Jenis status kat Facebook yang boleh bikin HANGIN satu badan. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Saturday, December 17, 2011

Jenis status kat Facebook yang boleh bikin HANGIN satu badan.

Dicatat oleh m i a di 9:42 AM
Assalamualaikum..

hi semua,

sory dua tiga menjak ni fikiran agak sibuk dengan nasyid, dengan hal kedai bagai. oke sekarang nak baget macam bisneswoman berjaya lettew kan, grrr. motif? baek abaikan.

baeklah, sebenarnya saya ni bukanlah jenis yang suka sangat menghadap facebook. seminggu tak online takde la meroyan sangat. eh ada jugak yang resah gelisah kalau tak online facebook even sehari pun kan. haipp jangan tipu, pasti ada kan. oleh itu, kalau ada status kawan-kawan yang saya betol-betol adore, barulah button 'like' tu saya klik.




dan ada juga status yang saya rasa macam annoying gile sampai rasa tak boleh blah, rasa meluat tahap gaban dari hujung rambut ke hujung kaki *faham tak rasa meluat yang macamane saya maksud kan?* mulalah saya nak berbunyik kat wall sendiri. melepaskan geram sampai tiba-tiba dapat sms 'eh eh mak nenek stress dengan sape ni sampai buat status?' ehem. al maklum, kalau kita jarang berbunyik, bila sekali da berbunyik memang semua pun perasan kan hehe. antara status yang bole buat hangin satu badan :


1. status perli-perli orang dengan ayat poyo nak mati macam die tak penah buat benda yang sama puihh!

percaya atau tidak, melalui status kita kat facebook pon bole mencerminkan diri kita yang sebenar oke. saya memang meluat sangat kalau terbaca status yang nak perli-perli orang lain. lagi-lagi dengan ayat yang tersangatla kerek gila macam beliau saje yang paling baik kat dunia ni. pendapat saya, kau nak nasihat orang tu memang sangat positif, tumbs up oke! 

tapi bila da guna ayat yang menunjukkan ke'poyo'an diri sendiri, oh peliss. saya rasa tak bole blah betol. lagi-lagi kalau nak kasi perli tindakan budak-budak remaja padahal die masa zaman remaja buat jugak, demm! kakak abang, kalau nak nasihat adik-adik zaman sekarang, guna bahasa baek sikit bole, ai meluat la kalau yu guna ayat nak tunjuk diri tu macam bagus sangat! hyeeee marah ni grrr.



2. status nak tunjuk kekayaan atau kemewahan yang dia ada. B.E.L.A.G.A.K!

oke ini memang hak masing-masing kan. dan memang saya tak ulas pon kalau terbaca status macam ni. cuma kadang-kadang tu rasa tak bole blah tu datang jugak. saya oke lagi kalau yang sederhana poyo. macam ni okelah kot


hari ni my darling bucuk anje bom kebabomm belikan tuti fruiti harga rm59.90 tau. sedap sangat yum yummmmm. ai lebiu sayang my darling bucuk anje. sayang nak matik tau!

oke tetap tak bole belah!! grrr


tapi kalau yang gileeeee punya poyo nak mampos meninggal, makk aii..rasa nak menangis nak geget diri sendiri pon ada sebab meluat sangat *oke over kaww mak nenek!*


alahaiiii, peningla macam ni. baru je beli BMW 523i seminggu lepas, tapi semalam 'papa' call tanya nak Mercedes Benz SLS AMG tak. pening sangat fikir benda ni. ai stress dan sedih sebab next week nak pegi Paris dan Italy, but still belum bagi keputusan pada 'papa' pasal Mercedes Benz SLS AMG *saje ulang lagi sekali* kalau ai terima, means ada dua kereta la kat banglo nanti kan. kalau uols macamane? terima atau tak?

buikssss, muntah darah !!!!


kau nampak gila punya nak belagak?? status begini lah yang saya maksud kan betapa tak bole blah nye rasa kalau terbaca. nak lagi tak bole blah, album setiap satu album dalam facebook tu, semua nak tunjuk poyo. album 1 - my kereta collection, album 2 - my iPhone collection, album 3 - my dslr collection, album 4 - my lovely swimming pool at house bla blaa kau bole tahan orang belagak macam ni adoihhh!

but still, bahaya oke kalau ada status poyo sebegini. sebab, penyangak penyamun lebih senang mengenal pasti anda yang kaya raya dan mungkin anda akan jadi mangsa seterusnya? makanya mak incik mak incik sekalian, sila jangan belagak tentang kekayaan yang anda ada kat Facebook ya. teman tak berapa berkenan oke.

termasuk yang entry pasal upload gambar kat Facebook ni, da 2 entry saya berkaitan facebook kan muhaha. Laman Facebook ni bole jadi teman yang paling best gile, tapi bole jugak jadi benda yang menghancurkan oke. waspada!

oke da bai,

~wassalam~

15 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI on December 13, 2011 at 5:10 AM said... BALAS

hakhak..poyo tak boleh blah tu..

mia on December 13, 2011 at 5:31 AM said... BALAS

@nuyui a.k.a miss YUI

btol dik, kita tengok pon meluat tak bole belah kan

..flaming0s jazz.. on December 13, 2011 at 6:52 AM said... BALAS

haha . gler poyo . 'papa' call tanya nak Mercedes Benz SLS AMG tak. haha . terbaekk la kak entry ny !

mia on December 13, 2011 at 7:20 AM said... BALAS

@..flaming0s jazz..

hahaha, faham kan betapa poyonyeee die..hehee..

cikpia on December 14, 2011 at 5:24 PM said... BALAS

belagak tahap gaban!!!

Pida on December 14, 2011 at 8:34 PM said... BALAS

Hi, blogwalking.

Kadang2 status bodo2 mcm "Lapar", "ngantuk ler" pun boleh dpt berbelas2 komen hahahaha

alinac lover on December 19, 2011 at 10:12 AM said... BALAS

status yong ala2 artis.. bole trima?? heheheh

aleen aiden on December 20, 2011 at 8:27 AM said... BALAS

yup2.memang ade pesen status fb yg bley buat orang rase annoyed sangat2.huuuu

jijie on December 20, 2011 at 9:08 PM said... BALAS

mia,
twitter pun tidak ketinggalan. lagi banyakkk... huhu

mia on December 26, 2011 at 5:26 PM said... BALAS

@cikpia

xleh blah kan..mmg gaban segala gaban la

mia on December 26, 2011 at 5:27 PM said... BALAS

@Pida

hhehe, btol jgk..mybi sbb die pon slalu 'like' status org gitu kot..hehehe

mia on December 26, 2011 at 5:28 PM said... BALAS

@alinac lover

owhh hahaha nk baget retis la kot yang..layankan aje..

mia on December 26, 2011 at 5:28 PM said... BALAS

@aleen aiden

yup..kadang2 rase myampah gile kan..

mia on December 26, 2011 at 5:29 PM said... BALAS

@jijie

hehhe, mmg pun, tp mgkin sbb kat twitter sy kurang sket, jadi xnmpak sgt la..hhehe

Anonymous said... BALAS

Nice

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan