˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: December 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Saturday, December 31, 2011

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

Dicatat oleh m i a di 12:59 AM 4 ulasan
 .STICKY POST. scroll ke bawah untuk lihat entry baharu.


HARAP MAAF, PENYERTAAN GIVEAWAY INI TELAH DITUTUP LEBIH AWAL OLEH PIHAK PENGANJUR

Assalamualaikum..

hi semua,

waaa, sejak akhir-akhir ni saya berkobar-kobar pulak nak join giveaway. yeahh, ini giveaway paling hot sebelum 2011 tamat hujung tahun ni. giveaway kali ni khas dari Cik Nisa Kay yang tengah hot pasal Maybelline’s Favourite Blogger, dan beliau jugaklah pemenang giveaway dari Irine Nadia ni, oh sangat bertuah oke. acely saya sangat jeles ehem.

tapi tapi tapi, disebabkan The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay ini terlalu AWEsome dengan hadiah yang memang tersangatlah best, hati terus jadi terubat dan berkobar-kobar nak join oyessss!





da tengok hadiah? pertama kali giveaway anjuran blogger yang ada hadiah macamni punya gileeee banyak. 88 hadiah untuk dimenangi oke!! so mari semua join giveaway ni. manalah tahu kot jadi insan bertuah kan. amin amin.

berikut adalah senarai sponsor 88 hadiah untuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay” ni. jom terjah mereka-mereka ini ya, cekikdaud!!

      ❀ Mrs Lady's Stylo
      ❀ Eight Designs Boutique (EDZ)
      ❀ Pretty Pop
      ❀ Jiwa Chenta STUFF
      ❀ Online Hijab E-Boutique
      ❀ Firzara Collection
      ❀ The Bag Galore
      ❀ Wanblur - Shazwan Azizan
      ❀ Darkbatman
      ❀ Pretty Lens Store
      ❀ MadamMondoq
      ❀ Cik Nurul Pinky
      ❀ Luvika Territory
      ❀ Nurul Liyana
      ❀ Fieyona Amani Atelier
      ❀ Queen Attack
      ❀ Suci Shawl & Scarf
      ❀ Yaya Flanella
      ❀ Blog Cik Bunny
      ❀ Media Jer!
      ❀ Cik Bintang
      ❀ Shawlistaa Beauty Scarf
      ❀ MyraVea
      ❀ EZ Lovey Craft
      ❀ HijaBook
      ❀ Islamio Paradise
      ❀ Daniel Adie
      ❀ Innanie Ariffin

da cekikdaud ke? kalau tengok sidebar belah kiri tu, ada saya buat blog list untuk senarai sponsor “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay” ni. so, bila-bila free nak terjah mereka pon buley oke uols.

oh ya, ada lagi yang best gileee tentang giveaway Cik Nisa Kay ni, ada hadiah menarik untuk top referral tau. makanya, entry ini akan jadi sticky post sehingga tamat giveaway ini, iaitu pada 31 Disember 2011. mari join ramai-ramai sebab ada 88 hadiah untuk dimenangi okeeyyyy!



 
huwa, serius asaited dan rasa berdebar-debar time taip entry ni ekhkehkeh gile teruja ni. mane lah tahu, kot ada rezeki saya. sambil-sambil tu, bole cuci mata singgah blogshop yang jadi sponsor giveaway ni kan. jom join ramai-ramai dan menangi hadiah yang AWEsome tak hengat oyeaaaassss!


TARIKH TAMAT GIVEAWAY : 31 DISEMBER 2011

 
oke da bai,

~wassalam~

Tuesday, December 27, 2011

Lama tak update, entry mula mengarut.

Dicatat oleh m i a di 5:40 PM 1 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

weekends yang sangat sibuk dan paling happening baru je lepas. sangat tidak adil bagi saya sebab mungkin ramai yang keluar pergi membeli-belah sebab YES! papan tanda Year End Sale kan mula bergantungan kat mana-mana sedangkan saya, jangan kata nak jejak kaki ke shopping mall, nak tengok papan tanda SALE SALE SALE tu pon harammm sekali. ciss. oke abaikan pendahuluan yang mengarut.

