Anak Bijak - Kaedah dan cara pemakanan bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.

Monday, May 30, 2011

Assalamualaikum..

halo uols..

acely kan..saya betol-betol belur tak tahu nak update ape da..ehhe..mayby sebab duduk rumah saje tak keluar-keluar..jadi otak pon asek ke lauttt aje..sangat tidak bagoss okey..

tapi jalan-jalan merewang di Google, saya terjumpa satu artikel yang menarik sangat..saya da pernah baca artikel ni semasa praktikum hari tu..al maklum, kat sekolah ramai cikgu mengandung *musim mengawan ke hape??ppffff!* makanya, ada cikgu yang tunjukkan artikel ni dan bagi saya sangat menarik oke..mungkin da ramai yang tahu pasal artikel ni..tapi..grr, saya nak share jugakk..hohoho

artikel ni menceritakan tentang bagaimana seorang wanita Yahudi yang mengandung begitu menjaga pemakanan dan amalan harian sepanjang tempoh mengandung..saya cuba ringkaskan artikel ni supaya korang tak jemu nak baca atau terlebih dahulu menyiapkan tilam dan toto sebab takut tertido masa membaca nanti..ehhe *oke itu perli ye cik me'ah..grr*


1. Amalkan makan sebelum malam
 Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam. Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam. macam kita juga. Islam mengajar kita berbuka puasa ketika Maghrib kan. waktu ini dikatakan merupakan waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.
2. Menyelesaikan satu masalah Matematik setiap hari
 menurut penulis, setelah mengetahui yang dirinya mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. si ibu dan bapa juga akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Si ibu percaya latihan matematik ini akan melatih otak anak yang masih dalam kandungan supaya menjadi seorang genius bila da besar nanti..huwaa..bagi kita pulak, kan digalakkan membaca Al-Quran, dan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang menenangkan jiwa..tapi buat latihan math tu memang pertama kali saya dengar..macam pelik, tapi berguna kot..
3. Banyakkan makan kekacang dan ikan
 lagi satu, sejak awal mengandung, si ibu ni gemar makan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari, makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Mereka percaya, isi ikan sangat baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut penulis lagi, ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. jadi, bagi ibu-ibu mengandung sekalian, elakkan makan kepala ikan okey..ehhe
4. Makan daging dan ikan secara berasingan
Orang Yahudi jugak mengasingkan hidangan daging dan ikan dalam satu meja. menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. seingat saya, Rasulullah sendiri mengamalkan memakan buah-buahan dulu sebelum menjamah nasi, kan? betolkan saya jika saya silap ya..
5. TAK NAK rokok!
Rokok adalah antara larangan utama yang sangat dipentingkan oleh orang Yahudi. mereka akan selamber kodok dan tanpa segan silu meminta kita keluar dari rumah depa dan merokok kat luar tu sepuas hati..sentapp makk..hehee

acely ade banyak lagi ilmu yang ada dalam artikel ni. untuk bacaan lanjut, korang boleh jenguk ke Laman Ustaz Moden ni..saya ada juga baca komen-komen berkaitan artikel yang dikongsikan ni..huwaa..ramai juga yang marah gile, dan ada juga yang faham maksud sebenar penulisan artikel ini..saya pon pada mulanya, khuatir juga nak share entry ni, kot lagi banyak pulak yang tersalah anggap nanti..
makanya, saya jelaskan kat sini, entry ni bukan bertujuan mengagungkan yahudi tetapi mengajak kita untuk melihat betapa mereka, walaupun membenci islam dan digelar sebagai penderhaka Allah paling tegar, mereka adalah manusia yang dalam derhakanya memanfaatkan segala ajaran Allah dan Rasulullah. nampak betapa hebatnya Islam..
apa yang cuba saya sampaikan ialah, even Yahudi membenci Islam, tapi mereka tetap memperaktikkan dalam gaya pemakanan harian mereka adalah sepenuhnya mengikuti sunnah Rasulullah. sebab itu, tajuk entry ni saya ubah sikit daripada tajuk asal artikel..nampak tak?

dan lagi, kebetulan, kak long saya juga sedang mengandung sekarang ni, mungkin ini bole jadi perkongsian berguna untuk tips-tips ibu mengandung sekali..faham tak ni? jadi, harapnya, entry ni janganlah dipandang berat ya..ini hanya sekadar untuk bacaan sahaj. Demi Allah, tiada niat lain dalam hati saya ketika menaip entry ini..

oke da bai..

~wassalam~

pst : terpikat dengan komen pembaca ini :
suka saya menasihati diri saya dan para pembaca di luar sana, ingatlah setiap bahan bacaan yang kita baca, kitalah yang memprosesnya, menaakulnya untuk kita fahami dan hayati, seterusnya, kita jugalah yang berhak menolak atau menerimanya. namun, carilah baik dalam setiap langkah kehidupan kita, jernihkanlah hati untuk menempa kebaikan kerana hati kita adalah milik kita, dan iman itu letaknya di hati. wallahu a’lam..


You Might Also Like

12 Comments

  1. rase nk ngndung je..
    haha..
    cara dorg 2 bgos jgk la..

    ReplyDelete
  2. terbaik kak atas perkongsian ni!!

    tapi suka saya nak bgtau..
    kalauleh wat la point ek
    senang nak bace...

    kalau x de point boring..

    siyes cakap.. Ok??

    thx sgt.. suke entry ni!

    so kit asbgi islam kene la mula dr sekarang!!

    do walking to my site :)

    ReplyDelete
  3. akua de tgk rancangan tv israel mase dok kat egypt dulu..wad bersalin die memang jauh dari orang ramai..siap pasang quran lagi tu

    ReplyDelete
  4. walaupon dlam aq ckap yahudi ni x de tmpat dlam dunia...
    tpi die ttap jadi bangsa yg mmpunyai pengaruh yg kuat..

    bnde yg baik ikot je laa...

    ReplyDelete
  5. @Cik Ezy

    haiippp..cik ezy nikah dulu..nnti bole amalkan cara ni ek

    ReplyDelete
  6. @Anisa Hang Tuah

    betoi3..jaga makan, anak sehat n bijak..

    ReplyDelete
  7. @twinkle twinkle

    thanks mira..lame xsinggah blog kamu dik..huhuh

    ReplyDelete
  8. @JIJI YU

    uiksss..betol ke cikgu, mereka ni mcm ego je nak ngaku kebenaran Islam..tp dlm xngaku tu, still jadikan islam sbg amalan..

    ReplyDelete
  9. @zulfadli zulkifli

    ye btol..tq sbb faham maksud saya..

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^