Review : Avon Glimmerstick Eye Liner (Black)
Monday, April 16, 2012
Assalamualaikum..
hi semua,
yeah arini semangat nak review produk. hohoiii banyak gile produk nak review oke but semuanya asyik bertangguh aje. saya baru aje beli Tony Moly lip tint and it was soooo AWEsomeeeee!! oke ehem, nanti tunggu review orait. baek, hari ni saya nak share pendapat tentang eyeliner dari Avon ni ya.
Avon Glimmerstick Eye Liner in Blackest Black G01
actually, saya da cuba banyak eyeliner dari pelbagai brand and semuanya bagus-bagus belaka. nanti saya review eyeliner lain yang pernah saya pakai oke. but now, jom focus pada yang ini dulu.
Pro
oyeass, 1st time guna saya terus jatuh hati dengan eyeliner dari Avon. sangat smooth, tak mudah comot dan tahan lama pada mata tanpa selekeh sikit pun oke. i mean, seriusly tahan lama oke lebih 8 jam tanpa comot. warna hitam yang sangat pekat dan mudah nak apply pada bahagian mata. dan lagi, eyeliner ni jenis roll so senang tak payah nak mengasah kasi tajam selalu. harga pun sangat murah RM 10 sahaja.
tengok gambar, see senang aje cuma roll bila eyeliner da pendek. kat sini, nak tunjukkan juga a few test yang saya buat untuk kasi lebih jelas pasal eyeliner glimmerstick ni oke. cekkidaud!
belah kiri : without base | belah kanan : with base
see, dengan eyeshadow base, warna hitam jadi lebih pekat berbanding yang tak pakai base kan. so nak result lebih AWEsome, gunakan base. ini saya pakai base dari vaseline aje tau, hoho. click this ENTRY.
warna pada both side tak pudar bila disapu dengan air.
ini saya hanya gunakan kapas muka tanpa makeup remover. warna still susah nak hilang.
and of cos, dengan makeup remover totally bersih. ini saya gunakan vaseline jugak, hehe.
Kontra
apa yang tak best? pada saya semuanya oke. cuma warna yang susah nak tanggal aje la kot. perlu bersihkan guna makeup remover kalau nak solat. guna vaseline pun bole hilang tau. dan lagi, produk ni hanya dijual di butik Avon so macam susah nak dapat la, unless kalau butik Avon tu kat sebelah rumah, agagagagaga.
Repurchase?
Yes totally. hoho
....
buat masa sekarang saya memang guna eyeliner glimmerstick ni aje, da jatuh hati gile da oke. even ada eyeliner elianto and silkygirl, but saya tetap guna yang ini. sebab best sangat. kalau ada pendapat yang lain, jom la share kat sini ya. kongsi juga kalau ada produk lain yang superb mabeless, bole saya try, hoho.
oke da bai,
~wassalam~
3 Comments
mmg ok..hrga pon murah..
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUI
ReplyDeletekan kan. suke sgt..
Mmg RM 10 ke? X lebih kn? Hihi ;)
ReplyDeleteSHARE LINK ANDA DI SINI
<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>
thanks for dropping by...
^__^