BERLARI SETEMPAT UNTUK KURUS DISINI

jumaat malam berniaga. sabtu malam majlis aqiqah Amel Nur Qalisya. sabtu malam juga saudara dari Johor sampai dengan 3 kereta. Ahad pagi latihan nasyid. Ahad pagi juga kawan baik bertunang tema kaler kuning cream. Ahad malam siapkan hantaran dan goodies bag untuk sepupu bertunang esoknya. Isnin pagi make up sepupu tunang. oke noktah.

disebabkan semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa, saya tak sempat nak snap picture untuk semuanya event yang best-best seperti diatas. SATU PUN TAK DAPAT hokeyyy! sedih tapi sangat happy sebab semuanya berjalan dengan lancar dan semua pun berpuas hati. senyum.

dan happy jugak untuk BE lagi dari Nuffnang ini. lama tak dapat BE, mungkin rezeki akhir tahun. eh lagi berapa hari je nak tamat tahun 2011 ni kan. dan saya masih sama. takde kerja. pengganggur. terhormat.


Thanks Nuffnang!

kalau nampak iklan Maxis tergedik-gedik kat belah kiri blog ni, sila KLIK barang sekali dua ya. oyea, ada banyak produk nak review, ada banyak benda nak cerita. cuma masa je takde. takpe, saya akan cari masa sampai jumpa orait!

oke da bai,

~wassalam~


Saturday, December 17, 2011

Jenis status kat Facebook yang boleh bikin HANGIN satu badan.

Dicatat oleh m i a di 9:42 AM 15 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

sory dua tiga menjak ni fikiran agak sibuk dengan nasyid, dengan hal kedai bagai. oke sekarang nak baget macam bisneswoman berjaya lettew kan, grrr. motif? baek abaikan.

baeklah, sebenarnya saya ni bukanlah jenis yang suka sangat menghadap facebook. seminggu tak online takde la meroyan sangat. eh ada jugak yang resah gelisah kalau tak online facebook even sehari pun kan. haipp jangan tipu, pasti ada kan. oleh itu, kalau ada status kawan-kawan yang saya betol-betol adore, barulah button 'like' tu saya klik.




dan ada juga status yang saya rasa macam annoying gile sampai rasa tak boleh blah, rasa meluat tahap gaban dari hujung rambut ke hujung kaki *faham tak rasa meluat yang macamane saya maksud kan?* mulalah saya nak berbunyik kat wall sendiri. melepaskan geram sampai tiba-tiba dapat sms 'eh eh mak nenek stress dengan sape ni sampai buat status?' ehem. al maklum, kalau kita jarang berbunyik, bila sekali da berbunyik memang semua pun perasan kan hehe. antara status yang bole buat hangin satu badan :


1. status perli-perli orang dengan ayat poyo nak mati macam die tak penah buat benda yang sama puihh!

percaya atau tidak, melalui status kita kat facebook pon bole mencerminkan diri kita yang sebenar oke. saya memang meluat sangat kalau terbaca status yang nak perli-perli orang lain. lagi-lagi dengan ayat yang tersangatla kerek gila macam beliau saje yang paling baik kat dunia ni. pendapat saya, kau nak nasihat orang tu memang sangat positif, tumbs up oke! 

tapi bila da guna ayat yang menunjukkan ke'poyo'an diri sendiri, oh peliss. saya rasa tak bole blah betol. lagi-lagi kalau nak kasi perli tindakan budak-budak remaja padahal die masa zaman remaja buat jugak, demm! kakak abang, kalau nak nasihat adik-adik zaman sekarang, guna bahasa baek sikit bole, ai meluat la kalau yu guna ayat nak tunjuk diri tu macam bagus sangat! hyeeee marah ni grrr.



2. status nak tunjuk kekayaan atau kemewahan yang dia ada. B.E.L.A.G.A.K!

oke ini memang hak masing-masing kan. dan memang saya tak ulas pon kalau terbaca status macam ni. cuma kadang-kadang tu rasa tak bole blah tu datang jugak. saya oke lagi kalau yang sederhana poyo. macam ni okelah kot


hari ni my darling bucuk anje bom kebabomm belikan tuti fruiti harga rm59.90 tau. sedap sangat yum yummmmm. ai lebiu sayang my darling bucuk anje. sayang nak matik tau!

oke tetap tak bole belah!! grrr


tapi kalau yang gileeeee punya poyo nak mampos meninggal, makk aii..rasa nak menangis nak geget diri sendiri pon ada sebab meluat sangat *oke over kaww mak nenek!*


alahaiiii, peningla macam ni. baru je beli BMW 523i seminggu lepas, tapi semalam 'papa' call tanya nak Mercedes Benz SLS AMG tak. pening sangat fikir benda ni. ai stress dan sedih sebab next week nak pegi Paris dan Italy, but still belum bagi keputusan pada 'papa' pasal Mercedes Benz SLS AMG *saje ulang lagi sekali* kalau ai terima, means ada dua kereta la kat banglo nanti kan. kalau uols macamane? terima atau tak?

buikssss, muntah darah !!!!


kau nampak gila punya nak belagak?? status begini lah yang saya maksud kan betapa tak bole blah nye rasa kalau terbaca. nak lagi tak bole blah, album setiap satu album dalam facebook tu, semua nak tunjuk poyo. album 1 - my kereta collection, album 2 - my iPhone collection, album 3 - my dslr collection, album 4 - my lovely swimming pool at house bla blaa kau bole tahan orang belagak macam ni adoihhh!

but still, bahaya oke kalau ada status poyo sebegini. sebab, penyangak penyamun lebih senang mengenal pasti anda yang kaya raya dan mungkin anda akan jadi mangsa seterusnya? makanya mak incik mak incik sekalian, sila jangan belagak tentang kekayaan yang anda ada kat Facebook ya. teman tak berapa berkenan oke.

termasuk yang entry pasal upload gambar kat Facebook ni, da 2 entry saya berkaitan facebook kan muhaha. Laman Facebook ni bole jadi teman yang paling best gile, tapi bole jugak jadi benda yang menghancurkan oke. waspada!

oke da bai,

~wassalam~

Wednesday, December 7, 2011

Warung Singgah Sekejap Jangan Lama-lama :)

Dicatat oleh m i a di 3:00 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

letih betol jaga kedai makan ni iye. mula-mula rasa macam tak berapa nak seimbang but now, semuanya under control. da boleh bangkit 5,6 pagi untuk buat persiapan, dan tido pon da semakin teratur tak macam dulu la tunggang langgang sesuka hati bhahaha. tapi sekarang tengah pening dan risau sapa pulak nak bantu ibu masak nanti kalau saya da dipanggil mengajar tahun hadapan? ibu sorang memang confirm lah tak larat da, mana nak menggoreng, buat kuih lagi aduhaii.

mungkinkah saya perlu hire sorang pembantu untuk tolong ibu? tapi kami niaga kecik aje, cuma kalau malam aje kedai ada sikit macam tongkang pecah sebab banyak sangat order sampai kaki tiba-tiba menggigil sebab berdiri lama sangat. oke kejap, abaikan kalau banyak sangat perkataan 'sebab' kat atas tu ye, menaip dalam keadaan tak sedar diri begini la jadinya ehem.


keadaan kedai waktu mula-mula masuk, setiap section lengkap dengan peralatan.

alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat atas rezeki ni, memang letih dan penat, tapi bila tengok hasilnya, rasa nak berjoget setempat sambil menangis okee! *over kaw* syukur jugak kedai ni bersebelahan dengan surau so pokcik atok nenek bule singgah minum-minum teh sementara tunggu azan isyak, marketing baek punyaa agagagaga!

kedai yang saya kasi nama ' Warung singgah sekejap jangan lama-lama' ni tutup setiap Selasa, dan mungkin Jumaat pagi kot. so semalam cuti makk aiii saya memang tak melepaskan peluang untuk berguling-guling lama atas katil dan sempat buat a few make up tutorial, tapi tak edit lagi pertama tak cukup masa, kedua segan alahaii.

eh uols kalau datang Melaka, atau tinggal berdekatan dengan Kampung Alai dekat SK Alai Melaka tu, moh la singgah 'warung singgah sekejap jangan lama-lama' ni ya. saya belanja milo ais taboorr, nak? muahhaha.


Iman jeling dalam hati 'aku sepak jugak mak nenek ni tersengih-sengih grr'

oke da bai,

~wassalam~

Saturday, December 3, 2011

Face Mist mana yang terbaek, Etude House, The Face Shop? ce share..

Dicatat oleh m i a di 11:20 AM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua.

alhamdulillah, sekarang da masuk bulan Disember da. tak lama da 2011 nak tinggalkan kita. haiiii *mengeluh bukan bertegur sapa oke, grrr* rasa macam semakin tua pulak sekarang ni ehem.

syukur sangat, mungkin rezeki awal tahun 1433H la kot. ibu ayah berjaya dapatkan kedai untuk berniaga makanan ehehe. even kecik aje macam warung comel-comel gittew, tapi saya rasa happy sangat. moga-moga tahun ni akan lebih mengembirakan hati ibu dan ayah saya, amin amin. hari ni sehari suntuk buat persiapan untuk esok.

kedai makan ni mungkin bukak awal pagi hingga 10 pagi, bukak semula jam 5 hingga 6.30 petang untuk jual kuih-muih dan malam lepas isyak macam tu. tengahari adalah waktu berguling-guling kat rumah bhahaha. oh ya, menu pagi ni adalah nasi lemak, lontong, kuih karipap, nugget goreng, mee dan mi hun goreng hehe. jom ramai-ramai singgah ke warung mak nenek ni ya oohoii!




acely, saya sekarang ni tengah survey nak cari Facial Mist atau Face Mist yang sesuai dan berbaloi-baloi kualiti dengan harganya. kalau ada yang bole share pendapat mane-mane brand yang ada jual benda ni, memang tersangatlah dihargai tau. banyak saya baca review face mist ni dari Etude House, The Face Shop, Skin Food, Body Shop, Evian dan ada jugak dari Mustika Ratu. semua pun oke dan harga berbeza-beza. so kalau korang pernah cuba mana-mana brand, ce kongsi pendapat kat sini bule ka?

thanks uols, jaga diri ya.

oke da bai,

~wassalam~

Thursday, December 1, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"

Dicatat oleh m i a di 1:18 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..


hi semua,

hari tu ada borak-borak dengan ibu waktu tengok cerita Tentang Dhia (TV3). saya perasan muka pelakon semua nampak glowing gile kan. ibu bagitau yang sekarang ni selebriti banyak pakai produk yang ada bunyi 'tab, tab' kat belakang die. saya google dan berjaya dapat jawapan rahsia selebriti sekarang ni, oyea Miracle Tab!!


1 SET of MIRACLE TAB

- Tab EX (KLIK for more info)
- Tab Soap (KLIK for more info)
- HD Glow Essence (KLIK for more info)

saya memang nak try sangat produk ni. masih ingat entry saya tentang parut jerawat yang susah nak hilang ni? yes, sampai sekarang ni saya masih gigih berusaha nak hilangkan parut durjana tu. hamboii kemain payah nak hilang ai tell yu! betullah orang kata, nak hilangkan jerawat lagi senang dari nak hilangkan parutnya. ambil masa yang lama kot bagi saya. selepas baca info dan godek banyak testimonial pengguna tentang produk Miracle Tab ni, memang bagus untuk kurangkan parut jerawat dan kurangkan jeragat. so why not kalau saya cuba kan.

makanya, bila cik Irine Nadia Marcello ada buat giveaway dan hadiahnya adalah produk Miracle Tab ni okeyy berharga RM150,  hati ni meronta-ronta nak mencuba kot mana la tahu tiba-tiba jadi insan bertuah ke, dapatla saya naikkan 'confident' diri masa nasyid peringkat kebangsaan nanti ehem ehem. eh korang pun bole join jugak oke dengan klik link :


mane tahu rezeki masing-masing kan. oh ya,
TARIKH TUTUP : 2nd Dicember 2011 tau. good luck uols.

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan