˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙: May 2011


Assalamualaikum. saya kini mengambil tempahan untuk make up Dinner, Photoshoot, Tunang dan Nikah sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Email me oke : gardisareyou@yahoo.co.uk

Join ChurpChurp Jom!

Tuesday, May 31, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Dicatat oleh m i a di 5:39 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang uols..

lama juga rasanya saya tak join giveaway atau mane-mane contest yang blogger anjurkan..kalau sebelum ni, masa tak mengizinkan dan kekangan kerja, tapi sekarang masa yang sesuai saya kira..ehehe


KLIK BANNER INI UNTUK SERTAI


giveaway kali ni dianjurkan oleh si cantek manis cik nisa kay. saya baru mengikuti blog cik nisa ni lepas baca entry beliau tentang contest oleh Sandra Azwan ni..menarik sangat..makanya, hati bagai ditarik-tarik nak join giveaway cik nisa..antara sebab lain, senarai hadiah yang memang awesome gile, yang bisa buat kening saya terangkat tanpa dipaksa-paksa..oke da mengarut..

MARI TENGOK SENARAI HADIAH DI SINI

hehe..menarik kan? hadiah-hadiah ini telah disponsor oleh blogger-blogger ini :





meh meriahkan giveaway dari cik nisa ni ya..

TARIKH TUTUP : 6 JUN 2011 TAU

saya nak tag 2 orang yang comel ni:
1. Nusha
2. Solehah

maklumat lanjut, korang boleh ke BLOG CIK NISA ya..all da best uolss..

~wassalam~


Nuffnang Premiere Screening of Hoodwinked Too: Good vs Evil

Dicatat oleh m i a di 1:08 PM 4 ulasan
Assalamualaikum..

halo uols..

hari ni saya macam takde mood je nak buat ape-ape..tapi pagi ni, alhamdulillah rezeki saya murah lagi..bukak email, Nuffnang bagi free tiket lagi..thanks ya..



Date : 6 June 2011 (Monday)
Time : 9.30pm
Venue : Cathay Cineplex e@Curve

tapi saya di Melaka..jadi macamane =.= ? nanti akan difikirkan..masa untuk diri sendiri..jaga diri semua..



oke da bai..


~wassalam~





Monday, May 30, 2011

Mata merah selepas pakai contact lens?

Dicatat oleh m i a di 9:35 PM 21 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang semua..

rupanya ramai jugak suka entry blue ni ea..akehkehkehkehh...al maklumlah kan, sekarang ni musim cuti sekolah, banyak la kan orang nak mendirikan rumah tangga..ehemm..

oke, cukup mukadimah..hari ni saya nak share pasal contact lens..masih ingat entry saya tentang lens baru ini? berapa ramai yang pakai contact lens kat sini ea?mesti ramai kan..berapa ramai pulak yang beli lens secara online? cer share kat sini meh..




korang ada masalah tak bile pakai contact lens yang beli secara online?contohnya, mata jadi merah, atau mata rasa pedih-pedih sikit bila terkena air..saya tak tahu la kenapa, sejak akhir-akhir ni, setiap kali pakai contact lens, mata saya jadi merah, dan bila tanggalkan lens, mata jadi pedih dan merah gile kat bahagian atas bola mata hitam..


saya tak sure sama ada mata saya memang problem bila pakai lens ke..but sebelum beli secara online, saya ada pakai yang jenis Fresh Look..memang tiada masalah macam sekarang ni..saya tak tahu yang kot yang lain pakai okey aje..kot la saya yang pakai tak betol atau tak jaga kebersihan lens tu kan..cuma nak tanya sama ada korang ada masalah macam saya ni tak? pelis kongsi kat sini ea..




contact lens ni valid selama setahun, saya baru beli Februari yang lepas, jadi lens da xpired memang bukan penyebabnya..bukan juga kerana saya terlebih masa pakai lens ni..had pemakaian contact lens jenis online ni tak melebihi 8 jam..dan saya sangat berjaga-jaga tentang tempoh 8 jam ini..


dan sekarang mata saya jadi lebih kabur dari sebelum ni..huhu..risau juga kot tiba-tiba jadi buta ke kan..nauzubillah..kalau ada yang berpengalaman tentang masalah ni, meh share kat sini ea..thanks uols..


oke da bai..


~wassalam~




Royal Blue

Dicatat oleh m i a di 12:27 PM 11 ulasan
Assalamualaikum..

hi uols..

semalam sibuk dengan orang kawen..jadi harini relaks je kat umah..eh nak tanya ni, kaler royal blue comel tak?ai tetiba jatuh hati pulak dengan kaler ni..cer tengok cer tengok..




















dan saya paling suka dua yang terakhir ni..






huwaa..menawan kalbu okeeyy..hohoiii..


oke da bai..


~wassalam~




Anak Bijak - Kaedah dan cara pemakanan bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.

Dicatat oleh m i a di 12:17 AM 12 ulasan
Assalamualaikum..

halo uols..

acely kan..saya betol-betol belur tak tahu nak update ape da..ehhe..mayby sebab duduk rumah saje tak keluar-keluar..jadi otak pon asek ke lauttt aje..sangat tidak bagoss okey..

tapi jalan-jalan merewang di Google, saya terjumpa satu artikel yang menarik sangat..saya da pernah baca artikel ni semasa praktikum hari tu..al maklum, kat sekolah ramai cikgu mengandung *musim mengawan ke hape??ppffff!* makanya, ada cikgu yang tunjukkan artikel ni dan bagi saya sangat menarik oke..mungkin da ramai yang tahu pasal artikel ni..tapi..grr, saya nak share jugakk..hohoho

artikel ni menceritakan tentang bagaimana seorang wanita Yahudi yang mengandung begitu menjaga pemakanan dan amalan harian sepanjang tempoh mengandung..saya cuba ringkaskan artikel ni supaya korang tak jemu nak baca atau terlebih dahulu menyiapkan tilam dan toto sebab takut tertido masa membaca nanti..ehhe *oke itu perli ye cik me'ah..grr*


1. Amalkan makan sebelum malam
 Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam. Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam. macam kita juga. Islam mengajar kita berbuka puasa ketika Maghrib kan. waktu ini dikatakan merupakan waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.
2. Menyelesaikan satu masalah Matematik setiap hari
 menurut penulis, setelah mengetahui yang dirinya mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. si ibu dan bapa juga akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Si ibu percaya latihan matematik ini akan melatih otak anak yang masih dalam kandungan supaya menjadi seorang genius bila da besar nanti..huwaa..bagi kita pulak, kan digalakkan membaca Al-Quran, dan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang menenangkan jiwa..tapi buat latihan math tu memang pertama kali saya dengar..macam pelik, tapi berguna kot..
3. Banyakkan makan kekacang dan ikan
 lagi satu, sejak awal mengandung, si ibu ni gemar makan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari, makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Mereka percaya, isi ikan sangat baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut penulis lagi, ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. jadi, bagi ibu-ibu mengandung sekalian, elakkan makan kepala ikan okey..ehhe
4. Makan daging dan ikan secara berasingan
Orang Yahudi jugak mengasingkan hidangan daging dan ikan dalam satu meja. menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. seingat saya, Rasulullah sendiri mengamalkan memakan buah-buahan dulu sebelum menjamah nasi, kan? betolkan saya jika saya silap ya..
5. TAK NAK rokok!
Rokok adalah antara larangan utama yang sangat dipentingkan oleh orang Yahudi. mereka akan selamber kodok dan tanpa segan silu meminta kita keluar dari rumah depa dan merokok kat luar tu sepuas hati..sentapp makk..hehee

acely ade banyak lagi ilmu yang ada dalam artikel ni. untuk bacaan lanjut, korang boleh jenguk ke Laman Ustaz Moden ni..saya ada juga baca komen-komen berkaitan artikel yang dikongsikan ni..huwaa..ramai juga yang marah gile, dan ada juga yang faham maksud sebenar penulisan artikel ini..saya pon pada mulanya, khuatir juga nak share entry ni, kot lagi banyak pulak yang tersalah anggap nanti..
makanya, saya jelaskan kat sini, entry ni bukan bertujuan mengagungkan yahudi tetapi mengajak kita untuk melihat betapa mereka, walaupun membenci islam dan digelar sebagai penderhaka Allah paling tegar, mereka adalah manusia yang dalam derhakanya memanfaatkan segala ajaran Allah dan Rasulullah. nampak betapa hebatnya Islam..
apa yang cuba saya sampaikan ialah, even Yahudi membenci Islam, tapi mereka tetap memperaktikkan dalam gaya pemakanan harian mereka adalah sepenuhnya mengikuti sunnah Rasulullah. sebab itu, tajuk entry ni saya ubah sikit daripada tajuk asal artikel..nampak tak?

dan lagi, kebetulan, kak long saya juga sedang mengandung sekarang ni, mungkin ini bole jadi perkongsian berguna untuk tips-tips ibu mengandung sekali..faham tak ni? jadi, harapnya, entry ni janganlah dipandang berat ya..ini hanya sekadar untuk bacaan sahaj. Demi Allah, tiada niat lain dalam hati saya ketika menaip entry ini..

oke da bai..

~wassalam~

pst : terpikat dengan komen pembaca ini :
suka saya menasihati diri saya dan para pembaca di luar sana, ingatlah setiap bahan bacaan yang kita baca, kitalah yang memprosesnya, menaakulnya untuk kita fahami dan hayati, seterusnya, kita jugalah yang berhak menolak atau menerimanya. namun, carilah baik dalam setiap langkah kehidupan kita, jernihkanlah hati untuk menempa kebaikan kerana hati kita adalah milik kita, dan iman itu letaknya di hati. wallahu a’lam..


Thursday, May 26, 2011

Cara pasang Banner Iklan ChurpChurp

Dicatat oleh m i a di 6:35 PM 6 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang uols..

huwa..jari gegel gegel nak buat tutorial uols..hekehkehke..da lame tak buat ni..naek kematu jari-jari nak menaip..oke fine, itu tipu..grrrr

baeklah..secara mudahnya, pertama sekali, korang mesti register ChurpChurp dulu la kan..klik Join ChurpChurp Jom ..dan daftar la yekk..oke next, cara nak pasang banner iklan pulak..mudah saje..sama juga macam nak pasang gadget pada blog..mari mulakan ya..

1. pergi ke Design > Add and Arrange Page Elements > Add a gadget >  HTML/JavaScript

2. copy (ctrl+c) code ni, dan paste (ctrl+v) pada kotak html/javascript tadi..
<a href="URL CAMPAIGN ChurpChurp" target="_blank">
<img border="0" src="URL GAMBAR" width="SAIZ" height="SAIZ"/></a>
3. seterusnya, untuk dapatkan Link Iklan ChurpChurp, pegi ke Akaun ChurpChurp > Dashboard > Klik Iklan (yang korang nak share), copy Link untuk iklan ChurpChurp. contohnya :


dan paste ke URL CAMPAIGN ChurpChurp.

4. kemudian copy link gambar iklan ChurpChurp. caranya, Right Klik gambar dan klik Copy Image Location. contohnya :


dan paste ke URL GAMBAR. untuk adjust gambar, korang bole ubah Saiz ikot suka hati (biasanya 90).


5. oke, itu untuk satu banner iklan saje tau..kalau korang nak pasang banyak banner secara memanjang, copy lagi code pada step 2 untuk iklan kedua, dan paste selepas code untuk iklan pertama. tak perlu langkau baring, cuma tekan 'space' untuk adakan jarak antara banner. contohnya :



6. Klik Save, dan Save lagi kat bahagian atas, dan Preview.


eh kejap..korang boleh nak buat banner iklan tu gerak-gerak macam saya punya tu..caranya mudah saje..

1. copy code kat bawah ni dulu dan paste pada kotak html/javascript, dan SAVE :
<marquee onmouseover="this.stop();" onmouseout="this.start();" scrolldelay="0" behavior="scroll" direction="left">

MASUKKAN CODE STEP 2 KAT SINI

</marquee>
bagi yang letak satu sahaja banner iklan ChurpChurp, korang masukkan code step 2..tapi kalau korang pilih nak letak banner iklan ChurpChurp banyak-banyak macam dalam step 5 tadi, masukkan code step 5 tu ke MASUKKAN CODE STEP 2 DI SINI.

faham tak?hehee..kalau pilih yang gerak-gerak ni, nampak lagi comel..cuma, blog akan jadi lebih berat sikit la..jadi, pilih yang terbaek oke..nak gerak or tak nak gerak..terpulang..

all da best uolss..

~wassalam~
pst : tutorial ni untuk yang tak tahu oke..pada yang tahu dan pakar..diam..diam..kredit untuk Coretan Hidupku
da buat?komen sini yaa..terima kasih.

Wednesday, May 25, 2011

Review : Bio Oil & Mederma untuk hilangkan parut

Dicatat oleh m i a di 4:04 PM 69 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang uols..

da beberapa hari kat rumah..hati resah gelisah nak kerja part time..hehe..rasa lutut bergegar aje sebab makan tak henti-henti dan tido saje doplopatjam.. aigoo..abislah saya..

baeklah..saya nak tanya pendapat semua..ada sape-sape yang pernah cuba Bio Oil tak? Bio oil ni terkenal untuk hilang parut.. tapi, banyak komen-komen yang saya baca, produk ni rasanya berkesan untuk hilangkan stretch mark aje kot..ada sape yang pernah guna Bio Oil, silakan share pendapat korang kat sini, bole?

Pihak Bio Oil ada menjawab jugak pasal komen-komen tentang produk mereka ni :
Sometimes people forget the basics about basic skin care. If you start to notice stretch marks, you should start lots drinking water. Water rehydrates your skin, thus preventing or even reducing stretch marks.



macamane? acely, saya baru saje guna Bio Oil..tak sampai seminggu kot..hakhkahkaa..jadi masih tak nampak la perubahannya..harga Bio Oil sekarang RM35..masih awal nak cerita tentang kebaikannya..cuma, ada jugak komen yang saya baca, katanya, produk ni tak sehebat yang diperkatakan.. erkk..makanya, saya perlukan pendapat anda yang da pernah guna Bio Oil ni ya..

macamane pulak dengan Mederma? ada yang pernah guna tak? produk ni adik saya beli dengan harga RM39..dan kebanyakan komen yang saya dapat, memang produk ni berkesan untuk hilangkan parut dan selulit..huwaaa..masih juga dalam tempoh percubaan sekarang ni, jadi masih tak boleh nak share keberkesanannya kat sini..eehhee..


korang kalau ada pengalaman menggunakan kedua-dua produk ni, saya minta bole ke share pendapat tu kat sini ya..peliss..hehee..dan nanti insyaALLAH saya share pulak feedback saya tentang produk ini ya..ehhee..


UPDATE!

i've post a review about this two product. uols bole baca kat sini ya. sila klik

Review Bio Oil and Mederma

sharing is caring..hohoho

~wassalam~

REGISTER HERE


Tuesday, May 24, 2011

Kenapa Cicak Tokek Mahal??

