Assalamualaikum..
hi semua,
yeah arini semangat nak review produk. hohoiii banyak gile produk nak review oke but semuanya asyik bertangguh aje. saya baru aje beli Tony Moly lip tint and it was soooo AWEsomeeeee!! oke ehem, nanti tunggu review orait. baek, hari ni saya nak share pendapat tentang eyeliner dari Avon ni ya.
Avon Glimmerstick Eye Liner in Blackest Black G01
actually, saya da cuba banyak eyeliner dari pelbagai brand and semuanya bagus-bagus belaka. nanti saya review eyeliner lain yang pernah saya pakai oke. but now, jom focus pada yang ini dulu.
Pro
oyeass, 1st time guna saya terus jatuh hati dengan eyeliner dari Avon. sangat smooth, tak mudah comot dan tahan lama pada mata tanpa selekeh sikit pun oke. i mean, seriusly tahan lama oke lebih 8 jam tanpa comot. warna hitam yang sangat pekat dan mudah nak apply pada bahagian mata. dan lagi, eyeliner ni jenis roll so senang tak payah nak mengasah kasi tajam selalu. harga pun sangat murah RM 10 sahaja.
tengok gambar, see senang aje cuma roll bila eyeliner da pendek. kat sini, nak tunjukkan juga a few test yang saya buat untuk kasi lebih jelas pasal eyeliner glimmerstick ni oke. cekkidaud!
belah kiri : without base | belah kanan : with base
see, dengan eyeshadow base, warna hitam jadi lebih pekat berbanding yang tak pakai base kan. so nak result lebih AWEsome, gunakan base. ini saya pakai base dari vaseline aje tau, hoho. click this ENTRY.
warna pada both side tak pudar bila disapu dengan air.
ini saya hanya gunakan kapas muka tanpa makeup remover. warna still susah nak hilang.
and of cos, dengan makeup remover totally bersih. ini saya gunakan vaseline jugak, hehe.
Kontra
apa yang tak best? pada saya semuanya oke. cuma warna yang susah nak tanggal aje la kot. perlu bersihkan guna makeup remover kalau nak solat. guna vaseline pun bole hilang tau. dan lagi, produk ni hanya dijual di butik Avon so macam susah nak dapat la, unless kalau butik Avon tu kat sebelah rumah, agagagagaga.
Repurchase?
Yes totally. hoho
....
buat masa sekarang saya memang guna eyeliner glimmerstick ni aje, da jatuh hati gile da oke. even ada eyeliner elianto and silkygirl, but saya tetap guna yang ini. sebab best sangat. kalau ada pendapat yang lain, jom la share kat sini ya. kongsi juga kalau ada produk lain yang superb mabeless, bole saya try, hoho.
oke da bai,
~wassalam~
Assalamualaikum..
hi semua,
memang sekarang ni mata berehat sepenuhnya dari sebarang bentuk lens. saya cuma pakai kaca mata aje bila perlu. malam memang da macam ikan flower horn kejap-kejap kecikkan mata sebab tak nampak, huhu.
isu lens online kat blog saya bermula dengan entry MATA MERAH AND PEDIH ni. seterusnya, saya letak pulak picture mata merah kesan pakai lens online kat dalam entry INI. thanks pada yang sudi drop komen oke. at least saya tahu, bukan saya je yang dapat kesan yang pahit macam tu, hehe.
well, saya nak share info tentang lens yang katanya dari Korea and China. memang ramai yang da tahu xpired date lens ni adalah lebih dari 6 bulan, atau setahun pon masih bole pakai jugak kan. actually, lens yang diperbuat dari Korea or China yang dikatakan tahan 1 tahun tu mempunyai lapisan yang lebih tebal berbanding lens 3 bulan yang lebih mahal harganya.
Contact lens ni macam lapisan plastic yang kita letak kat anak mata untuk nampak cantik kan, bila ada plastik yang bole tahan tebal kat bebola mata, mata kita tak dapat bernafas dengan baik. sebab tu, bila pakai lens online yang saiznya lebih tebal, mata jadi lebih cepat kering, pedih dan merah-merah berbanding lens yang jual kat kedai optometri yang memang kualitinya terjaga. paling lama kita bole pakai pun dalam 2 jam or 3 jam je sebenarnya tau. and yes, kena selalu drop eye drop kat dalam mata.
ini pendapat saya sendiri oke dan ada juga terbaca dari blog-blog lain. kalau kita beli lens secara online, stok lens tu memang ada di tempat pembekal yang kita tak tahu kondisi atau suhu tempat tu macamana. let say, stok lens tu diletakkan kat rumah aje kan, suhu bilik yang tak sesuai pun sebenarnya da bole buat lens jadi rosak. mungkin ada la sebilangan pembekal and penjual yang betul menjaga semua aspek-aspek ni, but who knows kan?
well, sekarang terpulang. if rasa mata oke sepanjang menggunakan lens online, that's very good. but kalau mata da mula rasa lain macam, better stop and rehat dari pakai sebarang lens ya. seriusly, saya sangat serik da. mata sekarang pun da tak macam dulu huhu. but apa nak buat. paling kurang pun sekarang ni, mata saya tak merah dan tak cepat kering macam sebelum ni, syukur alhamdulillah.
oke da bai,
~wassalam~
hi semua,
semalam mekapkan BFF saya tunang. alhamdulillah semuanya berjalan lancar and syukur sangat semuanya suka dengan mekap tu. hehe mula-mula rasa berdebar jugak oke. takot kena tegur dengan makcik pakcik sebab saya mekap tang mata tu nampak berat sikit.
Raihan request nak mata nampak besar, jadi saya mekap smokey pink dengan warna hitam yang lebih banyak dari pink haha. alhamdulillah jadi and saya sendiri pun puas hati oke tengok hasil lepas make up. BFF saya sangat cantik semalam oyeaa! but macam biasa, mak nenek ni selalu lupe nak amek picture before mekap, teruja sampai lupa daratan engko! jadi guna je gambar waktu test mekap aritu aci tak? aci kan..acii laa.
well, here's the picture
BEFORE
AFTER
TAHNIAH SAYANG..
ohh saya suka gile this look, comel sangat oyea! ehem, bahagia betul tengok satu-satu sahabat baik bertunang and ada juga yang da pun mendirikan rumah tangga. tahniah semua. saya doakan kalian baik-baik aje dan bahagia selalu oke, amin amin.
kalau ada yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk ya. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di
mekap tunang, hanya RM 80
mekap nikah ATAU sanding, hanya RM 100
oke da bai,
~wassalam~
hi semua,
ini cerita minggu lepas jugak masa Safwan datang Melaka. pestaim tengok saya make up orang kemain focus lagi pokcik tu even tengah main saidina dengan adik-adik. tup-tup dengar 'mia tak amek picture sebelum make up ke?' haha. see, naseblah Safwan ingat kan saya, kalau tak hemm memang takde makne nye lah aduhainye pun!
BEFORE
AFTER
Lagi picture, lihat
Foundation stick from Kryolan
Loose powder from Elianto
Shading powder from Maycheer
Eyeshadow pallete from Elianto
Eyeliner from Elianto
Mascara from Maybelline
Blusher from Elianto
Lip liner and Lipstik from Elianto
Face Mist from Aquara Spray
Raihan request nak mata nampak besar and galak. dan alhamdulillah, naseb makcik tu suka hasil lepas da make up. Raihan sangat bertuah sebab jadi mangsa pertama saya guna idea sorok kening dengan gam bulu mata palsu muhahahaa. even baru pertama kali cuba, hasilnya nampak oke kan, hehhe.
kalau ada yang nak saya untuk mekapkan, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk oke. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan.
oke da bai,
~wassalam~