perah otak nak egat balik semata-mata nak join contest Dr. Siti Hamidah. hadiah memang menarik sangat.


KLIK BANNER UNTUK SERTAI

atau boleh ke link ini untuk sertai :

KLIK Contest Dr. Siti Hamidah dot com

jom join ramai-ramai meh. ingat tau :

Tarikh tutup 9 Julai 2011


saya nak tag 3 orang yang bertuah ini :
yuyu comel
cikgu neslo
rara cute

oke da baii uolss..

~wassalam~



Bahaya Pitam : punca & tanda-tanda.

Dicatat oleh m i a di 1:27 PM 15 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

semalam, settle urusan sesi interview kerja part time saya sementara tunggu konvo dan panggilan kerja. selesai interview, saya ke perhentian bas..hampir setengah jam menunggu, mula terasa lain macam..janganlah pitam kat sini..mungkin sebab panas, dan bus stop yang bersebelahan dengan longkang dengan bau yang tak boleh belah..cisss..pandangan mula terasa gelap, badan rasa seram sejuk, perut bergelodak, rasa nak terberak pon ada..hekehkehkee..diikuti sendawa banyak kali, dan akhirnya, mata jadi tak boleh bukak, pandangan jadi pekat sangat..

korang penah rasa macam tu? rasa-rasa di atas tu adalah antara tanda-tanda penyakit pitam. saya ni bole dikategorikan sebagai orang yang mudah pitam. tak tahu kenapa..mungkin kurang darah, atau kata rara yang comel, kurang kandungan gula dalam badan..tq dik..
TEKANAN DARAH RENDAH
penyakit pitam ni biasanya disebabkan oleh tekanan darah yang rendah, lebih susah diubati berbanding tekanan darah tinggi. tapi penyakit ni tak lah sampai membahayakan atau menyebabkab gangguan kesihatan yang kronik. dan sebab tu jugaklah, penyakit ni biasanya tak dipedulikan..ehem..macam saya la..hoho
TANDA-TANDA PITAM
        1. muka dan bibir jadi pucat
        2. kepala pening
        3. perut bergelodak, memulas-mulas
        4. rasa tak berak *ini betol okeyy..ehehe*
        5. berpeluh yang terlampau
        6. pandangan jadi pekat, dan gelap
        7. banyak kali sendawa
        8. bila tutup mata, jadi perit lain macam
        9. rasa nak termuntah
      10. badan seram sejuk
      11. pengsan

ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada saya kalau rasa nak pitam. pandangan akan jadi pekat..maksudnya, kalau nampak kaler biru, akan jadi biru pekat, sharp dan menikam-nikam mata..alahai..tak reti nak asepelin laa..
ELAKKAN
        1. berdiri terlalu lama
        2. terlalu lama terdedah dengan sinaran matahari 

        3. diet yang tidak sihat *ehemmmmm*
        4. bangun dari duduk atau baring secara mengejut
        5. meminum banyak air bergas dan cafen
        6. kurangkan makan bawang putih, lobak dan timun

GALAKKAN
        1. bangun dari duduk atau baring secara pelahan
        2. banyakkan minum air masak
        3. makan lebih banyak daging dan kerang
        4. DIET YANG SEIMBANG

untuk rujukan lanjut, baca artikel ini.

cuma, saya masih tak tahu, apakah effect penyakit tekanan darah rendah atau kurang darah ni pada jangka masa panjang..kalau ada yang nak share maklumat, sangat dialu-alukan di sini..

oke da bai.

~wassalam~



Thursday, June 9, 2011

Review : Nivea Refreshing Moisture Mask

Dicatat oleh m i a di 12:25 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi uols..

beberapa hari ni saya kekeringan idea pulak nak update blog..tapi tiba-tiba teringat tentang mask yang saya beli 2 minggu lepas..konon macam nak buat review la ni..acewaahh..oke la kot kalau nak share dengan korang semua kan..

saya boleh dikira lama juga menggunakan produk dari Nivea ni..mula guna produk ni dari sekolah menengah, sehingga sekarang. Satu benda yang memang tak dapat dinafikan tentang produk Nivea ni adalah, mencerahkan kulit. kalau zaman sekolah, aktif bukan main lagi, kulit muka jangan cakaplah..macam pecah rumah okeyy. Jadi, saya gunakan pencuci muka Nivea dan losyen badan produk yang sama..memang berkesan untuk memutihkan kulit!

Pro

sama juga dengan Nivea Refreshing Moisture Mask ni. saya da 2 kali gunakan mask ni, sekali seminggu, dan ini memang sangat efektif untuk mencerahkan kulit. seriusly, mask ni buatkan kulit jadi lebih lembap, lembut dan putih. mask ni mengandungi combination of Vitamin E and sea shell extracts yang bisa membuatkan kulit korang gebus bukan main. harga pon murah aje, RM5 lebih kot..cuba try then share hasilnya kat sini ya!


RM 5.90 kalau tak silap.

Kontra

mask ni a bit sticky kot, but still okey pada saya. kalau nak bersihkan mask ni, perlu guna tisu or kapas muka dulu sebelum muka dicuci, sebab mask ni macam melekit-lekit. yang lainnya, sangat okey bagi saya.


Cara penggunaan
sepaket untuk 2 kali penggunaan

packing mask ni memang untuk penggunaan 2 kali aje, tapi saya gunakan 1 bahagian tu, untuk 2 kali penggunaan, sebab rasa macam banyak je untuk 1 muka. sapu rata pada muka *guna jari pon bulee*  tunggu 10 hingga 15 before tanggalkan mask guna facial cotton. tapi kalau saya, lagi lama, lagi elok kot..hehehe..

hasilnya memang awesome. highly recommended ni tau.. cubalah ya.

oke da bai..

~wassalam~



 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan