˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: March 2012


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Friday, March 30, 2012

Jom pegi pantai!! (entry penuh gambar)

Dicatat oleh m i a di 5:12 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

Weekend yang lepas memang tersangatlah AWEsome. Safwan datang Melaka dan sempat join family saya picnic kat pantai Kuala Linggi yeah. Lama sangat tak jumpa, makanya masa 3 hari memang pack gile dengan aktiviti bergumbira saya, Safwan dan adik-adik saya, syahir, ajim, aiman dan ijat.

lama sangat pokcik tu tak ke Melaka, bila datang hamek kau, adik-adik saya xpecialy si ijat memang berkepit aje dengan dia, mandi laut pon berdua aje mencikk ai tau akehkehkeh. nak lagi best, sempat lagi BBQ kat tepi pantai oke, osem tak osem! haha.

sebelum tu, pegi karok sampai kan pokcik tu melopong tengok adik-adik saya melalak lagu madah berhelah tak ingat dunia ai tell yu! lepas tu makan kefci berjemaah kat rumah sambil tengok muvie. tak cukup lagi, pergi pulak downtown kat Dataran Pahlawan even da lewat but still puas hati. yeahhh!!

sila tengok ijat dan safwan, sentiasa berkepit.

nampak iman tengah bersusah payah nak buat 'peace'

see, menyampahh ai!

dari jauh : Safwan, aiman, syahir, ijat dan mak nenek Iman

diorang tak pandang saya sebelah mata pun, ciss!!

takde maknenyeee!!!

ready nak buat kuah kicap untuk ikan bakar

hahha, sebijik mak nenek kan saya?

ikan jaket dan pari berempah, ohseMMM!!

sumpah tak bestt kalau si kecit ni takde

....

ehem, saya jarang bercerita pasal Safwan ek hehe. malu sebenarnya dan saya tahu Safwan tak penah miss baca blog ni. tq dear. saya bersyukur sangat adik-adik saya rapat dengan Safwan even pokcik tu jarang datang Melaka. yepp, kami memang jarang sangat jumpa sebab masing-masing jauh. Safwan di Shah Alam dan saya di mengajar di Melaka. but syukur, kami selalu borak melalui call dan sms.


doakan kami selamat ke jinjang pelamin ye. aha!

oke da bai,

~wassalam~


Ucapan favourite orang perempuan. MESTI BACA!

Dicatat oleh m i a di 1:34 PM 2 ulasan
Assalamualaikum.

hi semua,

lama menyepi, on aje rasa nak share something yang pada saya, 90% bole dipercayai hohoho. guys shud know this tau, ada rahsia di sebalik setiap kata yang wanita ucapkan. girls pun kena take note jugak la kot. sebab mungkin ada antara word ni yang da terbiasa kita ucapkan tanpa kita sedar.

.....

FINE
Inilah yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia betul dan lelaki tu kena diam. jangan sekali-kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama time si dia sedang mencuba pakaian di kedai kerana 'Fine' anda ini akan membawa kepada pergaduhan.

LIMA MINIT
atau maksud sebenarnya, setengah jam. yeah!

TAKDE APE-APE
ini bermaksud 'something' dan lelaki perlu berjaga-jaga! perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar dalam hati dan otak macam tempat spin kat mesin basuh. selalunya, ini akan bermula dengan pergaduhan yang akan bertahan selama 'lima minit' dan akan berakhir dengan 'fine'

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
ini adalah satu bentuk cabaran yang akan membuatkan perempuan menjadi marah dengan 'takde apa-apa' anda dan diakhiri dengan 'fine' dari anda jugak.

PERGILAH (dengan kening biasa)
bermaksud perempuan itu mengalah atau lebih tepat 'buat je lah apa yang awak suka sebab saya tak kesah'. anda hanya akan mendapat situasi ini dalam beberapa minit aje dan akan diikuti dengan 'takde apa-apa', kemudian 'fine' dan perempuan itu akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'lima minit' bila dia da sejuk.


MENGELUH DENGAN KUAT
ini sebenarnya bukan perkataan, tapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'mengeluh dengan kuat' ini bermaksud dia merasakan anda adalah lelaki bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri dan bergaduh mengenai 'takde apa-apa'

MENGELUH DENGAN PERLAHAN
lagi sekali, ini bukan perkataan. perempuan 'mengeluh dengan perlahan' bermaksud dia berasa puas setelah bergaduh 'lima minit' dengan anda. dan sebaiknya, lelaki duduk diam, jangan buat sebarang tindakan, dan perempuan akan kekal puas. jika tidak, dia akan bermula dengan 'fine' lagi sekali.

OKEYLAH
ini adalah kenyataan yang paling bahaya seorang manusia bernama perempuan. 'okeylah' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum membalas perbuatan anda yang telah menyakiti hatinya. 'okeylah' selalunya digunakan dengan 'fine' bersama 'kening yang terangkat'

BUATLAH (dengan bunyi 'lah' yang agak panjang dan berlagu-lagu sedikit)
satu ketika di masa hadapan, anda lelaki akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH
ini bukan kenyataan, tetapi lebih kepada pelawaan. perempuan dengan 'tolonglah' ini sedang memberikan anda peluang untuk memberi alasan atau sebab atas apa yang telah anda lakukan. anda mempunyai peluang yang adil, jadi berkata dengan jujur dan berhati-hati. jika tidak, anda akan mendapat ' okeylah'

TERIMA KASIH
yes, ini 'terima kasih' yang jujur dari seorang perempuan. jangan pengsan. terima dan ucapkan 'sama-sama'. jika anda berkata lebih, dia akan bermula dengan 'takde apa-apa'

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

ini banyak beza dari 'terima kasih'. 'terima kasih banyak-banyak' ini umpama gunung berapi yang bakal meletup. ini menunjukkan anda telah menyinggung perasaan si perempuan dan akan diikuti dengan 'mengeluh dengan kuat'. berhati-hati untuk bertanya apa salah anda selepas dia 'mengeluh dengan kuat' kerana ini hanya akan membuat perempuan berkata 'takde apa-apa'.
....
 
betul kan? hheeh, saya admit yang kat atas hampir kesemuanya TEPAT. setuju?
 
oke da bai, 

p/s : credit tu rilek santai


Friday, March 23, 2012

Kosong, kosong..

Dicatat oleh m i a di 9:22 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

kadang-kadang, ada benda yang patut kita share dengan khalayak ramai, but ada jugak certain things yang kita patut senyap, simpan dan kunci rapat-rapat. kan? bukan semua perkara yang kita bole kongsi sesuka hati, terutama di Facebook and yeah, Blog.

kadang-kadang ada saje orang yang menunggu dengan sabar untuk menikam dari belakang, mentertawakan, saje tunggu peluang untuk cari kesalahan kita. saya percaya ada jugak antara kita yang banyak cakap retorik aje.

kadang-kadang, ada antara kita yang suka mengganggap orang lain lebih rendah dari diri sendiri. kita terlebih bangga dengan diri dan keluarga sampaikan tak sedar ada antara perbuatan kita melukakan hati orang sekeliling. dan kita pun tak sedar yang benda tu kita da buat. dan kadang-kadang kita tak tahu pun, bahawa mereka-mereka yang pernah terkena dengan kita, da dapat hidu maksud sebenar tindakan kita sebelum-sebelum ni.
saya letih dengan orang-orang begini

oke da bai,

~wassalam~

Thursday, March 22, 2012

International Giveaway from AdoreBelleRose

Dicatat oleh m i a di 9:56 AM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi all,

first time joined the international giveaway makes me excited, and had to make entry in english (tolong jangan pengsan). eventho a bit 'tunggang langgang', as long as u guys faham, kira bedal la, bahaha.

The super duper Awesome 'hadiah'



- Soap And Glory Flake Away Body Scrub
- Bangles from New Look
- Dolly Wink Pencil Liner in Black
- Diamond Lash Pure Series Beauty Eye
- Diamond Lash Limited Edition Diamond Eye
- A Retro Gold Camera Style Ring
- Collection 2000 Cream Puff in No 1 Cotton Candy
- Sleek Paint Pout in 161 Minx
- 30 piece Double eyelid fibre
- Nerdy Black Frames
- Sleek Nude Collection Eyeshadow Palette
- Anna Sui Style Eyelash Box
- A Hawaii Hand Held Ice Lolly Mirror With Slide Out Comb Handle
- Claire's Bright Colours Eyeshadow Palette

Rules For The Giveaway:

1. Must be a Follower of AdoreBelleRose Blog

2. Must Follow her on Twitter and Tweet the giveaway and tag her in it

3. Must Add her on Facebook and like a picture~ a lot easier when checking

4. +1 entry if you Blog about the giveaway or put up sidebar

- Please comment with links to the rules you completed so she can keep track of how many people entered.

- She have got Instagram (smartphone app) so feel free to follow her, its AdoreBelleRose


the ending date will be announced once more than 50 people have entered the giveaway. so feel free to join and share it with your friend.

JOIN HERE

gud luck ya,

oke da bai,

~wassalam~

Wednesday, March 21, 2012

‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’

Dicatat oleh m i a di 11:55 AM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

entry permulaan sempena bermulanya cuti sekolah. hoho. cuti sekolah umpama hujan turun di daerah gersang macam padang pasir oke, nikmat dan mengasyikkan seriosssllyy. oke fokusss!


KLIK BANNER UNTUK SERTAI

mega giveaway ini dianjurkan oleh cik Pen Merah. selama ni jadi silent reader blog beliau aje, pestaim nak cuba naseb rasa gugup sangat. aceewahh!
Syarat:

1. Buat entri "MegaGiveAway by Penmerah.com"

2. Likes Fanpages Penmerah.com

3. Copy Banner dan Link kan ke Entri GA Penmerah.com.

4. Tag 3 orang kawan

5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen entri INI.

6. Jangan lupa follow Twitter Pen Merah untuk tahu PENGUMUMAN SEMASA tentang GA ini.

ohh yezza, ada lebih kurang 60 hadiah untuk dimenangi oke. memang betul-betul mega. dan lagi, setiap minggu akan ada hadiah bagi Top Komentar berupa wang tunai pulak tu. sangat AWEsome. antara hadiah tajaan cik Nisa Kay ialah:


nak tengok hadiah lain, klik SENARAI HADIAH ini.

best kan best kan hoho. so semua, jom join giveaway ini. mana tahu nasib kan. klik banner kalau nak join ye.

saya nak tag mereka yang bertuah :

cik ezy
nusha
cik nurul pink

oke da bai,

~wassalam~

Monday, March 19, 2012

Review : Maycheer Pressed Powder for shading

Dicatat oleh m i a di 10:00 PM 0 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

kali ni nak share review tentang Maycheer pressed powder yang da hampir sebulan saya guna sama juga macam Mac 40 color pallete ni tau. eh sekarang ni saya rasa macam lagi gian dan kemaruk untuk tambah koleksi make up stuff saya. haisshhh tolong someone kasi azan kat telinga mak nenek ni bole? grrRrr!!


Pro

Maycheer ni kira one of the famous brand yang banyak MUA guna. banyak jugak review yang saya baca tentang produk dari brand ni. sebelum ni saya hanya pakai eyeshadow warna brown untuk buat shading hidung dan pipi tau. but macam tak best makanya bila nampak benda ni terus rasa nak try.

yes texture memang lembut sangat macam compact powder, so smooth tau. easy blending, i mean super easy blending oke. nampak sangat sempurna bila da blend tau. takde la nampak fake sangat shading yang kita buat hoho. harga pun bole tahan RM 15 kot lupa pulak.

Kontra

setakat ni, saya tak hadapi sebarang masalah bila guna Maycheer pressed powder sebab hanya guna untuk buat shading aje hehe.

Repurchase?

Yes

....

macam biasa, kalau ada pendapat tentang mana-mana produk yang AWEsome gile, silakan share kat sini oke dear. saya beli item ini di Naturactor Product (Cosmetic) my fav online shop oke like seriusly favourite gile.

oke da bai,

~wassalam~

Friday, March 16, 2012

Official Video Clip Of Luahan Rasa by Raqib Majid

Dicatat oleh m i a di 9:30 PM 0 ulasan
Assalamualaikum

hi semua,

lama tak post video kan. hehe. tiba-tiba gedik pulak nak share dengan korang official video clip Raqib Majid untuk single pertama beliau Luahan Rasa. yess, masih ingat ENTRY INI?. heroin dalam clip video ni mak nenek yang mekapkan hoho. so, cer tengok cer tengok ehem.

 
Raqib Majid- Luahan Rasa (OfficialVideo) from Q-Production on Vimeo.

~wassalam

Thursday, March 15, 2012

Review : Mac 40 color pallete

Dicatat oleh m i a di 5:57 PM 8 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua

sekejap je rasanya cuti sekolah, seminggu je kot hehe. but saya still bersyukur sebab banyak benda boleh buat kalau tak sebelum ni saya pandang blog kecik besar kecik besar je oke.

yezza actually da banyak da produk baru yang saya nak review tapi itula, kekangan masa dan sibuk yang berpanjangan sekarang ni. so hari ni nak share something yang quite AWEsome untuk gadis gadis semua hoho.



Mac 40 color pallete
Maycheer pressed powder

...

untuk hari ni, meh nak review tentang Mac 40 color pallete yang da hampir sebulan saya guna haha. baru sekarang mak nenek ni nak buat review kan.


1st line

2nd line

3rd line

4th line

Pro

see the picture? color die nice kan? yess sangat terang dan senang nak blend dengan warna lain. pallete ni bercampur eyeshadow jenis matte and shimmer so kira sangat oke la tak perlu nak beli lain-lain. harga pun murah RM 28 je murah kan? eyeshadow dalam ni bole tahan lama jugak especially yang jenis matte sangat best tau.

Kontra

satu yang tak best yela ini kan pallete jenis cakia cukia, so of course la warna dia ada a bit macam kapur-kapur sikit. but once da lekat, memang tahan lama tau. so saya suggestkan pakai eye primer dan eyeshadow base untuk kasi eyeshadow ni senang lekat dan tak messy sangat oke. yang lain semuanya oke.

Repurchase?

oh YES, tapi rasa macam nak try pallete lagi besar macam laptop bole? akehkehkeh.

....

mungkin ada yang penah try pallete jenis macam ni, sila lah share pendapat bole? drop your komen juga kalau ada suggestion mana-mana produk yang best-best oke. oh ye, saya beli pallete ni secara online di Naturactor Product (Cosmetic). trust me, saya da survey banyak online shop yang jual barang make up, but this one yang paling super duper murah dan tip top service ai tell u hehe. cer try cer try.

oke da bai,

~wassalam~

p/s : sedang berusaha membangunkan sebuah blog untuk mekap aje aaggagagaa.

Bentuk-bentuk border untuk blockquote

Dicatat oleh m i a di 3:25 PM 2 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

lama gila tak buat tutorial kan, jadi pada hari yang permai lagi indah, rasa berkobar-kobar nak share tutorial oke. ini kira macam sambungan pada tutorial blockqoute yang sebelum ni tau.

Cara nak buat kotak Blockquote

kali ni, saya nak share a few bentuk border yang bisa membuatkan kotak blockquote jadi lebih anggun haha. oke cekkidaut man.



-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;
}


-moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;
}


-moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;
}


-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;
}


-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
}


-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
}

....

oke seterusnya, ikot step kalau nak apply border ni pada kotak blockquote sedia ada korang.

1. ini code blockquote yang asal
.post blockquote {
background:#ff3399;
padding: 5px;
Border: 3px solid #ffffff;
colour:#FFFFFF;

2. konon saya nak apply border E, so amek code border E tu, paste pada bawah code asal tadi. contoh :
.post blockquote {
background:#ff3399;
padding: 5px;
Border: 3px solid #ffffff;
colour:#FFFFFF;
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
}

3. Preview dulu, kalau okey, sila Save.
 
....

done, senang kan. good luck ye

oke da bai,

~wassalam~
pst : tutorial ni untuk yang tak tahu oke..pada yang da tahu dan pakar..diam..diam. Kredit untuk Cik Tyrah

da buat?komen sini meh..terima kasih..

Wednesday, March 14, 2012

Banyak tips nak kongsi ni..

Dicatat oleh m i a di 9:50 AM 4 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

cuti sekolah ni yang bestnya banyak benda yang tak settle bole jadi settle hoho. kalau blog da lama tinggal jadi macam tongkang pecah pun, time holiday macam ni la bole kemas berjemaah ye tak.

semalam tak tahu tido jam berapa sebab asaited sangat nak update Tips kat menubar bawah header tu. rupanya banyak da saya membebel pasal blog, cinta kat sini. bila kumpul semua dalam satu entry rasa huwaaa hebat jugak mak nenek ini ehem ehem.


oyea nampak tak beberapa tips kat atas tu. untuk baca entry penuh, sila KLIK SINI oke. banyak lagi nak share kat blog, yang terbaru tentang tips make up, macamana nak kasi tahan lama, tak bercapuk and banyak lagi. oohoiiii, sekarang da rasa blog ni bukan Mia Suka Berangan, da jadi Mia Suka Mekap pulak zzZZzzz.

oke da bai,

~wassalam~

Monday, March 12, 2012

4 Tips untuk dapat BE dari Nuffnang

Dicatat oleh m i a di 6:21 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

yeah cuti sekolah bermula dengan berita gumbira. apa tak gembira pulak bila on Maybank2u tengok gaji da masuk kohkohkoh. plus dengan wang saku hasil make up dua tiga hari ni, rasa berbaloi-baloi sangat bila dapat bantu ibu ayah bayar bil Astro, hoho. satu pencapaian terkini untuk diri sendiri oyea.

cuti sekolah bermula dengan lagi berita gumbira dari Nuffnang. BE lagi oh tengkiu very bery much rasa nak berjoget setempat aje. syukur seribu syukur dengan rezeki ini.


kalau nampak iklan Miss World tergedik-gedik kat bawah entry ni, sila lah klik barang sekali dua ya. hheehhehe. cer klik cer klik.

saya pernah share tips untuk dapat BE dari pihak Nuffnang. antara 4 perkara yang paling diambil kira ialah :

1. Kemaskini bahagian 'Survey' akaun Nuffnang
2. Tampal unit iklan di tempat yang sesuai/betul
3. Gunakan ketiga-tiga unit iklan di blog anda
4. Keahlian eksklusif/ Status Glitterati

untuk bacaan penuh tentang info ni, bole klik SINI oke. jom dapat BE ramai-ramai aha!

oke da bai,

~wassalam~

Sunday, March 11, 2012

Make Up : Majis Pernikahan Nurul Ain & pasangan

Dicatat oleh m i a di 11:01 AM 5 ulasan
Assalamualaikum..

hi semua,

semalam selesai satu lagi job untuk make up pengantin. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya saya macam kalut sikit haha. bukan apa, takot datang terlambat sangat sebab majlisnya selepas isyak, tapi pengantin dah call dalam jam 4 lebih macam tu. cuak gile saya kot la masa nikah dicepatkan ke manalah tahu kan. apa pun memang syukur sangat sebab Ain dan keluarga pun puas hati dengan hasil make up saya.

Ain sangat simple tau. ayat pertama keluar bila ain jumpa saya ialah 'kak mia cantik gilerr' gulpp nak ketawa sangat masa tu, tapi saya cover sikit bahahaa . umur 23 kot kalau saya tak silaplah, dan yang paling seronok tengok hantaran dia la. gile AWEsome oke. ada gitar, DSLR, samsung galaxy note dan perghhh banyak lagi gadget yang bikin mata ni tak reti duduk diam hokeyy. ape pun, tahniah untuk Nurul Ain dan pasangan ya.

here's da picture..


BEFORE

AFTER



more picture HERE
Foundation stick from Kryolan
Loose powder from Elianto
Shading powder from Elianto
Eyeshadow pallete from Elianto
Eyeliner from Elianto
Mascara from Maybelline
Blusher from Elianto
Lip liner and Lipstik from Elianto
Face Mist from Aquara Spray

ahli keluarga ain semuanya ramah gile oke. saya siap kena interview lagi pasal make up. pakai jenama apa, belajar kat mana, harga berapa kalau ikot event. hehe seronok jugak manalah tahu datang lagi punca rezeki kan, amin amin.

kalau ada yang nak book saya untuk make up, bole email ke gardisareyou@yahoo.co.uk oke. nak tengok portfolio make up saya yang lain, bole tengok di Facebook Mia Adnan

oke da bai,

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan