˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: April 2012


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, April 20, 2012

Please Vote For Me

Dicatat oleh m i a di 4:24 PM 8 ulasan
STICKY POST
*scroll ke bawah untuk lihat entry terbaharu*
Assalamualaikum..

hi semua,

hari ni genap umur 25 tahun. dan sepanjang 25 tahun hidup, ni pertama kali masuk contest rasa cam ngok ngek aje hehe. dengan rasa segan dan rendah dirinya, saya nak minta jasa baik, dengan kesudian hati korang untuk vote saya dalam contest ni, bole ke?

1. Like fanpage Naturactor Product ( Cosmetic )

2. Like Picture Saya ni ya.

sudi-sudikan la ye. thanks semua.

oke da bai,

~wassalam~

Thursday, April 19, 2012

Khamis Kata (1)

Dicatat oleh m i a di 8:40 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..


a broken TRUST can be described as melted chocolate. no matter how hard you try to freeze it, it will never return to its true shape.

unless kaw ada bekas acuan la, hoho


oke bai,

~wassalam~

Monday, April 16, 2012

Review : Avon Glimmerstick Eye Liner (Black)

Dicatat oleh m i a di 2:31 PM 3 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

yeah arini semangat nak review produk. hohoiii banyak gile produk nak review oke but semuanya asyik bertangguh aje. saya baru aje beli Tony Moly lip tint and it was soooo AWEsomeeeee!! oke ehem, nanti tunggu review orait. baek, hari ni saya nak share pendapat tentang eyeliner dari Avon ni ya.

Avon Glimmerstick Eye Liner in Blackest Black G01

acely, saya da cuba banyak eyeliner dari pelbagai brand and semuanya bagus-bagus belaka. nanti saya review eyeliner lain yang pernah saya pakai oke. but now, jom focus pada yang ini dulu.

Pro

oyeass, 1st time guna saya terus jatuh hati dengan eyeliner dari Avon. sangat smooth, tak mudah comot dan tahan lama pada mata tanpa selekeh sikit pun oke. i mean, seriusly tahan lama oke lebih 8 jam tanpa comot. warna hitam yang sangat pekat dan mudah nak apply pada bahagian mata. dan lagi, eyeliner ni jenis roll so senang tak payah nak mengasah kasi tajam selalu. harga pun sangat murah RM 10 sahaja.


tengok gambar, see senang aje cuma roll bila eyeliner da pendek. kat sini, nak tunjukkan juga a few test yang saya buat untuk kasi lebih jelas pasal eyeliner glimmerstick ni oke. cekkidaud!

belah kiri : without base | belah kanan : with base

see, dengan eyeshadow base, warna hitam jadi lebih pekat berbanding yang tak pakai base kan. so nak result lebih AWEsome, gunakan base. ini saya pakai base dari vaseline aje tau, hoho. click this ENTRY.

warna pada both side tak pudar bila disapu dengan air.

ini saya hanya gunakan kapas muka tanpa makeup remover. warna still susah nak hilang.

and of cos, dengan makeup remover totally bersih. ini saya gunakan vaseline jugak, hehe.

Kontra

apa yang tak best? pada saya semuanya oke. cuma warna yang susah nak tanggal aje la kot. perlu bersihkan guna makeup remover kalau nak solat. guna vaseline pun bole hilang tau. dan lagi, produk ni hanya dijual di butik Avon so macam susah nak dapat la, unless kalau butik Avon tu kat sebelah rumah, agagagagaga.

Repurchase?

Yes totally. hoho

....

buat masa sekarang saya memang guna eyeliner glimmerstick ni aje, da jatuh hati gile da oke. even ada eyeliner elianto and silkygirl, but saya tetap guna yang ini. sebab best sangat. kalau ada pendapat yang lain, jom la share kat sini ya. kongsi juga kalau ada produk lain yang superb mabeless, bole saya try, hoho.

oke da bai,

~wassalam~

Sunday, April 15, 2012

Contact Lens boleh pakai selama SETAHUN?

Dicatat oleh m i a di 12:24 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

memang sekarang ni mata berehat sepenuhnya dari sebarang bentuk lens. saya cuma pakai kaca mata aje bila perlu. malam memang da macam ikan flower horn kejap-kejap kecikkan mata sebab tak nampak, huhu.

isu lens online kat blog saya bermula dengan entry MATA MERAH AND PEDIH ni. seterusnya, saya letak pulak picture mata merah kesan pakai lens online kat dalam entry INI. thanks pada yang sudi drop komen oke. at least saya tahu, bukan saya je yang dapat kesan yang pahit macam tu, hehe.

well, saya nak share info tentang lens yang katanya dari Korea and China. memang ramai yang da tahu xpired date lens ni adalah lebih dari 6 bulan, atau setahun pon masih bole pakai jugak kan. actually, lens yang diperbuat dari Korea or China yang dikatakan tahan 1 tahun tu mempunyai lapisan yang lebih tebal berbanding lens 3 bulan yang lebih mahal harganya.



Contact lens ni macam lapisan plastic yang kita letak kat anak mata untuk nampak cantik kan, bila ada plastik yang bole tahan tebal kat bebola mata, mata kita tak dapat bernafas dengan baik. sebab tu, bila pakai lens online yang saiznya lebih tebal, mata jadi lebih cepat kering, pedih dan merah-merah berbanding lens yang jual kat kedai optometri yang memang kualitinya terjaga. paling lama kita bole pakai pun dalam 2 jam or 3 jam je sebenarnya tau. and yes, kena selalu drop eye drop kat dalam mata.

ini pendapat saya sendiri oke dan ada juga terbaca dari blog-blog lain. kalau kita beli lens secara online, stok lens tu memang ada di tempat pembekal yang kita tak tahu kondisi atau suhu tempat tu macamana. let say, stok lens tu diletakkan kat rumah aje kan, suhu bilik yang tak sesuai pun sebenarnya da bole buat lens jadi rosak. mungkin ada la sebilangan pembekal and penjual yang betul menjaga semua aspek-aspek ni, but who knows kan?


well, sekarang terpulang. if rasa mata oke sepanjang menggunakan lens online, that's very good. but kalau mata da mula rasa lain macam, better stop and rehat dari pakai sebarang lens ya. seriusly, saya sangat serik da. mata sekarang pun da tak macam dulu huhu. but apa nak buat. paling kurang pun sekarang ni, mata saya tak merah dan tak cepat kering macam sebelum ni, syukur alhamdulillah.

oke da bai,

~wassalam~

Saturday, April 14, 2012

Tips : Vaseline

Dicatat oleh m i a di 12:00 PM 12 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

hamboii lama betol menyepikan kan diri ya. sory uols. banyak benda jadi last few week but yang pasti, semuanya mengumbirakan muhahaha. well, harini nak share a few tips datang dari kehebatan vaseline. pada saya, gel ni memang WAJIB ada pada semua oke. bukan aje pada wanita, but guys pun shud have jugak tau.


tak mahal. rasanya RM 4.50 kot harganya. baek, sebelum tu, tips ni semua saya da test pada diri sendiri okey, bukan maen hentam aje. jadi jangan risau untuk mencuba. mungkin hasilnya berbeza dari yang saya dapat, sebab kondisi kulit kita kan berbeza-beza kan.

1. pelembab bibir.

yes. ni memang ramai yang da tahu kan. vaseline memang da diwar-war kan sebagai pelembab bibir. bagi awak awak yang ada masalah bibir kering dan mengelupas, ce try guna vaseline untuk beberapa hari, insyaALLAH bibir akan jadi lembap aje. tapi jangan lupa minum air masak 8 gelas sehari pulak. sebab tu punca utama untuk kelembapan kulit yang ideal okeyy.

2. pengecut jerawat.

tak sure ramai tahu atau tidak pasal ni, but vaseline jugak mampu buat jerawat kecut dengan cepat. oke, jerawat bagi saya perkara biasa kalau naik seketul dua kat muka lebih-lebih lagi bila tengah MC. ehem. cuba amalkan bila naek aje seketul jerawat durjana kat muka, sebelum tido sapukan vaseline pada jerawat tu, for sure esoknya da kecut da hehe. seriusly, ini yang saya dapat. ce korang try pulak oke.

3. lip gloss.

yes lip gloss. saya memang bukan peminat lip gloss oke. tak pernah lagi beli sebarang lip gloss sendiri, yang ada sekarang pun curik ibu punya agagaga. but kadang-kadang perlu ada juga lebih-lebih lagi untuk make up customer sekarang ni. jadi apa yang saya buat? hoho. buat lip gloss sendiri dengan vaseline dan lipstik pelbagai warna. hasilnya lebih AWEsome oke, trust me. bibir jadi lebih lembap dan lipstik tahan lebih lama. and yeahh, ini juga saya da test pada diri sendiri dulu dan juga pada beberapa orang customer, hasilnya, lipstik tahan lebih 8 jam dengan warna yang lebih mabelesss ai tell yu!

4. eyeshadow primer/base.

ini memang tersangatlah terbukti. tak payah da nak beli eye primer, atau eyeshadow base. dengan vaseline ni aje da cukup nak kasi eyeshadow lebih terang dan tahan lama. ohh sangat serius, saya da cuba and the result sangatlah menarik, eyeshadow cantek aje terletak tak pudar sikit pun. cuba try. tapi jangan letak banyak sangat vaseline kat kawasan kelopak mata tu, nanti jadi melekit sangat pulak. cuma amek sikit aje macam nak pakai eye base kat mata. sikit sangat-sangat oke!

5. make up remover.

best kan vaseline ni, macam-macam bole buat. saya kalau tak sempat sangat nak bawak semua keperluan if nak keluar mana-mana, bawak vaseline and a few thing aje da cukup oke. bila nak solat, ambil vaseline, sapu pada kawasan mata then gosok dengan tisu atau kapas muka. bersih oke. mudah sangat.
 
.....

tadaaaa. see, banyak benda yang bole kita buat dengan vaseline ni tau. eh kejap, mesti ramai yang cakap, vaseline ni bole jadi eye base, but bole juga jadi eyeshadow remover? tak ke eyeshadow tanggal lebih cepat kalau pakai base dari vaseline? ehehe. itu la saya cakap tadi, masa nak jadikan vaseline sebagai base, jangan amek banyak gile macam nak pakai lip gloss tu, amek sikit aje, macam korang nak pakai base, kan ciput aje kan. ingat, amek sikit aje tau. and trust me, eyeshadow insyaALLAH tahan lagi lama uolss!

oke da bai,

~wassalam~ 
 
p/s : hari ni sekolah cuti peristiwa, semalam ada merentas dewa, buahAHAH!

Saturday, April 7, 2012

Make Up : Majlis Pertunangan Raihanizantie & Khalif Marzuqee

Dicatat oleh m i a di 1:15 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

semalam mekapkan BFF saya tunang. alhamdulillah semuanya berjalan lancar and syukur sangat semuanya suka dengan mekap tu. hehe mula-mula rasa berdebar jugak oke. takot kena tegur dengan makcik pakcik sebab saya mekap tang mata tu nampak berat sikit.

Raihan request nak mata nampak besar, jadi saya mekap smokey pink dengan warna hitam yang lebih banyak dari pink haha. alhamdulillah jadi and saya sendiri pun puas hati oke tengok hasil lepas make up. BFF saya sangat cantik semalam oyeaa! but macam biasa, mak nenek ni selalu lupe nak amek picture before mekap, teruja sampai lupa daratan engko! jadi guna je gambar waktu test mekap aritu aci tak? aci kan..acii laa.

well, here's the picture


BEFORE

AFTER



TAHNIAH SAYANG..

ohh saya suka gile this look, comel sangat oyea! ehem, bahagia betul tengok satu-satu sahabat baik bertunang and ada juga yang da pun mendirikan rumah tangga. tahniah semua. saya doakan kalian baik-baik aje dan bahagia selalu oke, amin amin.

kalau ada yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk ya. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan
mekap tunang, hanya RM 80
mekap nikah ATAU sanding, hanya RM 100

oke da bai,

~wassalam~

Sunday, April 1, 2012

Make Up Test : Raihan (Tunang)

Dicatat oleh m i a di 6:00 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

ini cerita minggu lepas jugak masa Safwan datang Melaka. pestaim tengok saya make up orang kemain focus lagi pokcik tu even tengah main saidina dengan adik-adik. tup-tup dengar 'mia tak amek picture sebelum make up ke?' haha. see, naseblah Safwan ingat kan saya, kalau tak hemm memang takde makne nye lah aduhainye pun!

BEFORE

AFTER



Lagi picture, lihat SINI
Foundation stick from Kryolan
Loose powder from Elianto
Shading powder from Maycheer
Eyeshadow pallete from Elianto
Eyeliner from Elianto
Mascara from Maybelline
Blusher from Elianto
Lip liner and Lipstik from Elianto
Face Mist from Aquara Spray

Raihan request nak mata nampak besar and galak. dan alhamdulillah, naseb makcik tu suka hasil lepas da make up. Raihan sangat bertuah sebab jadi mangsa pertama saya guna idea sorok kening dengan gam bulu mata palsu muhahahaa. even baru pertama kali cuba, hasilnya nampak oke kan, hehhe.

kalau ada yang nak saya untuk mekapkan, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk oke. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan.

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan