˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: August 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Monday, August 22, 2011

Highlight Blog : Blog Kak Senduk yang sengal

Dicatat oleh m i a di 8:00 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua..

2, 3 hari ni hati bertambah duka lebih-lebih lagi semalam dapat berita pokcik accident masa balik dari bazar Ramadhan kat Shah Alam. macam nak gugur jantung, tapi alhamdulillah, tetap bersyukur sebab takde ape yang buruk.

kawan-kawan macam faham, jadi diorang suggestkan saya baca entry dalam blog Kak Senduk ni. penah dengar nama blog ni? hehe, saya pon baru pertama singgah, dan rasa nak gelak sambil terkinja-kinja je baca entry yang satu ni. korang cuba baca, tengok menangis ke tidak lepas tu hokeyy, akehkehkehh!

ENTRY TUDUNG KAK SENDUK

haa manghi terjah blog kak senduk ni, seyes tak boleh belah ai tell yu!

oke da bai

~wassalam~

Friday, August 19, 2011

Sebab musabab pasangan rasa bosan dalam hubungan.

Dicatat oleh m i a di 2:15 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

eh macam sedap je sebut perkataan 'musabab' tu kan. cer sebut banyak kali, musabab, musabab, musabab, musabab haa sudah, kau da kenapa me'ah? grrr..

hi semua.

bila cakap pasal perasaan bosan dengan pasangan dalam entry INI, saya rasa macam ada yang tak kena. bukan ke, kalau hati kita ni serius dengan pasangan masing-masing, memang tak timbul langsung perasaan bosan tu? contohnya, bagi pasangan yang da berkahwin, ada akad nikah dan sah kau jadi milik dia, dia jadi milik kau kan, hati akan serta merta kuat bertahan even rasa bosan tu ada, sebab kita da berkahwin. takkan nak cera- berai semata-mata bosan dengan pasangan kan?

berbeza dengan kita yang belum kawen ni. awal-awal lagi da set yang minda dan hati yang kita masih boleh buat pilihan dalam mencari pasangan hidup. kalau yang ni tak best, bole cari lain. kalau kau buat perangai, ingat aku tak bole cari lain? boleyy jalann daaa. cis! mungkin sebab ni kot, bila perasaan bosan tu ada, perpisahan tu haruslah terjadi.




cuba kalau kita set kat hati ini serupa macam pasangan yang da berkawen, yang serius dalam hubungan, yang sayangkan perhubungan yang da lama terjalin, dan berharap ada kesudahan yang baik dalam hubungan cinta ni. maksud saya, kedua-dua belah pihak, lelaki dan perempuan ya. bukan sebelah pihak aje yang berusaha oke. kalau benarlah hati kita ni serius dan sayang pada pasangan masing-masing, once rasa bosan tu datang, kita akan sebolehnya berusaha nak selamatkan keadaan. cuba sebaik mungkin nak selesaikan masalah dan bukannya ikutkan hati yang da bosan tu hingga hubungan berantakan dan retak.


ntahlah, mungkin pendapat kita berbeza, dan mungkin saya ni agak tipikal dan kuno sikit dalam bab-bab hati ni. matangg la kononn. cumanya, saya percaya, kalau hati ni da tekad nak akhiri hubungan dengan si dia ni dengan perkahwinan yang sah, segala yang buruk tentang dia, masih bole diperbaiki. dan ini adalah atas usaha kedua-dua belah pihak oke. lelaki dan perempuan. kalau lelaki tegur sikap kau macam puaka dan die tak suka, cubalah ubah, kalau betol kau sayangkan hubungan ni dan harap berkesudahan yang baik. bagi lelaki pulak, kalau perempuan tak suka sikap kau yang gile keji tu, berubahlah kalau kau serius dalam cinta ini.



bagi saya, dua-dua perlu mainkan peranan, hargai hati masing-masing, dan berusaha untuk jaga hubungan jangan sampai kecundang. kalau dua-dua belah pihak masing-masing ada usaha terbaik untuk jaga hubungan, mesti BOSAN tu takkan ada. setuju?


but well, seperti biasa orang akan cakap


we do have a choice.

atau

kita berhak memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

dan tu, kenapa pilih dia masa mula-mula nak bercinta dulu? sebab dia terbaik untuk kau pada waktu itu? kenapa bukan sekarang?? sebab da jumpa yang lagi terbaik kan..tuu diaaa..

oke da bai.

~wassalam~



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday 5 : Dia yang terakhir

Dicatat oleh m i a di 2:21 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..





في الواقع ، محظوظون لأن لدينا قلبك

cerita lapuk : KONVO!

Dicatat oleh m i a di 12:32 PM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

sekarang ni sedang gigih nak kemas rumah, kan lagi 13 hari nak raya *sengih sambil kening terangkat-angkat* tahun ni tukar langsir baru oyea oyea, dan kuih hape pon tak buat lagi. takpe, kuih bole tunjuk-tunjuk aje, kehkehkeh. oke diam la mokcik!

even mak nenek ni da hampir 3 minggu konvo, tapi hari ni rasa bersemangat pulak nak update cerita konvokesyen saya dan kawan-kawan. cerita da lapuk la me'ah ui. hehe, takpelah, karang kempunan pulak saya tak dapat share kat sini. oke fine, fine.

biasalah, bila nak konvo semua asaited bukan main nak gambar kat atas pentas kasi anggun cun melecun kan. macam tu jugak saya. ehem. tapi masa konvo tu tak berapa nak berduit sangat, makanya, hanya dapat bayar duit gambar yang UPSI sediakan aje. mula-mula sedih macam 'alaa sedihnye nak gambar dengan ibu ayah ada latar belakang buku pasu bunga konon-konon kat studio la kan' tapi tapi tapi, bila dengar ada kawan-kawan yang da kena tipu dengan photographer yang kuangajo mintak bayaran sampai RM160 tapi harammm, gambar hancuss, tiba-tiba rasa bersyukur pulak. jadi korang yang bakal konvo, sila berhati-hati oke >,<


Hadiah dari Ibu Ayah

sebelum masuk dewan, macam biasa ada taklimat untuk step nak amek skroll. kat mana nak berhenti, kat mane nak tunduk sikit. memang berdebar-debar lebih-lebih lagi bila da masuk dewan huwaaa, macam orang-orang penting gile gitteww, bila masuk aje dewan semua tepuk tangan. kau bole tak rasa nak pengsan ke? acecewah, time tu la rasa nak pitam, nak terkencing apa semua. tapi bila da naek pentas, laaaa sekejap aje ponggg, tak dapat nak feel feel bangga segala. akehkehkeh. alhamdulillah, takde pulak saya jatuh tersungkur kat situ. itu seyesly, yang paling saya bangga. ehem.

but, masa dalam perjalanan balik, saya dan ibu da ke laut sebab letih sangat. kesian kat ayah. tengah lena-lena tiba-tiba ayah menjerit 'ya ALLAH, ya ALLAH'. saya mencecet-cecet la bangun. tengok je depan tak nampak ape, asap penuh kat depan kereta. rupanya, ada kereta lain tercabut tayar dan belakang kereta tu trailer panjang dan belakang trailer tu, kereta viva putih kiteorang. trailer tu punya brek, memang mengaumla sampai asap semua keluar. saya tak dapat bayang kalau pemandu trailer tu tak sempat brek, memang hancur kereta tayar tercabut tu. lagi ngeri, kalau ayah tak sempat nak tekan brek, kot mengantuk jugak ke. huhu. tak bole nak bayang. bagus juga benda ni jadi, sebab lepas tu mata saya terus tukar jadi burung hantu pandang ke depan tak toleh-toleh da, focusss!! grrr.

bersyukur sangat-sangat takde benda buruk jadi. dan sekarang, hati tak sabar-sabar nak kerja. acely, banyak amek gambar, but saya malu nak letak kat dalam blog, bole?hehe.



gambar sipi-sipi, malu kak oii..

oke da bai. eh kejap.



saya mengagumi beliau. suka sangat Heliza Helmi Hijab, sampai termimpi-mimpi. huhu

ada sape-sape nak belanja? uhuk-uhuk.

oke bai.

~wassalam~



Sunday, August 14, 2011

cer pilih meh!

Dicatat oleh m i a di 1:21 AM 9 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua

lama tak update ek. maaplah, dua tiga menjak ni banyak benda pulak jadi. makanya, sila doakan saya tabah hati oke :) kena minum vitagen banyak-banyak ni supaya bole senyum selalu. oke sila jangan tanya apa kene mengena air vitagen dengan senyuman oke, wa belasah je ayat tu der. tu diaaa..




oke, mana yang lebih menarik perhatian korang ek?

1. Penyebab pasangan bosan dengan kita dalam hubungan cinta.

2. kawasan yang tak patut dijadikan tempat 'ucapan perpisahan'.



haa cer pilih yang mana satu AWEsome ek?

oke da bai,

~wassalam~

p/s : jum berbuka sesama, nak?

mak nenek berkata-kata kat SINI

Saturday, August 13, 2011

3 perkara yang membunuh hubungan.

Dicatat oleh m i a di 12:48 PM 15 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

lama tak update ek. sekarang ni hati resah gelisah dengan desas desus tentang status guru-guru lepasan UPSI lepas baca akhbar Utusan Malaysia semalam, huhu. but, saya percaya pada rezeki ALLAH dan rezeki ada di mana-mana pun kan. *nak sedapkan hati sendiri hehe*

well, dua tiga hari ni saya banyak terbaca entry pasal kisah suka duka cinta, tips menjaga hubungan dan keluh kesah tentang hubungan cinta masing-masing huwa gitteww. seronok baca pengalaman dan pendapat orang ni tau, ada yang kita setuju, ada yang kurang berkenan tapi amek aje kot bule bantu kalau jadi kat diri sendiri ye tak? hoho. dan saya pon tak nak kalah nak juga kasi pendapat bab-bab menjaga hubungan ni acehwaah, konon mak nenek ni nak baget hebat penuh ilmu di dada hokey. cis ciss *bukan bunyik kencing ye, akehkehkehh*

kadang-kadang kita terlebih fikir kalau hubungan cinta kita kecundang. dan lelaki dan perempuan fikir tentang benda yang berbeza-beza. meh sini nak share pendapat tentang benda-benda yang boleh merosakkan sesebuah hubungan.



1. kebosanan.

ini satu benda yang seyesly boleh membawa kepada perpisahan. trust me, once kau da bosan dengan pasangan, semua benda yang si dia buat, mesti ada je yang tak kena. ada saje salah si dia yang kita nampak. bila kita da mula bosan dengan pasangan, kita mula membanding beza dia dengan yang lain. tiba-tiba saje kita berfokus pada semua keburukan si dia. ibarat macam da takde ape-ape perkara yang menarik dan sweet tentang pasangan kita tu. padahal kalau dulu masa tengah hot, kemain lagik puji bagai melangit cakap dia baik, dialah Idola, dialah Superstar ah ah ahmad..alalala..

kan lebih comel kalau kita cuba untuk buat something yang bole mekarkan lagi hubungan selain berusaha gigih mencungkil segala keburukan si dia. ingat balik kenapa kita pilih dia masa mula-mula bercinta dulu. cuba sekali-sekali berborak tentang kenangan-kenangan sweet kita dengan dia auwww. mesti lepas tu, masing-masing tersengih-sengih.

but trust me, bila da bosan, semua ni takde maknenye!




2. penangan bekas kekasih.

yeah, hot topic ni. hati-hati ya mokcik pokcik. faktor perpisahan yang paling tinggi adalah disebabkan oleh bekas kekasih. so sebelum kita decide nak go on dengan seseorang yang lain lepas putus cinta, pelis make sure yang hati dan fikiran kita da fully recover dari kenangan-kenangan lepas. bukan bermaksud kau perlu lupakan semua pengalaman dengan exbf tu. bukan ya. cumanya, jangan biarkan kenangan dengan bekas kekasih mempengaruhi hati. takut nanti dalam diam-diam, kita mula membanding-bandingkan si dia dengan bekas kekasih. mula fikir apa yang bekas kekasih ada, tapi takde pada si dia. jangan macam tu oke, kesian kat kawan tu, macam dijadikan bahan experimen pulak.

kan lebih baik, kita jadikan pengalaman lepas sebagai landasan untuk bentuk hubungan baru yang lebih mantopp. pastikan hati betul-betul ikhlas untuk terima orang lain dalam hidup. pasang niat yang baik untuk bentuk hubungan baru dan bukan untuk buat bekas kekasih cemburu ke hape. konon nak tunjuk kat bekas kekasih yang kita sekarang da bahagia letteww, nak kasi jeles. for what? pelis jangan mainkan hati orang lain untuk kepentingan diri sendiri. what u give, u will get back my dear, fikir oke!




3. campur tangan orang luar

huhu, yang ini payah untuk kita handle, tapi masih bole dielakkan. yang penting hati kita perlu kukuh untuk satu niat, iaitu untuk baiki hubungan, bukan nak memusnahkan. dalam hubungan, sebolehnya, jangan melibatkan orang lain. lebih-lebih lagi dalam bab perancangan hubungan kita. eh tapi bukan bermakna kita tak boleh minta pendapat orang lain okey. share pendapat dengan kawan baik atau family tu memang bagus. tapi ingat itu hanya pendapat, bukannya ARAHAN. timbal balik semua pendapat yang ada, then baru decide apa yang baik dan perlu untuk hubungan kita.

nak lagi molek, kita berbincang saje dengan pasangan. seeloknya jangan guna orang tengah la, untuk apa? kan kita dan si dia punya perasaan hati yang sama, bincang berdua bole eratkan lagi hubungan ye, kita bole spend masa dan berboraklah pasal masalah dan penyelesaiannya. sebab, masalah kita, kita saje yang tahu. satu benda yang bole buat hubungan makin renggang ialah, lack of communication. jadi, berborak la apa saje, even benda yang simple pada pasangan, bercerita sampai lebam okey? hehe.




oke enaf mia, enaf!

hamek kau hamek kau. baru 3 point da macam buat tesis kau tengok. kehkehkeh. sabar jela korang ek. semoga Ramadhan kali ni menjadikan hubungan kita dan pasangan lebih hangat daripada biasa oke, ohyea! thanks for reading this ladies and gentleman.

oke da bai.

~wassalam~

Get a LIFE, get a Gift!

Monday, August 8, 2011

Susah jumpa LELAKI baik sekarang ni ek?

Dicatat oleh m i a di 6:01 AM 14 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

kau tengok tajuk, macam saje nak cari gaduh je. hehe, nanti dulu, jangan cepat melatah hokey.

sekarang ni da masuk seminggu berpuasa, alhamdulillah. dan sepanjang seminggu ni jugak saya menyaksikan macam -macam ragam manusia baik Islam atau tidak. acely tak bole nak beza da sekarang ni sama ada kau muslim atau tidak. huhuhu, sebab gaya pakaian dan amalan hidup kita sekarang ni kebanyakannya sama dengan non-muslim. fikirkan oke!

2, 3 hari lepas, ada beberapa ketul auditor datang kedai dan most of them adalah lelaki. saya bekerja macam biasa, kurang bercakap sebab pertama, puasa dan kedua, sebab kau lelaki yang tak dikenali takkan tiba-tiba nak 'hai ahmad, ah ah ahmad' pulak kan. kehkekeh. oke mengarut.

sedang gigih buat kiraan barang-barang, lelaki yang saya kira sebagai ketua untuk semua auditor tu tegur. beliau tanya subjek pendidikan Islam SPM saya dapat gred ape. apekeh?? macam tak masuk akal, tapi saya bagitau jugak. then beliau mula tanya macam-macam dan yang ini memang seriusly tak masuk dek akal langsung!




beliau tanya apa hukum berpuasa kalau kita mimpi basah. damn! oke fine, saya masih okey kalau kau baru umur belasan tahun, kira cetek lagi akalnya kan. tapi saya yakin yang lelaki tu lebih tua dari saya, SUDAH BERKAHWIN, dan baru pertama kali jumpa ni!! alahai, apa nak kata?

macamane pun, saya tetap jawab, sebab kot la beliau memang tak tahu *padahal dah kawen anak satu ni, ciss*. kalau mimpi basah waktu sedang berpuasa, hukumnya puasa tak terbatal, tapi segera mandi wajib jangan lengah-lengah *betulkan saya kalau salah fakta oke*

tapi pelik pulak dengan lelaki yang sorang ni, katanya tak mandi wajib lagi, jadi tak bole puasa lah kan? haa sudah. malas melayan *dan yang sebenarnya malu dengan soalan pakcik ni* saya hanya diam aje. seminit lepas tu, kesemua auditor lelaki tadi keluar dari kedai, setengah jam kemudian masuk semula dengan bau rokok. zzzz..




kau nampak? itu yang terjadi depan mata, belum lagi campur tolak bahagi darab bagi yang baru jam 10 pagi, da masuk kedai beli maggi cup siap air panas sekali. huhuh. sukarnya nak cari lelaki yang benar-benar mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian sekarang ni kan?

sila jangan anggap entry ni macam nak baget saya hebat atau apa. cuma, sepanjang seminggu Ramadhan ni, saya banyak melihat lelaki yang senang-lenang tak berpuasa dan tanpa segan silu makan di khalayak ramai sesuka hati. ibarat macam, puasa tu ibadah sunat pulak, buat dapat pahala, tak buat takpe. well hello, puasa itu WAJIB ya. Wajib dan hukum tidak berpuasa secara sengaja di bulan Ramadhan ini adalah berdosa besar! fikir, pelis fikir..

selamat berpuasa semua. oke da bai.

~wassalam~

Suka doodle? KLIK SINI

p/s : ejaan 'kebaikan', bukan 'kebaikkan' :P

Sunday, August 7, 2011

Catalyst VCO Softgel

Dicatat oleh m i a di 1:30 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

baru sekejap tadi saya terima produk yang saya order 2 hari lepas. memang da lama niat nak cuba produk ni tapi tak tertunai jugak dan sekarang terbeli jugak lepas tengok testimonial dari beberapa pengguna produk ni.aha! *kau perempuan memang mudah terpengaruh kan, grrr*




sape yang pernah cuba VCO softgel ni, sila lah share pendapat kat sini, bole? saya masih ragu-ragu nak cuba *padahal da beli, ciss!* sebab takut side effect nya mungkin di luar dugaan saya. haha. produk ni bertindak ikut hormon si pengguna dan setiap kita ada hormon yang berbeza-beza kan. kau tengokk, da bercakap pasal hormon pulak daa hahahaa.

thanks pada Zatil Catalyst untuk service yang mesra dan cepat. saya order hari Rabu, hari ni da terima. cepat sangat. Zatil juga ada bagi penjelasan jelas pada saya tentang produk ni, macamane ia bertindak. ada juga ditunjukkan testimonial dari pengguna-pengguna VCO softgel ni dan saya baca kesemuanya, hahaa. thanks alot dear.

ape pun, seyesly nak mintak pendapat semua yang pernah guna produk ni. pelissss??

oke da bai semua.

~wassalam~



Thursday, August 4, 2011

Hadiah AWEsomee!!

Dicatat oleh m i a di 11:27 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

see, sekejap je nak 4 hari puasa. masa sekarang ni terasa cepat sangat berlalu, pejam celik pejam celik, Ramadhan da nak meninggalkan kita, ntah tahun depan sempat lagi ke tak, Tuhan menentukan. harap-harap, masih sempat nak rasa berpuasa sebagai isteri orang pulak ek..amin,amin..eheMM!

masih ingat entry tentang 2 blog comel ni? hehe, thanks pada blog Tangan Punya Kerja sebab kasi present kat Mia Suka Berangan ni. memang da berangan da bila tengok hadiah Yeng (owner Tangan Punya Kerja) tu..kehkehkee..comell gilekk!




see?? see?? melompat sekejap sebab terlalu suka. hahah. saya ni memang terlampau gile dengan komik agaknya, sampaikan bila tengok lukisan dalam entry Yeng ni, omoo omoo, betul ke ni betul ke ni? memang hilang ingatan lupa daratan segala. Chehh!


Iklan : Cuba KLIK sekali?

korang bole tengok betapa gilanya saya pada komik dalam entry INI. hoho. ape pun, thanks alot Yeng!!!!

oke da bai uols..

~wassalam~

Wednesday, August 3, 2011

Jatuh tersungkur depan pakwe kacak, apa nak buat? ciss ciss

Dicatat oleh m i a di 2:30 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

eh me'ah, engkau ni penipu la, kata nak update pasal konvo, tapi haramm takde pongg, grrrr.

oke bawak bersabar ye. minta maaf sebab masih tak berkesempatan nak share pasal konvo Sabtu lepas pasal 2, 3 hari ni keje pagi balik petang, da sampai umah, berbuka dan tunaikan apa yang patut pakkpung pakkpung, sudahnya nak bukak lappy pon tangan terketar-ketar, jadi cuci muka, basuh kaki dan tidozz aje..ciss cisss. sory ya.

semalam kat tempat keje ada insiden yang pada saya memang lawak gile tapi tertahan-tahan nak gelak pasal takut si mangsa termalu pulak. huhu.

saya mungkin tak rasa nak ketawa kalau nampak orang yang terjatuh dan mengadu sakit, seyesly. tapi yang rasa macam nak gelak guling-guling siap hentak kelapa kepala kat dinding tu, kalau kau da tersungkur, then bole pulak kau pura-pura landing baik punya macam baget kau tengah bersantai tepi kolam. kahkahkahkahh.




adoiyaii. kalau korang la kan, ape nak buat kalau tengah jalan molek-molek, lebih-lebih lagi kalau ada 2, 3 ketul jejaka tampan kat depan. pergghhh. tapi, boleh pulak tersandung ntah apa mak nenek kat depan mata, hagak-hagaknya, apa yang kita boleh buat nak cover malu?

1. bangun, terus lari laju-laju masuk kete dan hempas pintu sekuat hati! *kot tengah lari, tersungkur lagi sekali..hakhakhaka..vongokkkss!!*

2. bangun, jalan gaya macho lagi sekali, teruskan berjalan dan kalau bole, buat macam nyanyi-nyanyi sikit *gulp..sekali suara tak keluaq..adoihyaii..*

3. jangan bangun, pura-pura pengsan..alalalalaa.. *kalau jatuh dengan kain tersingkap sampai paha, turunkan secara pelan-pelan, kehkehkeh*

4.  bangun, tapi buat gaya santai model kat tangga tu, konon macam tengah baring tepi pantai laa..*oke fine, ini da ke laut*
seyesly ini idea mengarut.tapi kalau terkena kat diri sendiri la, memang sumpah muka merah, tak tahu nak letak mana da hahahhaa. korang ada pengalaman macam ni, meh share meh. jaga diri semua.

oke da bai.

~wassalam~

p/s : idea asal dari entry INI.

KLIK dengan gembira

Monday, August 1, 2011

Esok PUASA oke!

Dicatat oleh m i a di 8:00 AM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

alhamdulillah, esok insyaALLAH kita akan mula puasa. rasa macam tak terasa esok nak puasa da. seronok sangat sebab sahur esok pagi, semua ada kat rumah. eii bestnye bestnyee..

cerita konvokesyen, esok ek saya update. ada something happen dan saya bersyukur sebab nyawa Ibu Ayah masih panjang. huhu, esoklah berita penuhnya. ape pun, 

SELAMAT BERPUASA SEMUA



semoga, Ramadhan kali ini, membawa diri saya dan kalian semua ke arah kebaikan. semoga Ramadhan kali ini, membentuk diri saya dan kalian semua menjadi muslim dan muslimah yang sejati. semoga Ramadhan kali ini, menyedarkan diri saya dan kalian semua dari terus-terusan terleka. dan semoga Ramadhan kali ini, dapat memanusiakan diri saya dan kalian semua seperti manusia yang diredhai oleh-NYA, amin.



jangan lupa niat setiap malam uols. oke da bai.

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan