Hati-hati dengan jenayah makeluk dari Facebook, safety FIRST! | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Wednesday, November 16, 2011

Hati-hati dengan jenayah makeluk dari Facebook, safety FIRST!

Dicatat oleh m i a di 6:15 PM
Assalamualaikum..

hi semua.

huwa persengketaan line Internet dengan ahli keluarga saya da kembali jernih 2,3 hari ni. bukak Youtube tengok Bleach and Dragon Ball berdesup aje dia jalan oyea. dan saya harap hubungan baik ini akan berkekalan hingga ke akhirnya, amin amin.

ape kaw merepek mak nenek oii!! oke sudah. sekarang ni semua macam berlumba-lumba kat dalam Facebook ea. makcik pokcik pon nak jugak ada Facebook which is good sebab bole dekatkan saudara dan kawan-kawan lama yang da berpuluh tahun tak jumpa kan. acely, Facebook ni memang media sosial paling terbaik zaman ini, selain blog. kalau kita guna untuk buat benda baik tak merapu-rapu, hasilnya positif la kan, dan sebaliknya.




cuma yang tak bestnya, sekarang ni da muncul malaun-malaun kepala toncet pegi buat account ntah hape-hape. lepas tu, upload picture ntah sape-sape bagi tujuan untuk memalukan. apekah? saya ada jumpa beberapa account yang memang seriusly MENGARUT gile. admin pegi upload picture anak-anak gadis, lepastu publish kasi semua tengok dan komen. nak lagi hangat, komen pulak datang dari makeluk-makeluk halus yang belom cukup umo, so ayat yang keluar memang macam sakai gile la kan.

kalau picture tu memang macam 'sengaja minta lempang' takpela, nak buat macamane, da kau upload picture yang bukan-bukan sape suruh. masalahnya, picture yang bagi saya, takde kena mengena langsung dengan isu yang admin bawak tu, pon di'upload' jugak dalam page yang sama. kau da kenapa bang? terencat?

fine, mesti ada bunyi-bunyi yang cakap, sape suruh dia upload picture gedik-gedik santai mulut muncung macam itik, tangan ke bahu mata ke atas sambil kaki angkat sebelah. kalau tak nak orang tengok, jangan upload je senang kan. eh betol jugak. sangat betol. tapi si admin bongok kepala toncet ni, orang amek gambar dengan kakak dan adik sedara time hari raya bersalam-salaman, die kasi edit sana sini kasi nampak macam PELIK sikit, lepas tu publish. hapekebendanye hituuuiii!

 ini bengap namanya. fikir dulu sebelum bertindak my dear.

sangat tak bertamadun. saya rasa macam facebook da tak selamat sekarang ni. mungkin founder FB ni juga sedar tentang masalah ni, so sebab tu Facebook da di'upgrade' ke version yang lebih lengkap dengan privasi tools yang lebih hebat. makanya, kita sendiri perlu study sikit supaya picture tak terlepas ke tangan malaun-malaun kepala toncet itu. apa yang kita bole buat ialah :

1. godek sikit Privacy Setting yang Home Facebook. kat situ dia ada kasi info tentang cara nak private semua info dalam account so dat orang lain tak bole view atau copy sesuka hati.

2. 'customize' kan semua album dalam account. setup album supaya hanya user dalam friendlist aje yang bole view album. atau nak lagi save, klik button 'CUSTOM' dan pilih je orang tertentu atau terdekat korang aje.

3. hati-hati sebelum accept friend request. jangan main belasah je yang oii. tengok sikit siapa mutual friend atau sebarang info tentang user tu. tolong jangan baget hott okey konon eh eh manyaknyeww fren request ittewww sukew sukew sumew sayam itteww auuw. TAKDE MAKNENYE!

4. ini kesedaran sendiri la ye. sebelum upload picture tu, fikir la sekejap. tak lame, sekejap pon jadilah. fikir kot nanti ibu ayah tengok macamane reaksi diorang, bangga atau malu? fikir kalau cikgu-cikgu tengok, apa reaksi diorang. cuba fikir sekejap aje ya adik-adik. tak rugi pon kalau fikir, daripada kita dapat malu bila muka sendiri kena bahan, ye tak?




harap maafla ye, entry ni panjang sangatla pulak. terima kasih pada yang sudi baca sampai abes. dan kalau bole, buatlah macam 4 suggestion saya tu ya. Dunia tanpa sempadan ni, macam-macam bole jadi tau. jadi kena hati-hati dan jaga diri sendiri oraitt.


2 ulasan:

delarocha on November 15, 2011 at 7:43 PM said... BALAS

macam macam skrg ni kan kan kan

mia on November 17, 2011 at 5:34 AM said... BALAS

@delarocha

so true. bahaya sngt da skrg ni..huhu

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan