˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: February 2012


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, February 28, 2012

Hi korunkkkk!

Dicatat oleh m i a di 4:55 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

WOW! what a weekend, paling AWEsome dan paling happening. sabtu ada kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kat sekolah. balik rumah pum pang pum pang, pegi hantar hantaran. esoknya, sempat lagi tengok movie Real Steel sebelum ke rumah sepupu untuk make up tunang.

dan hari ni sekolah macam biasa. budak-budak sekolah? ohh macam biasa jugak, tak penah abes melawat kawasan sekolah sampai terpaksa ponteng kelas suka hati mak apak mereka ehem ehem.

lama gile tak update blog, sekarang da bersusun idea ape yang nak dikongsi esok, lusa dan tulat. tapi, buat masa sekarang ni, entry pendek ni dulu wokeyy, ada homework nak kena buat agagagaaa..


Zaleha after make up. more info esok oke.

oke da bai,

~wassalam~

Tuesday, February 21, 2012

sibuk tak sudah-sudah..

Dicatat oleh m i a di 5:20 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

oh been busy last few weeks. pertama, sebab da dapat jadual mengajar, kedua sebab sibuk siapkan tempahan hantaran untuk majlis tunang. well, both ini da memang jadi kesukaan saya, makanya tak boleh tidak, kena settle jugak dengan segera.

alhamdulillah, sekarang tak bosan sangat kat sekolah sebab sebelum ni berminggu-minggu asyik dapat relief class aje memanjang. sekali dapat jadual ha hamekk kaw mak nenek, terkinja-kinja sebab dapat mengajar 3 kelas Tingkatan 5, dan 2 kelas Tingkatan 2 untuk subjek Sivik, 3 kelas Tingkatan 2 untuk subjek Sejarah dan 1 kelas Tingkatan 1 untuk Bahasa Melayu. terbaek kan? oyeahh totally AWEsome!

hantaran pulak, alhamdulillah da hampir 70% siap. pertama kali nak cuba gubah ikot English Style, jadi memang banyak guna lace. makk aii kemain susah nak cari kain lace tu melilau kat Melaka takde but at last jumpa jugak even mahal sikit. majlisnya Sabtu ini, so memang kena siapkan juga sebab nak hantar before Jumaat ini.

dalam majlis yang sama, saya juga akan make up 'pengantin' untuk majlis tu nanti. sekarang sedang buat a few homework, dan tengah survey beberapa make up tools yang betol-betol da menangkap mata saya. *kemain 'menangkap' ye*


Aquara Spray. dalam proses nak guna. tunggu review oke.

ape pun, saya masih berdebar-debar tunggu keputusan temuduga dan penempatan tetap mengajar. yup itu focus utama saya. doakan agar semuanya berjalan lancar ya. tengkiu uolss.

saje.test.

oke da bai,

~wassalam~

Tuesday, February 14, 2012

Make Up : Soft Pink Turqoise Look

Dicatat oleh m i a di 11:02 AM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

huwa kemain mak nenek da pandai nak post tutorial make up bagai ye. piraahhh. disebabkan tak berapa pandai nak edit video, atau yang sebenarnya rasa malu ya amat nak tayang muka, makanya, tutorial ni saya buat dalam bentuk gambar aje, bole?


ini hasilnya. sory gambar kabur berjelaga sikit sebab guna camera telefon bimbit aje agagaga.

.............

oke jum mulakan.

1. apply eyebase, sapu seluruh kelopak mata. - Eyesyadow Base from Essence



2. apply 2/3 of the lid dengan matte Turqoise shadow. - Mac 40 color pallete



3. then apply pulak matte Purple shadow to outer half then blend sikit. - Mac 40 color pallete



4. apply matte Pink shadow pada atas kelopak mata. - Mac 40 color pallete


5. then, amek Shimmer Pink shadow dan blend pada pink matte tadi sampai ke bahagian hujung mata. continue blending sampai dapat shape yang comel. - Mac 40 color pallete



6. apply Creamy yellow shadow pada brow bone sebagai highlight. - Shimmery Creamy Yellow from Elianto



7. Then apply eyeliner to upper lashline. - Pen Eyeliner from Simplysiti



8. kemudian, guna pensel eyeliner atau roll eyeliner dan apply pada lower lashline. - Glimmersticks G01 from Avon



9. then apply a matte turqoise mixed dengan matte Purple shadow pada lower lash line and blend out any harsh lines. - Mac 40 color pallete



10. lastly, curl lashes and apply mascara. - Lash Prism Black Mascara from Silky Girl



and you're finish!!



.........

sapa da cuba, bule tinggalkan link kat sini oke? and nak tanya, korang lebih prefer make up tutorial dalam bentuk video atau gambar step by step macam ni ya? ce komen ce komen!

oke da bai,

~wassalam~










Monday, February 13, 2012

Temuduga selesai, tunggu berita baik atau buruk?

Dicatat oleh m i a di 10:39 AM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

alhamdulillah, temuduga da selesai. walaupun tak berjalan macam yang saya harapkan, sekarang ni tawakal ajelah, doa banyak-banyak moga-moga Tuan/ Puan penemuduga yang 'pqrstvw' tu *double meaning kat situ oke, harap makelum* berubah fikiran, amin amin. even sekarang ni rasa down sangat-sangat, but still saya harapkan yang terbaik aje lepas ni, aduhaii.

sekarang ni back to skool macam biasa, mengajar dan diajar macam biasa juga ehem. fikiran ada sikit ke lautt mungkin sebab tekanan temuduga yang tak abes lagi. jadi sekarang ni kejap-kejap rasa nak ketawa, lepas tu menangis, lepas tu ketawa balik tak sudah-sudah. mak nenek da jadi ngok ngek da sekarang ni demm!

ape pun, hidup mesti berjalan macam biasa. ada keluarga, kawan-kawan tak lupa jugak pakcik Safwan ulam jantung, yang selalu mendoakan kecemerlangan saya, kan. ehem gile perasan kau mak nenek. ini sesi nak mententeramkan hati yang da meroyan oke.

ehem ehem, lepas ni nak buat tutorial make up bule tak? dua tiga hari ni asyik menadah muka aje, mungkin sebab nak hilangkan ingatan pasal hal temuduga. ohh see, betapa rasa down gile pasal interview yang lepas, huhu.

oke da bai,

~wassalam~

Tuesday, February 7, 2012

Testing make up..

Dicatat oleh m i a di 7:25 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

dalam pada sibuk beramas mesra dengan nota-nota untuk temuduga lusa, masih sempat lagi mak nenek ni ye hoho. ntah kenapa, mungkin bosan tengok nota aje, makanya curi sikit masa conteng mata kiri dan kanan, hoho.

yellow + black

pink + purple
- Eyesyadow Base from essence
- Eyeshadow - Yellow, Black, Pink, Purple and Creamy (highlight)  from Elianto
- Eyeliner from Simplysiti

....

oke itu je. bai,

~wassalam~

Saturday, February 4, 2012

Natijah pakai contact lens online.

Dicatat oleh m i a di 3:19 PM 15 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

masih ingat entri saya pasal contact lens online ni? saya tak tahu pandangan dan pendapat yang lain ya. mungkin orang lain guna, effect nya berbeza-beza. macam saya, even da lama tak pakai lens, dan mata berehat dari segala mak nenek yang tak AWEsome, mata still merah dan kadang-kadang nampak urat-urat berdarah.

YESS sangat menyakitkan dan mengerikan. saya dah ke klinik dan sudah jugak ambil ubat dan eye drop. tapi masih sama lagi. mungkin lepas ni nak pergi klinik pakar mata untuk check.


YES lagi sekali. itu adalah mata saya. sangat teruk kan? huhu. fikir juta kali oke nak post gambar tu kat sini. cuma nak kongsi pengalaman dengan yang lain. eh jangan pulak ada yang kata ini entry nak kondem sape-sapa oke. bukan. cuma nak berkongsi.

mungkin juga silap saya dalam aspek pemakaian benda ni. tapi sejujurnya, saya memang dah cukup menjaga kebersihan dan had masa pakai contact lens ni. ntahla. mungkin mata ni memang jenis mata mahal kot ehem ehem *sila muntah* sapa yang ada sama pengalaman dengan saya, share la kat sini ya.

oke da bai,

~wassalam~

nota sisip tepi : iskk malu la tengok gambar tu, rasa nak remove je, bole?

Friday, February 3, 2012

Widget serabut, menyemak blog

Dicatat oleh m i a di 4:05 PM 9 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sekarang ni tengah berposak bersilat bagai study untuk temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP). oh banyak sangat khabar berita dari sahabat-sahabat yang da ditemuduga last few days.

bila dengar macam-macam spekulasi, saya jadi makin cuak la pulak. so sekarang ni asyik rasa nak berlari setempat je kadang-kadang tau. oke fine, even takde kaitan, tapi saya harap korang faham ehem.


oke cukup. masih ingat entry blog cantik, ramai yang akan follow ni? ini kira macam kesinambungan la kot. selain daripada blog yang kemas dan cantik, ada banyak lagi faktor lain yang bole tarik blogger untuk singgah dan follow blog kita. jadi kali ni nak share pendapat tentang benda yang bole buat orang menyampah nak jejak ke blog kita.

.Widget Serabut yang memang menyemak kat blog.

oke ini penting. pelis remove segala mak nenek widget yang bole memberatkan blog ya. saya faham, kalau kita mula-mula create blog rasa macam 'oh sukenyew happynyew rasa macam semua benda nak tarok kat blog nak kasi nampak superb mabeles dan disukai ramai' kan? saya penah rasa macam tu ehem. jadi takdela rasa hangin semacam kalau singgah blog yang ada banyak widget serabut ni.

paling kurang pun, saya akan tinggalkan komen kat shoutbox mintak supaya remove widget sebab blog jadi lambat nak loading. bukan apa, kadang-kadang newbies ni mereka tak tahu. so tak payahla sampai ada yang nak buat entry perli-perli pulak ye tak, aha!


cumanya, ada jugak certain blogger yang lain memang tak bole tolak ansur dan memang meluat gile dengan benda-benda menyemak ni. pertama, mungkin bole buatkan laptop atau PC jadi hang dan confirm la dapat free sumpah seranah berbakul-bakul lepas tu. kedua, mungkin juga widget ni bole mendatangkan malware pada blog. pelis take note oke.

ada banyak jenis widget yang bole dikatakan sebagai penyemak kat blog. antaranya, widget yang tergedik-gedik kat belah kiri dan kanan blog, salji kaler hitam or putih, kelopak bunga dan segala mak nenek yang konon baget jatuh berguguran kat blog dan banyak lagi la yang bole buat laptop mengaum bila kita view.

sama jugak dengan widget auto music kat blog. tak salah pun, cuma takot ada blogger yang rasa macam benda ni menyusahkan. mungkin lebih elok kalau tukar yang jenis manual bole pause and play ikot suka hati kita. lebih mesra pengguna kan.

ni semua hanyalah pendapat saje oke. lain orang, lain minat. tapi mostly yang saya nampak, ramai blogger tak berkenan dengan widget yang bole memberatkan blog. makanya, kalau ada benda-benda yang rasanya tak perlu ada kat blog, silakan la remove oke. terutama blogger-blogger baru yang macam cendawan tumbuh lepas hujan sekarang ni. ha kau tengok, kan da keluar pepatah hamek kaww!

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan