Men vs Women : Perbezaan Fizikal dan Mental

Friday, July 12, 2019

Assalamualaikum..
 
Saya pernah dengar satu forum tentang beza lelaki dan perempuan. Memang menarik sangat. Ahli panel dalam forum ni ialah Dr Fadzilah Kamsah dan Dr Mashitah. Memang kaw-kaw perdebatan dalam forum ni. Lawak but very interesting.

So today nak share sedikit rumusan daripada forum tersebut ya. Tapi sebelum tu, nak ingatkan, entry ni sekadar suka suki je okay. Bukan nak membanding bagai antara lelaki atau perempuan. Saya suka lelaki, and saya support wanita. Saya share sebab topik ni menarik ya amat and yess, korang boleh nilai sendiri betul salahnya, okay?


1. Kulit

Lelaki ni dijadikan dengan kulit yang tebal daripada wanita..(sebab tu lelaki kadang-kadang tak tahu malu, kihkih jokes uols). Wanita  pula diciptakan Tuhan dengan kulit yang lebih nipis. That is why kalau kita perasan, banyak sangat produk kesihatan dan penjagaan yang diikhaskan untuk wanita. Sebab mostly beautician da tahu yang perempuan perlu jaga skin lebih sikit dari orang lelaki
 
 

2. Mata

Mata pun ada beza ye uols. Lelaki hanya boleh nampak sekitar 60 darjah ye makcik-makcik sekalian. Mata perempuan pula diciptakan untuk melihat keluasan sebanyak 120 darjah. Hamek kau. That's why orang perempuan kalau menjelingg, tembuss dinding woo.

Lelaki pula dikatakan kurang menjeling (¬_¬) Contoh terbaik ialah Rasulullah SAW sendiri. Baginda tak pernah menjeling. Kalau nak tengok orang or bertegur sapa, Baginda akan pusingkan the whole body menghadap sahabat yang menyapa tu. Apart from that, mata lelaki juga diciptakan sebagai mata pemburu, mata wanita pula sebagai mata yang neutral, yang melihat ketelitian. Sebab itu wanita sesuai untuk jadi pengasuh dan pendidik. See, betapa hebatnya wanita. 

Mata lelaki kan mata pemburu, so sesuai untuk melihat something yang jauh. Lelaki bertenaga untuk pandang yang nun jauh di depan. Sebab tu, orang lelaki ni kan if kita suruh cari benda depan mata kemain susah nak nampak. So mokcik semua, jangan marah okay kalau pokcik tak jumpa pengetip kuku yang ada depan biji mata dia. Bawak bersabar je lah.


This one is very interesting. Disebabkan mata lelaki kan mata yang boleh nampak yang kat depan sana (temasuk kat depan umah ehem!) , kakak-kakak jangan marah kalau suami tersayang ternampak isteri jiran depan umah atau awek naik moto beli surat khabar, sebab lelaki kan berpandangan JAUH la sangat...(T______T) okay jokes ya.



3. Instinct

Secara umumnya, wanita diciptakan untuk mudah membaca segala gerak dan rasa hati kaum lelaki. Rare kan. Dengan hanya melihat gelagat dan tingkah seorang lelaki, kebanyakan wanita da boleh tahu hati budi lelaki. Tapi malangnya, kebanyakan wanita tak gunakan kehebatan ni. Kita lebih banyak guna emosi sebagai juri terbaik untuk menilai. I have to admit this. Girls, saya pun kadang-kadang macam tu.

Lelaki pulak lebih kepada berfikiran logik dan rasional. Lelaki mostly kurang buat penilaian menggunakan emosi. Sebab tu my dear reader, lelaki ni kadang-kadang kita nampak macam takde perasaan je.

Kengkonon nak  pi tengok wayang. Perempuan kan normally nak kena mengade-ngade sikit. Bila lelaki tanya, nak tengok wayang tak? Perempuan pun jawab, tak kot tapi if yu nak, ai ikot je. Konon-konon cover la kan. Kalau dapat boyfriend yang serius berfikiran logik dan rasional, dia akan jawab, alright if yu tak nak, takpela..save duit ai! denggg!!



4. Teguran

Selain tu, bagi perempuan, teguran secara direct boleh diterima dengan hati yang terbuka tapi biarlah kena dengan cara teguran. Tak perlu berkasar but tegas. Berbeza dengan lelaki. Kebanyakan lelaki sangat tidak boleh menerima teguran secara direct. But again, this is just pendapat umum. Mungkin ada lelaki yang senang menerima teguran, ada juga yang boleh menenerima teguran secara berlapik.

Lelaki akan terasa hati kita cakap direct TAK SUKA pada apa-apa yang dia suka. so girls, kalau nak tegur BF atau your husband, guna ayat berlapik tau. Tegur la dengan cara yang lembut tapi makan dalam heh!
 

Fuhh, cukup kot setakat ni. Panjang sangat mengarang, rajin pulak korang nak baca. Rasanya isu
ni menarik untuk dikongsi. So that kita akan sama-sama faham and sama-sama belajar. Ada sebab kenapa Tuhan jadikan kita berpasangan, untuk saling melengkapi. So my dear, jom cari and fahami perbezaan antara kita dan pasangan supaya dapat bentukkan persamaan.

~wassalam~

You Might Also Like

17 Comments

  1. huk3...
    kelaka la entry nih...
    *gelak guling2*
    tapi..
    betol...sgt2 betol2..

    ReplyDelete
  2. >>____<<


    ikut sunnah nabi
    jangan jeling2 ... keh3x

    ReplyDelete
  3. nyssa nuar :
    hahahaha...kan dear...almost betol la..hehe



    frodo :
    kehekheke...ntah bole ke tak..kalu bole, jling org smpai nk terkeluaq bijik mate..

    ReplyDelete
  4. haah berdarah hidung..hihi.. ;p
    btw,nice entry

    ReplyDelete
  5. emma :
    ahkahaka..kan da kate..grrrr..thanks ek singgah..

    ReplyDelete
  6. hahaha.. adeyhh... kena setepek...

    ReplyDelete
  7. suke entry nieyh..penah dgr bape kali lam radio..lagi2 kalau dr fadhilah kamsah yg cakap...mmg klaka...hehe...
    oo..lupe..sal url xley jejak tu..mmg sbb template rara...hehe...

    ReplyDelete
  8. hahahaha
    kelaka la miaa

    nis byk kali gaduh dgn laki
    siap tendang anu skali
    erm

    ReplyDelete
  9. solihin :
    hahahahaa...betol la ni kan??kehekeh



    rara :
    ha kan syg...rara try la ubah template dear..senang akk nk tgk da update ke blom..

    ReplyDelete
  10. anisa :
    hahahaa...yeke yang?pastu jadi ape??
    mia penah gadoh smpi maen sepak3 tau..grrr

    ReplyDelete
  11. Best entry ! Terbaek. sungguh byk beza nye ye?

    ReplyDelete
  12. hamzah ian :
    huwaa..tq majah

    ReplyDelete
  13. mira twinkle :
    hehhee..thanks dear

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas posting ini, cukup membantu dan mengatakan banyak

    ReplyDelete
  15. ni fakta ke auta ni? X nampak lg ni.

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^