Ucapan favourite orang perempuan. MESTI BACA! | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, March 30, 2012

Ucapan favourite orang perempuan. MESTI BACA!

Dicatat oleh m i a di 1:34 PM
Assalamualaikum.

hi semua,

lama menyepi, on aje rasa nak share something yang pada saya, 90% bole dipercayai hohoho. guys shud know this tau, ada rahsia di sebalik setiap kata yang wanita ucapkan. girls pun kena take note jugak la kot. sebab mungkin ada antara word ni yang da terbiasa kita ucapkan tanpa kita sedar.

.....

FINE
Inilah yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia betul dan lelaki tu kena diam. jangan sekali-kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama time si dia sedang mencuba pakaian di kedai kerana 'Fine' anda ini akan membawa kepada pergaduhan.

LIMA MINIT
atau maksud sebenarnya, setengah jam. yeah!

TAKDE APE-APE
ini bermaksud 'something' dan lelaki perlu berjaga-jaga! perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar dalam hati dan otak macam tempat spin kat mesin basuh. selalunya, ini akan bermula dengan pergaduhan yang akan bertahan selama 'lima minit' dan akan berakhir dengan 'fine'

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
ini adalah satu bentuk cabaran yang akan membuatkan perempuan menjadi marah dengan 'takde apa-apa' anda dan diakhiri dengan 'fine' dari anda jugak.

PERGILAH (dengan kening biasa)
bermaksud perempuan itu mengalah atau lebih tepat 'buat je lah apa yang awak suka sebab saya tak kesah'. anda hanya akan mendapat situasi ini dalam beberapa minit aje dan akan diikuti dengan 'takde apa-apa', kemudian 'fine' dan perempuan itu akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'lima minit' bila dia da sejuk.


MENGELUH DENGAN KUAT
ini sebenarnya bukan perkataan, tapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'mengeluh dengan kuat' ini bermaksud dia merasakan anda adalah lelaki bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri dan bergaduh mengenai 'takde apa-apa'

MENGELUH DENGAN PERLAHAN
lagi sekali, ini bukan perkataan. perempuan 'mengeluh dengan perlahan' bermaksud dia berasa puas setelah bergaduh 'lima minit' dengan anda. dan sebaiknya, lelaki duduk diam, jangan buat sebarang tindakan, dan perempuan akan kekal puas. jika tidak, dia akan bermula dengan 'fine' lagi sekali.

OKEYLAH
ini adalah kenyataan yang paling bahaya seorang manusia bernama perempuan. 'okeylah' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum membalas perbuatan anda yang telah menyakiti hatinya. 'okeylah' selalunya digunakan dengan 'fine' bersama 'kening yang terangkat'

BUATLAH (dengan bunyi 'lah' yang agak panjang dan berlagu-lagu sedikit)
satu ketika di masa hadapan, anda lelaki akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH
ini bukan kenyataan, tetapi lebih kepada pelawaan. perempuan dengan 'tolonglah' ini sedang memberikan anda peluang untuk memberi alasan atau sebab atas apa yang telah anda lakukan. anda mempunyai peluang yang adil, jadi berkata dengan jujur dan berhati-hati. jika tidak, anda akan mendapat ' okeylah'

TERIMA KASIH
yes, ini 'terima kasih' yang jujur dari seorang perempuan. jangan pengsan. terima dan ucapkan 'sama-sama'. jika anda berkata lebih, dia akan bermula dengan 'takde apa-apa'

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

ini banyak beza dari 'terima kasih'. 'terima kasih banyak-banyak' ini umpama gunung berapi yang bakal meletup. ini menunjukkan anda telah menyinggung perasaan si perempuan dan akan diikuti dengan 'mengeluh dengan kuat'. berhati-hati untuk bertanya apa salah anda selepas dia 'mengeluh dengan kuat' kerana ini hanya akan membuat perempuan berkata 'takde apa-apa'.
....
 
betul kan? hheeh, saya admit yang kat atas hampir kesemuanya TEPAT. setuju?
 
oke da bai, 

p/s : credit tu rilek santai


2 ulasan:

ciknurul on March 28, 2012 at 8:08 PM said... BALAS

nak gelakkkk besarrrrrr ! terbayang muka kamu hahhhaa

m i a on April 14, 2012 at 8:27 PM said... BALAS

@ciknurul

hahaha, ngok ngek la makcikk!!

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan