Tips : Vaseline

Tuesday, July 09, 2019

Assalamualaikum.. 

hi semua,

hamboii lama betol menyepikan kan diri ya. Banyak benda jadi last few week but yang pasti, semuanya mengumbirakan. well, harini nak share a few tips datang dari kehebatan vaseline. Pada saya, gel ni memang WAJIB ada pada semua, bukan aje pada wanita, but guys pun should have jugak tau. 
Vaseline ni tak mahal mana pun rasanya, plus drugstore like Watsons and Guardian memang ada jual. well, before that, FYI, tips ni semua saya da pernah cuba pada diri sendiri okey, jadi jangan risau untuk mencuba. But mungkin hasilnya berbeza dari yang saya dapat, sebab kondisi kulit kita kan berbeza-beza kan.

1. Pelembab bibir.

yes. ni memang ramai yang da tahu kan. vaseline memang da diketahui sebagai pelembab bibir. For those yang ada masalah bibir kering dan mengelupas, ce try guna vaseline untuk beberapa hari, insyaALLAH bibir akan jadi lembap aje. tapi jangan lupa minum air masak 8 gelas sehari pulak. sebab tu punca utama untuk kelembapan kulit yang ideal okeyy. but ada pendapat yang cakap, letak vaseline pada bibir boleh buat bibir jadi hitam. well, for me, kalau you tak rajin scrub your bibir, keep pakai liptick yang tak sesuai dengan you, kemungkinan bibir jadi hitam tu memangla tinggi. so rajin-rajin scrub bibir, guna berus gigi jurr (WITHOUT ubat gigi okayy!)


2. Pengecut jerawat.

tak sure ramai tahu atau tidak pasal ni, but vaseline jugak mampu buat jerawat kecut dengan cepat. oke, jerawat bagi saya perkara biasa kalau naik seketul dua kat muka lebih-lebih lagi bila tengah MC. ehem. cuba amalkan bila naik aje seketul jerawat durjana kat muka, before sleep. sapukan vaseline pada jerawat tu, for sure esoknya da kecut da hehe. seriusly, ini yang saya dapat. ce korang try pulak.


3. Lip gloss.

yes lip gloss. i am not really a fan of lip gloss. tak pernah lagi beli sebarang lip gloss untuk pakai sendiri, yang ada sekarang pun curik ibu punya agagaga. but kadang-kadang perlu ada juga lebih-lebih lagi untuk make up customer sekarang ni. jadi apa yang saya buat? hoho. buat lip gloss sendiri dengan vaseline dan lipstik pelbagai warna. hasilnya lebih AWEsome oke, trust me. Bibir jadi lebih lembap dan lipstik tahan lebih lama. and yeahh, ini juga saya da test pada diri sendiri dulu dan juga pada beberapa orang customer. Hasilnya, lipstik tahan lebih 8 jam dengan warna yang lebih mabelesss ai tell yu!


4. Eyeshadow primer/base.

ini memang tersangatlah terbukti. tak payah da nak beli eye primer, atau eyeshadow base. dengan vaseline ni aje da cukup nak kasi eyeshadow lebih terang dan tahan lama. ohh sangat serius, saya da cuba and the result sangatlah menarik, eyeshadow lebih pigmented and cantik aje terletak tak pudar sikit pun. cuba try. tapi jangan letak banyak sangat vaseline kat kawasan kelopak mata tu, nanti jadi melekit sangat pulak. cuma amek sikit aje macam nak pakai eye base kat mata. sikit sangat-sangat ye.


5. Make up remover.

best kan vaseline ni, macam-macam bole buat. saya kalau tak sempat sangat nak bawak semua keperluan if nak keluar mana-mana, bawak vaseline and a few thing aje da cukup oke. bila nak solat, ambil vaseline, sapu pada kawasan mata then gosok dengan tisu atau kapas muka. bersih oke. mudah sangat.


6. Eye cream
 
this one saya baru je tahu after berjinak-jinak dalam dunia skincare, gitu. I've been trying this new tips few week, and wallahh! eyebag memang ketara laa berkurang sangat. Dark cirle pun so far makin pudar. My eyes look so fresh tau. seriuss tak tipu. but untuk hilangkan garis halus bawah mata, vaseline bukan penyelamatnya okay. You have to try other eye serum yang sesuai. saya pun tak jumpa lagi eye serum yang betul-betul boleh hilangkan garis bawah mata, i think anti-aging product will do (kot!)
.....

tadaaaa. see, banyak benda yang bole kita buat dengan vaseline ni tau. eh kejap, mesti ramai yang cakap, vaseline ni boleh jadi eye base, but bole juga jadi eyeshadow remover? tak ke eyeshadow tanggal lebih cepat kalau pakai base dari vaseline? ehehe. itu la saya cakap tadi, masa nak jadikan vaseline sebagai base, jangan amek banyak gile macam nak pakai lip gloss tu, amek sikit aje, macam korang nak pakai base, kan ciput aje kan. ingat, amek sikit aje tau. and trust me, eyeshadow insyaALLAH tahan lagi lama uolss!


oke da bai,

~wassalam~ 
 

You Might Also Like

12 Comments

  1. Wahhh..banyak rupanya kegunaan vaseline ni..saya ingat utk letak kat bibir je..hehe..

    ReplyDelete
  2. wah..byk gak kegunannya ea.. jrg pakai ni..hihi

    ReplyDelete
  3. saye mmg gune vaseline tp sbgai pelembap bibir jela.. xtau plak vaseline ni byk kegunaan..
    haha
    pasni leh try..

    ReplyDelete
  4. @nur anis

    heheh, kan kan. saya pun tahu sebab ada kawan-kawan yang share. try la oke ;)

    ReplyDelete
  5. @nuyui a.k.a miss YUI

    cuba da yang. best tau vaseline ni, serius bestt

    ReplyDelete
  6. @Ezy Chiaki

    xpe ezy, lepas ni bule test kan..

    ReplyDelete
  7. wohoo. multipurpose ni..=) tq share

    ReplyDelete
  8. @W.o.a.y.I.e.s

    no biggie, thanks singgah ya :)

    ReplyDelete
  9. akakk~~ tq sangat bagi tips ni :DD
    pagi tadi naik jerawat try letak vaseline, terus tak jadi timbul. haha

    ReplyDelete
  10. @faten osman

    haha yeke, huwa oke la tu. mmg kena ada vaseline ni kan..

    ReplyDelete
  11. Kt mane ade jual vaselline ni? Watsin, guardian ade? Kedai biase ade ke? :)

    ReplyDelete
  12. tadi siang terpikir..vaseline kan boleh lembabkan bibir..kulit kering ke..why not try kat jerawat..jenuh la belek keliling vaseline nak tengok kot ada kata jangan letak kat muka, sekali google jumpa info ni..terus tepek kat jerawat..hehe..tq 4 d info..

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^