Terus rujuk pada JAKIM kalau ada keraguan pada logo halal. | ˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Wednesday, September 14, 2011

Terus rujuk pada JAKIM kalau ada keraguan pada logo halal.

Dicatat oleh m i a di 7:52 PM
Assalamualaikum..

hi semua.

baru balik dari Hospital Putra, Melaka sebab jaga Kak Long saya yang tengah sarat sekarang ni. saya pulak berdebar bila dapat tahu kak long kena tahan wad. tapi alhamdulillah, harini da bole balik da.hehe.

sebelum balik tadi, ibu mengandung mengidam nak makan A&W, saya pulak tersengih macam kerang busuk kat seat belakang sebab kebetulan tengah berkumandang lagu Satu Malaysia kat dalam perut. ehem nampak la lagu patriotik sikit, Jumaat ni Hari Malaysia, kan?

tengah makan-makan, saya borak dengan kak long. saya tanya banyak-banyak restoran fast food kat Malaysia ni, mana yang beliau tak penah masuk lagi. kak long diam sekejap tanda macam susah gile nak fikir restoran mana yang belum penah disinggah. kemain lagi mak buyung ni haha. tapi ntah macam mane, kitorang terborak pasal tanda halal kat setiap restoran yang ada.




kak long cakap, tak semua restoran menggunakan tanda halal yang sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ada yang gunakan tanda halal dari badan berkuasa lain. tapi tapi tapi, ada juga antara tanda halal dari pihak luar ni, TIDAK diiktiraf oleh pihak JAKIM. kak long memang sangat berhati-hati kalau bab makan ni. sebab makanan jadi isi dalam perut, jadi daging, jadi darah mengalir sampai ke hati, jantung. dalam bab hal haram makanan ni memang tersangatlah diutamakan. ibu pon macam tu jugak. sebab tu masa kecit-kecit, ibu jarang belikan kitorang sosej, was-was katanya.

kak long sarankan saya tanya sendiri pada pihak JAKIM kalau ada keraguan pada tanda halal mana-mana restoran yang saya nak pegi. nak lagi mudah dan cepat dapat feedback, call terus je pejabat JAKIM tu. kak long siap kasi nombor telefon JAKIM tau. oke itu tipu.

memang banyak sangat bentuk tanda halal da sekarang ni. pening dan kadang-kadang timbul keraguan. saya percaya, ramai yang penah rasa macam ni kan. mungkin lepas ni saya bole 'highlight' kan number JAKIM ni sebagai favorite number, muhahaha. oke tak?

jaga makanan ya semua.

~wassalam~

KLIK sekali

p/s : korang tahu restoran Seoul Garden TIDAK diiktiraf logo halalnya? saya sarankan telefon sendiri pihak JAKIM ya.

2 ulasan:

JIJI YU on September 14, 2011 at 5:02 AM said... BALAS

hurm..satu kerja la plak kan

nuyui a.k.a miss NUSHA on September 14, 2011 at 5:11 AM said... BALAS

mcm2 kes skrg ni sis...

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan