Review : PUTERI BINARI LULUR SCRUB SUSU BERAS

Tuesday, November 15, 2011

Assalamualaikum..

hi semua.

hari ini hari Selasa. oke cukup part mukadimah.

kalau ada rasa macam nak lempang sila tarik nafas dalam-dalam sebab saya pun macam ada rasa sikit lagi nak lempang diri sendiri lepas baca balik ayat mukadimah kat atas tu. tak tahu ape yang cuba dibuktikan dan lagi, sekarang ni pun saya tak pasti ape yang kaw merapu ni mak nenek oi oiiii!

oke tak kelakar.

da lama tak buat review produk ek. banyak kali cakap nak buat review tentang produk itu ini, but still takde hasil pun. sory sangat ya mungkin pertama, sebab masa yang mencemburui saya *dAaaa! tangan ke bahu, mata ke atas* kedua, sebab internet kat rumah buat hal pulak 3,4 hari ni. even banyak entry da taip awal-awal guna ms word, tetap tak bole post kat blog sebab internet cilakak kan, kan, kan. hoho.


sumber: ckbeauty.com.my

hari ni nak share tentang Lulur Scrub dari Puteri Binari. Puteri Binari ni antara produk yang bagus untuk penjagaan kulit tau. banyak juga review tentang produk ni and rasanya oke kot kalau korang nak cuba. acely lulur ni ada banyak jenis, antaranya :

        1. BINARI LULUR SCRUB BUAH
        2. BINARI LULUR SCRUB BUNGA CHRYSAN
        3. BINARI LULUR SCRUB SUSU BERAS
        4. BINARI LULUR SCRUB SUSU
        5. BINARI LULUR SCRUB CELLUWAY TRIPLE ACTION
        6. BINARI LULUR SCRUB JAMU

setakat ni, saya pernah cuba 2 jenis je. BINARI LULUR SCRUB BUAH dan sekarang ni pakai BINARI LULUR SCRUB SUSU BERAS. pada saya, benda ni memag tersangatla best gile oke. ada banyak sebab kenapa saya suka. but before berleter, meh tengok info sikit tentang scrub ni.

Kebaikan

Scrub badan jenis susu beras ni diadun dengan susu kambing+susu beras untuk memelihara kelembapan kulit dan menyegarkan kulit. scrub ni jugak bagus untuk mencerahkan kulit dan menjadikan kulit selembut sutera sebab susu kambing dan susu beras tu sendiri da memang baik untuk memutihkan dan melembutkan kulit.

Ingredients

banyak sangat. yang penting ada susu kambing dan susu beras. satu lagi yang saya nak highlight kat sini, scrub ni mengandungi Mineral Oil, which is tak berapa bagus untuk kulit sebab mineral oil ni besar kemungkinan bole menyebabkan kulit jadi kering. so elakkan guna scrub ni setiap hari la. atau macam saya, lepas guna lulur ni, saya akan apply losyen dan tu memang jadi rutin kot.

Pro

bau yang super duper wangi+harum! yeah memang bau scrub ni tersangat la harum. plus scrub ni memang ternyata bole cerahkan kawasan yang bernoda. seriusly, saya guna scrub ni setiap hari dan memang nampak perubahan pada kulit. dan lagi, kulit akan jadi lembut sangat dan still lembut sampai la malam hari. tak tipu oke. harga pulak memang berbaloi-baloi dan mampu milik. saya beli RM 12.00 dan biasa beli kat mydin. rasanya sane paling murah kot.

Kontra

NONE. cuma part yang mineral oil tu la. but still oke mungkin sebab da apply losyen.

Repurchase?

OHH YES YES YES!!

acely ada banyak kan jenis lulur badan kat pasaran. one of da best ialah Lulur Purbasari. banyak juga review tentang lulur ni. tapi tahu kenapa saya macam tak terpikat. mungkin sebab nama dia macam gerun-gerun gittew, boleh?? Purbasari, Puteri Binari, which one sounds better?

muhahaha, oke da bai

~wassalam~

You Might Also Like

6 Comments

  1. bolehlah akak pergi cari kt mydin lepas nie.....tahan berapa lama satu bekas tu??

    ReplyDelete
  2. memang best lulur2ni semua,,ai like!!

    cari budak comel di sini:
    cari budak tersembunyi

    ReplyDelete
  3. memang best lah kalau dapat pakai lulir ni..terasa kulit jadi lembut je..cuma kena rajin la..huhu

    ReplyDelete
  4. @Cik Kamoo

    oh ya, yg sy punye tu, MFG date die julai 2011, n xpired julai 2014, lbih kurang 3 tahun kot. nk tgk xpired date die kat bawah bekas scrub tu, hehe

    ReplyDelete
  5. @miya

    yes, mmg best gile, hehee..

    ReplyDelete
  6. @nur anis

    btol anis, kulit mmg jadi lmbut sgt, pastu wangi.hahaha, rajin tu mmg kene la..

    ReplyDelete

SHARE LINK ANDA DI SINI

<a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

thanks for dropping by...
^__^