Dicatat oleh m i a di 5:33 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang uolss..

huwaa..tajuk entry kemain lagi kan..ehkehkehke..saje je sebab kat umah saya sekarang ni, kecoh dengan cicak tokek..tengah masak, masa makan, time tengok tv..semua borak pasal cicak tokek okeyy..semalam singgah umah nenek saya yang comel ni..aikk..nenek pon bercerita pasal cicak tokek ai tell yu!..very the tokek tau..grrrr..

kenapa cicak tokek ni menjadi pooojaan ramai sekarang ni ya?saya tanya nenek, then nenek mula bercerita..mulanya, cicak ni orang tak pandang pon..tapi ada la seorang pesakit Aids ni, masuk hutan..hutan mane, saya lupe pulak tanya nenek..masa kat hutan tu, hamba Allah ni terkena gigi dek cicak tokek.. ajaibnya, penyakit Aids yang orang kata takde ubat ni, terus hilang dan hamba Allah ni sembuh..bermula tu la, orang kecoh pasal cicak tokek ni ye..


Jenis cicak yang dipanggil Tokek (Tockay Gecko) bole mencecah harga ribu-ribu lemon ringgit okeyy..malah, bole juga boleh sampai 1 juta *ini tak sure fakta or auta* lagi besar saiz tokek ni, lagi mahal laa harganya..dalam dunia pengubatan ilmiah sekarang, dikatakan tokek mengandung satu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik... zat aktif yang diberi nama IUPAC Tri-heksipentafenikol bole melawan pertumbuhan cancer dan juga melawan HIV dan H1N1 viral *oke ini fakta..bunyi petir sikit ya*



acely, ada banyak jenis kot cicak ni..yang saya penah dengar, tokek kayu, tokek batu n ade lagi beberapa jenis *kot* nenek kata, tempat cicak tokek ni, bukan macam tempat cicak biasa yang ada kat umah kita sekarang ni..cicak ni biasanya ada kat hutan, pokok yang besar-besar dan ada penunggu *fine, ini tipu..ehhe* rumah yang tak digunakan..dan sekutu dengannya..paling senang nak jumpe, kat dalam hutan la..kalau semua ni salah fakta, korang bole serbu nenek comel saya okey..sebab ini semua saya rakam cerita yang beliau sampaikan, bole?hekehkeheke...



pergghhh...dasyat gileerrrlah..kalau dapat ni..kayo pokcik..pokcikk kayoo..

even cicak ni memang tinggi yang melampau permintaannya, janganlah sampai jadi taksub ya..ada juga beberapa kes orang kena tipu dalam proses jual beli menatang ni..makanya, silakan berhati-hati uolss..

oke da bai..

~wassalam~

pst : nak pelihara cicak tokek sekarang, kena ada lesen okey..engko hengat, memandu je ada lesen..grrrr...


Sunday, May 22, 2011

Rupa Sebenar 'MAK NENEK'..

Dicatat oleh m i a di 10:49 AM 6 ulasan
Assalamualaikum..

selamat pagi uols..

ehem..korang pernah dengar gelaran 'MAK NENEK' tak? saya selalu kena panggil dengan ibu macam tu..eh macam mak nenek la engkau ni..eh serupa mak nenek betol la engkau ini..hasiihhhh..mula-mula, rase macam 'haiiishh menyampahnyeww kena panggil macam ni' but lame-lame, saya rase macam comel pulak orang panggil mak nenek, mak nenek.. hikhikhikk *gelak mintak lempang sedas dua*

korang pernah bayang kan tak macamane gaya dan rupe 'mak nenek' ni.saya rasa, 'mak nenek' seswai betol dengan mokcik ni tau..kahkahakahka..korang tengoklah okeyy..






see, ape engkau rase hohooiiii..ekhekhekee..seyes rasa nak berjoget setempat je tengok gambar mokcik ni..ahahhaa..sabar je la iyee...

jaga diri uols..

oke da bai..

~wassalam~

Friday, May 20, 2011

Akhirnya, Kini Pasti!

Dicatat oleh m i a di 5:09 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

selamat petang semua..

akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba..hari ini, Jumaat, 20 Mac 2011..hari terakhir praktikum..hari terakhir saya belajar..hari terakhir bergelar seorang pelajar jurusan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris..ape rasanya me'ah?? tak tahu..hati jadi tepu sebab teruja dan sedih..teruja sebab tamat penantian, sedih sebab akan tinggalkan sekolah..dan kawan-kawan seperjuangan..aduhaii..

eleh..poyo gile kau me'ah..orang laen abes belaja jugak, takde heboh bagai gile macam engko..kehekeh.. alahaii..saya ni hati tisu sikit..bukan tisu toilet kat times square atau puduraya versi lame dolu ya..tapi tisu kat hotel Hilton tu *nak jugaakkkkk!!* hahahaa..oke fine, melalut da..

dalam sedih dan teruja ni, saya happy jugak, sebab akan balik Melaka..oyeaaa..akan bercuti panjang..dan akan menambahkan berat badan..AHA! chOiiii..dan akan berkesempatan untuk update belog sesuka hati saya lepas ni..muhahhaa..

dan dalam sedih, teruja dan gumbira ni, saya juga ada rase gerun, ngeri, seram dan cuak untuk tunggu keputusan tempat posting nanti..OMG! takpelah, saya harapkan yang baek-baek saje la eak..

see, hujan mulai turun, sama juga dengan hati saya yang bagai empangan retak seribu dan hampir pecah ni..Safwan awal-awal lagi da pesan, kawal air mata..jangan menanges..hahhahaa..tau saje kamu kan, dear..

hari ni update versi laen, esok lusa, sape tahu kan..kot versi laen pulakk..hhahaa..

oke da bai uols..

~Wassalam~



Thursday, May 19, 2011

Kayaking di Tasik Shah Alam

Dicatat oleh m i a di 4:06 PM 10 ulasan
Assalamualaikum..

Hi uols..

Sehat ke semua arini? Asek hujan je 2, 3 hari ni kan..buatkan saya lagi susah nak lepaskan tilam di awal pagi..kahhakhaka..ehem..oke da cukup..

Sabtu lepas saya pegi ber’kayaking’ dengan pokcik Safwan di Tasik Shah Alam..even tasiknye seciput secoek aje, tapi memang seronok sangat-sangat..hohoh..ini namanya plan mengejut..lepas tengok wayang, sementara tunggu kawan, kami penuhi masa dengan berkayak..hehe..

Pada saya, 5 hengget seorang untuk kayak selama 1 jam memang tersangatlah murah..pstt..bole je nak try lebih sejam sampai muntah pon takpe..hohoh..acely ada banyak lagi games selain kayak.. korang bole juga naek bot secara beramai-ramai..tapi kurang awesome..paling syiokk kalau dapat canoe berdua..acewahh..pokcik kayuh sampan, mokcik pegang payung sambil senyum kucing mintak lempang konon baget macam kat Paris..wakakapp..pasti cuba suatu hari nanti okey..

Seronok kalau riadah petang-petang macam ni..ramai jugaklah yang join..cume seram masa nak naek bot kayak tu..ngilu takot terbalik sebab tak seimbang..but lepas tu, engkau lupa daratan dah, kan me’ah..dusshumm!! oke sudah, gambar bukti pulak ya..

Bot besar : dewasa RM 5, kanak-kanak RM 3..



Kayak : single RM 5, double RM 10
Canoe : RM 10 satu sampan



ehem..pokcik yang bayar..kahkahkahh..




mokcik tumpang sekaki..




gelojoh sangat..sampai nak terbalik benda ni..hekehke..

Best kan, best kan..ehhe..meh beramai-ramai ke Tasik Shah Alam meh..ohoho..saya plan nak bawak Iman datang sini bila mokcik tu da besar sikit..ehhee..

Oke da bai uols..

~wassalam~

 

˙·٠•●♥ mia suka berangan™ ♥●•٠·˙ Dikuasakan Oleh Blogger Template Touch Up by Mia Adnan