Kekuatan Doa Antara Dua Sujud
Thursday, October 31, 2013
Assalamualaikum, hi semua.
suka saya nak share ilmu berguna untuk hari ni. sebelum ni saya sendiri pun tak berapa nak cuba faham, apa maksud di sebalik setiap perkara yang saya buat setiap hari sama ada dalam kerja, riadah apatah lagi solat. sebenarnya, ketika dalam "duduk di antara dua sujud" dalam solat yang kita buat setiap hari, ada terselit maksud yang sangat indah. kalau kita hayati betol-betol, dengan sepenuh hati semasa dalam solat, saya percaya, kita boleh menitiskan air mata kot.
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon di dalam solat kita. tetapi sayangnya, sebelum ni, kita atau lebih tepat, saya sendiri hanya memohon tanpa memahami, sekadar menyebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. makanya, harap lebih baca entry ni, kita da faham maksud doa yang kita baca dalam "duduk di antara dua sujud" dan kita pupuk hati dan sanubari untuk menghayatinya.
sumber : google
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua..
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii.. (Maafkan aku..)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini, sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja sebelum ini.
jadi, mari ramai-ramai hayati doa yang kita baca dalam "duduk di antara dua sujud" ini dalam setiap solat yang kita dirikan setiap hari. moga-moga, segala yang baik-baik ALLAH kurniakan untuk kita semua, Amin.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain,
~wassalam~
1 Comments
Haaii cakkk.. jom ioin GA teman, byk hadiah menarik tau.. VITAMIN SHAKLEE X 2, HANDBEG, JUGAH, TASBIH, TOPUP, BROACH DAN MACAM2 LAGI..jom joinnn..
ReplyDeletehttp://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html
SHARE LINK ANDA DI SINI
<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>
thanks for dropping by...
^__^