First Buffered Earning by Nuffnang
Sunday, July 03, 2011
Assalamualaikum..
selamat petang semua..
alhamdulillah, setelah hampir setahun bersama Nuffnang, hari ni pertama kali dapat BE..thanks Nuffnang..
alhamdulillah, setelah hampir setahun bersama Nuffnang, hari ni pertama kali dapat BE..thanks Nuffnang..
sebenarnya, 3, 4 hari yang lepas, saya ada kirimkan ticket (bagi siapa yang faham tiket tu ape ya) ke pihak Nuffnang berkenaan BE untuk blogger-blogger. saya bertanya mengenai kriteria sesebuah blog yang biasanya akan terpilih untuk menerima BE atau ME dari pihak mereka. motif tersiratnya adalah untuk mengadu kenapa blog Mia Suka Berangan ni susah sangat nak terima BE..ehkehkehke..orang kata, sambil menyelam, minum air..ehem..
alhamdulillah, Nuffnang bagi saya jawapan yang sangat jelas dan mudah faham. BE atau ME sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM. pihak Advertisers sendiri yang memilih blog yang sesuai untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Nuffnang ada jugak bagi tips untuk dapat kempen CPM ni. memang terbaek lah. meh sini nak tampal bulat-bulat jawapan dari pihak Nuffnang ya. mana lah tahu, kot boleh bantu korang dapat BE pulak lepas baca info ni. nanti bole belanja coconut shit shake..gaggagagaaga..oke over kau kan.
1. Kemaskini bahagian 'Survey' akaun Nuffnang
Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan blogger yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.
2. Tampal unit iklan di tempat yang sesuai/betul
Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.
Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda.
Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda.
3. Gunakan ketiga-tiga unit iklan di blog anda
Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
4. Keahlian eksklusif/ Status Glitterati
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!
Good luck dan selamat berblogging!
Cheers,Anne CheahBlogger RelationsNuffnang Sdn Bhdwww.nuffnang.com.my
hamek kau, hehehhee..info ni untuk mereka yang tak tahu ya, termasuklah saya. kepada blogger-blogger yang da beribu riban terima BE or ME, silakan betul apa yang salah kat sini. dan kepada anda yang tidak berminat nak ambil tahu tentang perkara ini, baca je la ea..hehe, kot boleh tambah pengetahuan.
~wassalam~
p/s : rejeki hari ni..alhamdulillah..thanks Nuffnang >,<
~wassalam~
p/s : rejeki hari ni..alhamdulillah..thanks Nuffnang >,<
12 Comments
dah ada BE ni rajin rajin la update blog yea :-)
ReplyDeletetak penah dapat BE ni...huhuhu
ReplyDeletetahinah2..
ReplyDeletekak mia! kite tak reti camne nak letak large rectangle tue kat bawah entry first :(
ReplyDeleteajar la kite kak miaaa huhu
@delarocha
ReplyDeletehuhu..kekangan masa n kerja la pokcik..ehhee..
@nohoho =)
ReplyDeleteacer tgk kot ade yg xlengkap kat survey tu ek..saya pon baru je lagi ni kot
@JIJI YU
ReplyDeletetengkiu tengkiuu
@alia shahira
ReplyDeletesyg, tu kene edit coding sket tau..nnti akk try buat tutorial ea..ataupun, alia cer try carik kat google
Tahniah dik...
ReplyDelete@zmah
ReplyDeletethanks dear..
akak kite xtau lagi! kite tunggu akak buat tutorial yang letak2 bende alah tue. nuffnang kite x gerakk kot even dh lame letakkk huhu :(
ReplyDeleteMencari tips untuk dapat BE...singgah sini...
ReplyDeleteSelamat berkenalan!
SHARE LINK ANDA DI SINI
<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>
thanks for dropping by...
^__^